Bab 108. Anekdot dan kutipan daripada al-Qur'an tentang wilayah

Anekdot Dan Kutipan Daripada Al-Qur'an Tentang Wilayah (fi-hi nukat wa-natf min al-Tanzil fi al-Wilayah)

(655)-1. Beberepa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Hannan bin Sudair, daripada Salim bin al-Hannaat berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far al-Sadiq a.s: Beritahulah kepadaku tentang firman Allah: "Ia dibawa turun oleh al-Ruh al-Amin, ke dalam hatimu agar kamu menjadi salah seorang di antara mereka yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas" Beliau telah berkata: Ayat ini menunjukkan wilayah Amir al-Mukminin a.s.

(656)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Hakam bin Miskin, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, lalu amanat itu dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu masih zalim dan amat bodoh" Beliau telah berkata: Ayat ini menunjukkan wilayah Amir al-Mukminin a.s.

(657)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Abi Zahir, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Mereka yang beriman dan tidak mencapur-adukkan iman mereka dengan kezaliman" Beliau telah berkata: Wilayah yang dibawa oleh Muhammad s.a.w yang tidak mencampur-adukkannya dengan wilayah polan dan polan kerana wilayah mereka telah bercampur-aduk dengan kezaliman.

(658)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Hasan bin Na'aim al-Sahhaf berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dialah yang menciptakan kamu maka di antara kamu ada yang mukmin dan di antara kamu ada yang kafir" Maka beliau a.s telah berkata: Allah telah mengetahui keimanan mereka dengan wilayah kami dan kekafiran mereka dengannya, pada hari Dia telah mengambil perjanjian ke atas mereka pada salbi Adam a.s ketika mereka di alam dharr. 

(659)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w: "Mereka menunaikan nazar" yang diambil ke atas mereka daripada wilayah kami.

(660)-6. Muhammad bin Isma'il, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba'i bin Abdillah, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Dan sekiranya mereka sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan apa yang diturukan kepada mereka (al-Qur'an)" Beliau telah berkata: Wilayah [Amir al-Mukminin a.s].

(661)-7. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Muthanna, daripada Zurarah, daripada Abdillah bin 'Ajalan, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah: "Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang di dalam kekeluargaan" Beliau telah berkata: Merekalah para imam a.s.

(662)-8. Al-Husain binMuhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abi Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya (tentang wilayah Ali) [dan wilayah] para imam selepasnya) maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besarr" Beliau telah berkata: Beginilah ianya diturunkan. 

(663)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada Muhammad bin Marwan secara marfu' kepada mereka tentang firman Allah a.w: "Dan kamu tidak boleh menyakiti Rasulullah" pada Ali dan para imam a.s "Seperti mereka yang telah menyakiti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan" 

(664)-10. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Sayyaari, daripada Ali bin Abdillah berkata: Seorang lelaki telah bertanya beliau tentang firman Allah: "Sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka" Beliau telah berkata: Sesiapa yang telah berkata tentang para imam dan mengikuti urusan mereka.

(665)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdillah secara marfu' tentang firman Allah a.w: "Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini, dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Makkah ini, dan demi bapa dan anaknya" Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan apa yang dilahirkannya daripada para imam a.s.

(666)-12. Al-Husain binMuhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Muhammad bin Abdillah, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Ketahuilah apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai pendapatan, maka seperlima untuk Allah dan Rasul dan kerabat Rasul… Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s
(667)-13. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Abdillah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dan di antara mereka yang kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itu (pula) mereka menjalankan keadilan" Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s.

(668)-14. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur'an) kepada kamu. Di antaranya ada ayat-ayat yang muhkamah, itulah pokok-pokok isi al-Qur'an" Beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s "Dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihah" Beliau a.s telah berkata: polan dan polan "Adapun mereka yang dalam hatinya condong kepada kesesatan" para sahabat mereka dan ahli wilayah mereka "maka mereka mengikuti ayat-ayat mutasyabihah daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya pada hal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalam ilmunya" Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin dan para imam a.s.

(669)-15. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Muthanna, daripada Abdillah bin 'Ajalan, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui mereka yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan mereka yang beriman" Dimaksudkan dengan al-Mu'minin (mereka yang beriman) di dalam ayat ini adalah para imam a.s, mereka (orang ramai) tidak mengambil menjadi teman setia selain daripada mereka.

(670)-16. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada al-Halabi, daripada Abi Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya" [beliau telah berkata] aku telah berkata: Apakah perdamaian? Beliau telah berkata: Memasuki urusan kita.

(671)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya kamu menaiki tingkat demi tingkat" Beliau telah berkata: Wahai Zurarah, tidakkah umat ini menaiki selepas nabinya tingkat demi tingkat di dalam urusan polan , polan dan polan .

(672)-18. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada Abdillah bin Jundub berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w: "Dan sesungguhnya Kami telah turunkan perkataan ini (al-Qur'an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran" Beliau telah berkata: Imam kepada imam a.s.

(673)-19. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu'man, daripada Salam, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami" Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengan demikian itu ialah Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan selepas mereka adalah para imam a.s, Kemudian dikembalikan firman daripada Allah kepada manusia, maka Dia telah berfirman: "Jika mereka telah beriman (iaitu manusia) sebagaimana kamu telah beriman dengannya (iaitu Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan para imam a.s), sungguh mereka telah mendapat petunjuk dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada di dalam permusuhan (dengan kami)" 

(674)-20. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Muthanna, daripada Abdillah bin 'Ajalan, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah mereka yang mengikutinya dan Nabi ini (Muhammad) serta mereka yang beriman" Beliau telah berkata: Mereka ialah para Imam a.s dan mereka yang telah mengikuti mereka.

(675)-21. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Ibn Udhinah, daripada Malik al-Jahani berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu dan kepada mereka yang sampai al-Qur'an (kepadanya)" Beliau telah berkata: Orang yang telah sampai [darjat] untuk menjadi imam daripada keluarga Muhammad, maka beliau diberi peringatan dengan al-Qur'an sebagaimana Rasulullah s.a.w diberi peringatan dengannya.

(676)-22. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Mufadhdhal bin Salih, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya Kami telah perintahkan Adam dahulu, maka ia lupa dan tidak Kami dapatinya azam yang kuat" Beliau telah berkata: Kami telah perintahkan kepadanya tentang Muhammad dan para imam a.s selepasnya, maka beliau telah meninggalkannya kerana beliau tidak ada azam yang kuat. Mereka dinamakan Ulu al-'Azm kerana Dia telah perintahkan kepada mereka tentang Muhammad dan para wasi selepasnya khususnya al-Mahdi dan sirahnya.

(677)-23. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad bin 'Ubaidillah, daripada Muhammad bin Isa al-Qummi, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada Abdillah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu" Beberapa kalimat tentang Muhammad, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan para imam a.s daripada zuriat mereka (maka ia lupa) beginilah [maksudnya], demi Allah ia diturunkan kepada Muhammad s.a.w.

(678)-24. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada Khalid bin Maadd, daripada Muhammad bin al-Fadhl, daripada al-Thumali, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w: "Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus" Beliau telah berkata: Sesungguhnya engkau di atas wilayah Ali dan Ali adalah al-Sirat al-Mustaqim.

(679)-25. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Jabir, daripada Abu Abdillah a.s, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini kepada Muhammad s.a.w seperti in: "Alangkah buruknya mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah kerana dengki (tentang Ali)" 

(680)-26. Dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Jabir, berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini ke atas Muhammad seperti ini: "Dan jika kamu dalam kerugian tentang apa (al-Qur'an) yang kami telah turunkan ke atas hamba Kami (tentang Ali) , buatlah satu surah seumpamanya" 

(681)-27. Dengan sanad-sanad ini, daripada Muhammad bin Sinan, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menurunkan ke atas Muhammad s.a.w dengan ayat ini: "Wahai mereka yang telah diberikan al-Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah Kami turunkan (tentang Ali) cahaya yang terang" 

(682)-28. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abu Talib, daripada Yunus bin Bakkar, daripada bapanya, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan apa yang dinasihati dengannya (tentang Ali), tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka" 

(683)-29. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa', daripada Muthanna al-Hannat, daripada Abdillah bin 'Ajalan, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Wahai mereka yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" Beliau telah berkata: Tentang wilayah kami.
(684)-30. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Abdillah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Tetapi kamu memilih kehidupan dunia" Beliau telah berkata: Mewalikan mereka "Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal" Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s. "Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang terdahulu, iaitu kitab-kitab Ibrahim dan Musa" 

(685)-31. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Hassaan, daripada Muhammad bin Ali, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Munakhkhal, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: "Apakah setiap yang datang kepadamu (Muhammad) membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu (dengan mewalikan Ali) lalu kamu menyombong, maka beberapa orang (daripada keluarga Muhammad) kamu dustakan dan beberapa orang yang kamu bunuh?" 

(686)-32. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Abdillah bin Idris, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w: "Amat berat bagi mereka yang musyrik (dengan wilayah Ali) apa yang kamu seru mereka kepadanya" Wahai Muhammad bin Sinan, dengan wilayah Ali, begitulah pada manuskrip kitab.

(687)-33. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Hilal, daripada bapanya, daripada Abi al-Safaatij, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk" 
Maka beliau telah berkata: Apabila tiba hari Kiamat, lalu dipanggil Nabi s.a.w, Amir al-Mukminin dan para imam daripada anak-anaknya a.s, maka mereka terserlah kepada manusia, apabila Syiah melihat kepada mereka, mereka telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk". Iaitu Allah telah menunjuki kami kepada wilayah Amir al-Mukminin dan wilayah para imam daripada anak-anaknya a.s. 

(688)-34. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Hassaan, daripada Abdullah bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? Tentang berita yang besar" Beliau telah berkata: Berita yang besar (al-Naba' al-'Azim) adalah wilayah Amir al-Mukminin a.s. Dan aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: "Di sana wilayah itu hanya dari Allah Yang Hak" Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s.

(689)-35. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sindi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama" Beliau telah berkata: Wilayah (Ahlu l-Bait a.s).

(690)-36. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibrahim al-Hamdani secara marfu' kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari Kiamat" Beliau telah berkata: Para nabi dan para wasi a.s .

(691)-37. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ahmad bin al-Husain bin Umar bin Yazid, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Datanglah al-Qur'an yang lain dari ini atau gantilah dia" Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Atau gantilah Ali a.s.). Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Isma'il bin Mihran, daripada al-Hasan al-Qummi, daripada Idris bin Abdullah, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau tentang tafsir ayat: "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar? Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang" Beliau telah berkata: Dimaksukkan dengannya bahawa kami dahulu tidak termasuk daripda pengikut-pengikut para imam yang difirmankan oleh Allah pada mereka: "Dan mereka yang paling dahulu beriman, balasan kepada mereka yang paling dahulu beriman" Beliau telah berkata: Tidakkah anda melihat manusia menamakan orang yang mengikuti orang yang dahulu (al-Sabiq) di dalam perlumbaan kuda dengan nama musalli. Justeru, apa yang dimaksudkan dengan firman-Nya:"Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang": Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengikuti mereka yang dahulu.

(692)-39. Ahmad bin Mihran, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Dan bahawasanya jika mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu, benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar" Beliau telah berkata: Kami akan memberi minum hati-hati mereka dengan keimanan. Dan jalan (al-Tariqah) ialah wilayah Ali bin Abu Talib dan para wasi a.s.

(693)-40. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Uthman, daripada Abi Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya mereka yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka", Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Mereka meneguhkan pendirian mereka di atas para imam seorang demi seorang (wahidan ba'da wahidin) "Maka malaikat akan turun kepada mereka: Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan gembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu" 

(694)-41. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Katakanlah: Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang" Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya Aku hendak memperingatkan kepadamu dengan wilayah Ali a.s yang dimaksudkan dengan "Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang".

(695)-42. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah dan Ali bin Abdullah, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Sesungguhnya mereka yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya" "Sekali-kali tidak akan diterma taubatnya" 
Beliau telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada polan , polan dan polan , mereka telah beriman kepada Nabi s.a.w pada mulanya dan mereka telah kafir lagi apabila wilayah [Ali] dibentangkan kepada mereka ketika Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mana aku maulanya, maka ini Ali adalah maulanya". Kemudian mereka telah beriman dengan [memberi] baiah kepada Amir al-Mukminin a.s, kemudian mereka kafir lagi selepas kematian Rasulullah s.a.w, mereka tidak mengakui baiah tersebut. Kemudian kekafiran mereka bertambah apabila mereka mengambil orang yang telah memberi baiah kepadanya (Ali) supaya memberi baiah kepada mereka pula, Justeru, iman tidak tinggal pada mereka walaupun sedikitpun. 

(696)-43. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Sesungguhnya mereka yang telah kembali ke belakang (murtad) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka" . Beliau telah berkata: Polan, polan dan polan , mereka telah murtad daripada keimanan (irtadduu 'an al-Iman) kerana meninggalkan wilayah Amir al-Mukminin a.s (fi tarki wilayah Amir al-mu'minin a.s). Aku telah berkata: Tentang firman Allah: "Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka itu berkata kepada mereka yang benci kepada apa yang diturunkan Allah: "Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan" 
Beliau telah berkata: Ayat ini telah diturunkan, demi Allah, kepada mereka berdua dan kepada pengikut-pengikut mereka berdua iaitu firman Allah a.w yang diturunkan oleh Jibrail a.s ke atas Muhammad s.a.w: "Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka itu berkata kepada mereka yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (tentang Ali) Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan" Beliau telah berkata: Mereka telah menyeru Bani Umayyah kepada perjanjian mereka supaya mereka tidak menjadikan urusan [khilafah] kepada kami selepas Nabi s.a.w dan mereka tidak memberi khumus kepada kami dan mereka telah berkata: Jika kita memberinya kepada mereka, nescaya mereka tidak berhajat kepada apa-apa lagi dan mereka tidak peduli bahawa urusan ini untuk mereka.
Maka mereka telah berkata: Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan yang kamu telah menyeru kami kepadanya iaitu khumus supaya kami tidak memberi khumus kepada mereka dan firman-Nya: "Mereka benci apa yang diturunkan Allah" Dan apa yang diturunkan Allah dan difardukan ke atas makhluk-Nya ialah wilayah Amir al-Mukminin a.s. Bersama mereka ialah Abu 'Ubaidah bin al-Jarrah sebagai setiausaha mereka. Kemudian Allah menurunkan firman-Nya: "Bahkan mereka telah menetapkan satu urusan (tipudaya), maka sesungguhnya Kami menetapkan pula. Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka?" 

(697)-44. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dan sesiapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim" Beliau telah berkata: Ayat ini diturunkan kepada mereka apabila mereka telah memasuki Ka'bah, lalu mereka membuat perjanjian dan menetapkan di atas kekafiran dan keingkaran mereka terhadap apa yang diturunkan kepada Amir al-Mukminin a.s, maka mereka telah melakukan kejahatan secara zalim kepada Rasulullah s.a.w dan walinya di Ka'bah, maka alangkah jauhnya golongan yang zalim [daripada kebenaran].

(698)-45. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata" Wahai kumpulam pembohong-pembohong yang mana aku telah memberitahu kepada kamu perutusan Tuhanku tentang wilayah Ali a.s dan para imam selepasnya, siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata? Demikianlah ia telah diturunkan. Dan tentang firman-Nya: "Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) atau menentang" Maka beliau telah berkata: Jika kamu memutarbelitkan urusan [khilafah] dan menentang apa yang diperintahkan kepada kamu "Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan" dan firman-Nya: "Maka sesungguhnya Kami akan merasakan azab yang keras (di dunia) kepada mereka yang kafir (kerana meninggalkan wilayah Amir al-Mukmin a.s) dan Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan seburuk-buruk pembalasan bagi apa yang mereka telah kerjakan" 

(699)-46. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Mansur, daripada Ibrahim bin 'Abd al-Hamid, daripada al-Walid bin Sabih, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Yang demikian itu apabila Allah saja diseru (dan ahli wilayah), kamu kafir" 

(700)-47. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Seorang yang telah meminta kedatangan azab yang akan menimpa, bagi mereka yang kafir (dengan wilayah Ali), tidak seorangpun dapat menolaknya" Kemudian beliau telah berkata: Demikianlah Jibrail telah menurunkannya ke atas Muhammad s.a.w .

(701)-48. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Saif, daripada saudaranya, daripada bapanya, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah: "Sesungguhnya kamu benar-benar dalam keadaan berbeza-berbeza pendapat (tentang urusan wilayah) dipalingkan daripadanya orang yang dipalingkan" Beliau telah berkata: Sesiapa yang dipalingkan daripada wilayah [Ali] akan dipalingkan daripada syurga.
(702)-49. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Yunus berkata: Seorang lelaki telah memberitahu kepadaku yang mana beliau telah meriwayatkannya secara marfu' kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya : "Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan budak dari perbudakan" Dimaksudkan dengan firman-Nya: "Melepaskan budak dari perbudakan" wilayah Amir al-Mukminin a.s kerana ia [seperti] melepaskan budak dari perbudakan (fakk raqabah).

(703)-50. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dan berilah berita gembira kepada mereka yang beriman bahawa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka" Beliau telah berkata: [Dengan] Wilayah Ali a.s.

(704)-51. Ali bin Ibrahim, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada bapanya, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: Inilah dua golongan yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir (dengan wilayah Ali) akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka" 

(705)-52. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Di sana wilayah itu hanya dari Allah Yang Hak" Beliau telah berkata: Wilayah Ali bin Abu Talib a.s.

(706)-53. Muhammad bin Yahya, Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah?" Beliau telah berkata: Celupan mukminin dengan wilayah (Ali a.s) di dalam perjanjian (al-Mithaq) .

(707)-54. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamd bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Mufadhdhal bin Salih, daripada Muhammad bin Ali al-Halabi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Wahai Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman" Iaitu wilayah Ahlu-l-Bait a.s. Sesiapa yang telah masuk di dalam wilayah, maka beliau telah masuk di dalam rumah para nabi a.s. dan firman-Nya: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlu l-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" Iaitu para imam a.s dan wilayah mereka. Justeru, sesiapa yang telah masuk di dalamnya, maka beliau telah masuk di dalam rumah Nabi s.a.w.

(708)-55. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Umar bin 'Abd al- 'Aziz, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada al-Ridha a.s, berkata: Aku telah berkata tentang firman-Nya: "Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan" Beliau telah berkata: Dengan wilayah Muhammad dan keluarga Muhammad a.s adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan daripada dunia mereka.

(709)-56. Ahmad bin Marwan, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ali bin Asbat, daripada Ibrahim bin 'Abd al-Hamid, daripada Zaid al-Syahhaam berkata: Abu Abullah a.s telah berkata kepadaku-ketika kami berada di jalan pada malam Jumaat-: Bacalah al-Qur'an kerana ia adalah malam Jumaat, maka aku telah membaca: "Sesungguhnya hari keputusan (hari Kiamat) itu adalah waktu yang dijanjikan bagi mereka semuanya, iaitu hari yang seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikitpun dan mereka tidak akan mendapat pertolongan, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah" Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami, demi Allah, orang yang dirahmati Allah dan kami yang dikecualikan oleh Allah, tetapi kami dapat memberi manfaat kepada mereka.

(710)-57. Ahmad bin Marwan, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah, daripada Yahya bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala ayat: "Dan agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar" Rasulullah s.a.w bersabda: Ia adalah telinga anda, wahai Ali".

(711)-58. Ahmad bin Marwan, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Beginilah Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini ke atas Muhammad s.a.w: "Lalu mereka yang zalim mengganti (keluarga Muhammad akan hak mereka) perkataan dengan yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu Kami timpakan atas mereka yang zalim (keluarga Muhammad akan hak mereka) seksa dari langit, kerana mereka berbuat fasik" 

(712)-59. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini begini: "Sesungguhnya mereka yang telah menzalimi (keluarga Muhammad akan hak mereka), Allah sekali-kali tidak akan mengampuni mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka" Kemudian Dia telah berfirman: "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul dengan kebenaran dari Tuhan kamu (tentang wilayah Ali), maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagi kamu. Dan jika kamu kafir (dengan wilayah Ali), kerana sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah" 

(713)-60. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llahu-, daripada 'Abd al-'Azim, daripada Bakkar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Beginilah turunnya ayat ini: "Sesungguhnya jika mereka melaksanakan apa yang dinasihatkan kepada mereka (tentang Ali), tentulah hal yang sedemikian lebih baik bagi mereka" 

(714)-61. Ahmad, daripada 'Abd al-'Azim, daripada Ibn Udhinah, daripada Malik al-Jahani berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang yang sampai al-Qur'an (kepadanya)" Beliau telah berkata: Orang yang sampai al-Qur'an (kepadanya) untuk menjadi imam daripada keluarga Muhammad, diberi peringatan dengan al-Qur'an sebagaimana Rasulullah s.a.w telah diberi peringatan kepadanya.

(715)-62. Ahmad, daripada 'Abd al-'Azim, daripada al-Husain bin Miyyaah, daripada orang yang telah memberitahu kepadanya berkata: Seorang lelaki telah membaca di sisi Abu Abdillah a.s: "Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu" Maka beliau telah berkata: Ayat bukanlah begitu, bahawasanya ia adalah al-ma'munuun (mereka yang diamanahkan) bukan al-mu'minuun seperti di dalam teks sekarang. Justeru, kamilah al-Ma'munuun .

(716)-63. Ahmad, daripada 'Abd al-'Azim, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: "Inilah jalan Ali yang lurus" 

(717)-64. Ahmad, daripada 'Abd al-'Azim, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat begini: "Tetapi kebanyakan manusia tidak mahu (dengan wilayah Ali), kecuali mengingkari[nya]" Beliau telah berkata: Jibrail a.s telah menurunkan ayat ini begini: "Dan katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhan kamu (tentang wilayah Ali), sesiapa yang ingin( beriman), hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir. Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi mereka yang zalim (keluarga Muhammad) neraka" 

(718)-65. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman-Nya: "Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seorangpun di dalamnya di samping Allah" Beliau telah berkata: Mereka itulah para wasi a.s.

(719)-66. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Ahwal, daripada Salam bin al-Mustanir, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman-Nya: "Katakanlah: "Inilah jalanku, aku menyeru kepada Allah di atas hujah, aku dan orang yang telah mengikutiku" Beliau telah berkata: Itu adalah Rasulullah s.a.w, Amir al-Mukminin dan para wasi a.s selepas mereka.

(720)-67. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Hannan, daripada Salim al-Hannat berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Lalu Kami keluarkan mereka yang beriman yang berada di negeri kaum Lut itu dan Kami tidak mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah dari mereka yang berserah diri" Abu Ja'far a.s telah berkata: Keluarga Muhammad tidak tinggal padanya selain daripada mereka.

(721)-68. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Isma'il bin Sahl, daripada al-Qasim bin 'Urwah, daripada Abi al-Safaatij, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman-Nya: "Ketika mereka melihatnya (azab) sudah dekat, maka mereka yang kafir itu manjadi muram. Dan dikatakan (kepada mereka) inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya" Beliau telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada Amir al-Mukminin a.s dan para sahabatnya yang telah melakukan apa yang mereka mahu terhadapnya, mereka melihat Amir al-Mukminin a.s di tempat yang paling gembira bagi mereka, maka muka mereka menjadi muram dan dikata kepada mereka: Inilah (azab) yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya: Yang kamu telah menggunakan namanya sahaja.

(722)-69. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya; "Dan yang menyaksikan dan yang disaksikan" Beliau telah berkata: Nabi s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s.

(723)-70. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada al-Wasyaa', daripada Ahamd bin Umar al-Hallal berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w: "Kemudian seorang penyeru di kalangan mereka mengumumkan bahawa laknat Allah ke atas mereka yang zalim" Beliau telah berkata: Penyeru (al-Mu'azzin) itu adalah Amir al-Mukminin a.s.
(724)-71. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassaan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan yang terpuji" Beliau telah berkata: Itu adalah Hamzah, Ja'far,'Ubaidah, Salman, Abu Dhar, al-Miqdad bin Aswad dan 'Ammar telah diberi petunjuk kepada Amir al-Mukminin a.s. dan firman-Nya:"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hati kamu (Iaitu Amir al-Mukminin a.s) serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kemaksiatan" Orang pertama , kedua dan ketiga .

(725)-72. Muhammad bin Yahya, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Abi 'Ubaidah, berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w: "Bawalah kepada-Ku Kitab sebelum ini atau peninggalan dari pengetahuan, jika kamu adalah mereka yang benar" Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengan kitab itu ialah Taurat dan Injil dan "peninggalan dari pengetahuan" dimaksudkan dengan ilmu para wasi nabi a.s.

(726)-73. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada orang yang telah memberitahu kepadanya, daripada Ali bin Ja'far telah berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah melihat di dalam mimpinya Taiman dan 'Adiyyan dan Bani Umayyah menaiki mimbar [masjid]nya, maka ia telah menakutkannya, lalu Allah telah menurunkan firman-Nya: "Dan ketika Kami berkata kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka mereka sujud kecuali Iblis. Ia membangkang" Kemudian Dia telah mewahyukan kepadanya, Wahai Muhammad, sesungguhnya Aku telah menyuruh, maka Aku tidak ditaati, justeru, janganlah engkau berdukacita apabila anda menyuruh, maka engkau tidak ditaati pada wasi engkau"

(727)-74. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Husain bin Na'aim al-Sahhaaf berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Maka di antaramu ada yang kafir dan di antaramu ada yang beriman" Maka beliau telah berkata: Allah a.w telah mengetahui iman mereka dengan wilayah kami dan kekafiran mereka dengannya pada hari diambil perjanjian ke atas mereka dan mereka adalah atom (dhar) pada salbi Adam. Dan aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: "Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang" Maka beliau telah berkata: Demi Allah, tidak binasa orang yang sebelum kamu, malah tidak binasa orang yang binasa sehingga al-Qaim kita datang melainkan beliau meninggalkan wilayah kami dan mengingkari hak kami. Rasulullah s.a.w tidak keluar dari dunia sehingga baginda s.a.w mewajibkan di atas tengkuk umat ini hak kami dan Allah menunjuk siapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus.

(728)-75. Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajali, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya Musa a.s tentang firman-Nya: "Perigi yang ditinggalkan dan istana yang tinggi" Beliau telah berkata: Perigi yang ditinggalkan ialah imam yang diam (al-Samit) dan istana yang tinggi ialah imam yang bercakap (al-Natiq). Ia diriwayatkan oleh Muhammad bin Yahya, daripada al-'Umari Kiy, daripada Ali bin Ja'far, daripada Abu al-Hasan a.s.

(729)-76. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hakam bin Bahlul, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada yang sebelummu, "Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), nescaya akan terhapuslah amalanmu" Beliau telah berkata: Iaitu jika kamu mempersekutukan pada wilayah selain daripada-Nya "Kerana itu, Maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk mereka yang bersyukur" Iaitu sembahlah Allah dengan ketaatan dan jadilah engkau di kalangan mereka yang bersyukur.

(730)-77. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Hasyimi telah berkata: Bapaku telah memberitahu kepadaku, daripada Ahmad bin Isa berkata: Ja'far bin Muhammad telah memberitahu kepadaku, daripada bapanya, daripada datuknya a.s tentang firman Allah a.w: "Mereka mengetahui nikmat (ni'mat) Allah, kemudian mereka mengingkarinya" Beliau telah berkata: Manakala turunnya ayat: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat di dalam keadaan mereka rukuk" Beberapa orang daripada sahabat Rasulullah s.a.w telah berkumpul di masjid Madinah, maka sebahagian mereka telah berkata kepada sebahagian yang lain: Apakah pendapat kamu tentang ayat ini? 
Sebahagian mereka telah berkata: Jika kita mengingkari ayat ini (in kafarna bi-hadhihi al-Ayat), nescaya kita menentang kesemuanya dan jika kita percaya, maka ini adalah satu penghinaan [kepada kita] ketika Ibn Abi Talib menguasai kita, maka mereka telah berkata: Kita telah mengetahui bahawa Muhammad itu benar apa yang dikatakan olehnya, justeru, kita mewalikannya, tetapi kita tidak mentaati Ali sebagaimana kita diperintahkan. Beliau telah berkata: Maka ayat ini diturunkan: "Mereka mengetahui nikmat (ni'mat) Allah, kemudian mereka mengingkarinya" Mereka mengetahui wilayah [Ali bin Abu Talib] dan kebanyakan mereka mengingkari wilayah Ali bin Abu Talib. 

(731)-78. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu'man, daripada Salam berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman-Nya: "Mereka yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati" Beliau telah berkata: Mereka adalah para wasi kerana khuatirkan musuh mereka.

(732)-79. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Bastam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassaan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-'Abdi, daripada Sa'd al-Askaf, daripada Asbagh bin Nubatah bahawa beliau telah bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang firman-Nya: "Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa kamu, hanya kepada AKulah kamu kembali" Beliau telah berkata: Dua ibu bapa yang Allah mewajibkan kesyukuran kepada mereka berdua adalah ibu bapa yang telah melahirkan ilmu, mewariskan hikmah dan manusia diperintahkan supaya mentaati mereka berdua. Kemudian Allah telah berfirman: "hanya kepada AKulah kamu kembali" 
Justeru manusia mesti kembali kepada Allah, kemudian Dia telah mengaitkannya kepada anak lelaki Hantamah dan sahabatnya , maka Dia telah berfirman secara khas dan umum: "Dan jika kedua-duanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku" Beliau telah berkata: Tentang wasiat dan [jika] anda berpaling daripada orang yang anda diperintahkan supaya mentaatinya(Ali), maka janganlah anda mematuhi mereka berdua (Abu Bakr dan Umar) dan janganlah anda mendengar kata-kata mereka berdua, kemudian Dia mengaitkan firman-Nya kepada "dua ibu bapa" Maka Dia telah berfirman: "Dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik" Beliau telah berkata: Perkenalkanlah kepada manusia kelebihan mereka berdua dan serulah [manusia] kepada jalan mereka berdua sebagaimana firman-Nya: "Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku" Maka beliau telah berkata: Kepada Allah, kemudian kepada kami, bertakwalah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menderhakai dua ibu bapa kamu kerana keredaan mereka berdua adalah keredaan Allah dan kemarahan mereka berdua adalah kemarahan Allah.

(733)-80. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Saif, daripada bapanya, daripada 'Amru bin Huraith berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Seperti pohon yang baik akarnya teguh dan cabangnya ke langit" Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah akarnya, Amir al-Mukminin a.s adalah cabangnya, para imam daripada zuriat mereka berdua adalah dahan-dahannya. Ilmu para imam adalah buahnya dan Syiah mereka yang beriman adalah daunnya, adakah ia satu kelebihan? Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya mukmin [apabila] dilahirkan, maka keluarlah satu daun padanya dan sesungguhnya mukmin [apabila] beliau mati, maka daun itu akan gugur daripadanya.

(734)-81. Muhammad bin Yahya, daripada Hamdan bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamani, daripada Mani' bin al-Hajjaj, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Tidak manfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu (Iaitu perjanjian di alam roh) atau dia (belum) melakukan kebaikan dalam masa imannya" Beliau telah berkata: Ikrar dengan para nabi, para wasi dan Amir al-Mukminin a.s secara khusus. Beliau telah berkata: Imannya tidak akan memanfaatkannya kerana ia telah diambil.

(735)-82. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Yunus, daripada Sabah al-Mazni, daripada Abi Hamzah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s tentang firman Allah a.w: "Malah sesiapa yang berbuat dosa dan ia diliputi oleh dosanya" Beliau telah berkata: Apabila beliau mengingkari imamah Amir al-Mukminin a.s "Mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya" 

(736)-83. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Hammad bin Uthman daripada Abi 'Ubaidah al-Haza' berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far tentang kemampuan (istitaa'ah) dan kata-kata manusia, maka beliau telah berkata: Beliau telah membaca ayat ini: "Tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat, kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah telah menciptakan mereka" Beliau telah berkata: Wahai Abu 'Ubaidah, manusia berselisih pendapat tentang ketepatan kata-kata dan semua mereka binasa. Aku telah berkata: Firman-Nya: "Kecuali mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu"? 
Beliau telah berkata: Mereka itu adalah Syiah kita dan kerana rahmat-Nyalah Dia telah menciptakan mereka, iaitu firman-Nya: "Untuk itulah Dia telah menciptakan mereka" Beliau telah berkata: Kerana ketaatan kepada imam. Tentang rahmat-Nya Dia telah berfirman: "Rahmat-Ku meliputi setiap sesuatu" Beliau telah berkata: Ilmu imam adalah daripada ilmu-Nya yang meliputi setiap sesuatu. Kemudian Dia telah berfirman: "Maka aku tetapkan rahmat-Ku untuk mereka yang bertakwa" Iaitu wilayah imam dan ketaatan kepadanya. Kemudian Dia telah berfirman: "Mereka mendapatinya tertulis di sisi mereka di dalam Taurat dan Injil" Iaitu Nabi s.a.w, wasi dan al-Qaim "Menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka mengerjakan yang mungkar" Munkar adalah orang yang mengingkari kelebihan imam dan menentangnya "Dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik" Iaitu mengambil ilmu daripada ahlinya "Dan menghramkan bagi mereka segala yang buruk"
Segala yang buruk adalah kata-kata dari musuh "Dan membuang dari mereka beban-beban" Iaitu dosa-dosa yang dahulu sebelum mereka mengetahui kelebihan imam "Belenggu yang ada pada mereka" Iaitu kata-kata mereka yang menentang kelebihan imam. Apabila mereka mengetahui kelebihan imam, lalu dibuang dari mereka beban-beban atau dosa-dosa mereka. Kemudian Dia telah berfirman: "Maka mereka yang beriman kepadanya (Iaitu imam), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah mereka yang beriman" Iaitu mereka yang meninggalkan al-Jibt dan al-Taghut dan ibadat terhadap mereka. Al-Jibt dan al-Taghut adalah polan, polan dan polan . Dan ibadat kepada mereka iaitu ketaatan manusia kepada mereka. Kemudian Dia telah berfirman: "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dan berserahlah diri kepada-Nya" Kemudian Dia memberi ganjaran kepada mereka, maka Dia telah berfirman: "Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat" Imam memberi berita gembira kepada mereka dengan kedatangan al-Qaim [secara khusus] dan kelahirannya, dengan pembunuhan musuh-musuh mereka, kejayaan di akhirat dan mendatangi Muhammad s.a.w di Kolam (al-Haudh) kelak.

(737)-84. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada 'Ammar al-Sabiti berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah: "Apakah orang yang mengikuti keredaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam? Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (kedudukan) mereka itu bertingkat-tingkat di sisi Allah" Beliau telah berkata: Mereka yang mengikuti keredaan Allah adalah para imam dan mereka, demi Allah, wahai 'Ammar bertingkat-tingkat bagi mukminin dan wilayah mereka kepada kami, semoga Allah melipatgandakan [pahala] amalan mereka dan mengangkat darjat mereka yang tinggi untuk mereka.

(738)-85. Ali bin Muhammad dan selain daripadanya, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ziyad al-Qandi, daripada 'Amamr al-Asadi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkan-Nya" Wilayah kami Ahlu l-Bait-beliau menunjukkan dengan tangannya ke dadanya-sesiapa yang tidak mewalikan kami, Allah tidak akan mengangkatkan amalan untuknya.

(739)-86. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada al-Qasim bin Sulaiman, daripada Sama'ah bin Mihran, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s: "Nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian" Beliau telah berkata: Al-Hasan dan al-Husain "Dan menjadikan untukmu cahaya kamu dapat berjalan dengannya" Beliau telah berkata: Imam yang kamu ikuti.

(740)-87. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu Adillah a.s tentang firman-Nya: "Dan mereka menanyakan kepadamu: Benarkah ia?" Beliau telah berkata: Apa yang anda telah katakan kepada Ali "Katakanlah: Ya, demi Allah, sesungguhnya itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput (daripadanya)" 

(741)-88. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami, daripada bapanya, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tentang firman-Nya: "Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar" Maka beliau telah berkata: Sesiapa yang dimuliakan Allah dengan mewalikan kami, maka beliau akan dapat mendakinya; kamilah jalan yang mendaki lagi sukar itu (nahnu tilka al-'Aqabah) sesiapa yang mencubanya akan berjaya [dengan kami]. 
Beliau telah berkata: Maka beliaupun diam, Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mahu jika aku memberi kepada anda satu huruf yang lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, beliau telah berkata: Tentang firman-Nya: "Melepaskan budak dari perbudakan" Kemudian beliau telah berkata: Manusia semuanya hamba-hamba dunia ('abiid al-Dunya) selain daripada anda dan sahabat anda kerana Allah telah melepaskan tengkuk kamu [semua] dari api neraka dengan mewalikan kami Ahlu l-Bait.

(742)-89. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Sama'ah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya: "Penuhilah janji kepada-Ku" Beliau telah berkata: Dengan wilayah Amir al-Mukminin a.s "Nescaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu" Nescaya Aku kurniakan kepada kamu syurga.
(743)-90. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada al-Hasan bin 'Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, nescaya mereka yang kafir berkata kepada mereka yang beriman: "Manakah di antara kedua golongan yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)" Beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Quraisy kepada wilayah kami, lalu mereka lari dan mengingkari[nya]. 
Maka berkatalah mereka yang kafir di kalangan Quraisy kepada mereka yang beriman: Mereka yang telah mengakui Amir al-Mukminin a.s dan kami Ahlu l-Bait : "Manakah di antara kedua golongan yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah tempat pertemuan(nya)" sebagai penghinaan daripada mereka. Maka Allah telah berfirman sebagai jawapan kepada mereka: "Berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, sedang mereka adalah lebih bagus alat rumah tangganya dan lebih sedap dipandang mata" Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Sesiapa yang berada di dalam kesesatan, maka biarlah Tuhan Yang Maha Pemurah memperpanjangkan tempoh baginya" 
Beliau telah berkata: Semua mereka telah berada di dalam kesesatan, tidak percaya kepada wilayah Amir al-Mukminin a.s dan tidak [percaya] kepada wilayah kami, maka mereka adalah sesat dan menyesatkan (dhaalliin mudhilliin), maka Dia memperpanjangkan kesesatan dan kezaliman mereka sehingga mereka mati. Dia akan menukarkan mereka ke tempat yang buruk kedudukannya dan penolong-penolong yang lebih lemah. 
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka, baik seksa maupun kiamat, maka mereka akan mengetahui siapa yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penolong-penolongnya" Beliau telah berkata: Adapun firman-Nya: "Sehingga apabila mereka telah melihat apa yang diancamkan kepada mereka" Keluarnya al-Qaim dan hari akhirat. Justeru, mereka akan mengetahui hari itu dan apa yang telah diturunkan kepada mereka oleh Allah di tangan Qaim-Nya. Demikianlah firman-Nya: "Siapa yang lebih buruk kedudukannya" (Iaitu di sisi al-Qaim) dan lebih lemah penolong-penolongnya" 
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk" Beliau telah berkata: Dia akan menambah pada hari itu petunjuk di atas petunjuk kerana mereka mengikuti al-Qaim, mereka tidak menentangnya dan mengingkarinya. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Mereka tidak dapat memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengadakan perjanjian di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah"? 
Beliau telah berkata: Kecuali mereka yang telah berpegang kepada Allah dengan wilayah Amir al-Mukminin dan para imam a.s selepasnya, maka ia adalah perjanjian (al-'Ahd) di sisi Allah, aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menjadikan (hati) mereka rasa kasih sayang"? Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin adalah rasa kasih sayang (Wuddan) sebagaimana difirmankan-Nya. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Maka sesungguhnya telah Kami mempermudahkannya (al-Qur'an) dengan bahasamu, agar kamu dapat memberi khabar gembira dengannya kepada mereka yang bertakwa dan agar kamu memberi peringatan dengannya kepada kaum yang membangkang"? 
Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah mempermudahkannya (al-Qur'an) dengan bahasanya ketika Amir al-Mukminin a.s telah menjadi tanda [ketokohannya], maka baginda s.a.w telah memberi berita gembira kepada mukminin dengannya dan memberi peringatan kepada mereka yang kafir dengannya, merekalah yang disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya "luddan" mereka yang kafir. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang firman-Nya: "Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapa-bapa mereka belum pernah diberi peringatan, kerana itu mereka lalai" 
Beliau telah berkata: Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang mana anda berada di kalangan mereka sebagaimana bapa-bapa mereka diberi peringatan, lalu mereka lalai daripada Allah, Rasul-Nya dan ancaman-Nya "Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan terhadap kebanyakan mereka (di kalangan mereka yang tidak mengakui wilayah Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya), kerana mereka tidak beriman" dengan imamah Amir al-Mukminin a.s dan para wasi selepasnya. Manakala mereka tidak mengakui[nya] maka balasan mereka sebagaimana disebut oleh Allah: "Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka ke dagu, maka kerana itu mereka terbelenggu" di neraka Jahannam. Kemudian Dia telah berfirman: "Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula) dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat" 
Sebagai balasan daripada-Nya untuk mereka, kerana mereka mengingkari wilayah Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya di dunia ini dan di akhirat pula mereka di neraka Jahannam terbelenggu. Kemudian Dia telah berfirman: "Wahai Muhammad, Sama saja bagi mereka apakah kamu memberi peringatan kepada mereka atau kamu tidak memberi peringatan kepada mereka, mereka tidak akan beriman" dengan Allah, [Rasulullah s.a.w], wilayah Ali dan para imam selepasnya. Kemudian Dia telah berfirman: "Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada mereka yang mahu mengikuti peringatan (iaitu Amir al-Mukminin a.s) dan takut kepada Tuhan yang Maha Pemurah dengan perkara yang ghaib. Maka berilah mereka berita gembira, wahai Muhammad, dengan ampunan dan pahala yang mulia" 

(744)-91. Ali bin Muhammad, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ibn Mahbub, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau tentang firman Allah a.w: "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka" Beliau telah berkata: Mereka ingin memadamkan wilayah Amir al-Mukminin a.s dengan mulut mereka, aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya" Beliau telah berkata: Dan Allah tetap menyempurnakan imamah kerana firman-Nya: "Mereka yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan cahaya yang Kami telah turunkan" 
Justeru cahaya adalah imam (fa-al-Nuur huwa al-Imam). Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar" Beliau telah berkata: Dia-lah yang telah memerintahkan Rasul-Nya dengan wilayah wasinya dan wilayah [Ali] adalah agama yang benar. Aku telah berkata: "Agar Dia memenangkannya di atas segala agama" Beliau telah berkata: Dia akan menzahirkannya di atas segala agama ketika datangnya al-Qaim, beliau telah berkata: Allah telah berfirman: "Dan Allah menyempurnakan cahaya-Nya" [Dengan] Wilayah al-Qaim. "Meskipun mereka yang kafir musyrik benci" dengan wilayah Ali, aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, adapun huruf ini, maka ia adalah tanzil dan yang lainnya adalah takwil. Aku telah berkata: "Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi)" 
Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menamakan orang yang tidak mengikuti Rasul-Nya di dalam wilayah wasinya sebagai munafikin dan Dia telah menjadikan orang yang menentang imamah wasinya seperti orang yang menentang Muhammad (man jaahada Muhammadan), Dia telah menurunkannya kerana itu, maka Dia telah berfirman: Wahai Muhammad, "Apabila mereka yang munafik datang kepada kamu" (dengan wilayah wasi engkau) mereka telah berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasulullah. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka yang munafik (dengan wilayah Ali) itu benar-banar pendusta" 
"Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi dari jalan Allah (jalan adalah wasi). Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan?
Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman (dengan risalah engkau), kemudian menjadi kafir (dengan wilayah wasi engkau) lalu hati mereka dikunci mati (oleh Allah), kerana itu mereka tidak dapat mengerti" Aku telah berkata: Apakah makna "Mereka tidak dapat mengerti" Beliau telah berkata: Mereka tidak dapat memikirkan tentang kenabian engkau (Muhammad). Aku telah berkata: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah, agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu"? 
Beliau telah berkata: Dan apabila dikatakan kepada mereka kembalilah kepada wilayah Ali, nescaya Nabi s.a.w meminta ampunan untuk kamu daripada dosa-dosa kamu "Mereka memalingkan muka mereka". Allah telah berfirman: "Dan kamu lihat mereka berpaling" (daripada wilayah Ali) sedang mereka menyombongkan diri" ke atasnya. Kemudian Allah telah berfirman: "Sama saja bagi mereka, kamu mintakan ampunan atau tidak kamu mintakan ampunan bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada mereka yang fasik" Beliau telah berkata: Mereka yang zalim kepada wasi engkau.
Aku telah berkata: "Apakah orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk atau orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus" Beliau telah berkata: Sesungguhnya orang yang menyeleweng daripada wilayah Ali adalah seperti orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya, tidak mendapat petunjuk bagi urusannya dan Dia telah menjadikan orang yang mengikutinya berjalan tegap di atas jalan yang lurus. Dan jalan yang lurus itu (al-Sirat al-Mustaqim) adalah Amir al-Mukminin a.s.
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Sesungguhnya ia adalah perkataan rasul yang mulia" Beliau telah berkata: Iaitu kata-kata Jibrail daripada Allah tentang wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: "Dan ia bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman dengannya" Beliau telah berkata: Mereka telah berkata: Sesungguhnya Muhammad adalah pembohong kepada Tuhannya dan Allah tidak memerintahkannya dengan ini [imamah] kepada Ali, maka Allah telah menurunkan firman-Nya: (Sesungguhnya wilayah Ali) adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya beliau (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas Kami, nescaya benar-benar Kami pegang beliau pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya" 
Kemudian Dia telah berfirman: "Dan sesungguhnya (wilayah Ali) itu benar-benar suatu pelajaran bagi mereka yang bertakwa (yang alim). Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakannya. Dan sesungguhnya (Ali) itu benar-benar menjadi penyesalan bagi mereka yang kafir. Dan sesungguhnya (wilayahnya) itu benar-benar kebenaran yang diyakini Maka bertasbihlah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang Maha Besar" Beliau telah berkata: Bersyukurlah kepada Tuhan engkau yang telah memberi kepada engkau kelebihan ini.
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Dan sesungguhnya kami manakala mendengar petunjuk, kami beriman kepadanya" Beliau telah berkata: Petunjuk (al-Huda) adalah wilayah Ali, kami telah beriman dengan maulana, lantaran itu, sesispa yang beriman dengan maulanya "Maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut) akan penambahan dosa dan kesalahan" Aku telah berkata: Adakah ia tanzil (wahyu)? Beliau telah berkata: Tidak, ia adalah takwil. Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Katakanlah: "Sesungguhnya aku tidak ada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan" Beliau telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyeru manusia kepada wilayah Ali, lalu Quraisy telah berkumpul kepadanya, kemudian mereka telah berkata: Wahai Muhammad, maaflah kami daripada [lelaki] ini. 
Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ini terserah kepada Allah, bukan kepadaku, lantas mereka menuduhnya [berbohong] dan keluar dari sisinya, maka Allah menurunkan firman-Nya: "Sesungguhnya aku tidak ada kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. Katakanlah: "Sesungguhnya aku sekali-kali tiada seorangpun yang dapat melindungiku dari Allah (jika aku menderhakaiNya) dan sekali-kali aku tiada akan memperoleh tempat berselindung selain daripada-Nya.Tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalah-Nya (tentang Ali). Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, kemudian Dia telah berfirman sebagai pengukuhan: "Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya (pada wilayah Ali), maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya Sehingga apabila mereka melihat azab yang diancamkan kepada mereka, maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolongnya dan lebih sedikit bilangannya" Dimaksudkan dengan sedemikian adalah al-Qaim dan penolong-penolongnya.
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya; "Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan? Beliau telah berkata: Mereka telah berkata kepada engkau. "Dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarlah Aku (wahai Muhammad) bertindak terhadap pendusta-pendusta (wasi engkau), mereka yang mempunyai kemewahan dan beri tangguhlah mereka barang sebentar" Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Supaya mereka yang diberi al-Kitab yakin?" Beliau telah berkata: Supaya mereka yakin bahawa sesungguhnya Allah, Rasul-Nya dan wasinya adalah benar. Aku telah berkata: "Dan supaya mereka yang beriman itu bertambah imannya" Beliau telah berkata: Iman mereka akan bertambah dengan wilayah wasinya[Rasulullah s.a.w]. Aku telah berkata: "Dan supaya mereka yang diberi al-Kitab dan mereka yang mukmin itu tidak ragu-ragu" Beliau telah berkata: Dengan wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: Apakah keraguan ini? Beliau telah berkata: Ia dimaksudkan kepada al-Kitab dan mukminin yang disebut oleh Allah, maka beliau telah berkata: Mereka tidak ragu-ragu tentang wilayah Ali a.s.
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia" Beliau telah berkata: Ya, wilayah Ali a.s. Aku telah berkata: "Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar" Beliau telah berkata: Wilayah [Ali a.s]. Aku telah berkata: "Bagi sesiapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur" Beliau telah berkata: Sesiapa yang berkehendak maju kepada wilayah kami, maka beliau ditangguhnya dari Saqar dan sesiapa yang membelangkangi kami, maka beliau akan maju ke Saqar "Kecuali golongan kanan" 
Beliau telah berkata: Demi Allah, merekalah Syiah kita. Aku telah berkata: "Kami dahulu tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang"? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak mewalikan wasi Muhammad dan para wasi selepasnya-mereka tidak mengambil berat ke atas mereka-aku telah berkata: "Maka mengapa mereka berpaling dari peringatan Allah?" Beliau telah berkata: Mereka berpaling dari wilayah [Ali a.s dan para wasi a.s]. Aku telah berkata: "Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya al-Qur'an itu adalah peringatan" Beliau telah berkata: Wilayah [Ali dan para wasi a.s].
Aku telah berkata: Tentang firman-Nya: "Mereka menunaikan nazar"? Beliau telah berkata: Mereka menunaikan nazar yang telah diambil oleh Allah ke atas mereka di dalam perjanjian (al-Mithaq) tentang wilayah kami. Aku telah berkata: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Qur'an kepadamu dengan beransur-ansur" Beliau telah berkata: Dengan wilayah Ali secara tanzil. Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya, ia adalah tanzil yang mempunyai makna takwil. Aku telah berkata: "Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan" Beliau telah berkata: Wilayah [Ali dan para wasi a.s]. Aku telah berkata: "Dia memasukkan siapa yang dikendakiNya ke dalam rahmat-Nya" Beliau telah berkata: Di dalam wilayah kami. 
Dia telah berfirman: "Dan bagi mereka yang zalim disediakanNya azab yang pedih" [Beliau telah berkata]: Tidakkah anda melihat kepada firman-Nya: "Dan tidaklah mereka menzalimi Kami, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri" Beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah lebih mulia dari menzalimi atau mengaitkan diri-Nya kepada kezaliman, tetapi Allah telah mencampurkan diri kami dengan diri-Nya, lalu Dia telah menjadikan kezaliman kami kezaliman-Nya, wilayah kami wilayah-Nya, kemudian Dia telah menurunkan firman-Nya ke atas Nabi-Nya, maka Dia telah berfirman: "Dan tidaklah mereka menzalimi Kami, tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri" Aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.
Aku telah berkata: "Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi mereka yang berdusta" Beliau telah berkata: Allah telah berfirman: Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi mereka yang berdusta, wahai Muhammad, dengan apa yang Aku telah mewahyukan kepada engkau daripada wilayah [Ali bin Abi Talib a.s]. "Bukankah Kami telah binasakan mereka yang dahulu? Lalu Kami iringi mereka dengan mereka yang datang kemudian" Beliau telah berkata: Mereka yang terdahulu yang telah membohongi para rasul di dalam mentaati para wasi. "Demikianlah Kami berbuat terhadap mereka yang berdosa" 
Beliau telah berkata: Orang yang telah melakukan jenayah (dosa) kepada keluarga Muhammad dan menolak wasinya. Aku telah berkata: "Sesungguhnya mereka yang bertakwa"? Beliau telah berkata: Demi Allah, kami dan Syiah kami, tidak berada di atas agama Ibrahim selain daripada kita dan semua manusia terlepas daripadanya. Aku telah berkata: "Pada hari, ketika ruh, dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata-kata yang benar" 
Beliau telah berkata: Demi Allah, kamilah yang diberi izin untuk mereka pada hari Kiamat dan kamilah yang akan berkata benar. Aku telah berkata: Apakah kamu berkata apabila kamu bercakap? Beliau telah berkata: Kami memuji Tuhan kami dan kami berselawat ke atas Nabi kami dan kami memberi syafaat kepada Syiah kami, maka Tuhan kami tidak akan menolaknya. Aku telah berkata: "Sekali-kali jangan curang, kerana kitab orang yang derhaka tersimpan dalam sijjiin" Beliau telah berkata: Mereka itulah yang telah mengkhianati hak para imam dan memusuhi mereka. Aku telah berkata: Kemudian dikatakan: "Inilah yang dahulu selalu kamu dustakan" Beliau telah berkata: Iaitu Amir al-Mukminun a.s, aku telah berkata: Adakah ini tanzil? Beliau telah berkata: Ya.

(745)-92. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada al-Husain bin 'Abd al-Rahman, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s. tentang firman-Nya: "Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit" Beliau telah berkata: Dimaksudkan dengannya ialah Wilayah Amir al-Mukminin a.s. Aku telah berkata: "Dan Kami akan menghidupkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta" 
Beliau telah berkata: Iaitu buta mata di akhirat adalah kerana buta hati di dunia daripada wilayah Amir al-Mukminin a.s, beliau telah berkata: Beliau di dalam keadaan keliru pada hari Kiamat berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah telah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepada kamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya" Beliau telah berkata: Ayat-ayat itu adalah para imam a.s. "Dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan" Iaitu kamu telah meninggalkannya. 
Demikian juga pada hari itu kamu[akan] ditinggalkan di neraka sebagaimana kamu telah meninggalkan para imam a.s, kamu tidak mentaati perintah mereka, kamu tidak mendengar kata-kata mereka. Aku telah berkata: "Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal"? Beliau telah berkata: Orang yang menyekutukan orang lain dengan wilayah Amir al-Mukminin a.s dan tidak beriman dengan ayat-ayat Tuhannya dan meninggalkan para imam a.s dengan penuh penentangan, tidak mengikuti kesan-kesan mereka dan tidak mewalikan mereka. Aku telah berkata: "Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki siapa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Kuat dan lagi Maha Perkasa"? 
Beliau telah berkata: Wilayah Amir al-Mukminin a.s. Aku telah berkata: "Sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat"? Beliau telah berkata: [sesiapa yang] mengetahui Amir al-Mukminin dan para Imam a.s. "Akan Kami tambah keuntungan itu baginya" Beliau telah berkata: Kami akan tambah keuntungannya daripadanya, beliau telah berkata: Beliau akan menerima bahagiannya daripada negeri mereka "Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan bersama al-Qaim kepadanya sebahagian daripada keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian di akhirat" Beliau telah berkata: Tidak ada baginya habuan di dalam pemerintahan yang benar (al-Haqq) bersama al-Qaim.