Bab 114. Kelahiran al-Zahra' Fatimah a.s

Kelahiran Al-Zahra' Fatimah A.S (maulid al-Zahraa' Fatimah a.s)

Fatimah a.s suaminya adalah Ali a.s, dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul. Fatimah a.s telah mati ketika berusia 18 tahun dan 75 hari. Dan beliau telah tinggal 75 hari selepas [kematian] bapanya.

(811)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Abi 'Ubaidah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s telah tinggal selepas Rasulullah s.a.w selama 75 hari. Beliau telah berdukcita di atas kematian bapanya. Jibrail telah mendatanginya dan memberi takziah di atas kematian bapanya, memperbaiki [keadaan] dirinya, menceritakan kepadanya tentang keadaan bapanya, tempatnya, memberitahu kepadanya apa yang akan berlaku selepasnya pada zuriatnya dan Ali a.s menulis semuanya.

(812)-2. Muhammad bin Yahya, daripada al-'Umarkiy, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s adalah Siddiqah dan Syahidah, sesungguhnya anak-anak perempuan para nabi tidak ada haid.

(813)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-secara marfu' dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar al-Syaibani berkata: Al-Qasim bin Muhammad bin al-Razi telah memberitahu kepadaku, berkata: Ali bin Muhammad al-Haramzani, daripada Abi Abdillah al-Husain bin Ali a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s mati, maka Amir al-Mukminin a.s telah mengembumikannya secara rahsia dan meratakan kuburnya . 
Kemudian beliau telah berdiri dan mengadap mukanya kepada kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: " Al Salamu 'alaika ya Rasulallah daripadaku dan al-Salamu 'alaika daripada anak perempuan anda, pelawat anda di tempat anda dan Allah telah memilih untuknya supaya cepat bersama anda. Katakan, wahai Rasulullah, tentang pilihan anda ini, [betapa kuatnya] kesabaranku dan maafilah daripada penghulu wanita syurga kekasaranku, sesungguhnya bagiku di dalam kesedihan dengan sunnah anda ketika perpisahan anda, masih mempunyai tempat untuk memberi takziah. Sesungguhnya aku telah menyandarkan anda pada lahad kubur anda dan diri anda antara bahagian atas dadaku (nahri) dan dadaku (sadri). Ya, pada kitab Allah bagiku sebaik-baik penerimaan. 
Inna li-llah wa inna ila-hi raaji'uun. Barang simpanan dikembalikan, diambil sebagai gadaian dan al-Zahra' telah diambil dengan cepat. Alangkah buruknya masa sekarang [kerana kematiannya] dan masa dahulu [kerana kematian anda], wahai Rasulullah, adapun dukacitaku adalah berkekalan, adapun malamku tanpa tidur dan merana, [beliau] tidak hilang daripada hatiku atau Allah memilih untukku negeri yang anda sedang berada (kematian). Dukacita yang kuat [seperti] nanah tanpa darah, alangkah cepatnya perpisahan di antara kita dan kepada Allah aku mengadu. Anak perempuan anda akan menceritakan kepada anda dengan kemenangan umat anda di atas kezaliman [kelak], maka bertanyalah kepadanya dan mintalah penjelasan daripadanya. 
Berapa banyak dendam kasumat di dadanya, tetapi ia tidak tersibar dan beliau akan berkata: "Dan Allah akan menetapkan hukumnya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya" Salam daripada orang yang mengucap selamat tinggal tanpa jemu. Jika aku pulang, bukan kerana jemu dan jika aku tinggal, bukan kerana sangkaan jahat dengan janji Allah kepada mereka yang bersabar. Sesungguhnya kesabaran itu cantik. Jika tidak kerana kemenangan pihak penguasa, nescaya aku telah menjadikannya maqam dan tinggal beriktikaf [di sisinya] pada masa yang lebih lama dan menanggung penderitaan di atas bencana yang mulia. Dengan mata Allah, anak perempuan anda dikapan secara rahsia, dirampas haknya dan dihalang pusakanya sedangkan masa belum lama [daripada kematian anda] dan Dia tidak menciptakan daripada anda anak lelaki (yang hidup). Dan kepada Allah, wahai Rasulullah, sebaik baik ucapan takziah, selawat dan salam kepada anda dan di atasnya (Fatimah) salam dan keredaan".

(814)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ahamd bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada 'Abd al-Rahman bin Salim, daripada al-Mufadhdhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Siapakah yang telah memandikan [jenazah Fatimah? Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin-seolah-olah aku telah membesar-besarkan kata-katanya-, maka beliau telah berkata: Seolah-olah anda tidak senang hati dengan apa yang aku telah ceritakan kepada anda? Aku telah berkata: Ia memang begitu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata: Janganlah anda merasa tertekan kerana Fatimah adalah siddiqah, lantaran itu, ianya akan dimandikan [jenazahnya] oleh siddiq, tidakkah anda telah mengetahui bahawa Maryam tidak dimandikan [jenazah]nya melainkan oleh Isa.

(815)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ju'fi, daripada Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s, mereka berdua telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s-manakala telah berlakulah urusan mereka-telah mengambil baju Umar, lalu menariknya kepadanya, kemudian telah berkata: Demi Allah, wahai Ibn al-Khattab, jikalaulah aku tidak benci bahawa bala akan menimpa orang yang tidak bersalah, nescaya anda mengetahui bahawa aku akan bersumpah ke atas Allah [untuk anda], kemudian aku akan mendapatiNya cepat menerima [doaku].

(816)-6. Dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Yazid bin 'Abd al-Malik, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s dilahirkan, Allah telah mewahyukan kepada malaikat supaya lidah Muhammad menamakannya Fatimah, lalu baginda s.a.w telah menamakannya Fatimah, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah membiasakan anda dengan ilmu dan aku telah menjauhkan anda daripada darah haid. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya Dia telah membiasakannya dengan ilmu dan manjauhkannya daripada darah haid di dalam perjanjian (al-Mithaq) 

(817)-7. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Fatimah a.s: Wahai Fatimah, berdirilah dan keluarkan mangkuk (al-Sahfah) itu, lalu beliau berdiri dan mengeluarkan mangkuk yang mengandungi bubur daging (tharid) Maka Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain telah memakannya selama tiga belas hari. Kemudian Umm Aiman telah melihat kepada al-Husain bersamanya ada sesuatu, maka beliau telah berkata kepadanya: Dari manakah anda mendapatinya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kami memakannya selama beberapa hari. 
Kemudian Umm Aiman telah datang kepada Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Fatimah, apabila ada sesuatu di sisi Umm Aiman, maka ia adalah untuk Fatimah dan anak-anaknya dan apabila ada sesuatu di sisi Fatimah, maka ia bukannya untuk Umm Aiman? Lantas Fatimah telah mengeluarkannya untuknya, lalu Umm Aiman telah memakannya dan [makanan] di dalam mangkuk itupun telah habis. Maka Nabi s.a.w telah bersabda kepadanya: Jikalaulah anda tidak memberi makan kepadanya, nescaya anda dan zuriat anda boleh memakannya sehingga hari Kiamat. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Mangkuk (al-Sahfah) di sisi kami, akan dikeluarkan oleh Qaim kita a.s pada zamannya.

(818)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Ja'far berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sebaik saja Rasulullah s.a.w duduk, tiba-tiba malaikat yang mempunyai dua puluh empat muka telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Kekasihku Jibrail, aku tidak pernah melihat anda di dalam bentuk ini, malaikat itu telah berkata: Aku bukanlah Jibrail, wahai Muhammad, Allah telah menghantar aku supaya aku mengahwinkan cahaya daripada cahaya (uzawwiju al-Nur min al-Nur), baginda s.a.w telah bersabda: Siapa daripada siapa? Beliau telah berkata: Fatimah daripada Ali. Beliau telah berkata: Manakala malaikat itu telah berpaling, tiba-tiba di antara dua bahunya[tertulis] Muhammad Rasulullah, Ali adalah wasinya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Semenjak bilakah ia ditulis di antara dua bahu anda? Maka beliau telah berkata: Dua puluh dua ribu tahun sebelum Allah menciptakan Adam.

(819)-9. Ali bin Muhammad dan orang lain, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang kubur Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Beliau telah dikebumikan di rumahnya, manakala Bani Umayyah telah menambahkan Masjid, maka ia termasuk di dalam Masjid.

(820)-10. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada al-Khaibari, daripada Yunus bin Zubyaan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Jikalaulah Allah tidak menciptakan Amir al-Mukminin a.s untuk Fatimah, nescaya tidak ada orang yang layak (kufwun) untuknya di muka bumi daripada Adam dan selain daripadanya.