Bab 115. Kelahiran al-Hasan bin Ali a.s

Kelahiran Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid al-Hasan bin Ali a.s)

Al-Hasan bin Ali a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan pada tahun Badr tahun kedua hijrah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun ketiga hijrah. Beliau telah mati pada akhir bulan Safar pada tahun 49 hijrah ketika berusia 47 tahun dan beberapa bulan. Ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.

(821)-1. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Ishaq, daripada Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Abdullah bin Sinan, daripada orang yang telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila kematian telah menghampiri al-Hasan a.s, beliau telah menangis, maka dikatakan kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa anda menangis sedangkan kedudukan anda daripada Rasulullah s.a.w? Dan baginda s.a.w telah bersabda bermacam-macam kepada anda; anda telah melakukan haji sebanyak dua puluh kali dengan berjalan kaki, anda telah membahagi-bahagikan harta anda sebanyak tiga kali sehingga kasut dengan kasut? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku menangis kerana dua perkara: Permulaan perjalanan [ke alam Barzakh] dan perpisahan dengan orang yang dikasihi.

(822)-2. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali [bin Mihziyar], daripada al-Hasan bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah mati ketika berusia 47 tahun pada tahun 50 Hijrah, beliau telah hidup selama 40 tahun selepas [kematian]Rasulullah s.a.w.

(823)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Sesungguhnya Ja'dah binti As 'ath bin Qais al-Kindi telah meracuni al-Hasan bin Ali a.s dan seorang hamba perempuannya (al-Hasan a.s). Hamba perempuannya telah terhidu racun, sementara al-Hasan a.s telah termakan racun dan ia telah meresap kedalam perutnya, lalu beliau mati.

(824)-4. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada al-Qasim al-Nahdi, daripada Isma'il bin Mihran, daripada al-Kinasi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar kerana mengerjakan umrah bersama seorang lelaki daripada anak-anak al-Zubair yang telah percaya tentang imamahnya. Mereka telah bermalam di satu tempat di bawah pohon kurma yang kering, kemungkinan ia telah kering kerana kekurangan air. Lalu beliau telah membentangkan hamparan untuk al-Hasan a.s dan satu hamparan untuk anak lelaki al-Zubair di bawah pohon kurma yang lain. 
Anak lelaki al-Zubair telah berkata dan mengangkat kepalanya: Jikalaulah pohon kurma ini ada buah yang segar (al-Ratab), nescaya kita boleh memakannya, maka al-Hasan a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda ingin makan kurma segar? Anak lelaki al-Zubair telah berkata: Ya, lantas beliau a.s telah mengangkat tangannya ke langit dan berdoa dengan kata-kata yang aku tidak dapat memahaminya, lalu pohon kurma itu menjadi hijau, kemudian telah bertukar kepada keadaannya, maka ia telah mengeluarkan daun dan buah kurma yang segar. Al-Jammal telah berkata: [Ini] sihir, demi Allah, maka al-Hasan a.s telah berkata: Celaka anda, ini bukanlah sihir, tetapi doa seorang anak lelaki Nabi dimakbulkan. Beliau telah berkata: Kemudian mereka telah memanjat pohon kurma itu, lalu mereka memotong (mengambil) apa yang ada padanya dan ia telah cukup untuk mereka.

(825)-5. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Abi Umar, daripada beberapa orang lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar, salah satunya di timur dan yang satu lagi di barat, di atas kedua-duanya dinding daripada besi dan di atas setiap satu daripadanya beribu-ribu gelanggang tinju dan padanya beribu-ribu bahasa, setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya. Aku mengetahui semua bahasa-bahasa itu dan apa yang ada pada kedua-duanya dan di antara kedua-duanya dan Hujjah yang ada di atas kedua-duanya selain daripadaku dan selain daripada al-Husain saudaraku.

(826)-6. Al-Husain bin Muhammd dan Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin al-Nu'man, daripada Sundal, daripada Abi Usamah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar ke Makkah selama setahun dengan berjalan kaki, lalu dua kakinya telah menjadi bengkak, maka sebahagian hambanya telah berkata kepadanya: Jika anda menunggang [binatang], nescaya bengkak ini akan berkurangan. Maka beliau a.s telah berkata: Apabila kita sampai di rumah ini, seorang yang berkulit hitam akan menjemput anda dan bersamanya minyak, maka belilah daripadanya dan janganlah anda bertawar-tawaran dengannya. 
Maka hambanya berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kami telah datang ke sebuah rumah padanya seorang yang menjual ubatnya, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Ya, rumah itu di hadapan anda, bukan rumah tadi, lalu mereka berdua telah berjalan [sejauh] satu batu, tiba-tiba beliau adalah yang berkulit hitam (al-Aswad). Maka al-Hasan a.s telah berkata kepada hambanya: Ambillah minyak daripadanya dan bayarlah harganya, maka lelaki hitam itu telah berkata: Kepada siapa anda maksudkan minyak ini? 
Maka beliau telah berkata: Kepada al-Hasan bin Ali, lantas beliau berkata: Pergilah bersamaku kepadanya, lalu beliau telah pergi dan berjumpa dengannya, maka beliau telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, aku tidak mengetahui bahawa anda berhajat kepada ini, aku tidak mengambil harganya. Sesungguhnya aku adalah maula anda, tetapi berdoalah kepada Allah supaya mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang sempurna yang akan mencintai kamu Ahlu l-Bait, sesungguhnya aku telah meninggalkan isteriku yang sedang sakit bersalin, maka beliau a.s telah berkata: Pulanglah ke rumah anda, maka Allah telah mengurniakan kepada anda seorang anak lelaki yang sempurna dan beliau adalah daripada Syiah kita.