Bab 116. Kelahiran al-Husain bin Ali a.s

Kelahiran Al-Husain Bin Ali A.S (maulid al-Husain bin 'Ali a.s)


Al-Husain bin Ali a.s telah dilahirkan pada tahun ke tiga hijrah dan mati pada [hari Isnain10 hb] Muharram tahun 61 hijrah ketika berusia 57 tahun dan beberapa bulan. Beliau telah dibunuh oleh 'Ubaidillah bin Ziyad yang dilaknati Allah di dalam pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah di dalam perjalanan ke Kufah. Beliau telah dibunuh oleh Umar bin Sa'd yang dilaknati Allah di Karbala' ketika menunggang kuda perangnya pada hari Isnain 10 Muharram dan ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w. 

(827)-1. Sa'd dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain bin Ali a.s telah mati pada hari 'Asyura' (kesepuluh Muharram) ketika berusia 57 tahun.

(828)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Hakam, daripada 'Abd al-Rahman al- 'Arzami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Di antara al-Hasan dan al-Husain a.s satu kali suci (tuhrun) dan di antara mereka berdua dari segi kelahiran ialah 6 bulan 10 hari.

(829)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa' dan al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain, Jibrail telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s akan melahirkan seorang kanak-kanak yang akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati]. Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain a.s, beliau tidak sukakan kandungannya dan kelahirannya . Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak didapati di dunia ini seorang ibu yang akan melahirkan anak yang tidak disukainya, beliau tidak menyukainya apabila beliau telah mengetahui bahawa anaknya akan dibunuh, beliau telah berkata: Dan padanyalah telah turun ayat: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik (husnan) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga bulan" 

(830)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ali bin Isma'il, daripada Muhammad bin 'Amru al-Zayyaat, daripada seorang lelaki daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi berita gembira kepada anda dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh Fatimah a.s, tetapi umat anda akan membunuhnya selepas anda [mati]. Maka beliau telah naik [ke langit], kemudian beliau a.s telah berkata kepadanya seumpamanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, di atas Tuhanku salam, aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dibunuh oleh umatku selepasku, lalu Jibrail a.s telah naik ke langit.
Kemudian beliau telah turun, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan memberi berita gembira kepada anda bahawa sesungguhnya Dia menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Aku telah reda, kemudian baginda s.a.w telah datang kepada Fatimah a.s [bersabda]: Sesungguhnya Allah telah memberi berita gembira kepadaku dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh anda, umatku akan membunuhnya selepasku, lalu Fatimah a.s telah memberitahu kepadanya: Aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dilahirkan olehku, akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati]. 
Kemudian baginda s.a.w telah memberitahu kepadanya bahawa Allah telah menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat, lalu beliau telah memberitahu kepadanya: Sesungguhnya aku telah reda "Ibunya mengandungkannya dengan susah payah (kebencian), melahirkannya dengan susah payah (kebencian). Mengandungkannya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa: Ya, Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk mereka yang berserah" 
Jikalaulah baginda s.a.w tidak berkata: "berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku" nescaya zuriatnya telah menjadi para imam semuanya. Al-Husain a.s tidak pernah menerima [air] susu Fatimah a.s dan juga perempuan lain. Nabi s.a.w telah mendatanginya dan meletakkan ibu jarinya s.a.w pada mulutnya, lalu beliau menghisap daripadanya untuk bekalan [selama] dua atau tiga hari. Lalu daging al-Husain a.s telah tumbuh daripada daging Rasulullah s.a.w dan darahnya. Tidak pernah dilahirkan [bayi yang berumur] enam bulan melainkan Isa bin Maryam a.s dan al-Husain bin Ali a.s.
Di dalam riwayat yang lain, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa sesungguhnya al-Husain a.s telah dibawa kepada Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah memberi (menghulurkan) lidahnya kepada al-Husain a.s, lalu beliau telah menghisapnya, maka beliau telah memadai dengannya dan beliau tidak menyusu daripada perempuan.

(831)-5. Ali bin Muhammad secara marfu', daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata: Sesungguhnya aku sakit" Beliau telah berkata: Beliau telah mengira, lalu beliau telah melihat apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s, maka beliau telah berkata: Aku sakit di atas apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s.

(832)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ali bin Asbaat, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Muhammad bin Hamraan berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala urusan al-Husaian a.s belum berlaku, malaikat telah gempar dan mengadu kepada Allah dengan tangisan dan berkata: Akan dilakukan ini kepada al-Husain pilihan Engkau dan anak lelaki Nabi Engkau? Dia berfirman: Maka Allah telah mendirikan untuk mereka bayangan al-Qaim a.s dan Dia berfirman: Dengan ini (al-Qaim a.s) Aku membalas dendam dengan ini (al-Husain a.s).

(833)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada 'Abd al-Malik bin A'yan, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala kemenangan telah turun kepada al-Husain bin Ali a.s sehingga di antara langit dan bumi, kemudian diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah (mati), maka beliau a.s telah memilih pertemuan dengan Allah.

(834)-8. Al-Husain bin Muhammad telah berkata: Abu Kuraib dan Abu Sa'id al-Asyajj telah memberitahu kepadaku, berkata: Abdullah bin Idris telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya Idris bin Abdullah al-Awadi, berkata: Manakala al-Husain a.s telah dibunuh, mereka ingin memijaknya dengan kuda, lalu Fidhdhah berkata kepada Zainab: Wahai sayyidati, sesungguhnya Safinah telah pecah di lautan, lalu beliau telah keluar ke sebuah pulau, tiba-tiba beliau terserempak dengan Asad , lalu beliau telah berkata: Wahai al-Harith , aku adalah hamba (maula) Rasulullah s.a.w.
Lalu beliau telah bercakap dengan tidak jelas di hadapannya sehingga beliau telah menunjukkan jalan kepadanya sedang al-Asad menunggu di satu sudut, biarlah aku pergi kepadanya dan aku akan memberitahu kepadanya apakah mereka akan buat besok. Beliau telah berkata: Beliau telah pergi kepadanya: Wahai Abu al-Harith, lalu beliau mengangkat kepalanya, kemudian berliau telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang akan dilakukan kepada Abu Abdillah a.s besok? Mereka ingin kuda memijak belakangnya. Beliau telah berkata: Lalu beliau telah berjalan sehingga beliau meletakkan dua tangannya di atas tubuh al-Husain a.s, maka kuda telah maju ke depan, manakala mereka melihat kepadanya, lalu Umar bin Sa'd yang dilaknati Allah berkata kepada mereka: Fitnah, janganlah kamu menggalakkannya, maka pulanglah, kemudian mereka telah pulang.

(835)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Yunus, daripada Musqalah al-Tahhan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila al-Husain a.s dibunuh, isterinya dari Bani Kilab (al-Kalbiyyah) telah mengadakan majlis ratapan, lalu beliau menangis dan perempuan-perempuan yang lain dan khadam-khadam telah turut menangis sehingga air mata mereka telah kering. Kemudian beliau (isteri) telah pergi, tiba-tiba beliau telah melihat seorang hamba perempuan daripada hamba-hambanya sedang menangis dan air matanya masih berlinang, lalu beliau telah memanggilnya dan berkata kepadanya: Kenapa anda di kalangan kami air mata anda masih berlinang? Beliau telah berkata: Apabila aku ditimpa kepenatan, aku meminum minumam suwaiq Beliau a.s telah berkata: Kemudian beliau (hamba perempuan) telah menyuruh dengan makanan dan minuman suwaiq, lalu beliau telah memakannya dan meminumnya dan berkata: Sesungguhnya kami mahu sedemikian adalah bagi menguatkan [diri kami] untuk menangis ke atas al-Husain a.s. 
Beliau a.s telah berkata: Dihadiahkan kepada al-Kalbiyyah sapu tangan wangi untuk membantunya di majlis ratapan (ma'tam) al-Husain a.s. Apabila beliau telah melihat kepada sapu tangan wangi itu, maka beliau telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Hadiah yang diberikan kepadanya oleh polan untuk membantu anda di majlis ratapan al-Husain a.s, lalu beliau telah berkata: Kami bukanlah di dalam [majlis] perkahwinan, apakah kita akan buat dengannya? Kemudian beliau telah menyuruh mereka supaya dikeluarkan dari rumah. Manakala mereka dikeluarkan dari rumah, kami tidak merasa apa-apa (bau-bauan) seolah-olah kami telah berterbang di antara langit dan bumi dan tidak nampak kesan mereka selepas mereka keluar dari rumah.