Bab 121. Kelahiran Abu al-Hasan al-Ridha a.s

Kelahiran Abu Al-Hasan Al-Ridha A.S (maulid Abi al-Hasan al-Ridha a.s)

Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah dilahirkan pada tahun 148 hijrah dam mati pada bulan Safar tahun 203 hijrah ketika berusia 55 tahun. Tarikh kematiannya adalah berbeza, tetapi tarikh inilah yang aku maksudkan. Beliau telah mati di Tus di sebuah kampung bernama Sanaabad daripada Nuqaan di atas misi dakwah dan dikebumikan di sana. Al-Makmun telah mengarahkannya supaya berpindah daripada Madinah ke Marv mengikut jalan Basrah dan Farsi. Apabila al-Makmun telah keluar, beliau telah memintanya supaya datang ke Baghdad bersamanya. Beliau a.s telah mati di kampung ini (Sanaabad) . Ibunya Umm walad dipanggil: Umm al-Baniin.

(865)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan al-Awwal telah berkata kepadaku: Adakah anda telah mengetahui seseorang daripada penduduk al-Maghrib telah datang? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Ya, seorang lelaki telah datang, maka datanglah bersama kami. Lalu beliau telah menunggang [binatang] dan akupun telah menunggang bersamanya sehingga kami telah berakhir kepada lelaki itu, tiba-tiba beliau adalah lelaki daripada penduduk Madinah bersamanya seorang hamba lelaki. Maka aku telah berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, lalu beliau telah membentangkan kepada kami tujuh orang hamba perempuan. 
Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku tidak berhajat pada mereka, kemudian beliau telah berkata: Bentangkan kepada kami, maka beliau telah berkata: Tidak ada di sisiku melainkan seorang hamba perempuan yang sakit, maka beliau telah berkata kepadanya: Tidak mengapa jika anda membentangkannya kepada kami, maka beliau enggan melakukannya, lalu beliau a.s. pulang. Kemudian besoknya beliau telah menghantar aku, maka beliau a.s telah berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga anda yang tertinggi padanya, maka apabila beliau menyebut harganya, maka katakan kepadanya: Sesungguhnya aku telah mengambilnya. Kemudian aku telah mendatanginya, maka beliau telah berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya daripada…, maka aku telah berkata: Aku telah mengambilnya. Maka beliau telah berkata: Beliau adalah milik anda, tetapi beritahulah kepadaku siapakah lelaki yang telah berada bersama anda kelmarin? Maka aku telah berkata: Seorang lelaki daripada Bani Hasyim, beliau telah berkata: Bani Hasyim yang mana? Maka aku telah berkata: Tidak ada di sisiku lebih banyak daripada ini, maka beliau telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini. Sesungguhnya aku telah membelinya dari pendalaman Maghrib, tiba-tiba seorang perempuan daripada ahli al-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Siapakah hamba perempuan bersama anda? 
Aku telah berkata: Aku sendiri telah membelinya, maka beliau telah berkata: Tidak sepatutnya hamba perempuan ini bersama lelaki seperti anda, sesungguhnya hamba perempuan ini sepatutnya berada di sisi sebaik-baik penduduk bumi, maka tidak lama kemudian, beliau telah berada di sisinya sehingga beliau telah melahirkan daripadanya seorang budak yang tidak pernah dilahirkan di timur dan di barat seumpamanya, beliau telah berkata: Aku telah membawanya kepadanya, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan al-Ridha a.s.

(866)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Safwan bin Yahya berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mati dan Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah bercakap [tentang imamah], kami telah khuatir ke atasnya tentang urusan itu, maka dikatakan kepadanya: Sesungguhnya anda telah menzahirkan perkara yang besar dan sesungguhnya kami khuatir di atas anda akan taghut ini, maka beliau telah berkata: Hendalah beliau meningkatkan usahanya, justeru tidak ada jalan baginya ke atasku.

(867)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin Mansur, daripada saudaranya berkata: Aku telah datang kepada al-Ridha a.s di sebuah rumah di waktu malam, lalu beliau telah mengangkat tangannya seolah-olah di dalam rumahnya ada sepuluh lampu dan seorang lelaki telah meminta izin daripadanya atasnya, lantas beliau telah meletakkan tanganya, kemudian beliau a.s telah memberi izin kepadanya.

(868)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada Ibrahim bin Abdullah, daripada Ahmad bin Abdullah, daripada al-Ghifari berkata: Seorang lelaki daripada keluarga Abi Rafi' maula Rasulullah s.a.w dipanggil: Tais 'Alayya Haqqun telah membuat tuntutan kepadaku dan memaksa aku, tetapi orang ramai telah menolongnya. Manakala aku telah melihat perkara itu, akupun telah mengerjakan sembahyang Subuh di masjid Rasulullah s.a.w, kemudian aku terus menghala kepada al-Ridha a.s yang sedang berada di al-'Uraidh. Manakala aku telah menghampiri pintunya, tiba-tiba beliau telah menaiki keldai memakai baju berwarna merah. Manakala aku telah melihat kepadanya, maka aku merasa malu kepadanya. Apabila beliau sampai kepadaku, beliau telah berdiri dan melihat kepadaku, maka aku telah memberi salam kepadanya-itu adalah pada bulan Ramadan-maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya hamba anda Tais 'Alayya Haqqan telah membuatku menjadi masyhur dan aku telah menyangka pada diriku bahawa beliau menyuruhnya menahanku, demi Allah, aku tidak berkata kepadanya: Berapakah haknya ke atasku dan aku tidak menamakan sesuatu kepadanya, beliau telah menyuruhku duduk sehingga beliau pulang, aku di dalam keadaan sedemikian sehingga aku telah melakukan sembahyang Maghrib dan aku masih berpuasa. 
Aku telah merasa cemas dan aku ingin pulang, tiba-tiba beliau telah pulang dan di sekelilingnya orang ramai yang telah bertanya kepadanya ketika beliau memberi sedekah kepada mereka. Lalu beliau telah pergi dan memasuki rumahnya. Kemudian beliau telah keluar dan menyeruku, maka akupun telah datang kepadanya dan masuk ke rumah bersamanya. Beliau telah duduk, maka akupun duduk bersamanya, maka aku mulai bercakap kepadanya mengenai Ibn al-Musayyab, gabenor Madinah dan banyak aku telah bercakap mengenainya. Manakala aku telah selesai bercakap mengenainya, beliau telah berkata: Aku tidak fikir anda telah berbuka puasa? 
Maka aku telah berkata: Tidak, lalu beliau telah menyeru untukku dengan makanan, maka beliau telah meletakkannya di depanku dan menyuruh budak itu supaya makan bersamaku. Apabila kami selesai makan, beliau telah berkata kepadaku: Angkatlah bantal itu dan ambillah apa yang ada di bawahnya, maka akupun telah mengangkatnya, tiba-tiba ada wang dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meletakkannya di dalam gengamanku dan beliau telah menyuruh empat orang daripada hamba-hambanya supaya bersamaku sehingga mereka menghantarku ke rumahku, maka aku telah bertanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kumpulan Ibn al-Musayyab sedang merayau-rayau aku tidak suka beliau berjumpa denganku dan bersama-samaku hamba-hamba anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Tepat sekali kata-kata anda, Mudah-mudahan Allah menunjukkan anda kepada kecerdikan, lalu beliau telah menyuruh mereka pulang setelah aku menolak mereka. 
Manakala aku telah menghampiri rumahku, aku merasa sunyi kerana menolak mereka, maka aku telah memasuki rumahku dan aku menyeru dengan lampu dan aku telah melihat wang dinar sebanyak 48 dinar dan hak lelaki itu ke atasku adalah 28 dinar dan padanya satu dinar yang cantik, ia mengangungkan aku, lalu aku telah mengambilnya dan aku telah menghampiri lampu itu, tiba-tiba di atasnya ukiran yang terang: Hak lelaki itu adalah 28 dinar dan apa yang lebih adalah hak anda, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahui hartanya ke atasku dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah memuliakan walinya.

(869)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa beliau a.s telah keluar dari Madinah pada tahun yang mana Harun telah mengerjakan haji, ingin mengerjakan haji, lalu berakhir di gunung di kiri jalan-jika anda menuju ke Makkah-dipanggil: Paari', maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya: Wahai Paari', musnahkannya, nescaya beliau akan mengonyakkanya. Kami tidak mengetahui maknanya, apabila beliau a.s telah pergi, Harun telah sampai dan bermalam di tempat itu, Ja'far bin Yahya telah menaiki gunung itu, maka Harun telah menyuruhnya supaya membina untuknya satu "tempat beristirahat". Manakala Harun telah pulang dari Makkah, beliau telah menaiki gunung itu, lalu beliau telah menyuruh supaya tempat berihat itu dimusnahkan, manakala beliau pulang ke Iraq, maka ia telah dimusnahkannya.

(870)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim, daripada Ibrahim bin Musa berkata: Aku telah menggesa Abu al-Hasan a.s pada suatu perkara yang aku minta daripadanya, beliau telah menjanjikan aku, maka beliau telah keluar pada suatu hari untuk menjemput gabenor Madinah dan aku telah berada bersamanya, kemudian beliau telah mendekati istana polan, lalu beliau telah turun di bawah pohon-pohon dan aku telah turun bersamanya dan tidak ada bersama kami orang yang ketiga, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, hari raya ini Dia telah meneduhkan kita, demi Allah, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lalu beliau a.s telah mengguriskan bumi dengan tongkatnya, kemudian beliau telah memukul dengan tangannya, lalu beliau telah mengambil satu keping emas, kemudian beliau telah berkata: Manfaatkanlah dengannya dan rahsialah apa yang anda telah melihatnya.

(871)-7. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir al-Khadim dan al-Rayyaan bin al-Salt, berkata: Manakala urusan pemecatan telah selesai, maka urusan (khilafah) telah tetap kepada al-Makmun, maka beliau telah menulis kepada al-Ridha a.s memintanya supaya datang ke Khurasan, maka Abu al-Hasana a.s telah memberi alasan yang bermacam-macam . Al-Makmun sentiasa menulis kepadanya tentangnya sehingga beliau mengetahui bahawa tiada sebab baginya untuk menolaknya. Maka beliau telah keluar dan Abu Ja'far a.s pada ketika itu berumur tujuh tahun, lalu al-Makmun telah menulis kepadanya: Janganlah anda mengambil jalan gunung dan Qum, ambillah jalan Basrah, al-Ahwaz dan Faris sehingga sampai di Marv, maka al-Makmun telah membentangkan kepadanya urusan khilafah.
Maka Abu al-Hasan a.s telah enggan, beliau telah berkata: Menjadi pengganti? Maka beliau a.s telah berkata: Di atas syarat-syarat yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka al-Makmun telah berkata kepadanya: Tanyalah apa yang anda mahu, maka al-Ridha a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya aku menjadi pengganti anda dengan [syarat] aku tidak menyuruh dan melarang, aku tidak memberi fatwa, aku tidak menghukum, aku tidak dilantik, aku tidak dijauhkan, aku tidak mengubah sesuatu daripada apa yang ada sekarang dan anda memaafkan aku daripada semuanya, maka al-Makmun telah menjawab semuanya, beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku berkata: Manakala tiba hari raya, al-Makmun telah mengutus kepada al-Ridha a.s memintanya supaya menghadiri [sembahyang] hari raya, bersembahyang dan memberi khutbah.
Maka al-Ridha a.s telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya anda telah mengetahui syarat-syarat di antara anda dan aku di dalam perkara ini, lalu al-Makmun telah mengutus kepadanya: Sesungguhnya aku mahu sedemikian supaya hati orang ramai menjadi tenang dan mereka mengetahui kelebihan anda, maka beliau a.s sentiasa menjawab percakapannya tentang perkara itu, tetapi al-Makmun masih mendesaknya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, jika anda memaafkan aku tentang perkara itu, maka ia adalah perkara yang aku paling suka, jika anda tidak memaafkan aku, aku keluar sebagaimana Rasulullah s.a.w dan Amir al-Mukminin a.s telah keluar. Maka al-Makmun telah berkata: Keluarlah sebagaimana anda kehendaki. Al-Makmun telah memerintahkan ketua-ketua tentera dan orang ramai supaya datang ke pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s.
Beliau telah berkata: Yasir telah memberitahu kepadaku bahawa orang ramai yang terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah duduk di jalan-jalan dan di atas bumbung-bumbung kerana Abu al-Hasan a.s. Sementara ketua-ketua tentera telah berkumpul di pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s. Manakala matahari telah naik, beliau a.s telah bangun, lalu beliau mandi dan memakai serban putih daripada kapas, meletak sebahagiannya di atas dadanya dan sebahagian yang lain di atas dua ketiaknya, lalu mengangkatnya. Kemudian beliau telah berkata kepada pengikut-pengikutnya: Buatlah sebagaimana aku telah membuatnya, kemudian beliau telah mengambil tongkatnya, kemudian beliau telah keluar dan kami telah berada di hadapannya. Beliau telah mengangkat seluarnya kepada separuh betis, manakala beliau telah berjalan, maka kamipun telah berjalan di hadapannya, beliau telah mengangkat kepalanya ke langit dan bertakbir sebanyak empat kali. Kami telah berkhayal seolah-olah langit dan dinding-dinding menjawabnya. 
Sementara ketua-ketua tentera dan orang ramai telah bersedia dan mereka telah memakai senjata dan telah berhias dengan pakaian yang paling cantik. Manakala kami telah melihat kepada mereka dengan gambaran ini, al-Ridha a.s telah muncul dan berdiri di pintu seketika, kemudian beliau telah berkata: Allah akbar, Allah akbar, Allah akbar, [Allah akbar] di atas apa yang Dia telah tunjukkan kita, Allah akbar di atas apa yang Dia telah memberi rezeki kepada kita daripada binatang-binatang ternakan dan segala puji bagi Allah di atas apa yang Dia telah menguji kita" Kami telah mengangkat suara kami-Yasir telah berkata: Marv telah bergoncang dengan tangisan, riuh dan laungan manakala mereka telah melihat Abu al-Hasan a.s. Begitu juga dengan ketua-ketua tentera terjatuh dari kuda-kuda mereka apabila mereka melihat Abu al-Hasan a.s berjalan dan berhenti pada setiap sepuluh langkah dan bertakbir sebanyak tiga kali. Yasir telah berkata: Kami telah berkhayal bahawa langit dan gunung-gunung menjawabnya, justeru, Marv telah menjadi riuh daripada tangisan. 
Berita ini telah sampai kepada al-Makmun, maka al-Fadhl bin Sahal Dhu al-Riyasatain telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, jika al-Ridha a.s telah sampai ke musalla dengan jalan ini, orang ramai akan tertarik kepadanya, pendapat[ku] bahawa anda memintanya supaya beliau pulang, maka al-Makmun telah mengutus kepadanya supaya beliau pulang, maka Abu al-Hasan a.s telah menyeru untuk kasutnya (khuff), lalu beliau telah memakainya, menunggang [binatang tunggangannya] dan pulang.

(872)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Yasir berkata: Manakala al-Makmun telah keluar dari Khurasan ke Baghdad dan al-Fadhl Dhu al-Riyasatain telah keluar dan kami telah keluar bersama Abu al-Hasan a.s, sepucuk surat telah sampai kepada al-Fadhl bin bin Sahl Dhi al-Riyasatain daripada saudaranya al-Hasan bin Sahl ketika kami telah berada di sebuah rumah: Aku telah melihat kepada penukaran tahun mengikut hisab bintang-bintang, maka aku telah mendapati padanya bahawa anda akan merasai pada bulan tertentu pada hari Rabu kepanasan besi dan kepanasan api, aku melihat anda, Amir al-Mukminin dan al-Ridha memasuki bilik mandi (al-Hammam) pada hari ini (Rabu), anda akan mengambil darah padanya (tahtajimu) dan darah akan terkena pada dua tangan anda" 
Untuk menghilangkan dukacitanya daripadanya, maka Dhu al-Riyasatain telah menulis kepada al-Makmun tentang perkara itu dan telah memintanya supaya bertanya kepada Abu al-Hasan mengenainya, lalu al-Makmun telah menulis kepada Abu al-Hasan bertanya kepadanya tentangnya. Maka Abu al-Hasan telah menulis kepadanya: Aku tidak akan memasuki bilik mandi dan aku tidak melihat anda dan al-Fadhl memasuki bilik mandi besok, maka beliau telah mengulanginya sebanyak dua kali. Maka Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya, wahai Amir al-Mukminin, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok kerana aku telah melihat Rasulullah s.a.w pada malam ini di dalam tidur, maka baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Ali, janganlah anda memasuki bilik mandi besok". 
Aku tidak fikir anda dan al-Fadhl akan memasukinya besok. Al-Makmun telah menulis surat kepadanya, anda telah benar, wahai sayyidi, dan Rasulullah s.a.w telah benar, aku tidak akan memasuki bilik mandi besok dan al-Fadhl lebih mengetahuinya. Yasir telah berkata: Apabila waktu petang tiba dan matahari telah terbenam, al-Ridha a.s telah berkata kepada kami: Katakan kami berlidung dengan Allah daripada kejahatan yang akan berlaku pada malam ini, maka kami sentiasa berkata sedemikain. 
Manakala al-Ridha a.s telah mengerjakan sembahyang Subuh, beliau telah berkata kepadaku: Naiklah di atas bumbung, maka dengarlah, adakah anda telah mendengar sesuatu? Apabila aku telah menaikinya, aku telah mendengar suara bising yang kuat, tiba-tiba kami dapati al-Makmun telah masuk dari pintu kepada rumahnya daripada rumah Abu al-Hasan seraya berkata: Wahai sayyidi, Wahai Abu al-Hasan, Allah memberi ganjaran kepada anda tentang al-Fadhl, sesungguhnya beliau telah enggan, tetapi beliau telah memasuki bilik mandi, tiba-tiba satu kumpulan telah memasukinya dengan pedang-pedang, lalu mereka telah membunuhnya dan tiga orang di kalangan mereka telah memasukinya. 
Salah seorang daripada mereka adalah anak saudaranya al-Fadhl Ibn Dhi al-Qalamain. Beliau telah berkata: Tentera dan ketua-ketua tentera serta pengawal-pengawal al-Fadhl telah berada di pintu al-Makmun, mereka telah berkata: Inilah yang telah membunuhnya-Mereka maksudkan al-Makmun-kami akan menuntut darahnya dan mereka telah datang di pintu untuk membakar pintu [rumah]. Lalu al-Makmun telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Wahai sayyidi, anda melihat, anda keluar kepada mereka dan menyuraikan mereka, Yasir berkata: Abu al-Hasan telah menaiki (binatang) dan beliau telah berkata kepadaku: Naiklah, maka aku telah menaikinya. Manakala kami telah keluar dari pintu rumah, beliau telah melihat kepada orang ramai, maka beliau telah berkata kepada mereka: Bersurailah, bersurailah. Yasir telah berkata: Beliau telah berhadapan dengan orang ramai, lalu mereka telah mematuhinya dan beliau tidak menunjukkan kepada seseorang melainkan beliau telah menunggang dengan cepat dan melalui [mereka].

(873)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Musafir, daripada al-Wasyaa', daripada Musafir berkata: Manakala Harun bin al-Musayyab ingin mengenakan Muhammad bin Ja'far, Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadaku: Pergilah dan katakan kepadanya: Janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar besok, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh dan jika beliau bertanya kepada anda dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini, maka katakan kepadanya: Aku telah melihatnya di dalam mimpi: Beliau telah berkata: Maka aku telah datang kepadanya, lalu aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan dirku tebusan anda, janganlah anda keluar besok kerana jika anda keluar, anda akan dikalahkan dan para sahabat anda akan dibunuh, maka beliau telah berkata kepadaku: Dari manakah anda telah mengetahui [perkara] ini? 
Aku telah berkata: Aku telah melihat[nya] di dalam mimpi, maka beliau telah berkata: Seorang itu telah tidur, tetapi beliau tidak membasuh punggungnya, kemudian beliau telah keluar, lalu beliau dikalahkan dan para sahabatnya dibunuh, beliau telah berkata: Musafir telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s di Mina, tiba-tiba Yahya bin Khalid telah datang dengan menutup kepalanya daripada debu, maka beliau telah berkata: Kasihan! Mereka tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada mereka pada tahun ini, kemudian beliau telah berkata: Yang paling pelik sekali adalah Harun, Musafir telah berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui makna hadis ini sehingga aku telah mengapankannya bersamanya. 

(874)-10. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ali bin Muhammad al-Qasaani berkata: Sebahagian daripada para sahabat kami telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah membawa harta yang disangsikan kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka aku tidak melihatnya bergembira dengannya, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita kerananya dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah membawa harta ini kepadanya dan beliau tidak bergembira dengannya, maka beliau telah berkata: Wahai budak, [bawalah] bekas dan air, beliau telah berkata: Maka beliau telah duduk di atas kerusi dan berkata kepada budak itu: Curahlah air ke atas[tangan]ku, beliau telah berkata: Maka beliau telah mulai mengalirkan air di antara anak-anak jarinya di dalam bekas, kemudian beliau telah berpaling kepadaku: Siapa yang di dalam keadaan begini, beliau tidak peduli kepada orang yang anda telah membawanya kepadanya.

(875)-11. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Ali bin Musa a.s telah mati ketika berusia 49 tahun dan beberapa bulan pada tahun 202 hijrah. Beliau telah hidup selama 19 tahun 10/11 bulan selepas Musa bin Ja'far a.s.