Bab 123. Kelahiran Abu al-Hasan Ali bin Muhammad a.s

Kelahiran Abu al-Hasan Ali Bin Muhammad A.S [Dan Al-Ridhwaan] (maulid Abi al-Hasan 'Ali bin Muhammad a.s [wa al-Ridhwaan]

Beliau a.s telah dilahirkan pada 15 hb Dhu al-Hijjah, tahun 212 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Rajab tahun 214 hijrah dan telah mati pada 4 hb Jamadi al-Akhir tahun 254 hijrah. Dan diriwayatkan bahawa beliau a.s telah mati pada bulan Rajab tahun 254 hijrah ketika berusia 41 tahun 6 bulan. Dan diriwayatkan juga bahawa beliau telah mati ketika berumur 40 tahun. Al-Mutawakkil telah memintanya supaya datang bersama Yahya bin Hartumah bin A'yan dari Madinah ke Sarra man ra'a. Beliau a.s. telah mati dan dikebumikan di rumahnya di Sarra man ra'a. Ibunya bernama Samaanah.

(888)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Khairan al-Asbaati berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s di Madinah, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah berita al-Wathiq di sisi anda? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, anda telah meninggalkannya di dalam keadaan sihat, aku adalah orang yang paling dekat dengan masanya, masaku dengannya adalah 10 hari, maka beliau telah berkata kepadaku: Penduduk Madinah berkata: Beliau telah mati. Manakala beliau telah berkata kepadaku: Manusia (al-Naas) aku telah mengetahui bahawa beliau adalah orangnya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah Ja'far telah buat? 
Anda telah meninggalkannya di dalam keadaan yang paling buruk di penjara, maka beliau telah berkata: Beliau adalah sahib al-Amr, apakah Ibn al-Zayyat telah buat? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, orang ramai adalah bersamanya dan urusan adalah urusannya, maka beliau telah berkata: Perkara buruk telah diramalkan untuknya. Kemudian beliau telah diam. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Semua takdir Allah dan hukum-Nya [telah berlaku] dan akan berlaku, wahai Khairan, al-Wathiq telah mati, al-Mutawakkil telah menguasai Ja'far dan Ibn al-Zayaat telah dibunuh. Maka aku telah berkata: Bilakah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Selepas anda keluar [dari penjara] enam hari.

(889)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih bin Sa'id berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, di dalam semua perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda dan memandang rendah kepada anda sehingga mereka telah menurunkan anda di tempat yang buruk dan melarat? Maka beliau telah berkata: Di sini anda, wahai Ibn Sa'd , kemudian beliau telah menunjukkan dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku telah melihatnya, tiba-tiba aku berada di beberapa taman yang cantik dan segar, padanya perempuan-perempuan yang baik dan kanak-kanak seolah-olah mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang dan sungai-sungai yang mengalir, penglihatanku telah terpesona dan mataku telah bergembira, maka beliau telah berkata: Disebabkan kami telah berada [di sana] maka bagi kami persediaan, kami bukanlah di tempat yang melarat.

(890)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallaab berkata: Aku telah membeli untuk Abu al-Hasan a.s kambing-kambing yang banyak, lalu beliau telah menyeruku, maka beliau telah memasukkan aku dari anjung rumahnya ke tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya, maka aku mulai membahagi-bahagikan kambing itu kepada mereka yang beliau telah menyuruhku melakukannya. Maka beliau telah mengutus kepada Abu Ja'far dan kepada ibunya serta selain daripada mereka berdua. 
Kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad kepada bapaku pada hari al-Tarwiyah, maka beliau telah menulis kepadaku: Anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang, beliau telah berkata: Maka akupun telah bermalam di sisinya dan aku telah bermalam pada malam raya haji di serambinya. Manakala waktu sahur, beliau telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata: Wahai Ishaq, bagunlah, beliau telah berkata: Akupun telah bangun, maka aku telah membuka dua mataku, maka aku tiba-tiba berada di pintu [rumah]ku di Baghdad, beliau telah berkata: Maka aku telah masuk kepada bapaku dan para sahabatku, maka aku telah berkata kepada mereka bahawa aku telah berada di al-Askar dan aku telah keluar ke Baghdad untuk berhari raya.

(902)-4. Ali bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Muhammad al-Tahiri berkata: Al-Mutawakkil telah menghidapi penyakit tumor dan hampir mati, maka tidak ada seorangpun yang berani menyentuhnya dengan besi. Maka ibunya telah bernazar jika al-Mutawakkil disembuhkan beliau akan membawa kepada Abu al-Hasan Ali bin Muhammad harta yang banyak daripada hartanya, lalu al-Fath bin Khaaqaan telah berkata kepadanya: Jika anda mengutus kepada lelaki itu dan anda telah memintanya, kemungkinan beliau dapat menyembuhkan anda daripadanya, lalu beliau telah mengutus kepadanya dan menceritakan kepadanya penyakitnya. 
Maka utusan itu telah pulang kepadanya supaya diambil minyak daripada kambing betina, dipanaskan dengan air mawar, lalu diletakkan di atasnya. Manakala utusan itu telah pulang, beliau telah memberitahu kepada mereka, maka mereka mulai mempersenda-sendakan kata-katanya, maka al-Fath telah berkata kepadanya: Beliau, demi Allah, lebih mengetahui apa yang beliau telah katakan. Kemudian minyak daripada kambing betina itu dibawa kepadanya dan dilakukan sebagaimana dikatakan dan diletakkan di atasnya, kemudian al-Mutawakkil tertidur dan menjadi tenang. Kemudian beliau membuka [dua matanya] dan telah keluar daripadanya apa yang ada di dalam tubuhnya, lalu ibunya telah bergembira dengan kesihatannya. 
Kemudian ibunya telah membawa kepadanya 10, 000 dinar di bawah capnya. Kemudian al-Mutawakkil telah memandang remeh tentang kesihatanya, lalu al-Batha'i al-'Alawi telah datang kepadanya bahawa harta yang akan dibawa kepadanya itu adalah bersama senjata, maka beliau telah berkata kepada Sa'id al-Hajib: Seranglah beliau pada waktu malam dan ambillah harta dan senjata yang anda dapati di sisinya dan bawalah ia kepadaku, Ibrahim bin Muhammad telah berkata: Sa'id al-Hajib telah berkata kepadaku: Aku telah pergi ke rumahnya pada waktu malam dan bersamaku beberapa anak tangga, maka aku telah menaiki bumbung. Manakala aku telah turun di atas beberapa anak tangga di dalam gelap, aku tidak mengetahui bagaimana aku akan sampai ke rumah, maka beliau telah menyeruku, wahai Sa'id, tetaplah di tempat anda sehingga mereka akan membawa lilin untuk anda. 
Maka aku telah turun, tiba-tiba aku telah mendapatinya: Memakai jubah dan songkok daripada bulu, sementara sejadah di atas tikar [sembahyang] di hadapannya. Maka aku tidak syak bahawa beliau telah melakukan sembahyang, maka beliau telah berkata kepadaku: Jangan tinggalkan rumah, lalu aku telah memasukinya, maka aku tidak mendapati padanya sesuatupun, kemudian aku telah mendapati wang dinar yang banyak di rumahnya yang telah dicapkan dengan cap ibu al-Mutawakkil dan satu bungkusan yang telah dicapkan. Beliau telah berkata kepadaku: Di bawah tikar sembahyang, maka aku telah mengangkatnya, maka aku telah mendapati pedang di dalam bekas yang tidak ditutup, lalu aku telah mengambilnya dan pergi kepadanya. Manakala beliau telah melihat kepada cap ibunya di atas wang dinar, maka beliau telah mengutus kepadanya. 
Maka ibunya telah keluar kepadanya, sebahagian pengawal peribadinya telah memberitahu kepadaku bahawa ibunya telah berkata kepadanya: Aku telah bernazar supaya anda sembuh manakala aku telah putus asa tentang anda, jika anda sembuh, aku akan membawa kepadanya 10, 000 ribu dinar, maka aku telah membawanya kepadanya dan inilah capku di atas bungkusan dan beliau telah membuka bungkusan yang lain, tiba-tiba padanya 400 dinar, lalu beliau telah meletakkan di dalan bungkusan yang lain pula dan beliau telah menyuruhku supaya membawanya kepadanya dan aku telah memulangkan pedang, dua bungkusan dan aku telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, Ali memang mulia, maka beliau telah berkata kepadaku: "Dan mereka yang zalim itu kelak akan mengetahui tempat mana mereka akan kembali" 

(891)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad al-Naufali berkata: Muhamamad bin al-Faraj telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadanya: Wahai Muhammad, tumpukan urusan anda dan berhati-hatilah, beliau berkata: Maka aku menumpukan pada urusanku dan aku tidak mengetahui apa yang beliau telah tulis kepadaku sehingga utusan telah datang kepadaku membawaku dari Mesir di dalam keadaan [tanganku] digari dan beliau telah memukulku. Aku telah berada di penjara selama 8 tahun, kemudian surat telah dihantar kepadaku di penjara: Wahai Muhammad, janganlah anda turun di sudut barat, maka aku telah membaca surat itu dan aku telah berkata: Beliau a.s menulis kepadaku dengan [kata-kata] ini sedangkan aku di penjara, sesungguhnyanya ini suatu keajaiban, tidak lama kemudian aku dibebaskan dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Beliau telah berkata: Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadanya bertanya beliau tentang barang-barangnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Ia akan dikembalikan kepada anda dan tidak memudaratkan anda jika ia tidak dikembalikan kepada anda. Manakala Muhammad bin al-Faraj dijemput ke al-'Askar, beliau a.s telah menulis untuk mengembalikan barang-barangnya dan beliau telah mati sebelum itu. Beliau telah berkata: Ahmad bin al-Khatib telah menulis kepada Muhammad bin al-Faraj memintanya pergi ke al-'Askar, lalu beliau telah menulis kepada Abu al-Hasan a.s meminta pendapatnya, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: Keluarlah kerana padanya kejayaan anda jika Allah kehendaki, lalu beliaupun telah keluar, tidak lama selepas itu, beliau telah mati.

(892)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada seorang lelaki, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: Abu Ya'qub telah memberitahu kepadaku berkata: Aku telah melihatnya-iaitu Muhammad-sebelum kematiannya di al-'Askar di waktu Isyak. Dan sesungguhnya beliau telah menyambut Abu al-Hasan a.s, lalu beliau telah melihat kepadanya dan beliau telah mengetahui kesakitanya, maka aku telah melawatnya selepas beberapa hari daripada kesakitannya dan beliau berada di dalam keadaan tenat, maka beliau telah memberitahu kepadaku bahawa kain [kapan] telah dikirimkan kepadanya, maka beliau telah mengambilnya dan meletakkannya di bawah kepalanya, beliau telah berkata: Maka beliau [akan] dikapankan padanya. Ahmad telah berkata: Abu Ya'qub telah berkata: Aku telah melihat Abu al-Hasan a.s bersama Ibn al-Khadhib, maka Ibn al-Khadhib telah berkata kepadanya: Berjalanlah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda lebih dahulu, maka beliau tidak tinggal melainkan empat hari sehingga diletakkan kayu (dahaq) di betis Ibn al-khadhib , kemudian beliau a.s telah meratap, beliau telah berkata: Diriwayatkan daripadanya ketika Ibn al-Khadhib mendesaknya di rumah yang beliau memintanya daripadanya, maka beliau a.s telah mengutus kepadanya: Aku akan menyediakan untuk anda daripada Allah satu tempat [disyurga] yang kekal, kemudian Allah telah mengambilnya pada hari-hari itu.

(893)-7. Muhammad bin Yahya, daripada sebahagian sahabat kami berkata: Aku telah mengambil satu salinan surat al-Mutawakkil kepada Abu al-Hasan al-Thalith a.s daripada Yahya bin Harthumah pada tahun 243 hijrah dan inilah salinanya:

Bismi llahi r-Rahmani r-Rahim, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Amir al-Mukminin mengetahui keupayaan anda, menjaga kekerabatan anda yang wajib bagi hak anda, menilai urusan-urusan anda dan keluarga anda, semoga Allah memperbaiki hal anda dan keluarga anda, menguatkan kemuliaan anda dan kemuliaan mereka, keamanan anda dan keamanan mereka kerana ingin mendapatklan keredaan Tuhan-Nya dan menunaikan fardu ke atas anda dan mereka. Sesungguhnya Amir al-Mukminin telah menukarkan Abdullah bin Muhammad dari pentadbiran perang dan sembahyang di Madinah al-Rasul s.a.w kerana kejahilannya- sebagaimana anda katakan tentang hak anda- dan beliau telah memandang rendah kepada keupayaan anda apabila beliau telah melemparkan tuduhannya terhadap anda sedangkan Amir al-Mukminin telah mengetahui betapa anda bebas daripada tuduhan itu. 
Khususnya kebenaran niat anda di dalam menggagalkan percubaannya, sesungguhnya anda bukan tandingannya. Justeru, Amir al-Mukminin telah melantik Muhammad bin al-Fadl untuk menggantikan tempatnya bagi memuliakan anda, menghormati anda dan menyempurnakan urusan anda dan pendapat anda, mendekatkan diri kepada Allah dan kepada Amir al-Mukminin. Dan Amir al-Mukminin rindu kepada anda, ingin mengadakan perjanjian dengan anda dan melihat kepada anda. Jika anda ada kelapangan untuk melawatnya atau sesiapa yang anda cinta daripada keluarga anda, anda datanglah apabila anda mahu, anda bermalamlah apabila anda mahu, anda berjalan mengikut kehendak anda dan jika anda suka Yahya bin Harthumah, maula Amir al-Mukminin dan mereka yang bersamanya yang mengikut anda, biarlah mereka datang bersama anda, berjalan dengan anda dan urusan itu adalah terletak kepada anda sehingga anda datang kepada Amir al-Mukminin. Tidak ada seorangpun daripada saudara-saudaranya dan anak-anaknya secara khusus yang lebih lembut kedudukan daripadanya, aku melihat kepada mereka dengan kasihan belas dan kepada mereka aku lebih tenang, jika Allah kehendaki, selamat sejahtera di atas anda, rahmat-Nya dan berkat-Nya. Ditulis oleh Ibrahim bin al-'Abbas, selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya.

(894)-8. Al-Husain bin al-Hasan al-Hasani berkata: Abu al-Taib al-Muthanna telah berkata: Aduhai dukacitanya kamu, urusan Ibn al-Ridha telah merisaukan aku, beliau telah enggan minun [arak] bersamaku atau menemaniku minum arak atau aku akan mendapatinya peluang seperti ini, maka mereka telah berkata kepadanya: Jika anda tidak mendapatinya, maka ini adalah saudaranya Musa seorang penagih arak dan pemain gambus, beliau makan, mabuk dan bercinta. Beliau berkata: Utuslah kepadanya dan bawalah beliau [ ke sini] sehingga kita memberitahu kepada orang ramai bahawa beliaulah Ibn al-Ridha Maka beliau telah menulis kepadanya dan beliau dijemput dengan kehormatan dan didatangi oleh Bani Hasyim, ketua-ketua tentera dan orang ramai, jika beliau bersetuju, beliau akan diberikan tanah, akan dibina padanya rumah yang dapat menarik peminum-peminum arak dan penyanyi-penyanyi kepadanya. 
Beliau akan berhubung dengannya dan membuat baik kepadanya dan beliau akan menjadikannya kedudukan yang tinggi sehingga beliau sendiri akan melawatnya di tempat itu. Manakala Musa telah menerimanya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu dengannya pada satu jambatan Wasif iaitu tempat bertemu mereka yang datang, lalu beliau a.s telah memberi salam kepadanya (Musa), maka beliau telah menjawab salamnya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini telah membawa anda untuk mencabuli kehormatan anda dan menghina anda, justeru, janganlah anda mengakui bahawa anda telah meminum nabidh, maka Musa telah berkata kepadanya: Jika beliau telah menyeruku untuk minum, bagaimana aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Janganlah anda merendah-rendahkan kemampuan anda dan janganlah anda melakukannya kerana beliau mahu mencabuli kehormatan anda, tetapi beliau enggan mematuhinya, maka beliau a.s telah mengulanginya kepadanya. Manakala beliau telah melihat bahawa Musa tidak menjawabnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya majlis ini tidak akan mengumpulkan anda dan al-Mutawakkil selama-lamanya. Maka beliau telah tinggal selama tiga tahun, beliau bangun setiap pagi, maka dikatakan kepadanya: Hari ini penuh dengan kegembiraan, lalu beliau pergi, maka dikatakan: Beliau telah mabuk dan beliau telah bangun pagi, maka dikatakan kepadanya: Minuman [nabidh] adalah penawar. Beliau sentiasa di dalam keadaan sedemikian selama tiga tahun sehingga al-Mutawakkil dibunuh, tetapi beliau tidak berkumpul bersamanya ketika minum arak.

(895)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali berkata: Zaid bin Ali bin al-Husain bin Zaid telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah sakit, maka seorang doktor telah masuk kepadaku pada waktu malam, lalu beliau telah menceritakan kepadaku tentang ubat yang aku perlu mengambilnya pada waktu malam dan siang, maka aku tidak boleh melakukannya. Doktor belum keluar dari pintu sehingga datang kepadaku pertolongan dengan satu bekas yang mempunyai ubat yang sama, maka beliau telah berkata kepadaku: Abu al-Hasan a.s memberi salam kepada anda dan berkata kepada anda: Ambillah ubat ini selama satu hari, maka aku telah mengambilnya dan aku telah meminumnya, maka aku telah sembuh, Muhammad bin Ali telah berkata: Zaid bin Ali telah berkata: Pengkritik daripada golongan pelampau enggan menerima hadis ini.