Bab 124. Kelahiran Abu Muhammad al-Hasan bin Ali a.s

Kelahiran Abu Muhammad Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid Abi Muhammad al-Hasan bin Ali a.s)

Beliau a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan dan menurut naskhah yang lain pada bulan Rabi' al-Akhir tahun 232 hijrah. Dan beliau telah mati pada hari Jumaat 8hb Rabi' al-Awwal tahun 260 hijrah ketika berusia 28 tahun dan dikebumikan di rumahnya berhampiran makam bapanya di Sarra man ra'a. Dan ibunya adalah Umm walad bernama Hudith atau Susan.

(896)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari dan Muhammad bin Yahya dan lain-lain telah berkata: Ahmad bin 'Ubaidillah bin Khaaqaan di dalam tugasan tentang barang-barang yang hilang dan Kharaj di Qum, pada suatu hari sebutan tentang al-'Alawiyyah dan mazhab-mazhab mereka telah berlaku di majlisnya, beliau adalah seorang yang amat cemburu, maka beliau telah berkata: Aku tidak pernah melihat dan aku tidak pernah mengetahui di Sarra man ra'a seorang lelaki daripada golongan al-'Alawiyyah seperti al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Ridha dari segi petunjuknya, ketenangannya, kewarakannya, kemuliaannya dan kehormatannya di sisi ahlu-Baitnya dan Bani Hasyim serta keutamaan mereka yang tua terhadapnya, begitu juga dengan ketua-ketua tentera, para menteri dan manusia secara umum. 
Sesungguhnya aku pada suatu hari telah berdiri di hadapan bapaku iaitu pada hari majlisnya untuk orang ramai, tiba-tiba pengawal-pengawalnya telah datang kepadanya, maka mereka telah berkata: Abu Muhammad Ibn al-Ridha di pintu, maka beliau telah berkata dengan suara yang tinggi: Izinkan untuknya masuk, maka aku telah menjadi hairan tentang apa yang aku telah mendengar daripada mereka bahawa mereka telah membesar-besarkan seorang lelaki di hadapan bapaku yang mana keadaan sedemikian tidak dilakukan melainkan kepada seorang khalifah atau penggantinya atau seorang sultan. 
Maka seorang lelaki yang berkulit hitam manis, berpendirian tegap, cantik mukanya, baik [bentuk] badannya, muda usianya, baginya kehormatan dan kehebatan telah muncul. Manakala bapaku telah melihat kepadanya, beliau telah berdiri dan berjalan kepadanya beberapa langkah, aku tidak pernah mengetahui bapaku telah melakukannya seperti ini kepada seorang daripada Bani Hasyim dan ketua-ketua tentera. Manakala beliau telah mendekatinya, beliau telah memeluknya dan mengucup mukanya, dadanya dan mengambil tangannya dan menjemputnya duduk di hadapannya. Kemudian beliau mulai bercakap dengannya dan aku menjadi hairan tentang apa yang aku sedang melihat daripadanya, tiba-tiba seorang pengawalnya telah masuk dan berkata: Al-Muwaffaq telah datang. 
Al-Muwaffaq apabila beliau datang kepada bapaku, pengawal-pengawal dan ketua-ketua tentera datang, lalu mereka berdiri di antara majlis bapaku dan pintu rumah berbaris sehingga al-Muwaffaq masuk dan keluar, maka bapaku sentiasa berhadapan dengan Abu Muhammad bercakap kepadanya sehingga beliau telah melihat kepada budak-budaknya, maka pada ketika itu beliau telah berkata: Allah telah menjadi diriku tebusan anda, kemudian beliau telah berkata kepada pengawal-pengawalnya, ambillah beliau [pergi] di balik pembarisan orang ramai sehingga beliau tidak dilihat oleh ini-iaitu al-Muwaffaq, lalu beliau telah berdiri dan bapaku juga telah berdiri dan memeluknya, kemudian beliau telah pergi, maka aku telah berkata kepada pengawal-pengawal bapaku dan budak-budaknya: Aduhai dukacitanya kamu, siapakah lelaki yang kamu sedang membesar-besarkanya di hadapan bapaku dan bapaku telah melakukan perkara yang sama, maka mereka telah berkata: Ini adalah seorang 'Alawi yang bernama al-Hasan bin Ali yang dikenali dengan Ibn al-Ridha, maka aku telah bertambah hairan dan aku semenjak hari itu sentiasa risau memikirkan tentang urusannya dan urusan bapaku serta apa yang aku telah melihat padanya sehinggalah malam tiba, biasanya beliau melakukan sembahyang al-'Atmah, kemudian beliau duduk, merenung tentang mesyuarat atau plot termasuk apa yang akan dikemukakan kepada sultan. 
Manakala beliau telah melakukan sembahyang, beliau telah duduk, akupun telah datang dan duduk di hadapannya, tiada seorangpun di sisinya, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Ahmad, adakah anda ada hajat? Aku telah berkata: Ya, wahai bapaku, jika anda izin kepadaku untuk bertanya anda tentangnya? Maka beliau telah berkata: Aku telah izin anda, wahai anak lelakiku, bertanyalah apa yang anda mahu, maka aku telah berkata: Wahai bapaku, siapakah lelaki yang aku telah melihat anda di waktu pagi, anda telah melayaninya dengan kehormatan dan kemuliaan serta anda telah menebuskannya dengan diri anda dan dua ibu bapa anda? 
Maka beliau telah berkata: Itu adalah imam al-Rafidhah , itulah al-Hasan bin Ali dikenali dengan Ibn al-Ridha, maka aku telah diam beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Jika imamah telah hilang daripada khalifah-khalifah Bani 'Abbas, maka tidak ada seorangpun yang telah berhak di kalangan Bani Hasyim selain daripadanya. Sesungguhnya beliau berhak imamah kerana kelebihannya, kewarakannya, petunjuknya, zuhudnya, ibadatnya, baik akhlaknya dan kebaikannya. Jika anda telah melihat bapanya, nescaya anda telah melihatnya seorang lelaki yang mulia, cerdik dan disegani, maka aku bertambah risau memikirkannya kerana kemarahan[ku] kepada bapaku dan apa yang aku telah mendengar daripadanya dan apa yang aku telah meminta penjelasan daripadanya tentang perbuatannya dan kata-katanya padanya, maka aku tidak ada hemah selepas itu melainkan bertanya tentang khabarnya dan membincangkan tentang urusannya. 
Maka aku tidak bertanya seorang daripada Bani Hasyim, ketua-ketua tentera, penulis-penulis, fakih-fakih dan semua manusia melainkan aku telah mendapatinya di sisinya kehormatan dan tempat yang tinggi, kata-kata yang cantik dan keutamaannya daripada keluarganya dan syeikh-syeikhnya, maka nilainya besar di sisiku jika aku tidak melihatnya sebagai seorang wali dan bukan sebagai seorang musuh melainkan beliau bercakap baik tentangnya dan memujinya, maka sebahagian daripada al-Asy'ariyyin yang hadir di majlisnya telah berkata: Wahai Abu Bakr, apa khabar dengan saudaranya Ja'far? Maka beliau telah berkata: Siapakah Ja'far sehingga anda bertanya tentang khabarnya? Atau disertai al-Hasan dengan Ja'far yang dikenali sebagai seorang yang fasik, jahat, tidak sopan dan peminum arak (mu'lan al-Fisq faajir maajin syirriib li-al-Khumuur) aku telah mendapati orang ramai begitu sensitif dengannya seolah-olah kehormatan mereka dicabuli. Apa yang telah mengagumkan aku tentangnya telah berlaku kepada sultan dan para sahabatnya ketika kematian al-Hasan bin Ali, aku tidak menyangka ia akan berlaku sedemikian. 
Manakala al-Hasan bin Ali jatuh sakit, beliau telah mengutus kepada bapaku bahawa Ibn al-Ridha telah jatuh sakit, maka beliau telah menunggang (datang) pada masa itu juga, maka beliau telah bersegera ke rumah Khalifah, kemudian beliau telah pulang dengan cepat, bersamanya lima orang daripada khadam Amir al-Mukminin semuanya dipercayai dan orang istimewanya di kalangan mereka adalah Nahrir , lalu beliau telah memerintahkan mereka supaya mengawasi rumah Abu al-Hasan dan mengetahui khabarnya, keadaannya dan mengutus kepada beberapa orang doktor. Beliau telah memerintahkan mereka supaya datang kepadanya dan merawatnya pada waktu siang dan malam. 
Manakala dua atau tiga hari telah berlalu, beliau telah diberitahu bahawa beliau telah menjadi lemah, lalu beliau telah memerintahkan doktor-doktor terus berada di rumahnya dan beliau telah mengutus kepada ketua kadi supaya menghadiri majlisnya dan memerintahkannya supaya memilih sepuluh orang di kalangan para sahabatnya yang dipercayai dari segi agama, amanah dan kewarakan, lalu beliau telah menghadirkan mereka, maka beliau telah mengutus mereka ke rumah Abu al-Hasan dan memerintahkan mereka mengubatnya siang dan malam, mereka sentiasa berada di sana sehingga beliau a.s telah mati. Justeru, Sarra man ra'a telah menjadi bising dan sultan telah mengutus ke rumahnya orang yang memeriksanya dan beliau telah memeriksa semua bilik-biliknya dan mereka telah mencari kesan anak lelakinya. Mereka telah datang dengan perempuan-perempuan yang mengetahui tentang kehamilan.
Lalu mereka telah datang kepada hamba-hamba perempuannya, melihat kepada mereka, maka sebahagian daripada mereka telah menyebut bahawa di sana terdapat seorang hamba perempuan yang sedang hamil, lalu diletakkannya di sebuah bilik, maka Nahrir telah mewakilkan seorang khadam [untuk mengawasinya], sementara para sahabatnya dan perempuan-perempuan lain bersama mereka, kemudian mereka telah bersiap untuk penyempurnaan jenazahnya, maka kedai-kedai ditutup, Bani Hasyim, ketua-ketua tentera, bapaku dan semua orang telah datang kepada jenazahnya. Sarra man ra'a pada hari itu seperti Kiamat, manakala mereka selesai dari menyempurnakan [jenazah] nya, sultan telah mengutus kepada Abu Isa bin al-Mutawakkil, maka beliau telah menyuruhnya supaya melakukan sembahyang ke atasnya. 
Manakala jenazahnya diletakkan untuk disembahyangkan, maka Abu Isa telah mendekatinya, lalu beliau telah membuka [tutup] mukanya, kemudian beliau telah membentangkannya kepada Bani Hasyim di kalangan al-'Alawiyyah dan al-'Abbasiyyah, ketua-ketua tentera, penulis-penulis, kadi-kadi dan pendakwa-pendakwa dan berkata: Ini adalah al-Hasan bin Ali bin Muhammad bin al-Ridha telah mati di atas hamparannya, maka telah hadirlah mereka yang telah hadir di kalangan khadam-khadam Amir al-Mukminin dan mereka yang dipercayainya polan dan polan dan di kalangan kadi-kadi polan dan polan, di kalangan doktor-doktor adalah polan dan polan, kemudian beliau telah menutup mukanya dan memerintahkan supaya beliau dibawa ke tengah rumahnya dan dikebumikannya berhampiran makam bapanya. Manakala beliau telah dikebumikan, sultan dan orang ramai telah mula mencari anak lelakinya. 
Pemeriksaan yang rapi telah dilakukan di beberapa rumah dan di tempat-tempat yang lain, mereka telah berhenti dari membahagi-bahagikan harta pusakanya dan mereka yang diwakilkan supaya sentiasa menjaga hamba perempuan yang disyaki hamil itu diteruskan sehingga terbukti kebatilan kehamilannya. Manakala terbukti kebatilan kemahilan daripada mereka, hartanya dibahagi-bahagikan di kalangan ibunya, saudaranya Ja'far. Manakala ibunya telah mendakwa wasiatnya dan ia telah diputuskan di sisi kadi dan sultan mencari kesan anak lelakinya. Ja'far telah datang selepas itu kepada bapaku, maka beliau telah berkata: Jadilah aku martabat saudartaku, nescaya aku akan memberikan kepada anda pada setiap tahun 20, 000 dinar.
Lalu bapaku telah menakut-nakutkannya dan berkata kepadanya: Wahai si bodoh, sultan telah menghunus pedangnya kepada mereka yang telah menyangka bahawa bapa anda dan saudara anda sebagai imam bertujuan menolak mereka daripada perkara itu, maka beliau tidak bersedia untuk itu. Jika anda di sisi Syiah bapa anda atau saudara anda sebagai seorang imam, maka anda tidak perlu kepada sultan untuk mengangkat anda kepada martabat mereka berdua dan tidak kepada sultan jika anda tidak mempunyai kedudukan ini di sisi mereka bagi mencapainaya. 
Bapaku telah menghinanya, melemahkannya dan memerintahkan supaya beliau dihalang daripadanya, maka beliau tidak membenarkannya datang kepadanya sehingga bapaku telah mati dan kami telah keluar di dalam keadaan sedemikian sedangkan sultan sedang mencari kesan anak lelaki al-Hasan bin Ali.
(897)-2. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Musa bin Ja'far berkata: Abu Muhammad a.s telah menulis kepada Abu al-Qasim Ishaq bin Ja'far al-Zubairi 20 hari sebelum kematian al-Mu'taz: Tinggallah di rumah anda sehingga berlakulah peristiwa. Manakala Buraihah telah dibunuh, beliau telah menulis kepadanya sesungguhnya peristiwa telah berlaku, justeru, apakah yang anda akan menyuruhku? Maka beliau telah menulis: Peristiwa ini bukanlah peristiwa yang akhir kerana urusan al-Mu'taz adalah peristiwa yang telah berlaku.
Dan daripadanya: Beliau telah menulis kepada seorang lelaki yang lain bahawa Ibn Muhammad bin Daud Abdullah akan dibunuh sepuluh hari sebelum pembunuhannya, manakala pada hari kesepuluh beliau dibunuh.

(898)-3. Ali bin Muhammad [daripada Muhammad] bin Ibrahim yang dikenali dengan Ibn al-Kurdi, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim bin Musa bin Ja'far berkata: Urusan kami telah menjadi buntu, maka bapaku telah berkata kepadaku: Datanglah bersama kami kepada lelaki ini iaitu Abu Muhammad, sesungguhnyanya beliau telah menceritakannya sebagai samaahah, maka aku telah berkata: Adakah anda mengenalinya? Beliau telah berkata: Aku tidak mengenalinya dan aku tidak pernah melihatnya, beliau telah berkata: Maka kami telah menuju kepadanya, maka bapaku telah berkata kepadaku di dalam perjalanannya: Kita memerlukan beliau supaya memberi kepada kita 500 dirham, 200 dirham untuk pakaian, 200 dirham untuk membayar hutang dan 100 dirham untuk perbelanjaan. 
Maka aku telah berkata kepada diriku: Mudah-mudahan beliau akan memberi kepadaku 300 dirham, 100 dirham aku akan membeli keldai, 100 dirham untuk perbelanjaan dan 100 dirham untuk pakaian dan aku akan keluar ke gunung, beliau telah berkata: Manakala kami telah sampai di pintu [rumah]nya, maka budaknya telah keluar kepada kami, maka beliau telah berkata: Ali bin Ibrahim dan Muhammad anak lelakinya sedang masuk. Manakala kami telah masuk dan memberi salam, beliau telah berkata kepada bapaku: Wahai Ali, apakah yang membuat anda lewat datang kepada kami sehingga waktu ini? 
Maka beliau telah berkata: Wahai sayyidi, aku telah malu untuk berjumpa dengan anda di dalam keadaan ini, manakala kami telah keluar dari sisinya, maka budaknya telah datang kepada kami dengan dompet, maka beliau telah berkata: Inilah 300 dirham, jadilah 100 dirham untuk harga keldai, 100 dirham untuk pakaian dan 100 dirham untuk perbelanjaan dan janganlah anda keluar ke gunung, pergilah ke al-Sauraa', lalu beliau telah pergi ke al-Sauraa' dan berkahwin dengan seorang perempuan, maka pendapatannya pada hari ini 1000 dinar dan beliau berkata untuk mewakafkannya, maka Muhammad bin Ibrahim telah berkata: Maka aku telah berkata kepadanya: Aduhai dukacitanya anda, adakah anda mahu perkara yang lebih jelas daripada ini?, maka beliau telah berkata: Ini adalah perkara yang kami telah melakukannya.

(899)-4. Ali bin Muhammad, daripada Abu Ali Muhammad bin Ali bin Ibrahim berkata: Ahmad bin al-Harith al-Qazwini telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada bersama bapaku di Sarra man ra'a. Bapaku telah cuba melatih seekor baghal di kandang Abu Muhammad, berkata: Di sisi al-Musta'in ada seekor baghal cantik dan sombong yang tidak pernah dilihat seumpamanya, ia telah menegah belakangnya dari tali kekang dan pelana, pelatihnya telah gagal melatihnya, beliau tidak dapat menunggangnya, maka sebahagian sahabatnya telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, kenapa anda tidak mengutus kepada al-Hasan bin al-Ridha supaya beliau datang, sama ada beliau dapat menunggangnya atau membunuhnya. Justeru anda boleh berehat daripadanya, beliau telah berkata: Kemudian beliau telah mengutus kepada Abu Muhammad dan bapaku telah pergi bersamanya, maka bapaku telah berkata: Apabila Abu Muhammad telah memasuki rumah [al-Musta'in], aku telah berada bersamanya.
Lalu Abu Muhammad telah melihat kepada baghal yang sedang berdiri di hadapan rumah itu, maka beliau telah berpaling kepadanya, lalu beliau telah meletakkan tangannya di atas punggungnya, beliau telah berkata: Maka aku telah melihat kepada baghal, maka ia telah berpeluh sehingga peluhnya mengalir daripadanya, kemudian beliau telah berjalan kepada al-Musta'in, lalu beliau telah memberi salam kepadanya, maka beliau telah menyambutnya dan mendekatinya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikatlah tali kengkang baghal ini, maka Abu Muhammad telah berkata kepada bapaku: Ikatlah ia, wahai budak, maka al-Musta'in telah berkata: Anda ikatlah, lalu beliau telah meletakkan jubahnya. 
Kemudian beliau telah berdiri, kemudian beliau telah pulang kepada tempat duduknya dan terus duduk, maka beliau telah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, ikatlah pelana [di atasnya], maka beliau telah berkata kepada bapaku: Wahai budak, ikatlah, maka beliau telah berkata: Anda ikatlah, maka beliau telah berdiri pada kali yang kedua, lalu beliau telah mengikatkan pelananya dan kembali, maka beliau telah berkata kepadanya: Anda mahu menunggangnya? Maka beliau telah berkata: Ya, lalu beliau telah menunggangnya tanpa dihalang ke atasnya dengan baik, kemudian beliau telah kembali dan turun, maka al-Musta'in telah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, bagaimana anda telah melihatnya? 
Beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak pernah melihat seekor baghal secantik ini dan ia tidak layak melainkan untuk Amir al-Mukminin, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Amir al-Mukminin telah membawa anda ke atasnya, maka Abu Muhammad telah berkata kepada bapaku: Wahai budak, ambillah, maka bapaku telah mengambilnya, kemudian beliau telah memandunya.

(900)-5. Ali, daripada Abi Ahamad bin Rasyid, daripada Abu Hasyim al-Ja'fari berkata: Aku telah mengadu satu hajat kepada Abu Muhammad a.s, maka beliau telah memecahkan tanah dengan tongkatnya, beliau telah berkata: Beliau telah menutupnya dengan sapu tangan dan mengeluarkan 500 dirham, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Hasyim, ambillah dan maafkan kami.

(901)-6. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdullah bin Salih, daripada bapanya, daripada Abi Ali al-Mutahhar bahawa beliau telah menulis kepadanya di al-Qadisiyyah memberitahu kepadanya tentang kepulangan orang ramai dan beliau takutkan dahaga, maka beliau a.s telah menulius kepadanya: Pergilah, tidak ada ketakutan di atas kamu, jika Allah kehendaki, maka mereka telah pergi dengan selamat dan segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

(902)-7. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-Husain bin al-Fadhl al-Yamani berkata: Orang ramai telah datang di [rumah] al-Ja'fari daripada keluarga Ja'far bertujuan menentangnya, maka beliau telah mengadu kepada Abu Muhammad tentang perkara itu, maka beliau a.s telah menulis kepadanya: "kamu akan dapat menghalang mereka jika Allah kehendaki, lalu beliau telah keluar kepada mereka dengan bilangan seramai 1000 orang sahaja sedangkan bilangan mereka melebihi 20 ribu orang, tetapi beliau dapat mengalahkan mereka.

(903)-8. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il al- 'Alawi berkata: Abu Muhammad telah ditahan di sisi Ali bin Narmisy seorang yang paling kuat menentang keluarga Abu Talib dan dikatakan kepadanya: Buatlah apa saja terhadapnya a.s , maka beliau a.s telah berada di sisinya satu hari sehingga beliau meletakkan dua pipinya untuknya dan beliau tidak mengangkat penglihatannya kepadanya melainkan menghormatinya, maka beliau telah keluar dari sisinya sebagai seorang yang paling baik fikirannya dan yang paling baik kata-katanya terhadapnya.

904)-9. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin Abi Abdullah, daripada Ishaq bin Muhammad al-Nakha'i berkata: Sufyan bin Muhammad al-Dhiba'i berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad bertanya kepadanya tentang al-Waliijah di dalam firman-Nya: "Dan tidak mengambil menjadi teman setia (waliijah) selain Allah, Rasul-Nya dan mukminin" Aku telah berkata pada diriku, siapakah anda fikir mukminin di sini? Maka beliau telah memberi jawapan bahawa al-Waliijah (teman setia) yang dilakukan tanpa wali al-Amr, justeru, siapakah mereka pada tempat ini? Mereka itu adalah para imam yang beriman kepada Allah, lalu Dia menerima amanah mereka.

(905)-10. Ishaq telah berkata: Abu Hasyim al-Ja'fari telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mengadu kepada Abu Muhammad tentang kesempitan tahanan dan kesusahan hidup, maka beliau telah menulis kepadaku: "Anda akan melakukan sembahyang zuhur pada hari ini di rumah anda", maka aku dikeluarkan pada waktu zuhur, lalu aku telah melakukan sembahyang [zuhur] di rumahku sebagaimana beliau a.s telah katakan. Aku di dalam kesempitan hidup, maka aku telah mahu meminta daripadanya beberapa dinar secara bertulis, tetapi aku telah malu, manakala aku telah sampai ke rumahku, beliau telah mengemukakan kepadaku 100 dinar dan beliau telah menulis kepadaku: Apabila anda berhajat, maka janganlah anda malu dan mintalah, sesungguhnya anda akan melihat apa yang anda suka, jika Allah kehendaki.

(906)-11. Ishaq, daripada Ahmad bin Muhammad bin al-Aqra' berkata: Abu Hamzah Nusair al-Khadim berkata: Aku telah mendengar Abu Muhammad bukan sekali becakap dengan budak-budaknya dengan bahasa mereka: Bahasa Turki, Rom dan Slav, maka aku telah menjadi hairan dengannya dan aku telah berkata: [Lelaki] ini telah dilahirkan di Madinah, beliau tidak menzahirkan kepada seorangpun sehingga kematian Abu al-Hasan a.s dan tidak ada seorangpun yang telah melihatnya, maka bagaimana ini berlaku? Aku telah bercakap kepada diriku sendiri sedemikian, tiba-tiba beliau telah datang kepadaku dan berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah telah menerangkan Hujjah-Nya kepada semua makhluk dengan setiap sesuatu dan memberikan kepadanya [ilmu] bahasa-bahasa, ilmu keturunan, ajal-ajal dan peristiwa-peristiwa. Jika tidak, nescaya tidak ada perbezaan di antara al-Hujjah dan bukan Hujjah.

(907)-12. Ishaq, daripada al-Aqra' berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad bertanya kepadanya tentang seorang imam a.s adakah beliau bermimpi? Aku telah berkata kepada diriku selepas beliau telah menerangkannya di dalam surat: Mimpi (al-Ihtilaam) adalah kerjaya syaitan, sesungguhnya Allah telah melindungi para wali-Nya daripadanya, kemudian beliau a.s telah menjawab bahawa keadaan para imam [a.s] di dalam tidur mereka sepertilah di dalam keadaan jaga mereka, tidur tidak dapat mengubah mereka sesuatupun. Dan sesungguhnya Allah telah melindungi para wali-Nya daripada gangguan syaitan sebagaimana diri anda telah bercakap kepada anda.

(908)-13. Ishaq telah berkata: Al-Hasan bin Zarif telah memberitahu kepadaku, berkata: Dua masalah telah bergelombang di dadaku, aku telah mahu menulis surat kepada Abu Muhammad tentang kedua-duanya. Maka aku telah menulis kepadanya tentang al-Qaim a.s di manakah majlis yang beliau gunakan untuk menghukum di kalangan manusia? Dan aku mahu bertanya kepadanya tentang sesuatu mengenai demam panas, maka aku telah terlupa tentangnya, maka jawapannya telah datang, aku telah bertanya tentang al-Qaim, adakah beliau menghukum manusia dengan ilmunya seperti hukuman Daud a.s tanpa bertanya saksi. 
Dan aku telah mahu anda bertanya tentang demam panas, tetapi aku telah terlupa, maka Abu Muhammad telah berkata: Tulislah pada kertas dan gantunglah ia kepada orang yang demam, sesungguhnya beliau akan sembuh, jika Allah kehendaki: " Wahai api jadilah dingin dan selamat untuk Ibrahim" Maka kamipun telah menggantungkannya kepadanya menurut apa yang telah disebut oleh Abu Muhammad, maka beliaupun telah sembuh.

(909)-14. Ishaq telah berkata: Isma'il bin Muhammad bin Ali bin Isma'il bin Ali bin Abdullah bin 'Abbas bin 'Abd al-Muttalib telah memberitahu kepadaku: Aku telah duduk untuk Abu Muhammad a.s di atas belakang jalan, manakala beliau telah melaluiku, maka aku telah mengadu hajatku kepadanya dan aku telah bersumpah kepadanya bahawa aku tidak mempunyai wang walaupun satu dirham, tanpa makanan pagi dan makanan malam, maka beliau telah berkata: Anda bersumpah dengan sumpah palsu. 
Sesungguhnya anda telah menanam (menyembunyikan) 200 dirham dan kata-kataku bukanlah menolak anda daripada pemberianku, berilah kepadanya, wahai budak apa yang ada bersama anda, lalu budaknya telah memberi kepadaku 100 dinar. Kemudian beliau telah datang kepadaku dan berkata: Anda mengharamkannya sedangkan anda lebih berhajat kepadanya iaitu dinar-dinar yang aku telah menanamnya dan beliau a.s telah benar sebagaimana kata-katanya bahawa aku telah menanam 200 dinar dan aku telah berkata: Ia menjadi asas dan gua kepada kami apabila berlaku kecemasan, aku akan membelanjakannya, maka pintu rezeki telah tertutup untukku, justeru, aku telah membuka untuk mendapatkannya, tiba-tiba seorang anak lelakiku telah mengetahui tempatnya, lalu beliau telah mengambilnya dan melarikan diri, tetapi aku tidak mampu untuk mendapatkannya kembali.

(910)-15. Ishaq telah berkata: Ali bin Zaid bin Ali bin al-Husain bin Ali telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku memiliki seekor kuda yang aku kagum, pada suatu hari aku telah datang kepada Abu Muhammad, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah kuda anda telah buat? Maka aku telah berkata: Ia ada di sisiku, di pintu anda dan aku telah turun daripadanya, maka beliau telah berkata kepadaku: Tukarlah ia sebelum petang, jika anda mampu mendapatkan seorang pembeli dan janganlah anda menangguhkannya, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami, lalu percakapan [kami] telah terputus. Aku mulai berfikir dan pulang ke rumahku, lalu aku telah memberitahu berita itu kepada saudaraku, maka beliau telah berkata: Aku tidak mengerti apa yang aku kata di dalam perkara ini. Kemudian aku telah memberitahu kepada orang ramai untuk menjualnya. 
Waktu petang telah tiba, lalu seorang lelaki telah datang kepada kami dan kamipun telah melakukan sembahyang al-'Atmah, lalu beliau telah berkata: Wahai maulaya, kuda anda telah mati, maka aku telah sedih dan aku telah mengetahui bahawa beliau a.s telah maksudkan ini (kematian) dengan kata-katanya, beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad selepas beberapa hari dan aku telah berkata kepada diriku: Mudah-mudahan beliau telah meninggalkan seekor binatang untukku kerana aku telah sedih dengan kata-katanya. Manakala aku telah duduk, beliau telah berkata: Ya, kami telah meninggalkan seekor binatang untuk anda, wahai budak, berilah Barzuni al-Kumait kepadanya, ini adalah lebih baik daripada kuda anda, lebih rajin dan lebih panjang umurnya.

(911)-16. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Hasan bin Syammun telah memberitahu kepadaku, berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s ketika [khalifah] al-Muhtadi telah mula membunuh al-Mawaali : Wahai sayyidi, segala puji bagi Allah yang telah membuatnya sibuk tentang kita. Sesungguhnya telah sampai berita kepadaku bahawa beliau mengugut anda dan berkata: Demi Allah, aku akan mengusir mereka daripada muka bumi ini, maka Abu Muhammad telah menulis dengan khatnya: Itu akan memendekkan umurnya, hitung lima hari dari sekarang dan beliau akan dibunuh pada hari keenam selepas kehinaan akan berlaku kepadanya, maka telah berlakulah sebagaimana dikatakan olehnya.

(912)-17. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Hasan al-Syammun telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya berdoa kepada Allah untukku daripada sakit mata kerana salah satu daripada mataku telah hilang penglihatan dan yang satu lagi juga hampir hilang penglihatannya. Maka beliau telah menulis kepadaku: Mudah-mudahan Allah mempetahankan mata anda, maka ia telah pulih, lalu beliau telah menandatangani pada akhir surat: Mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada anda dan memperelokkan pahala anda. Maka aku telah menjadi sedih dan aku tidak mengetahui seorangpun daripada keluargaku telah mati. Manakala beberapa hari selepas itu, berita kematian anak lelakiku Tayyib telah sampai kepadaku, maka aku baru mengetahui bahawa takziah adalah untuknya.

(913)-18. Ishaq telah berkata: Umar bin Abi Muslim telah memberitahu kepadaku, berkata: Seorang lelaki daripada Mesir bernama Saif bin al-Laith telah datang kepada kami di Sarra man ra'a, beliau mahu bertemu dengan [khalifah] al-Muhtadi tentang tanahnya yang telah dirampas oleh Syafi' al-Khadim dan telah mengeluarkannya daripadanya, lalu kami telah menunjukkannya supaya menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya mempermudahkan urusannya, maka Abu Muhammad a.s telah menulis kepadanya: Tidak mengapa, tanah anda akan dipulangkan kepada anda, justeru, janganlah anda datang kepada sultan (al-Muhtadi) dan berjumpalah dengan wakil yang memegang tanah itu dan buatlah beliau supaya takut kepada Sultan Yang lebih Besar (Allah) Tuhan sekalian alam. 
Maka beliau telah berjumpa dengannya dan wakil itu telah berkata kepadanya: Beliau a.s telah menulis kepadaku ketika anda keluar dari Mesir "supaya aku mencari anda dan memulangkan tanah itu kepada anda", beliau telah memulangkannya melalui hukum kadi Ibn Abi Syawarib dan penyaksian saksi dan beliau tidak berhujah untuk datang kepada al-Muhtadi, maka jadilah tanah itu untuknya dan tidak ada berita selepasnya. Beliau telah berkata: Saif bin al-Laith telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah meninggalkan seorang anak lelakiku yang sedang sakit di Mesir ketika aku keluar daripadanya dan seorang anak lelakiku yang lebih tua daripadanya, beliau adalah wasiku dan harapanku ke atas keluargaku dan hartaku, maka aku telah menulis kepada Abu Muhammad a.s memintanya supaya berdoa untuk anak lelakiku yang sedang sakit: Maka beliau telah menulis kepadaku: "Sesungguhnya anak lelaki anda yang sakit itu telah disembuhkan dan anak yang tua anda, wasi anda dan harapan anda telah mati. Justeru bersyukurlah kepada Allah dan janganlah anda bersedih, justeru, pahala anda akan menurun. Maka berita telah sampai kepadaku bahawa anak lelakiku telah sembuh daripada penyakitnya dan anak lelakiku yang tua telah mati pada hari aku telah menerima jawapan Abu Muhammad a.s.

(914)-19. Ishaq telah berkata: Yahya al-Qusyairi daripada kampung Qair telah memberitahu kepadaku, berkata: Abu Muhammad telah mempunyai seorang wakil yang beliau telah tinggal di sebuah bilik di rumahnya bersama seorang khadam yang berkulit putih, maka wakil itu mahu khadam itu supaya membawa nabidh (air anggur) kepadanya, tetapi beliau telah enggan, kemudian beliau telah membawanya kepadanya, jarak di antaranya dan Abu Muhammad adalah tiga pintu yang tertutup, maka wakil itu telah memberitahu kepadaku, berkata: Sesungguhnya aku sedar, tiba-tiba aku berada di pintu-pintu yang dibuka sehingga beliau a.s telah datang sendiri, lalu beliau telah berdiri di pintu bilik, kemudian beliau telah berkata: Wahai mereka! Bertakwalah kepada Allah, takutlah kepada Allah. Manakala tiba waktu pagi, beliau a.s telah memerintahkan penjualan khadam dan mengeluarkan aku dari rumah[nya].

(915)-20. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Rabi' al-Sya'i telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berdialog dengan seorang lelaki yang berpegang kepada aliran al-Thanawiyyah di al-Ahwaz, kemudian aku telah datang ke Sarra man ra'a, sesungguhnya kata-katanya telah tergantung di hatiku dan aku sedang duduk di pintu Ahmad al-Khatib, tiba-tiba Abu Muhammad a.s telah datang daripada al-Dar al-'Ammah pada hari perarakan, lalu beliau telah melihat kepadaku dan menunjukkan dengan jari telunjuknya kepada seorang demi seorang, maka aku telah terjatuh tidak sedarkan diri.

(916)-21. Ishaq, daripada Abu Hasyim al-Ja'fari berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepada Abu Muhammad, aku mahu bertanya kepadanya tentang apakah yang aku akan ukirkan pada cincinku untuk mendapat berkat, lalu aku telah duduk dan aku telah terlupa tujuan kedatanganku. Manakala aku telah mengucap selamat tinggal dan aku telah bangun, beliau telah melontarkan kepadaku sebentuk cincin, maka beliau a.s telah berkata: Anda telah mahu [cincin] perak, maka aku telah memberikan kepada anda sebentuk cincin, anda akan mendapat keuntungan yang banyak, Allah telah memberi tahniah kepada anda, wahai Abu Hasyim, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku naik saksi bahawa anda adalah wali Allah dan imamku yang aku menyembah Allah dengan ketaatannya, lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah telah mengampuni dosa anda, wahai Abu Hasyim".

(917)-22. Ishaq telah berkata: Muhammad bin al-Qasim Abu al- 'Iina' al-Hasyimi maula 'Abd al-Samad bin Ali 'Ataqah telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad a.s ketika aku sedang dahaga, aku di sisinya, aku menghormatinya untuk menyeru dengan air, maka beliau a.s telah berkata: Wahai budak, berilah minuman kepadanya dan kadangkala aku telah bercakap kepada diriku untuk bangun, maka aku memikir tentang itu, lalu beliau berkata: Wahai budak, [bawalah] binatang tunggangannya.
'
(918)-23. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Ghaffar telah berkata: Beberapa orang pegawai Bani 'Abbas, antaranya Salih bin Ali dan lain-lain daripada penyeleweng-penyeleweng ketika Abu Muhammad a.s ditahan, telah datang kepada Salih bin Wasif, maka Salih telah berkata kepada mereka: Apa [lagi] yang aku boleh buat, anda telah mewakilkan dua orang yang paling jahat untuk menahannya, mereka berdua telah menukarkan ibadat, sembahyang, puasa kepada perkara yang besar, maka aku telah berkata kepada mereka berdua: Apakah yang ada padanya (Abu Muhammad a.s)? Mereka berdua telah berkata: Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang berpuasa pada siang hari dan bangun [beribadat] pada waktu malam, beliau tidak bercakap dan tidak sibuk dengan [urusan dunia] dan apabila kami telah melihat kepadanya, anggota kami merasa gementar dan apa yang kami tidak memilikinya daripada diri kami memasuki kami. Manakala mereka telah mendengar sedemikian, merekapun telah pulang di dalam keadaan dukacita.

(919)-24. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin al-Husain berkata: Muhammad bin al-Hasan al-Makfuf telah memberitahu kepadaku, berkata: Beberapa sahabat kami telah memberitahu kepadaku daripada sebahagian Nasrani yang bekerja sebagai "pembuang darah" di al-'Askar bahawa Abu Muhammad a.s telah mengutus kepadaku pada suatu hari pada waktu sembahyang zuhur, maka beliau telah berkata kepadaku: Titiskan darah ini, beliau berkata: Beliau telah mengambil darah daripadaku, aku tidak memahaminya tentang darah yang dititiskan, maka aku telah berkata kepada diriku: [Pertama] Aku tidak pernah melihat satu perkara yang lebih pelik daripada ini, beliau telah menyuruhku supaya menitis [darah] pada waktu zuhur dan ia bukanlah waktunya dan kedua: Darah yang aku tidak memahaminya. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tunggulah dan tinggallah di rumah anda. Manakala waktu petang sudah tiba, beliau telah menyeruku dan berkata kepadaku: Lepaslah darah, maka aku telah melepaskannya, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tahanlah, maka aku telah menahannya. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tinggallah di rumah anda. 
Manakala pada pertengahan malam, beliau telah mengutus kepadaku dan berkata kepadaku: Darah telah dititiskan, beliau telah berkata: Aku telah menjadi hairan daripada yang pertama, tetapi aku tidak suka bertanya kepadanya, beliau telah berkata: Anda telah menitiskan darah, maka darah putih telah keluar seperti garam, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tahanlah, maka aku telah manahannya (darah). Kemudiaan beliau telah berkata: Tinggallah di rumah, manakala aku telah bangun pagi, beliau telah menyuruh Qaharmanah supaya memberi kepadaku tiga dinar, maka aku telah mengambilnya dan aku telah keluar sehingga aku telah datang kepada Ibn Bakhtisyu' seorang Nasrani, maka aku telah menceritakan kisahnya kepadanya. 
Maka beliau telah berkata kepadaku: Demi Allah, aku tidak faham apa yang anda katakan dan aku tidak mengetahui sesuatupun tentang ilmu kedoktoran dan aku tidak membacanya pada kitab dan aku tidak mengetahui pada masa kita ini orang yang lebih alim tentang agama Nasrani selain seorang Farsi, maka datanglah kepadanya, beliau telah berkata: Maka aku telah menaiki sampan ke Basrah dan aku telah datang ke al-Ahwaz, kemudian aku telah sampai ke Farsi kepada sahabatku, maka aku telah memberitahu kepadanya berita itu, beliau telah berkata: Tunggulah aku beberapa hari, maka aku telah menunggunya, kemudian aku telah datang kepadanya untuk mendapat kepastian, maka beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya apa yang anda ceritakan tentang lelaki ini, maka al-Masih telah melakukannya pada masanya satu kali.

(920)-25. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami berkata: Muhammad bin Hajr telah menulis kepada Abu Muhammad a.s mengadu tentang 'Abd al-'Aziz bin Dulaf dan Yazid bin Abdullah, maka beliau telah menulis kepadanya: Adapun 'Abd al-'Aziz, maka aku telah melakukan apa yang sepatutnya, adapun Yazid, sesungguhnya bagi anda dan beliau mempunyai kedudukan di hadapan Allah, maka 'Abd al-'Aziz telah mati dan Yazid pula telah membunuh Muhammad bin Hajr .
(921)-26. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, berkata: Abu Muhammad a.s telah menyerah diri kepada Nahrir , beliau telah menyusahkannya dan menyakitinya, beliau telah berkata: Isterinya telah berkata: Aduhai dukacitanya anda, bertakwalah kepada Allah, anda tidak mengetahui siapa di dalam kedudukan anda dan anda tidak mengetahui kebaikannya dan beliau telah berkata lagi: Sesungguhnya aku khuatir anda daripadanya, maka beliau telah berkata: Aku akan mencampakkannya di kalangan binatang-binatang buas, kemudian beliau telah melakukannya, kemudian beliau telah melihat Abu Muhammad a.s sedang bersembahyang sedangkan binatang-binatang buas itu berada di sekitarnya .

(922)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ishaq berkata: Aku telah datang kepada Abu Muhammad, maka aku telah meminta beliau supaya menulis, justeru, aku dapat melihat kepada khatnya, maka aku akan mengetahuinya apabila ia tiba, maka beliau telah berkata: Ya, kemudian beliau telah berkata: Wahai Ahmad, sesungguhnya khat akan berbeza di atas anda di antara pensil yang tebal dan pensil yang nipis, maka janganlah anda syak kepadanya. Kemudian beliau telah menyeru dengan dakwat.
Lalu beliau telah menulis dan beliau mulai memanjangkan tempat mengalirnya dakwat, maka aku telah berkata kepada diriku ketika beliau sedang menulis : Aku telah berangan-angan bahawa beliau akan memberi pensil yang beliau telah menggunakannya di dalam khatnya, manakala beliau telah selesai daripada menulis, beliau mulai bercakap denganku ketika beliau menyapu dakwat di pensil dengan sapu tangan beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Ambillah, wahai Muhammad, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sungguhnya aku akan mendapat sesuatu yang terlintas di hatiku dan aku telah mahu bertanya bapa anda, tetapi aku tidak berkesempatan untuk bertanya beliau.
Maka beliau telah berkata: Apakah itu, wahai Ahmad? Maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, diriwayatkan kepada kami daripada bapa-bapa anda bahawa sesungguhnya tidur para nabi adalah di atas tulang punggung mereka, tidur mukminin di atas iman mereka, tidur munafikin di atas tabiat mereka [yang mewah] dan tidur syaitan di atas muka-muka mereka. Maka beliau a.s telah berkata: Begitulah yang berlaku, maka aku telah berkata: Aku telah berusaha untuk tidur di sebelah kananku, maka aku tidak boleh tidur di atasnya, lalu beliau telah diam beberapa ketika, kemudian beliau telah berkata: Hampirilah aku, maka aku telah menghampirinya, lalu beliau telah berkata: Masukkan tangan anda di bawah pakaian anda, maka aku telah memasukkannya, lalu beliau telah mengeluarkan tangannya di bawah pakaiannya dan memasukkannya di bawah pakaianku, kemudian beliau telah menyapu dengan tangan kanannya di sebelah kiriku dan tangan kirinya di sebelah kananku sebanyak tiga kali, maka Ahmad telah berkata: Aku tidak mampu lagi tidur di sebelah kiriku semenjak beliau a.s telah melakukannya kepadaku.