Bab 125. Kelahiran Sahib al-Zaman a.s

Kelahiran Sahib Al-Zaman A.S (maulid al-Sahib a.s)

Beliau a.s telah dilahirkan pada 15hb Sya'ban tahun 255 hijrah.

(923)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad berkata: [Kata-kata] Telah keluar daripada Abu Muhammad a.s ketika al-Zubairi dibunuh: Ini adalah balasan orang yang telah berdusta kepada Allah tentang para wali-Nya, beliau telah menyangka beliau akan membunuhku dan aku pula tidak mempunyai zuriat, bagaimana beliau telah melihat kepada kekuasaan Allah. Seorang anak lelaki dilahirkan untuknya dinamakan "m h m d" pada tahun 256 hijrah.

(924)-2. Ali bin Muhammad berkata: Muhammad dan al-Hasan bin Ali bin Ibrahim , telah memberitahu kepadaku pada tahun 279 hijrah berkata: Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Rahman al-'Abdi telah memberitahu kepadaku-daripada 'Abd Qais-daripada al-Dhau' bin Ali al- 'Ajali, daripada seorang lelaki daripada Farsi yang beliau telah menamakannya, beliau telah berkata: Aku telah datang ke Sarra man ra'a dan aku telah pergi ke pintu [rumah] Abu Muhammad a.s, lalu beliau telah menyeruku tanpa aku meminta izin [daripadnya], manakala aku telah masuk dan memberi salam, beliau telah berkata kepadaku: Wahai bapa polan, apakah keadaan anda? 
Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Duduklah, wahai polan, kemudian beliau telah bertanyaku tentang sekumpulan lelaki dan perempuan daripada keluargaku, kemudian beliau telah berkata kepadaku: Apakah yang membuat anda datang ke sini? Aku telah berkata: Kerana ingin berkhidmat kepada anda, maka beliau telah berkata: Tinggallah di rumah[ku], beliau telah berkata: Aku telah tinggal di rumah bersama khadam-khadam, kemudian aku telah membeli barang-barang keperluan mereka dari pasar dan aku telah masuk kepadanya tanpa izin apabila beliau berada di rumah untuk lelaki, maka aku telah datang kepadanya ketika beliau berada di rumah [khadam] lelaki, lalu aku telah mendengar pergerakan di rumah itu, maka beliau telah menyeruku: Tetapkan tempat anda, janganlah bergerak, maka aku tidak keluar dan aku tidak masuk, lalu seorang hamba perempuan telah datang kepadaku bersamanya sesuatu yang ditutup, kemudian beliau a.s telah menyeruku: Masuklah, maka aku telah masuk dan beliau telah menyeru seorang hamba perempuan.
Maka beliau telah kembali, lalu beliau a.s telah berkata kepadanya: Dedahlah apa yang ada pada anda, lalu beliau telah mendedahkannya seorang kanak-kanak yang putih, elok mukanya dan beliau telah mendedahkan perutnya. Maka beliau mendapati rambut[nya] tumbuh dari bahagian dada kepada pusatnya [berwarna] hijau bukan hitam, maka beliau telah berkata: Inilah sahabat anda (imam anda), kemudian beliau a.s telah menyuruhnya untuk membawanya. Maka aku tidak melihatnya sehingga Abu Muhammad a.s telah mati, lalu Dhau' bin Ali berkata: Maka aku telah berkata kepada seorang Farsi: Berapakah anda menilai umurnya? Beliau telah berkata: Dua tahun, al-'Abdi telah berkata: Aku telah berkata kepada al-Dhau': Berapakah anda menilai umurnya? Beliau telah berkata: Empat belas tahun, Abu Ali dan Abu Abdillah [berkata]: Kami menilai umurnya dua puluh satu tahun .

(925)-3. Ali bin Muhammad dan daripada lebih seorang daripada para sahabat kita di Qum, daripada Muhammad al-'Aamiri, daripada Abu Sa'id Ghanim al-Hindi telah berkata: Aku telah berada di sebuah bandar di India, dikenali dengan Kasymir, di pendalaman dan beberapa orang sahabatku sedang duduk di atas kerusi-kerusi di sebelah kanan raja, seramai empat puluh orang kesemuanya membaca empat kitab: Taurat, Injil, Zabur dan Mashaf Ibrahim, kami mengehukum di kalangan manusia dan mengajar agama kepada mereka dan kami memberi fatwa kepada mereka tentang halal dan haram mereka, orang ramai menjadi takut kepada kami begitu juga raja.
Lalu kami telah menyebut Rasulullah s.a.w, maka kami telah berkata: Nabi ini disebut di dalam kitab-kitab, tetapi urusannya tersembunyi kepada kita. Justeru, wajib ke atas kita mengkajinya dan menjejaki kesannya. Lalu kami bersepakat supaya aku keluar dan akupun telah keluar dan bersamaku harta yang banyak, maka aku telah berjalan selama dua belas bulan sehingga aku telah menghampiri Kabul, lalu satu kumpulan dari Turki telah merampas hartaku dan aku telah mengalami luka-luka yang banyak dan aku dibawa ke bandar Kabul, lalu rajanya telah menyelamatkan aku, manakala beliau telah mengetahui beritaku di bandar Balkh yang dikuasai oleh Daud bin al-'Abbas bin Abi Aswad, maka beritaku telah sampai kepadanya bahawa aku telah keluar di dalam keadaan murtad dari India, aku telah belajar bahasa Farsi, aku telah berhujah dengan para fakih dan mutakallimun, maka Daud bin al-'Abbas telah mengutus kepadaku dan menjemputku ke majlisnya, beliau telah mengumpulkan para fakih, lalu mereka telah mengadakan dialog denganku, maka aku telah memberitahu kepada mereka bahawa aku telah keluar dari negeriku mencari nabi ini yang mana aku telah mendapatinya di dalam kitab-kitab, maka beliau telah berkata kepadaku: Siapakah dia dan apakah namanya? 
Maka aku telah berkata: Muhammad, maka beliau telah berkata: Beliau adalah nabi kami yang mana anda sedang mencarinya, maka aku telah bertanya mereka tentang syariatnya, maka mereka telah menceritakannya kepadaku. Aku telah memberitahu kepada mereka: Aku mengetahui bahawa Muhammad itu adalah seorang nabi, tetapi aku tidak mengetahui [nabi] ini yang kamu ceritakan ataupun tidak, justeru, beritahulah kepadaku tempatnya supaya aku pergi kepadanya, maka aku akan bertanya kepadanya tentang alamat-alamat dan dalil-dalil di sisiku. Jika beliaulah sahabatku yang aku sedang mencarinya, maka aku telah beriman kepadanya, maka mereka telah berkata: Baginda s.a.w telah mati, maka aku telah berkata: Siapakah wasinya dan khalifahnya, maka mereka telah berkata: Abu Bakr, aku telah berkata: Berilah namanya kepadaku kerana ini adalah nama gelarannya? 
Mereka telah berkata: Abdullah bin Uthman dan mereka telah menisbahkannya kepada Quraisy, aku telah berkata: Sebutlah kepadaku nasab Muhammad, maka mereka telah menyebutnya kepadaku dan aku telah berkata: Ini bukanlah sahabatku yang aku telah mencarinya, sahabat yang aku sedang mencarinya adalah khalifahnya, saudaranya pada agamanya, sepupunya pada nasab, suami anak anak perempuannya dan bapa anak-anaknya, tidak ada zuriat bagi nabi ini selain daripada anak lelaki ini yang menjadi khalifahnya. Maka mereka telah melompat kepadaku dan berkata: Wahai Amir, sesungguhnya lelaki ini telah keluar dari syirik kepada kafir, ini [lelaki] adalah halal darahnya.
Maka aku telah berkata kepada mereka: Wahai kalian, aku adalah seorang lelaki yang berpegang kepada agama, aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku melihat apa yang lebih kuat daripadanya. Sesungguhnya aku telah mendapati sifat lelaki ini di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah ke atas para nabi-Nya. Sesungguhnya aku telah keluar dari negeri India dan kemuliaan yang aku miliki adalah untuk mencarinya. Manakala aku telah mengkaji tentang urusan sahabat kamu yang kamu telah menyebutnya, beliau bukanlah seorang nabi yang anda ceritakannya, lalu mereka telah menahanku, kemudian seorang pekerja diutuskan kepada seorang lelaki yang dikenali dengan nama al-Husain bin Asykib, maka beliau telah menyerunya dan berkata kepadanya: Berhujahlah dengan lelaki India ini, lalu al-Husain telah berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu di sisi anda para fakih dan para ulama, mereka adalah lebih alim dan lebih baik untuk berhujah dengannya, lalu beliau telah berkata: Berhujahlah dengannya sebagaimana aku katakan kepada anda dan berlembutlah dengannya, maka al-Husain bin Asykib telah berkata kepadaku selepas aku berbincang dengannya: Sesungguhnya sahabat anda yang anda sedang mencarinya adalah nabi yang telah diceritakan oleh mereka dan ia bukanlah tentang urusan khalifah sebagaimana mereka telah katakannya, nabi ini adalah Muhammad bin Abdullah bin 'Abd al-Muttalib dan wasinya adalah Ali bin Abu Talib bin 'Abd al-Muttalib iaitu suami Fatimah binti Muhammad dan bapa al-Hasan dan al-Husain, dua anak lelaki Muhammad s.a.w.
Ghanim Abu Sa'id telah berkata: Maka aku telah berkata: Allahu akbar, inilah [lelaki] yang aku telah mencarinya, lalu aku telah berpaling kepada Daud bin al-'Abbas dan aku telah berkata kepadanya: Wahai Amir, aku telah dapat apa yang aku telah mencarinya dan aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, beliau telah berkata: Beliau telah membuat baik kepadaku dan berhubung denganku, maka beliau telah berkata: Aku telah pergi kepada al-Husain sehingga aku telah bertanya kepadanya dan beliau telah mengajarku apa yang aku telah berhajat kepadanya seperti sembahyang, puasa dan segala fardu.
Maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kita telah membaca pada kitab-kitab kita bahawa Muhammad adalah penutup para nabi, tiada nabi selepasnya, kemudian kepada wasi selepas wasi, sentiasa urusan Allah berlalu pada keturunan mereka sehingga berakhirnya dunia, justeru, siapakah wasi kepada wasi Muhammad? Beliau telah berkata: Al-Hasan, kemudian al-Husain adalah dua anak lelaki Muhammad s.a.w, kemudian urusan wasiat berterusan sehingga berakhir kepada Sahib al-Zaman a.s, kemudian beliau telah menceritakan kepadaku apa yang telah berlaku, aku tidak mempunyai cita-cita melainkan mencari "kejayaan". 
Maka beliau telah sampai di Qum dan tinggal bersama para sahabat kami pada tahun 264 hijrah dan keluar bersama mereka ke Baghdad dan bersamanya juga seorang kawan dari penduduk al-Sind, sahabat semazhab dengannya pada masa dahulu, beliau telah berkata: Ghanim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mengingkari sebahagian akhlak kawanku, maka aku telah meninggalkannya dan aku telah keluar dan aku telah berjalan ke [masjid] al-'Abbasiyyah, aku sedang bersedia untuk bersembahyang dan aku bersembahyang dan aku sedang memikir niatku untuk mencarinya, tiba-tiba seorang telah datang kepadaku dan berkata: Anda adalah polan? 
Namanya di dalam bahasa Hindi, maka aku telah berkata: Ya, maka beliau telah berkata: Datanglah kepada maula anda, maka aku telah datang bersamanya, maka beliau sentiasa melalui beberapa jalan sehingga aku telah mendatangi sebuah rumah dan sebuah taman, tiba-tiba beliau a.s sedang duduk, maka beliau a.s telah berkata: Selamat datang (marhaban), wahai polan-di dalam bahasa Hindi-Apa khabar anda? Dan bagaimana anda telah meninggalkan polan dan polan? Sehingga beliau telah menghitung empat puluh orang semuanya, maka beliau telah bertanya kepadaku seorang selepas seorang. Kemudian beliau telah menceritakan kepadaku apa yang telah berlaku di antara kami, semuanya di dalam bahasa Hindi, kemudian beliau telah berkata: Anda telah mahu melakukan haji bersama ahli Qum? 
Aku telah berkata: Ya, wahai sayyidi, maka beliau telah berkata: Janganlah anda melakukan haji bersama mereka dan pulanglah pada tahun anda ini ke Kabul, kemudian beliau telah mencampakkan satu dompet di hadapannya kepadaku. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Jadilah ia perbelanjaan anda dan janganlah anda memasuki Baghdad [dan bertemu dengan] polan yang mana beliau telah menamakannya, janganlah anda memberitahu sesuatu kepadanya dan kembalilah kepada kami di dalam perjalanan pulang anda ke negeri [India]. Dan kami telah melaksanakannya. Kemudian kami telah diberitahu bahawa para sahabat kami telah pulang dari al-'Aqabah dan pergi ke Khurasan, manakala beliau telah berada di Kabul, beliau telah pergi haji dan mengirim kepada kami hadiah melalui Khurasan, lalu beliau telah menetap di sana beberapa ketika, kemudian beliau telah mati rahimahu llah.

(926)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sa'ad bin Abdullah berkata: Sesungguhnya al-Hasan bin al-Nadhar, Abu Saddam dan satu kumpulan [yang lain] telah bercakap selepas kematian Abu Muhammad a.s tentang apa yang ada pada tangan para wakil dan mereka telah berhasrat untuk mengkajinya, lalu al-Hasan bin al-Nadhar telah datang kepada Abu Saddam dan berkata: Sesungguhnya aku ingin melakukan haji, maka Abu Saddam telah berkata kepadanya: Tangguhlah pada tahun ini, maka al-Hasan bin al-Nadhar telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku takut [melihat] di dalam mimpiku, [aku] pasti keluar dan beliau telah berwasiat kepada Ahmad bin Ya'la bin Hammad tentang harta dan menyuruhnya supaya tidak mengeluarkan sesuatu melainkan dari tangannya kepada tangannya selepas kezahirannya.
Maka al-Hasan telah berkata: Manakala aku telah sampai di Baghdad, aku telah menyewa sebuah rumah, maka aku telah bermalam padanya, lalu seorang telah datang kepadaku dengan pakaian dan wang dinar dan beliau telah meninggalkannya di sisiku, maka aku telah berkata kepadanya: Apakah ini? Beliau telah berkata: Ia sebagaimana anda melihatnya, kemudian wakil yang lain telah melakukan perkara yang sama dan datang lagi wakil yang lain pula sehingga mereka telah menyerang rumah[ku], kemudian Ahmad bin Ishaq telah datang kepadaku dengan segala apa yang ada bersamanya, maka aku telah hairan dan berfikir [tentangnya], tiba-tiba cebisan surat [Sahib al-Zaman a.s] telah sampai kepadaku: "Apabila berlalunya siang hari, maka bawalah apa yang ada bersama anda"
Maka aku telah mengembara dan membawa apa yang ada bersamaku dan di jalan terdapat seorang miskin yang merompak seramai enam puluh lelaki, maka aku telah melintasinya dan Allah telah menyelamatkan aku daripadanya, kemudian aku telah sampai di al-'Askar dan akupun turun, maka cebisan surat [Sahib al-Zaman a.s] telah datang kepadaku dan berkata: Bawalah apa yang ada bersama anda, lalu aku telah meletakkannya di dalam satu bakul. Manakala aku telah sampai di al-Dihliz, tiba-tiba seorang yang berkulit hitam sedang berdiri, maka beliau telah berkata: Adakah anda al-Hasan bin al-Nadhar? 
Aku telah berkata: Ya, maka beliau telah berkata: Masuklah, maka aku telah memasuki rumahnya dan aku telah memasuki sebuah rumah [yang lain] dan aku telah meletakkan bakul itu, tiba-tiba aku dapati di sudut rumah ada roti yang banyak, kemudian beliau telah memberi kepada setiap pembawa dua keeping roti dan mereka dikeluarkan dan rumah ditutup dan aku diseru padanya: Wahai al-Hasan bin al-Nadhar, aku memuji Allah di atas apa yang Dia kurniakan dan janganlah anda menjadi syak kerana syaitan telah mahu anda menjadi syak dan beliau telah mengeluarkan kepadaku dua helai kain dan dikatakan: Ambillah, anda akan memerlukan kepadanya, lalu aku telah mengambilnya dan akupun keluar. Sa'd telah berkata: Al-Hasan bin al-Nadhar telah pulang dan mati pada bulan Ramadan dan dikapankan di dalam dua helai pakaian.

(927)-5. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Hamawaih al-Suwaidawi, daripada Muhammad bin Ibrahim bin Mihziyar berkata: Aku telah menjadi syak selepas kematian Abu Muhammad a.s dan harta yang banyak telah dikumpulkan di sisi bapaku, maka beliau telah membawanya menaiki kapal dan aku telah keluar bersamanya dengan tertib, maka aku telah dijangkiti demam yang teruk, maka beliau telah berkata: Wahai anakku, kembalilah, maka ia adalah maut dan berkata kepadaku: Bertakwalah kepada Allah pada harta ini dan beliau telah berwasiat kepadaku dan beliau telah mati. Maka aku telah berkata kepada diriku: Bapaku tidak mungkin berwasiat sesuatu yang tidak betul, aku akan membawa harta ini ke Iraq, aku akan membeli sebuah rumah di tepi sungai dan aku tidak akan menceritakannya kepada sesiapapun dan jika perkara ini jelas sebagaiman pada masa Abu Muhammad a.s, aku akan melaksanakannya dan jika tidak, aku akan membelanjakannya untuk makan-minumku. 
Kemudian aku telah datang ke Iraq dan aku telah membeli sebuah rumah di tepi sungai dan aku telah tinggal beberapa hari. Tiba-tiba aku didatangi oleh utusan: Wahai Muhammad, bersama anda jumlah wang tertentu sehingga beliau telah menceritakan kepadaku semua yang ada bersamaku yang aku sendiri tidak mengetahuinya, maka aku telah menyerahkannya kepada utusan itu dan aku telah tinggal beberapa hari tanpa mengangkat kepalaku dan aku telah berdukacita. Maka beliau a.s telah datang kepadaku: Kami telah meletakkan anda pada kedudukan bapa anda, justeru pujilah Allah.

(928))-6. Muhammad bin Abi Abdillah, daripada Abi Abdillah al-Nasaa'i berkata: Aku telah menyampaikan beberapa perkara kepada Marzabani al-Harithi antaranya gelang emas, maka beliau telah mengembalikan kepadaku gelang itu, lalu aku disuruh memecahkannya, maka akupun telah memecahkannya, tiba-tiba di tengahnya terdapat beberapa karat besi dan tembaga, maka aku telah mengeluarkannya dan aku telah membersihkan emas, maka beliau telah menerimanya.

(829)-7. Ali bin Muhammad, daripada al-Fadhl al-Khazzaz al-Mada'ini maula Khadijah binti Muhammad Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya sekumpulan penduduk Madinah di kalangan al-Talibiyyin telah bercakap benar, justeru segala tugasan diberikan kepada mereka pada masa tertentu. Manakala Abu Muhammad a.s telah mati, sebahagian daripada mereka berkata bahawa Abu Muhammad a.s mempunyai seorang anak lelaki, justeru tugasan diberikan kepada mereka. Sementara sebahagian yang lain pula berkata beliau a.s tidak mempunyai anak lelaki. Oleh itu, mereka tidak lagi ditulis di dalam senarai dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

(930)-8. Ali bin Muhammad berkata: Seorang lelaki daripada ahli al-Sawad telah menyampaikan harta[nya], lalu ia dipulangkan kepadanya dan dikatakan kepadanya: Keluarlah hak sepupu anda daripadanya iaitu 400 dirham. Lelaki itu masih menyimpan harta peninggalan untuk sepupunya, padanya "syarikat" yang beliau telah tahan ke atas mereka, maka beliau telah melihat, tiba-tiba untuk sepupunya adalah 400 dirham daripada harta itu, lalu beliau telah mengeluarkannya dan menghabiskan bakinya [untuk dirinya], maka beliau telah menerimanya.
(931)-9. Al-Qasim bin al-'Alaa' berkata: Aku telah mendapat beberapa orang anak lelaki, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] dan meminta doa, maka beliau a.s tidak menulis kepadaku untuk mereka, maka mereka telah mati semuanya. Manakala al-Hasan, anak lelakiku telah dilahirkan, aku telah menulis [kepadanya a.s] dan meminta doa, lalu doaku dimakbulkan, dan beliau [masih] hidup dan segala puji bagi Allah.

(932)-10. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdillah bin Salih berkata: Pada suatu tahun aku telah keluar ke Baghdad, maka aku telah meminta izin [daripada Sahib al-Zaman a.s] untuk keluar, tetapi beliau tidak mengizinkan aku, lalu aku telah tinggal selama 22 hari dan satu kafilah telah keluar ke Nahrawan, maka aku telah diizinkan keluar pada hari Rabu dan dikatakan kepadaku: Keluarlah pada hari Rabu, maka aku telah keluar dalam keadaan berputus asa tentang kafilah yang aku akan mengikutinya. Lalu aku telah sampai di Nahrawan dan kafilah itu telah bermukim [di sana]. Sebaik saja aku telah memberi makan sesuatu kepada untaku, kafilah itu telah pergi, lalu akupun telah pergi dan sesungguhnya beliau a.s telah berdoa untuk keselamatanku, maka aku tidak bertemu dengan kejahatan dan segala puji bagi Allah.

(933)-11. Ali, daripada al-Nadhar bin Sabah al-Bajali, daripada Muhammad bin Yusuf al-Syasyi berkata: Fistula telah keluar di punggungku, lalu aku telah memperlihatkannya kepada beberapa orang doktor dan aku telah membelanjakan wang yang banyak kerananya, maka mereka telah berkata: Kami tidak mengetahui ubat untuknya, lalu aku telah menulis cebisan surat [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta doa , maka beliau a.s telah menulis kepadaku: Mudah-maudahan Allah memberikan anda kesihatan dan menjadikan anda bersama kami di dunia dan di akhirat. Maka beliau telah berkata: Aku telah sembuh sebelum hari Jumaat lagi seperti keadaan dahulu, lalu aku telah menyeru seorang doktor di kalangan sahabat kami dan aku telah memperlihatkannya kepadanya, maka beliau telah berkata: Kami tidak mengetahui ubat untuk [penyakit] ini.

(934)-12. Ali, daripada Ali bin al-Husain al-Yamani berkata: Aku telah berada di Baghdad, maka satu kafilah untuk mereka dari Yaman telah bersedia [untuk berlepas], maka aku mahu keluar bersamanya, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman] meminta izin tentang perkara itu. Maka beliau telah keluar (menjawab): "Janganlah anda keluar bersama mereka, tidak ada kebaikan jika anda keluar bersama mereka dan tinggallah di Kufah", maka aku telah tinggal di Kufah dan kafilah itu telah keluar, lalu [golongan] Hanzalah telah keluar di hadapan mereka, melintasi mereka dan aku telah meminta izin [daripadanya a.s] untuk pergi melalui jalan laut. 
Maka beliau tidak membenarkan aku, maka aku telah bertanya [beliau] tentang pelayar-pelayar yang telah keluar pada tahun itu di lautan, maka tidak ada seorangpun yang terselamat. Satu kumpulan daripada India bernama al-Bawarih telah merampasnya. Aku telah melawat al-'Askar, aku telah datang di jalannya serta tempat ghaibnya (imam), aku tidak bercakap kepada sesiapapun, malah aku tidak kenal sesiapapun dan aku melakukan sembahyang di masjid selepas aku selesai daripada ziarah , tiba-tiba seorang khadam telah datang kepadaku, maka beliau telah berkata kepadaku: Berdirilah, maka aku telah berkata kepadanya: Jika begitu, ke mana? 
Beliau telah berkata kepadaku: Ke rumah, aku telah berkata: Siapalah aku, mungkin anda diutus kepada orang lain. Maka beliau telah berkata: Tidak, aku tidak diutus melainkan untuk anda. Anda adalah Ali bin al-Husain, utusan Ja'far bin Ibrahim, maka beliau telah datang bersamaku sehingga beliau menempatkan aku di rumah al-Husain bin Ahmad. Kemudian beliau telah bercakap kepadanya sesuatu. Aku tidak mengetahui apa yang beliau telah berkata kepadanya: Sehingga beliau telah membawa kepadaku apa yang aku perlukan kepadanya. Aku telah duduk padanya selama tiga hari dan aku telah meminta izin daripadanya untuk melakukan ziarah dari dalam [masjid]. Beliau telah izin untukku, lalu aku telah melakukan ziarah pada waktu malam.

(935)-13. Al-Hasan bin al-Fadhl bin Zaid al-Yamani berkata: Bapaku telah menulis surat [kepada Sahib al-Zaman a.s] dengan khatnya, maka beliau telah mendapat jawapannya, kemudian aku telah menulis surat [kepadanya a.s] dengan khatku, maka aku telah mendapat jawapannya, kemudian beliau telah menulis [kepadanya a.s] dengan khat seorang lelaki yang fakih di kalangan para sahabat kami, maka beliau tidak mendapat jawapannya.
Maka kami telah merenung, lalu kami telah mendapati lelaki itu telah bertukar menjadi seorang yang berfahaman Qaramitah, al-Hasan bin al-Fadhl telah berkata: Maka aku telah melawat Iraq melalui Tus dan aku telah berazam bahawa aku tidak akan keluar melainkan mendapat keterangan tentang urusanku dan kejayaan daripada hajat-hajatku. Jika aku pergi haji, aku akan tinggal di sana meminta sedekah, beliau telah berkata: Di dalam keadaan sedemikian, dadaku telah menjadi sesak di Maqam Ibrahim dan aku khuatir bahawa haji akan terlepas daripaku, berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepada Muhammad bin Ahmad untuk mengetahui pendapatnya.
Maka beliau telah berkata kepadaku: Pergilah di masjid tertentu dan seorang lelaki akan berjumpa dengan anda di sana, maka aku telah pergi kepadanya, lalu seorang lelaki telah datang kepadaku, manakala beliau telah melihat kepadaku, beliau telah tersenyum dan berkata: Janganlah anda berdukacita kerana anda akan melakukan haji pada tahun ini dan anda akan pulang kepada keluarga anda dan dan anak lelaki anda dengan selamat. Maka aku telah tenang, hatiku telah menjadi senang dan aku berkata: Inilah kebenarannya, segala puji bagi Allah.
Beliau telah berkata: Kemudian aku telah datang ke al-'Askar, lalu satu dompet dikeluarkan untukku padanya wang dinar dan satu kain, maka aku telah berdukacita dan aku telah berkata kepada diriku: Balasanku di sisi mereka ini sahaja dan aku telah menggunakan kejahilanku, lalu aku telah menolaknya dan aku telah menulis di satu cebisan kertas (ruq'ah), orang yang telah menerimanya daripadaku[tadi] tidak memberi apa-apa isyarat kepadaku dan beliau tidak pula bercakap sekalipun satu huruf. Kemudian aku telah menyesal selepas itu dengan penyesalan yang kuat dan aku telah berkata kepada diriku: Aku telah kafir dengan penolakkanku ke atas maulaku (Sahib al-Zaman a.s) dan aku telah menulis ruq'ah meminta maaf tentang perbuatanku, aku dipenuhi dosa, aku memohon istighfar daripada perkara itu dan aku telah melaksanakannya. 
Aku benar-benar telah menyesal dan aku sedang memikir pada diriku dan aku berkata: Jika wang dinar itu dikembalikan kepadaku, aku tidak akan membuka ikatannya dan aku tidak akan melakukan sesuatu sehingga aku membawanya kepada bapaku kerana beliau lebih mengetahui daripadaku untuk melakukan apa yang beliau kehendaki, maka beliau telah keluar kepada utusan yang telah membawa dompet kepadaku, kemungkinan kami telah melakukan perkara yang sama kepada hamba-hamba kami, kemungkinan mereka telah bertanya kami perkara itu untuk mendapatkan berkat dan beliau telah keluar kepadaku: Anda telah salah kerana menolak kebaikan kami, maka apabila anda telah memohon maaf, maka Allah akan memaafkan anda. Adapun niat anda bahawa anda tidak akan melakukan sesuatu padanya dan anda tidak akan membelanjakannya di dalam perjalanan anda, maka kami telah memalingkannya daripada anda. 
Adapun kain, maka ia adalah suatu kepastian bahawa anda akan melakukan ihram padanya. Beliau telah berkata: Aku telah menulis [kepadanya] di dalam dua makna dan aku telah mahu menulis [kepadanya] pada makna yang ketiga, tetapi aku tidak melakukannya kerana khuatir beliau akan membencinya, maka beliau a.s telah menjawab dalam dua makna dan makna ketiga yang aku telah melipatkannya dan segala puji bagi Allah, beliau telah berkata: Aku telah bersetuju dengan Ja'far bin Ibrahim al-Nisaburi di Nisabur bahawa aku akan menunggang bersamanya dan menemaninya. 
Manakala aku telah sampai di Baghdad, aku telah meniggalkannya dan aku telah pergi mencari 'Adil, maka Ibn al-Wajna telah berjumpa denganku selepas aku telah datang kepadanya dan aku telah memintanya supaya menyewakan [rumah] untukku, maka aku telah mendapatinya di dalam keadaan benci, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku mencari anda dan dikatakan kepadaku: Sesungguhnya beliau menemani anda, maka perelokanlah pergaulannya dan carilah 'Adil untuknya dan sewalah [rumah] untuknya.

(936)-14. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin 'Abd al-Hamid berkata: Aku telah syak tentang urusan Hajiz , maka aku telah mengumpulkan sesuatu (wang), kemudian aku telah pergi ke al-'Askar, lalu beliau a.s telah datang kepadaku: "Tidak ada pada kami syak dan [tidak ada syak] pada orang yang mewakili kami dengan urusan kami. Justeru kembalilah apa yang ada pada anda kepada Hajiz bin Yazid.

(937)-15. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Salih berkata: Manakala bapaku telah mati, maka urusan telah bertukar kepadaku, bapaku memiliki bil-bil pertukaran wang (suftajah) daripada orang yang berhutang, maka aku telah menulis kepadanya [a.s] memberitahu kepadanya, maka beliau a.s telah menulis: Mintalah daripada mereka dan kemukalah mereka kepada pengadilan, lalu orang ramai telah menyelesaikannya kecuali seorang lelaki yang mempunyai satu bil (suftajah) yang bernilai 400 dinar. Maka aku telah datang kepadanya memintanya [daripadanya], tetapi anak lelakinya telah memandang rendah kepadaku dan memperbodoh-bodohkan aku, lalu aku telah mengadu kepada bapanya, maka beliau telah berkata: Tentang apa? 
Lantas aku telah memegang janggutnya dan mengambil kakinya, lalu menariknya ke tengah rumahnya, kemudian aku telah menendangnya beberapa kali. Anak lelakinya telah keluar meminta tolong daripada penduduk Baghdad sambil berkata: Seorang ahli Qum rafidhi, telah membunuh bapaku, lalu orang ramai telah berkumpul di sekelilingku, maka aku telah menunggang binatangku dan aku telah berkata: Alangkan baiknya kamu penduduk Baghdad, kamu cenderung kepada orang yang zalim kepada orang asing yang dizalimi, aku adalah seorang lelaki daripada penduduk Hamadan di kalangan Ahl al-Sunnah, tetapi lelaki ini mengaitkan aku dengan ahli Qum dan Rafidhah untuk menghilangkan hakku dan hartaku, beliau telah berkata: Mereka telah cenderung kepadanya dan mereka telah mahu memasuki kedainya sehingga aku telah menenangkan mereka dan bapanya telah berjanji kepadaku untuk membayar hartaku sehingga aku telah mengeluarkan mereka daripadanya.

(938)-16. Ali, daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin al-Hasan dan al-'Alaa' bin Rizqillah, daripada Badr Ghulam Ahmad bin al-Hasan berkata: Aku telah menaiki sebuah gunung dan aku tidak berkata tentang imamah, [tetapi] aku mencintai mereka secara keseluruhan sehingga Yazid bin Abdullah telah mati. Maka beliau telah berwasiat pada masa sakitnya supaya diberikan kudanya, pedangnya dan tali pinggangnya kepada maula-nya . Maka aku khuatir jika aku tidak memberinya kepada Iz Kutkin , beliau akan menghinaku, justeru, aku telah menilai harga kuda, pedang dan tali pinggangnya sebanyak 700 dinar di dalam diriku, aku tidak memberitahunya kepada sesiapapun, tiba-tiba surat telah datang kepadaku dari Iraq : Kemukakan 700 dinar untuk kami daripada anda daripada harga kuda, pedang dan tali pinggang.

(939)-17. Ali, daripada orang yang telah menceritakannya kepadanya, berkata: Seorang anak lelaki telah dilahirkan untukku, maka aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta izin untuk mencucinya pada hari ke tujuh, maka beliau telah menjawab: Janganlah anda melakukannya, lalu beliau telah mati pada hari ke tujuh atau kelapan. Kemudian aku telah menulis [kepadanya] tentang kematiannya, maka beliau a.s telah menjawab: "Anda akan digantikan [anak] yang lain dan yang lainnya, namalah Ahmad dan selepas Ahamad Ja'far", maka ia telah berlaku sebagaimana kata-katanya, beliau telah berkata: Aku telah bersedia untuk pergi haji dan aku telah mengucap selamat tinggal kepada orang ramai dan aku ketika ingin keluar, beliau telah menjawab: "Kami tidak suka perkara itu, tetapi ia terserah kepada anda" 
Beliau telah berkata: Dadaku telah menjadi sesak dan aku telah berdukacita, kemudian aku telah menulis [kepadanya a.s] bahawa aku tetap mendengar dan mematuhinya a.s hanya aku berdukacita kerana kelewatan hajiku, maka beliau a.s telah menulis: "Janganlah dada anda menyusahkan anda, sesungguhnya anda akan pergi haji dari Qabul jika Allah kehendaki, beliau telah berkata: Manakala di Qabul, aku telah menulis [kepadanya] meminta izin, maka beliau telah memberi izin, lalu aku telah menulis [kepadanya] bahawa aku telah menggandingkan Muhammad bin al-'Abbas dan aku percaya dengan agamanya dan amalannya, maka beliau a.s telah menjawab: Al-Asadi adalah gandingan anda, jika beliau datang, maka janganlah anda menolaknya, lalu al-Asadi telah datang, maka aku telah berganding dengannya.

(940)-18. Al-Hasan bin Ali al-'Alawi telah berkata: Mirdas bin Ali telah menyimpan harta al-Majruh dan harta Tamim bin Hanzalah, maka beliau a.s telah menulis kepada Mirdas: "Pulangkan harta Tamim dan harta Syirazi". 

(941)-19. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Isa al-'Uraidhi Abi Muhammad berkata: Apabila Abu Muhammad a.s telah mati, seorang lelaki telah membawa harta dari Mesir ke Makkah, lalu berlakulah perselisihan pendapat tentangnya, maka sebahagian manusia telah berkata: Sesungguhnya Abu Muhammad a.s telah mati tanpa pengganti dan [jika ada] penggantinya adalah Ja'far dan sebahagian yang lain pula berkata: Abu Muhammad a.s telah mati dan meninggalkan pengganti, lalu beliau telah mengutus seorang lelaki dipanggil Abu Talib, maka beliau telah pergi ke al-'Askar dan bersamanya surat, maka beliau telah menyokong Ja'far dan beliau telah ditanya tentang bukti, maka beliau telah berkata: Beliau tidak bersedia pada masa ini, lalu beliau telah pergi ke pintu [rumah] dan memberi surat kepada para sahabat kami, lalu beliau telah keluar kepadanya: Semoga Allah memberi pahala kepada sahabat anda, maka beliau telah mati dan berwasiat dengan harta yang ada bersamanya kepada orang yang dipercayai untuk melakukan apa yang beliau suka dan suratnya dijawab.

(942)-20. Ali bin Muhammad telah berkata: Seorang lelaki dari penduduk Aabah telah membawa sesuatu untuk disampaikan kepadanya a.s dan beliau telah terlupa satu pedang di Aabah, lalu beliau telah melaksanakan apa yang ada padanya, kemudian beliau a.s telah menulis kepadanya: "Apakah berita pedang yang anda telah melupainya?"

(943)-21. Al-Hasan bin Khafif, daripada bapanya: Beliau a.s telah mengutus seorang khadam ke Madinah Rasulullah s.a.w dan bersama nya ada dua orang khadam, Khafif telah menulis kepadaku supaya beliau keluar bersama mereka, lalu beliau telah keluar bersama mereka. Manakala mereka telah sampai di Kufah, seorang daripada dua khadam telah meminum minuman yang memabukkan. Justeru mereka tidak keluar dari Kufah sehingga sampai surat dari al-'Askar menolak khadam yang telah minum minuman yang memabukkan dan memecatnya dari perkhidmatan[nya].

(944)-22. Ali bin Muhammad, daripada [Ahmad bin] Abi Ali bin Ghiyath, daripada Ahmad bin al-Hasan berkata: Yazid bin Abdullah telah berwasiat seekor binatang, sebilah pedang dan harta [untuk Sahib al-Zaman a.s], beliau telah melaksanakan harga binatang dan dan lain-lain, tetapi beliau tidak mengirim pedang, lalu beliau a.s telah menulis: "Di antara apa yang anda telah kirimkan kepada mereka adalah pedang, tetapi ia belum lagi sampai-atau sebagaimana beliau a.s telah katakan".

(945)-23. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin Syazan al-Nisaburi berkata: 500 dirham kurang 20 dirham telah terkumpul di sisiku, tetapi aku tidak mahu mengirim 500 dirham kurang 20 dirham, lalu aku telah menambah 20 dirham wangku sendiri dan aku telah mengirimnya kepada al-Asadi, tetapi aku tidak menulis tentang wang aku padanya, maka beliau a.s telah menulis: "500 dirham telah sampai dan 20 dirham daripadanya adalah wang anda".

(946)-24. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari telah berkata: Surat Abu Muhammad a.s telah sampai untuk pengurusan ke atas al-Junaid; seorang penglima perang, Abi al-Hasan dan lain-lain. Manakala Abu Muhammad a.s telah mati, surat dari Sahib al-Zaman a.s telah sampai kepada Abi al-Hasan dan sahabatnya, tetapi beliau a.s tidak mengirim surat mengenai al-Junaid, beliau telah berkata: Aku telah berdukacita di atas perkara itu, lalu surat takziah [daripada Sahib al-Zaman a.s] untuk al-Junaid telah sampai selepas itu.

(947)-25. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Salih berkata: Aku telah memiliki seorang hamba perempuan yang aku tertarik kepadanya, lalu aku telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta supaya hamba perempuanku melahirkan anak, maka beliau a.s telah menjawab: Buatlah beliau hamil (istaulid-ha), Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, maka aku telah menyetubuhinya, kemudian beliau telah hamil, kemudian beliau telah gugur, lalu mati.

(948)-26. Ali bin Muhammad telah berkata: Ibn al-'Ajami telah menjadikan 1/3 hartanya untuk Sahib al-Zaman a.s dan beliau telah menulisnya sebelum beliau mengeluarkan 1/3, beliau telah memberinya kepada anak lelakinya al-Miqdam, tidak seorangpun telah mengetahuinya, lalu beliau a.s telah menulis kepadanya: Di manakah harta yang anda telah berikan kepada Abi al-Miqdam?"

(949)-27. Ali bin Muhammad, daripada Abi 'Uqail Isa bin Nasr berkata: Ali bin Ziyad al-Saimari telah menulis [kepada Sahib al-Zaman a.s] meminta kain kapan, lalu beliau a.s telah menulis kepadanya: Sesungguhnya anda akan memerlukannya [ketika umur anda genap] lapan puluh tahun, maka beliau telah mati [ketika berusia] lapan puluh tahun dan beliau a.s telah mengirim kain kapan kepadanya beberapa hari sebelum kematiannya.

(950)-28. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Harun bin 'Imran al-Hamdani berkata: Di atasku 500 dinar untuk [diberikan kepada Sahib al-Zaman a.s] sedangkan aku di dalam kesusahan, kemudian aku telah berkata kepada diriku: Aku memiliki beberapa buah kedai yang aku telah membelinya dengan [harga] 530 dinar. Sesungguhnya aku telah menjadikannya 500 dinar untuk Sahib al-Zaman a.s dan aku tidak pernah bercakap tentangnya, maka beliau a.s telah menulis kepada Muhammad bin Ja'far: Terimalah kedai-kedai itu daripada Muhammad bin Harun dengan 500 dinar untuk kami di atasnya.

(952)-29. Ali bin Muhammad telah berkata: Ja'far telah mejual seorang kanak-kanak Ja'fariyyah yang mereka didik di rumahnya, maka beliau telah mengutus seorang 'Alawi supaya memberitahu kepada seorang pembeli tentang beritanya, maka pembeli itu telah berkata: Jiwaku telah menjadi baik untuk menjualnya dan aku tidak akan mengurangkan harganya walaupun sedikit. Justeru ambillah, kemudian al-'Alawi telah pergi, lalu beliau telah memberitahu kepada penduduknya tentang berita itu, kemudian mereka telah mengutus kepada pembeli sebanyak 41 dinar dan mereka telah menyuruhnya supaya memberinya (kanak-kanak) kepada pemiliknya.

(953)-30. Al-Husain bin al-Hasan al-'Alawi berkata: Seorang lelaki kawan kepada Ruz Hasani dan serorang lagi bersamanya berkata kepadanya: Lelaki ini memungut harta dan baginya wakil-wakil dan mereka telah menamakan semua wakil di seluruh negeri dan ia berakhir kepada 'Ubaidillah bin Sulaiman, seorang wazir. Justeru, wazir berhasrat untuk menangkap mereka, maka sultan telah berkata: Carilah di mana lelaki ini [berada] kerana ini perkara yang berat, maka 'Ubaidillah bin Sulaiman telah berkata: Kami akan menangkap wakil-wakil[nya], maka sultan telah berkata: Tidak, tetapi sembunyikan untuk mereka satu kumpulan yang tidak mengetahui tentang harta. Justeru sesiapa yang ditangkap memiliki sesuatu di kalangan mereka, maka beliau akan ditangkap, beliau telah berkata: Lalu beliau telah keluar kepada semua wakil supaya mereka tidak mengambil sesuatu daripada seseorangpun dan mereka hendaklah mencegah daripada perkara itu dan berpura-pura tidak mengetahui urusan itu, kemudian seorang lelaki yang tidak dikenali telah menyamar kepada Muhammad bin Ahmad, maka beliau telah berkata: Bersamaku harta, aku ingin menyampaikannya kepadanya a.s,
Maka Muhammad telah berkata kepadanya: Anda telah silap, aku tidak mengetahui sesuatupun tentang perkara ini, tetapi beliau masih berlembut kepadanya dan Muhammad telah berpura-pura tidak mengetahuinya. Kemudian mereka telah mengutus mata-mata, tetapi beliau telah menegah para wakil [dari memungut harta] manakala beliau telah datang kepada mereka.

(954)-31. Ali bin Muhammad telah berkata: Beliau a.s telah melarang lawatan ke kubur-kubur Quraisy dan Hirah. Manakala selepas beberapa bulan, wazir al-Baqita'i telah menyeru, maka beliau telah berkata: Campaklah (tangkaplah) Bani al-Furat dan al-Barsiyyin dan katalah kepada mereka: Janganlah mereka melawat kubur-kubur Quraisy, sesungguhnya khalifah telah memerintahkkan supaya ditangkap pelawat-pelawatnya.