Bab 126. Hadis-hadis tentang dua belas para imam dan nas-nas ke atas mereka a.s

Hadis-Hadis Tentang Dua Belas Para Imam Dan Nas-Nas Ke Atas Mereka A.S (ma jaa'a fi al-Ithna 'asyara wa al-Nas 'alai-him,a.s)

(955)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad al-Barqi, daripada Abi Hasyim Daud bin al-Qasim al-Ja'fari, daripada Abi Ja'far al-Thani a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang dan bersamanya al-Hasan bin Ali a.s yang berpegang di atas tangan Salman, lalu beliau telah memasuki Masjid Haram, maka beliau telah duduk, tiba-tiba seorang lelaki yang mempunyai pendirian dan pakaian yang elok telah datang, lalu beliau telah memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka beliau a.s telah menjawab salamnya, kemudian beliau telah duduk dan beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku akan bertanya anda tiga masalah, jika anda memberitahu kepadaku tentangnya, aku mengetahui bahawa mereka telah mengabaikan urusan anda dan mereka tidak aman di dunia dan di akhirat, tetapi jika anda tidak dapat menjawabnya, maka anda dan mereka adalah sama saja.
Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Tanyalah aku apa yang terlintas di hati anda, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang seorang lelaki apabila beliau telah tidur di manakah pergi rohnya dan bagaimana beliau [boleh] mengingati dan melupai? Dan tentang seorang lelaki, bagaimana anak lelakinya menyerupai bapa-bapa saudaranya sama ada di sebelah ibu ataupun di sebelah bapa? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah berpaling kepada al-Hasan, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, berilah jawapan kepadanya, beliau telah berkata: Maka al-Hasan a.s telah memberi jawapan kepadanya , lantas lelaki itu berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku sentiasa menyaksikannya dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah Rasul-Nya dan aku sentiasa menyaksikannya.
Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasi Rasulullah s.a.w dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjuk kepada Amir al-Mukminin a.s-dan aku sentiasa menyaksikannya. Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah wasinya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya-beliau telah menunjukkan kepada al-Hasan a.s-dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah wasi saudaranya dan al-Qaim bagi Hujjah-Nya selepasnya. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah al-Qaim bagi urusan al-Husain selepasnya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin al-Husain.
Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ja'far bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Musa adalah al-Qaim bagi urusan Ja'far bin Muhammad. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Musa adalah al-Qaim bagi urusan Musa bin Ja'far. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Musa. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Ali bin Muhammad adalah al-Qaim bagi urusan Muhammad bin Ali. Aku naik saksi bahawa sesungguhnya al-Hasan bin Ali adalah al-Qaim bagi urusan Ali bin Muhammad dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya seorang lelaki daripada anak al-Hasan, tidak diberikan nama dan gelarannya sehingga urusannya terserlah. 
Lalu beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman dan salam ke atas anda, wahai Amir al-Mukminin, rahmat Allah dan berkat-Nya, kemudian beliau telah berdiri dan pergi, lalu Amir al-Mukminin telah berkata: Wahai Abu Muhammad, ikutlah beliau dan lihatlah ke manaka beliau tuju, lalu al-Hasan bin Ali a.s telah keluar dan berkata: Beliau hanya telah meletakkan kakinya di luar masjid, maka aku tidak mengetahui di manakah beliau telah pergi di bumi Allah, maka aku telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, lalu aku telah memberitahu kepadanya, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Muhammad, adakah anda mengetahuinya? Aku telah berkata: Allah, Rasul-Nya dan Amir al-Mukminin lebih mengetahuinya, beliau telah berkata: Beliau adalah Khidir a.s.

(956)-2. Muhammad bin Yahya telah memberitahu kepadaku, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ahmad bin Abi Abdillah, daripada Abi Hasyim seumpamanya. Muhammad bin Yahya telah berkata: Aku telah berkata kepada Muhammad bin al-Hasan: Wahai Abu Ja'far, aku telah suka berita ini telah datang bukan daripada pihak Ahmad bin Abi Abdillah, berkata: Sesungguhnya beliau telah memberitahu kepadaku sepuluh tahun sebelum "kekusutannya".

(957)-3. Muhammad bin Yahya dan Muhammad bin Abdullah, daripada Abdullah bin Ja'far, daripada al-Hasan bin Zarif dan Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Bakr bin Salih, daripada 'Abd al-Rahman bin Salim, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Bapaku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir telah berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki, wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya. 
Beliau telah berkata kepada Jabir: Beritahulah kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku, dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Lauh yang mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w. 
Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir telah berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya, dan membuat salinannya, bapa aku a.s telah berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau telah berkata: Ya, lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku telah mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau telah melihat kepada suratnya, lalu bapa aku telah membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir telah berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:


Bismillahi r-Rahmani r-Rahim


Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya, Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Pemusnah para penguasa, Pembantu mereka yang dizalimi.
Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, Sesiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Akulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi. 
Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki engkau selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru, beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya dan hujah Aku yang kukuh di sisinya.
Dengan 'itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-'Abidin dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku dan akan membinasakan mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja'far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja'far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.
Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Sesiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku dan pembantu-Ku. 
Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan Hujjah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya. 
Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta. 
Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka dan merekalah yang mendapat hidayat.
Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan untuk ahlinya.

(958)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin Umar al-Yamani, daripada Abban bin Abi 'Iyaysy, daripada Sulaim bin Qais dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Umar bin Abu Udhinah dan Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada [Abban] bin Abi 'Iyyasy, daripada Sulaim bin Qais berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Ja'far al-Tayyar berkata: Kami telah berada di sisi Mu'awiyah, aku, al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin al-'Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka telah berlaku di antara aku dan Mu'awiyah percakapan, lalu aku telah berkata kepada Mu'awiyah: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian saudaraku Ali bin Abu Talib adalah lebih baik (aula) dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. 
Apabila Ali mati syahid, maka al-Hasan bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri, kemudian anak lelakiku al-Husain selepasnya adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Apabila beliau mati syahid, maka anak lelakinya Ali bin al-Husain adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri dan anda akan mendapatinya, wahai Ali , kemudian anak lelakinya Muhammad bin Ali adalah lebih baik dengan mukminin daripada diri mereka sendiri. Dan anda akan mendapatinya, wahai Husain, kemudian sembilan daripada anak-anak lelaki al-Husain akan menyempurnakan dua belas imam, Abdullah bin Ja'far telah berkata: Aku telah menyaksikan al-Hasan, al-Husain, Abdullah bin 'Abbas, Umar bin Umm Salmah dan Usamah bin Zaid, maka mereka telah memberi penyaksian kepadaku di sisi Mu'awiyah, Sulaim telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar sedemikian daripada Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad dan mereka telah menyebut bahawa mereka telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w. 

(959)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Hanan bin al-Sarraj, daripada Daud bin Sulaiman al-Kasa'i, daripada Abi Tufail berkata: Aku telah menyaksikan jenazah Abu Bakr pada hari beliau telah mati dan aku telah menyaksikan Umar ketika beliau dibaiah dan Ali sedang duduk di satu sudut, tiba-tiba seorang kanak-kanak Yahudi yang cantik mukanya, memakai pakaian yang cantik, beliau adalah daripada keturunan Harun sehingga beliau telah berdiri di hadapan Umar, maka beliau telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah anda orang yang paling mengetahui [daripada] umat ini dengan kitab mereka dan urusan nabi mereka? 
Beliau telah berkata: Umar telah menggerakkan kepalanya, maka beliau telah berkata: Kepada anda aku maksudkan dan beliau telah mengulangi kata-katanya kepadanya, maka Umar telah berkata kepadanya: Kenapa anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah datang kepada anda di dalam keadaan murtad untuk diriku, syak pada agamaku, maka beliau telah berkata: Waspada dengan pemuda ini, beliau telah berkata: Siapakah pemuda ini? Beliau telah berkata: Ini adalah Ali bin Abu Talib, sepupu Rasulullah s.a.w dan suami Fatimah binti Rasulullah s.a.w, ini adalah Abu al-Hasan dan al-Husain dua anak lelaki Rasulullah s.a.w, lantas Yahudi telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Adakah ini anda [Ali?].
Beliau telah berkata: Ya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku mahu bertanya anda tentang tiga, tiga dan satu. Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah tersenyum dan berkata: Wahai Haruniyyun, apakah yang telah menghalang anda dari berkata tujuh? Beliau telah berkata: Aku akan bertanya anda tentang tiga, jika anda telah menjawabnya kepadaku, aku akan bertanya anda selepasnya dan jika anda tidak mengetahuinya, aku akan mengetahui bahawa tidak ada orang yang alim pada kamu, Ali a.s telah berkata: Aku bertanya anda dengan [nama] Tuhan yang anda sembah, jika aku dapat menjawab apa yang anda mahu, anda akan meninggalkan agama anda dan anda akan memasuki agamaku? Beliau telah berkata: Aku tidak datang melainkan untuk itu, beliau telah berkata: Tanyalah, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku titisan darah yang pertama tumpah di muka bumi ini? 
Mata yang pertama telah mengalir di muka bumi? Perkara yang pertama telah bergerak di muka bumi? Maka Amir al-Mukminin a.s telah menjawabnya dan berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku tentang tiga yang akhir, beritahulah kepadaku tentang Muhammad dan berapakah imam yang adil beliau miliki? Di syurga manakah beliau akan memasukinya? Siapakah yang akan tinggal bersamanya di syurga? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, sesungguhnya bagi Muhammad adalah dua belas imam yang adil, tidak akan memudaratkan oleh kehinaan orang yang telah menghinanya, tidak takut kepada mereka yang menentangnya dan sesungguhnya mereka di dalam agama adalah lebih teguh daripada gunung di bumi dan tempat tinggal Muhammad di syurganya bersama dua belas imam yang adil, maka beliau telah berkata: Anda telah berkata benar, demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia, sungguhnya aku mendapatinya di dalam kitab bapaku Harun, beliau telah menulisnya dengan tangannya dan imlak Musa, bapa saudaraku a.s. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang satu (al-Wahidah)? Beritahulah kepadaku tentang wasi Muhammad berapa lamakah beliau hidup selepasnya? Adakah beliau akan mati (biasa) atau akan dibunuh? 
Beliau a.s telah berkata: Wahai Haruniyyun, beliau akan hidup selama tiga puluh tahun selepasnya, tidak lebih walaupun satu hari dan tidak kurang walaupun satu hari. Kemudian beliau akan dipukul [dengan] satu pukulan di sini-iaitu di kepalanya-lalu ia akan berlumuran dengan darah daripada sini, beliau telah berkata: Harunniyyun telah melaung dan memutuskan benang tebalnya di pakaiannya dan berkata: Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah yang Satu, tida sekutu bagiNya dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya dan sesungguhnya anda adalah wasinya, sewajarnya anda melebihi [orang lain] dan tidak [boleh] ditandingi dan anda wajar dihormati dan bukan diperkecil-kecilkan, beliau telah berkata: Kemudian Ali a.s telah pergi bersamanya ke rumahnya, maka beliau a.s telah mengajarnya petanda-petanda agama.

(960)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abu Sa'id al-'Usfuri, daripada Umar bin Thabit, daripada Abu Hamzah telah berkata: Aku telah mendengar Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan Muhammad, Ali dan sebelas daripada anak-anaknya daripada cahaya kebesaran-Nya, lalu Dia telah mendirikan bentuk-bentuk yang kurang jelas (asybaah) pada ruang cahaya-Nya, mereka bertasybih kepada Allah dan mentakdiskanNya. Mereka adalah para Imam daripada anak-anak Rasulullah s.a.w.

(961)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hasysyab, daripada Ibn Sama'ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah telah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad a.s semuanya muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan daripada anak-anak Ali a.s. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani) , maka Ali bin Rasyid, saudara Ali bin al-Husain sebelah ibunya telah mengingkarinya, lalu Abu Ja'far a.s telah melaung dan berkata: Adapun anak lelaki ibu anda bukanlah salah seorang daripada mereka.

(962)-8. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Mas'adah bin Ziyad, daripada Abi Abdullah dan Abi Sa'id al-Khudri telah berkata: Aku telah hadir ketika Abu Bakr telah mati dan Umar dilantik, tiba-tiba seorang pembesar Yahudi Yathrib dan yang paling alim mereka telah datang sehingga dibawa kepada Umar, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai Umar, sesungguhnya aku telah datang kepada anda kerana mahu Islam, jika anda dapat menjawab apa yang aku akan bertanya anda tentangnya, maka anda adalah orang yang paling alim di kalangan para sahabat Muhammad dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang aku mahu bertanya tentangnya. 
Umar telah berkata kepadanya: Aku bukanlah begitu, tetapi aku akan menunjukkan kepada anda orang yang paling alim pada umat kita dengan Kitab dan Sunnah dan semua yang anda akan bertanya tentangnya, maka beliaulah-Umar telah menunjukkan kepada Ali a.s-maka Yahudi itu telah berkata kepadanya: Wahai Umar, jika inilah yang anda katakan, apakah kedudukan anda dan baiah orang ramai [kepada anda] kerana beliau (Ali) adalah orang yang paling alim di kalangan kamu! Lalu Umar telah menentangnya, kemudian Yahudi itu telah datang kepada Ali a.s dan berkata: Anda sebagaimana telah dikatakan oleh Umar? Maka beliau a.s telah berkata: Apakah yang telah dikatakan oleh Umar? Lalu beliau telah memberitahu kepadanya, beliau telah berkata: Jika anda sebagaimana telah dikatakan olehnya, aku akan bertanya anda beberapa perkara yang aku ingin mengetahuinya dan aku akan memeluk Islam.
Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Ya, aku adalah sebagaimana dikatakan oleh Umar, tanyalah apa yang terlintas dihati anda, aku akan memberitahu tentangnya kepada anda, jika Allah kehendaki. Beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang tiga, tiga dan satu, maka Ali a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yahudi, kenapakah anda tidak berkata tentang tujuh, lalu Yahudi itu telah berkata: Sesungguhnya anda, jika anda telah memberitahu kepadaku tentang tiga, aku akan bertanya anda yang bakinya, jika tidak, anda akan menegah. Jika anda dapat menjawab tujuh perkara ini kepadaku, maka anda adalah penduduk bumi yang paling alim dan yang paling baik (aula) di kalangan manusia, maka beliau a.s telah berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai Yahudi, beliau telah berkata: Beritahulah kepadaku batu yang pertama diletakkan di atas muka bumi? Dan pokok yang pertama disiram di muka bumi? Dan mata yang pertama yang mengalir di muka bumi? Lalu Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadanya tentangnya , kemudian Yahudi telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang umat ini berapa baginya imam petunjuk? Dan beritahulah kepadaku tentang nabi kamu Muhammad, di manakan kedudukannya di syurga? 
Dan beritahulah kepadaku siapakah bersamanya di syurga? Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya bagi umat ini dua belas imam petunjuk daripada zuriat nabinya dan mereka daripadaku . Adapun kedudukan nabi kami di syurga adalah di syurga Adan yang lebih baik dan lebih mulia. Adapun mereka yang bersamanya pada kedudukannya di dalamnya adalah dua belas orang daripada zuriatnya , ibu mereka, datuk perempuan mereka, ibu kepada ibu mereka dan hamba-hamba perempuan mereka, tidak ada seorangpun yang akan tinggal bersama mereka padanya.

(963)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Aku telah datang kepada Fatimah a.s dan di hadapannya loh (lauh) yang mangandungi nama-nama para wasi daripada [suaminya dan] anak-anaknya, maka aku telah menghitung dua belas [orang] dan yang akhir mereka adalah al-Qaim a.s, tiga daripada mereka adalah Muhammad dan empat daripada mereka adalah Ali.

(964)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abi Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w kepada jin dan manusia dan telah menjadikan selepasnya dua belas wasi di antara mereka ada yang telah berlalu dan di antara mereka ada yang masih hidup dan setiap wasi selepas Muhammad s.a.w telah berlaku mengikut sunnah para wasi Isa dan mereka adalah dua belas orang dan Amir al-Mukminin adalah di atas sunnah al-Masih.

(965)-11. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin Abi Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad, daripad al-Hasan bin al-'Abbas bin al-Jarisy, daripada Abu Ja'far al-Thani a.s bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Ibn 'Abbas: Sesungguhnya lailatu l-Qadr (malam kuasa) adalah pada setiap tahun dan sesungguhnya urusan setahun akan turun pada malam itu, justeru, urusan itu adalah [untuk] para wali selepas Rasulullah s.a.w, maka Ibn 'Abbas telah berkata: Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Aku dan sebelas daripada salbiku adalah para imam muhaddathun.

(966)-12. Dan dengan sanad-sanad ini, beliau telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabat: Berimanlah kepada lailatu l-Qadr, sesungguhnya ia akan berlaku kepada Ali bin Abu Talib dan anak-anaknya seramai sebelas orang selepasku".

(967)-13. Dan dengan sanad-sanad ini bahawa Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada Abu Bakr pada suatu hari "Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang telah gugur di jalan Allah itu mati bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan-nya mendapat rezeki" Dan aku naik saksi bahawa Muhammad s.a.w adalah Rasulullah s.a.w telah mati syahid, demi Allah, baginda s.a.w akan mendatangi anda, maka yakinlah apabila baginda s.a.w datang kepada anda kerana syaitan tidak akan menyerupainya, Ali telah mengambil tangan Abu Bakr, lalu beliau a.s telah memperlihatkan Nabi s.a.w kepadanya, lantas baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Abu Bakr, Berimanlah kepada Ali dan sebelas orang daripada anak-anaknya, sesungguhnya mereka adalah sepertiku kecuali kenabian dan bertaubatlah kepada Allah daripada apa yang ada pada tangan anda (khilafah) kerana ia bukanlah hak anda padanya, beliau telah berkata: Kemudian baginda s.a.w telah pergi dan tidak dapat dilihat lagi.

(968)-14. Abu Ali al-Asy'ari, daripada al-Hasan bin 'Ubaidillah, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Sama'ah, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ibn Udhinah, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Dua belas imam daripada keluarga Muhammad semua mereka adalah muhaddath daripada anak-anak Rasulullah s.a.w dan anak-anak Ali bin Abu Talib a.s. Justeru, Rasulullah s.a.w dan Ali a.s adalah dua bapa (al-Waalidaani).

(969)-15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Sa'id bin Ghazwan, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Akan berlaku sembilan para imam selepas al-Husain bin Ali dan yang ke sembilan mereka adalah Qaim mereka.
(970)-16. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wisyaa', daripada Abban, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Kami adalah dua belas imam, daripada mereka adalah al-Hasan, al-Husain dan dan para imam daripada anak-anak al-Husain a.s.

(971)-17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Sa'id al-'Usfuri, daripada 'Amru bin Thabit, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.aw telah bersabda: Sesungguhnya aku dan dua belas (sebelas) daripada anak-anakku dan anda, wahai Ali, Zarr al-Ardh iaitu tunjang bumi dan gunungnya, dengan kami Allah menguatkan bumi dari musnah bersama penghuninya. Apabila dua belas (sebelas) daripada anak-anakku pergi, bumi akan musnah dengan penghuninya dan mereka tidak akan dilihat lagi. 

(972)-18. Dan dengan sanad-sanand ini, daripada Abu Sa'id secara marfu', daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Daripada anak-anakku [dan Ali a.s] dua belas orang cerdik, muhaddathun, mufahhamun , akhir mereka adalah al-Qaim dengan kebenaran yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman".
(973)-19. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman al-Asamm, daripada Karram berkata: Aku telah bersumpah di antara aku dan diriku bahawa aku tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad, maka aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, lalu aku telah berkata kepadanya: Seorang lelaki Syiah kamu telah bersumpah kepada Allah bahawa beliau tidak akan memakan makanan di siang hari selama-lamanya sehingga datangnya Qaim keluarga Muhammad? 
Beliau a.s telah berkata: Maka berpuasalah, jika begitu, wahai Karram, tetapi janganlah anda berpuasa pada hari raya puasa dan hari raya haji, pada tiga hari tasyriq, ketika anda musafir atau sakit kerana al-Husain a.s manakala dibunuh, langit, bumi, mereka di atasnya dan para malaikat telah menangis, maka mereka telah berkata: Wahai Tuhanku, izinlah kami bagi membinasakan makhluk sehingga kami memperbaharui mereka dari mula kerana mereka telah menghalalkan kehormatan Engkau, mereka telah membunuh orang pilihan Engkau, lalu Allah telah mewahyukan kepada mereka: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku, bawalah bertenang", kemudian Dia telah mendedahkan hijab[Nya], lalu Muhammad s.a.w telah meninggalkan dua belas wasi untuknya dan beliau telah mengambil tangan polan al-Qaim di kalangan mereka, Dia telah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, wahai langit-Ku, wahai bumi-Ku dengan ini, Aku menang [untuk ini]- Dia telah berfirman sebanyak tiga kali-.

(974)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Abi Talib, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama'ah bin Mihran berkata: Aku, Abu Basir dan Muhammad bin 'Imran maula Abu Ja'far a.s telah berada di rumahnya di Makkah, maka Muhammad bin 'Imran telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah dua belas muhaddathan, lalu Abu Basir telah berkata kepadanya: Adakah anda telah mendengar daripada Abu Abdillah a.s? Maka beliau telah bersumpah kepadanya satu kali atau dua kali bahawa beliau telah mendengarnya? Maka Abu Basir telah berkata: Tetapi aku telah mendengarnya daripada Abu Ja'far a.s.