Bab 129. Hubungan [dengan] imam a.s

Perhubungan [Dengan] Imam A.S (silat al-Imam a.s)

(981)-1. Al-Husain bin Muhammad bin 'Amir dengan sanad-sanadnya secara marfu' berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah menyangka bahawa imam a.s berhajat kepada apa yang ada di tangan orang ramai, maka beliau adalah kafir , sesungguhnya orang ramai memerlukan imam a.s untuk menerima mereka, Allah telah berfirman: "Dan ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka" 

(982)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Isa bin Sulaiman al-Nuhas, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada al-Khaibari dan Yunus bin Zubyaan berkata: Kami telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak ada suatu perkara yang paling dicintai Allah dari mengeluarkan dirham-dirham kepada imam a.s dan sesungguhnya Allah akan menjadikan untuknya satu dirham di syurga seperti bukit Uhud, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman di dalam kitab-Nya: "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik, maka Dia akan melipatgandakan pembayaran kepadanya" Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, ia adalah perhubungan [dengan] imam a.s secara khusus .

(983)-3. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Ahamd bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Abi Talhah, daripada Mu'adh, pemilik pakaian telah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak meminta [daripada] makhluk-Nya apa yang ada di tangan mereka sebagai pinjaman kerana Dia berhajat kepadanya; [tetapi] apa saja hak Allah, maka ia adalah untuk wali-Nya.

(984)-4. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi al-Mughra, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada Abi Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah bertanya tentang firman Allah: "Siapakah mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan pinjaman itu untuknya dan beliau akan memperoleh pahala yang banyak" Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan tentang perhubungan [dengan] imam a.s.

(985)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Miyyaah, daripada bapanya telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Wahai Miyyaah, satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s itu, adalah lebih berat timbangannya dari bukit Uhud.

(986)-6. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Satu dirham yang disampaikan kepada imam a.s adalah lebih baik daripada 200 ribu dirham [yang disampaikan] selain daripadanya daripada jalan-jalan kebaikan.

(987)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ibn Bakir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku mengambil dirham daripada salah seorang daripada kamu, sesungguhnya bagiku adalah untuk orang yang banyak harta di Madinah, [tetapi] aku tidak mahu semuanya itu kecuali untuk mereka membersihkan [diri mereka] .