Bab 94. Penciptaan badan para imam, roh mereka dan hati mereka a.s

Penciptaan Badan Para Imam, Roh Mereka Dan Hati Mereka A.S (Khalq abdaan al-Aimmati wa-arwaahu-hum wa quluubu-hum a.s)

(581)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami dari [tanah]'Illiyyiin dan menciptakan roh-roh kami lebih tinggi darpada itu. Dia telah menciptakan roh-roh Syiah kami daripada [tanah] 'Illiyyiin dan Dia telah menciptakan jasad-jasad mereka bukan daripadanya. Justeru kekerabatan [berlaku] di antara kami dan mereka dan hati mereka kasih kepada kami.
(582)-2. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin Syu'aib, daripada 'Imraan bin Ishaq al-Za'farani, daripada Muhammad bin Marwan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami daripada cahaya kebesaran-Nya, kemudian Dia telah membentuk penciptaan kami daripada tanah (tinah) yang tersimpan, tersembunyi di bawah Arasy, lalu Dia meletakkan cahaya itu padanya, maka terjadilah kami makhluk manusia yang bercahaya. 
Dia tidak pernah menjadikan seseorang yang bernasib baik sebagaimana Dia telah menciptakan kami daripadanya. Dia telah menciptakan roh-roh Syiah kami daripada tanah kami dan badan-badan mereka daripada tanah tersimpan yang tersembunyi dibawah tanah itu. Dia tidak pernah menjadikan seseorang yang bernasib baik sebagaimana Dia telah menciptakan mereka daripadanya melainkan para nabi. Lantaran itu, terjadilah kami dan mereka: Manusia (al-Naas) dan terjadilah semua manusia [yang lain] agas atau golongan bawahan (wa saar sa'iru al-Naas hamajan) untuk neraka dan kepada neraka (li-al-Naar wa ilaa al-Naar).

(583)-3. Ali bin Ibrahim, daripada Ali bin Hassan dan Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab dan lain-lain, daripada Ali bin Hassan, daripada Ali bin 'Atiyyah, daripada Ali bin Ri'ab secara marfu' kepada Amir al-Mukminin a.s. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai sebatang sungai selain daripada Arasy-Nya, selain daripada itu Dia mempunyai cahaya yang terpancar. Dan pada dua tebing sungai itu terdapat dua roh yang diciptakan: Roh kudus (ruh al-Quds) dan roh daripada urusan Tuhan-Nya (ruh min amri-hi). Dan sesungguhnya Allah mempunyai sepuluh jenis tanah: Lima daripada syurga dan lima daripada bumi. 
Justeru Dia telah mentafsirkan syurga-syurga dan bumi, kemudian Dia telah berfirman: Tidak ada seorang nabi atau malaikat selepasnya perangai semula jadi (jiblah) melainkan ditiup padanya daripada salah satu daripada dua roh. Dia telah menjadikan Nabi s.a.w daripada salah satu tanah. Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan yang pertama a.s: Apakah al-Jiblah (perangai semula jadi)? Maka beliau a.s telah berkata: Perangai [selain daripada kami Ahlu l-Bait] kerana Allah a.w telah menciptakan kami daripada sepuluh tanah dan meniupkan pada kami daripada dua roh, lalu Dia telah memperelokkannya.
Orang selain daripadanya telah meriwayatkannya daripada Abi al-Samit berkata: Tanah syurga-syurga (tiin al-Jinaan) itu ialah syurga Adan, syurga al-Ma'wa, syurga al-Na'aim, al-Firdaus dan al-Khuld. Tanah bumi (tiin al-Ardh) ialah Makkah, Madinah, Kufah, Bait al-Maqdis dan al-Ha'ir.
(584)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Abi Nahsyal berkata: Muhammad bin Isma'il telah memberitahu kepadaku, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami daripada setinggi-tinggi 'Illiyyin dan Dia telah menciptakan hati Syiah kami daripada apa yang Dia telah menciptakan kami. Tetapi Dia telah menciptakan badan-badan mereka bukan daripada bahan itu. Lantaran itu, hati mereka cenderung kepada kami kerana ia telah diciptakan daripada bahan penciptaan kami. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: "Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab mereka yang berbakti itu (tersimpan) pada 'Illiyyiin. Tahu kamu apakah 'Illiyyiin itu? (iaitu) kitab yang tertulis, yang disaksikan oleh para malaikat yang berdekatan dengan-Nya" 
Dan Dia telah menciptakan musuh kita daripada Sijjiin dan Dia telah menciptakan hati Syiah mereka daripada apa yang Dia telah menciptakan mereka daripadanya dan Dia telah menciptakan badan-badan mereka bukan daripada bahan kejadian mereka. Justeru, hati mereka cenderung kepada "mereka" kerana ia diciptakan daripada bahan ciptaan mereka. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: "Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang derhaka tersimpan di dalam Sijjiin . Tahukah kamu apakah Sijjiin itu? (ialah) kitab yang tertulis" .