Bab 97. Sesungguhnya para imam a.s dikunjungi oleh para malaikat di rumah mereka, menjejaki hamparan mereka dan mendatangi mereka dengan berita-berita

Sesungguhnya Para Imam Dikunjumgi Oleh Para Malaikat Di Rumah Mereka, Menjejaki Hamparan Mereka Dan Mendatangi Mereka Dengan Berita-Berita (anna al-Aimmata tadkhulu al-Mala'ikatu buyuuta-hum wa tata'u basta-hum wa ta'tii-him bi al-Akhbaar a.s)

(596)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Sinan, daripada Masma' Kardain al-Basri berkata: Aku tidak pernah menambah makanan di waktu malam dan siang. Kadang-kadang aku telah meminta izin Abu Abdillah a.s dan aku mendapati hidangan telah diangkat, mudah-mudahan aku tidak melihatnya di hadapannya. Maka apabila aku telah masuk, beliau a.s telah menyeru dengannya (hidangan), lalu aku telah makan bersamanya dan aku tidak merasa sakit dengan [memakan]nya, tetapi apabila aku telah makan makanan di sisi orang lain, aku tidak mampu untuk merasa tenang dan aku tidak boleh tidur kerana pernafasan. 
Justeru aku telah mengadu perkara itu kepadanya dan aku telah memberitahu kepadanya bahawa jika aku makan bersamanya, aku tidak merasa sakit, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Sayyar, sesungguhnya anda makan makanan kaum yang soleh, para malaikat berjabat tangan dengan mereka di atas hamparan mereka. Aku telah berkata: Mereka menzahirkan diri mereka kepada kamu? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya di atas sebahagian anak-anaknya dan berkata: Mereka itu adalah lebih lembut (sopan) dengan anak-anak kita daripada kita dengan mereka.

(597)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin al-Qasim, daripada al-Husain bin Abi al-'Alaa', daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Husain-beliau a.s telah memukul dengan tangannya di mimbar rumahnya- mimbar yang telah diduduki oleh para malaikat dan kemungkinan kita telah tersentuh kelembutannya. 

(598)-3. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam berkata: Malik bin 'Atiyyah al-Ahmasi telah memberitahu kepadaku, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s, maka aku telah menunggu di rumah[nya] beberapa ketika, kemudian aku telah memasuki rumah[nya], aku telah mendapati beliau a.s sedang memungut sesuatu dan memasukkan tangannya di balik tabir, lalu orang di rumah itu telah mengambilnya. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku sedang melihat anda sedang memungut sesuatu apakah ia? Beliau a.s telah berkata: Sisa yang berbulu dan lembut (zaghb) daripada malaikat, kami mengumpulkannya apabila kami senang dan kami menjadikannya "tasbih" untuk anak-anak kami. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Sesungguhnya mereka mendatangi kamu? Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Hamzah, sesungguhnya mereka datang beramai-ramai kepada kami [berada] di atas lutut kami.

(599)-4. Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Aslam, daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Tidak ada malaikat yang diturunkan oleh Allah di dalam satu-satu urusan melainkan dia telah bermula dengan imam, lalu dia membentangkannya kepadanya. Sesungguhnya semua malaikat dari sisi Allah adalah [berkhidmat] kepada sahabat urusan ini (imam).