BAHAGIAN KEDUA BELAS

Wasiat Luqman, Salman al-Farisi, khutbah Rasulullah s.a.w, para nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s, kata-kata al- Sadiq a.s, hadis Abu Bakr al-Arjani, syurga dan lain-lain


Wasiat Luqman al-Hakim Kepada Anak Lelaki-nya

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Daripada al-Auza'i bahawa Luqman al-Hakim-rahima-hu l-Lahu-apabila keluar daripada negerinya, beliau tinggal di sebuah kampung di al-Mausil dikenali sebagai Kumlis. Beliau berkata: Manakala beliau telah berada di dalam kesusahan dan dukacita, dan tiada seorang pun yang membantunya di atas urusannya, beliau menutup pintu, dan memasukkan anak lelakinya memberi nasihat kepadanya, maka beliau berkata:

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya dunia adalah lautan yang dalam, telah binasa padanya manusia yang ramai.Bersedialah daripada amalannya, dan ambillah bahtera, pakaiannya takwa kepada Allah, kemudian naikilah gelombang bahtera, anda akan selamat dan sesungguhnya aku khuatir anda tidak akan selamat.

Wahai anak lelakiku, bahtera adalah iman, layarnya adalah tawakal. Penghuninya adalah kesabaran, pengayuhnya adalah puasa, solat, dan zakat.

Wahai anak lelakiku, sesiapa yang menaiki laut tanpa bahtera, maka beliau akan tenggelam.

Kurangkan bercakap, ingatlah kepada Allah a.w pada setiap tempat, kerana Dia telah memberi amaran, dan peringatan kepada anda, membuat anda melihat dan mengajar anda.

Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat orang ramai sebelum mereka mengambil nasihat anda.

Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat dengan yang kecil sebelum yang besar mengambil nasihat anda.

Wahai anak lelakiku, kuasailah diri anda ketika marah sehingga anda tidak menjadikan Jahanam sebagai kayu api.

Wahai anak lelakiku, kefakiran itu adalah lebih baik daripada anda melakukan kezaliman.

Wahai anak lelakiku, jauhilah anda dari meminta berhutang, maka anda akan mengkhianati agama.

Wahai anak lelakiku, jauhilah dari meminta dihina, maka anda akan dihina.

Wahai anak lelakiku, jauhilah anda keluar dari dunia sebagai seorang fakir, anda meninggalkan urusan anda, dan harta anda di sisi orang lain untuk menilainya, kerana anda menjadikannya sebagai tuannya (amir ). 

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya Allah telah menggadaikan manusia dengan amalan mereka, maka neraka wail untuk mereka lantaran apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka dan hati-hati mereka.

Wahai anak lelakiku, dunia tidak menjadi aman selama dosa-dosa dan syaitan berada padanya.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya mereka yang baik di kalangan mereka yang terdahulu telah diuji, maka bagaimana mereka yang terakhir akan selamat daripadanya?

Wahai anak lelakiku, jadikan dunia penjara anda, maka akhirat akan menjadi syurga anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak dibebankan untuk mengangkat gunung, anda tidak dibebankan apa yang anda tidak mampu, janganlah anda membawa bala di atas bahu anda, dan janganlah anda membunuh diri anda dengan tangan anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda sebagaimana anda menanam anda akan mengetam, dan sebagaimana anda beramal anda akan dapat sesuatu.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjiran dengan raja-raja, maka mereka akan membunuh anda, dan janganlah anda mentaati mereka, maka anda akan menjadi kafir.

Wahai anak lelakiku, berjiranlah dengan mereka miskin, khususnya mereka fakir di kalangan muslimin.

Wahai anak lelakiku, jadilah kepada anak yatim sebagai bapa yang penuh kasihan belas, dan bagi ibu tunggal sebagai suami yang penyayang.

Wahai anak lelakiku, bukan setiap orang yang berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah aku diampuni, sesungguhnya Dia tidak akan mengampuni melainkan orang yang beramal kerana mentaati Tuhannya.

Wahai anak lelakiku, jiran dahulu kemudian rumah. Wahai anak lelakiku, teman sebelum berjalan.

Wahai anak lelakiku, sekiranya rumah tidak didirikan dengan gopoh, nescaya seorang lelaki itu tidak akan berjiran dengan jiran yang jahat.

Wahai anak lelakiku, berseorangan itu lebih baik daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah lebih baik dari berseorangan.

Wahai anak lelakiku, memindahkan batu dan besi itu adalah lebih baik daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, aku telah memindahkan batu dan besi, maka aku tidak dapati sesuatu yang lebih berat daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat tidak akan selamat. Dan sesiapa yang memasuki tempat-tempat jahat akan dituduh.

Wahai anak lelakiku, sesiapa yang tidak menahan lidahnya akan menyesal.

Wahai anak lelakiku, orang yang membuat baik akan dibalas dengan ihsannya, dan orang yang jahat akan mencukupi anda dengan keaibannya, jika anda berusaha keras untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dilakukannya dengan dirinya, maka anda tidak mampu melakukannya ke atasnya.

Wahai anak lelakiku, siapakah yang menyembah Allah, maka Dia menghinanya, dan siapakah yang mencari-Nya, maka beliau tidak mendapati-Nya?

Wahai anak lelakiku, siapakah yang telah menyebut-Nya, maka Dia tidak menyebutnya, dan siapakah yang telah bertawakal kepada Allah, maka Dia telah menyerahkannya kepada orang lain, dan siapakah yang telah merendah diri kepada-Nya, maka Dia tidak memberi rahmat-Nya?

Wahai anak lelakiku, bermesyuaratlah dengan orang tua, dan janganlah pula terasa malu bermesyuarat dengan orang muda.

Wahai anak lelakiku, jauhilah bersahabat dengan mereka yang fasiq, mereka sepertilah anjing-anjing, kerana jika mereka mendapati sesuatu di sisi anda, mereka akan memakannya jika tidak mereka akan mencela anda dan menghina anda. Sesungguhnya cinta di kalangan mereka adalah sejenak.

Wahai anak lelakiku, bermusuhan dengan mukminin itu adalah lebih baik daripada bersahabat dengan orang yang fasiq.

Wahai anak lelakiku, jika anda menzalimi mukmin, maka beliau tidak akan menzalimi anda, anda menuntut ke atasnya, maka beliau meredai anda, sementara orang fasiq Allah tidak menjaganya, maka bagaimana beliau akan menjaga anda.

Wahai anak lelakiku, jika banyak berkawan, maka anda tidak aman daripada musuh, kerana dengki di dada mereka seperti air di bawah abu.

Wahai anak lelakiku, mulailah salam kepada orang ramai, dan berjabat tangan sebelum bercakap.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berebut-rebut dengan orang ramai, maka mereka akan memarahi anda, janganlah anda menguasai mereka, nescaya mereka akan menghina anda. Jangan jadi manis, maka mereka akan memakan anda dan janganlah jadi pahit, nescaya mereka akan membuang anda.

Wahai anak lelakiku, takutkan Allah sehingga anda tidak berputus asa daripada nikmat-Nya dan berharaplah kepada-Nya sehingga anda tidak aman daripada "helah-Nya."

Wahai anak lelakiku, tegahlah diri anda daripada hawa nafsu, kerana jika anda tidak menegah nafsu anda daripada hawanya, anda tidak akan memasuki syurga.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya semenjak anda turun daripada perut ibu anda, anda telah berdepan dengan akhirat dan membelakangi dunia, kerana anda jika anda mendapati masa depannya adalah lebih baik dari membelakanginya.

Wahai anak lelakiku, tinggallah tabiat suka memaksa dan sombong, serta kemegahan diri, maka anda akan berjiran dengan Iblis di rumahnya.

Wahai anak lelakiku, ketahuilah sesungguhnya sesiapa yang berjiran dengan Iblis, akan terjatuh di rumah kehinaan, beliau tidak mati dan hidup padanya.

Wahai anak lelakiku, celakalah bagi orang bersifat ingin berkuasa, dan sombong, bagaimana seorang yang dijadikan daripada tanah membesar diri dan kepada tanah beliau kembali, kemudian beliau tidak mengetahui kepada syurga beliau masuk, maka beliau mendapat kemenangan atau kepada neraka beliau masuk, maka beliau telah rugi besar. Bagaimana merasa sombong orang yang datang dari lubang kencing dua kali.

Wahai anak lelakiku, bagaimana anak Adam tidur sedangkan mati menuntutnya, bagaimana beliau lupa sedangkan beliau tidak dilupai.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang pilihan Allah, kekasih-Nya, dan para nabi-Nya a.s telah mati dan orang yang jauh daripada mereka di kekalkan,, kemudian ditinggalkan.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda bersetubuh dengan hamba perempuan anda sekalipun ia menakjubkan anda, tegahlah nafsu anda daripadanya dan bernikahlah dengannya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda mendedahkan rahsia anda kepada isteri anda dan janganlah anda jadikan majlis anda di pintu rumah anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya perempuan dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkuk. Jika anda membetulkannya, nescaya ia akan pecah dan jika anda tinggalkannya, maka ia akan terus bengkuk. Lantaran itu, biarlah mereka tinggal di rumah. Jika mereka melakukan kebaikan, maka terimalah kebaikan mereka. Dan jika mereka melakukan kejahatan, maka bersabarlah kerana itu adalah suatu yang perlu kepada kecekalan.

Wahai anak lelakiku, perempuan ada empat jenis: Dua baik dan dua dilaknati. Adapun salah satu daripada yang baik itu adalah yang mulia pada kaumnya, tetapi hina pada dirinya; apabila diberi, beliau berterima kasih, dan jika diuji, maka ia bersabar, sedikit di tangannya adalah banyak, dan baik di dalam rumahnya. Kedua: Yang penyayang, dan beranak (al-Wadud al-walud), ia merujukkan kebaikan kepada suaminya. Beliau adalah seperti ibu yang penyayang, mengasihi yang besar mereka, dan penyayang kepada yang kecil mereka, mencintai anak suaminya sekalipun mereka bukan daripadanya, kebaikan yang menyeluruh, meredai suaminya, baik pada dirinya, keluarga , harta dan anak. Beliau adalah seperti emas merah, maka beruntunglah bagi orang yang dikurniakannya.

Jika beliau berada bersama suaminya, beliau membantunya, dan jika suaminya tidak ada, beliau menjaganya. Adapun salah satu daripada yang dilaknati adalah yang merasa besar pada dirinya, hina pada kaumnya; apabila diberi, beliau memarahi, dan apabila ditegah, maka beliau mencaci, dan memarahi. Suaminya tidak senang dengannya sedangkan jirannya senang dengannya, maka beliau adalah seperti singa, jika anda berjiran dengannya, maka beliau akan memakan anda, dan jika anda melarikan diri daripadanya, maka beliau akan membunuh anda, dan yang kedua dilaknati adalah apabila beliau berada di sisi suaminya, beliau cenderung kepada jirannya, cepat marah, dan cepat menangis, jika berada bersama suaminya, maka beliau tidak dapat manfaatkannya. Dan jika suaminya tidak ada di rumah, maka beliau mengejinya, beliau adalah seperti tanah yang kering apabila dicucuri air, ia akan melimpah dan tenggelam, dan jika ia ditinggalkan, maka ia akan kering kembali, dan jika beliau mendapat anak, maka beliau tidak akan manfaatkannya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berkahwin dengan hamba perempuan anda, nanti anak anda dijual di hadapan anda sedangkan ia adalah perbuatan anda sendiri.

Wahai anak lelakiku, sekiranya perempuan dirasai seperti arak, nescaya lelaki tidak akan mengahwini perempuan jahat selama-lamanya.

Wahai anak lelaki ku, berbuat baik kepada orang yang telah berbuat jahat kepada anda, dan janganlah anda mengejar dunia, kerana anda di dalam kelalaian kepadanya, sebaliknya lihatlah ke mana anda akan pergi.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda memakan harta anak yatim, pada hari Kiamat anda akan didedahkan keburukan anda dan dibebankan supaya mengembalikannya kepadanya.

Wahai anak lelakiku, jika seorang dapat mengelakkan dirinya daripada orang lain, nescaya anak dapat mengelakkan dirinya daripada bapanya.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya neraka meliputi alam sejagat, lantaran itu, seorang itu tidak dapat melepaskan dirinya daripadanya melainkan orang yang dirahmati Allah dan hampir dirinya kepada-Nya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda terpedaya dengan lidah yang jahat, kerana ia tertulis di hatinya di mana anggota badanya akan bercakap dan menjadi saksi terhadapnya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda mencaci orang ramai, justeru itu anda akan mencaci kedua ibu bapa anda.

Wahai anak lelakiku, janganlah kebaikan anda menakjubkan anda, dan janganlah anda membesar-besarkan perbuatan baik anda, nescaya anda binasa.

Wahai anak lelakiku, dirilah solat, perintahlah keluarga anda melakukan kebaikan, melarang kemungkaran dan bersabarlah di atas apa yang telah menimpa anda, kerana itu adalah daripada perkara yang perlu kepada kecekalan.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda melakukan syirik kepada Allah, kerana syirik adalah kezaliman yang besar.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjalan di bumi dengan angkuh, kerana anda tidak dapat mencarikan bumi dan tidak dapat mengatasi bukit yang panjang.

Wahai anak lelakiku, setiap hari anda akan didatangi hari baru. Ia akan menyaksikan anda di sisi Tuhan Yang Mulia.

Wahai anak lelakiku, anda akan dimasukkan ke dalam kapan anda, di kubur anda dan amalan anda akan menjadi penentu anda.

Wahai anak lelakiku, bagaimana anda menduduki rumah orang yang anda memarahinya? Atau bagaimana anda berjiran dengan orang yang anda menderhakanya?

Wahai anak lelakiku, tinggalkan apa yang tiada kaitan dengan anda, dan teruskan apa yang ada kaitan dengan anda, kerana yang sedikit daripadanya akan mencukupi anda. Sementara yang banyak daripadanya tiada kaitan dengan anda.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda benarkan diri anda dipengaruhi oleh orang lain dan janganlah anda mewariskan harta anda kepada musuh anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya halal yang sedikit dikira, bagaimana dengan haram yang banyak?

Wahai anak lelakiku, elakkan melihat kepada apa yang anda tidak memilikinya, dan panjangkan tafakur anda pada malakut langit dan malakut bumi, gunung, dan segala ciptaan Allah, maka ia adalah cukup untuk menjadi penasihat hati anda.

Wahai anak lelaki ku, terimalah nasihat bapa yang penuh kasih sayang.

Wahai anak lelakiku, beramallah dengan ilmu anda sebelum datang ajal anda, sebelum bukit dipaksa berjalan dan dihimpunkan matahari dan bulan.

Wahai anak lelaki, sesungguhnya hari Kiamat adalah hari langit dan bumi dilipat, malaikat turun bersaf-saf takut kepada Tuhan, sementara anda dibebankan supaya melintasi titian, amalan anda menjadi penentu, dan diletakkan di atas timbangan dan disebarkan keputusannya.

Wahai anak lelaki, anda telah mempelajari tujuh ribu ilmu hikmat, maka jagalah empat daripadanya, nescaya anda akan bersama aku di syurga:

Kuasailah bahtera anda, kerana lautan adalah dalam, ringankan muatan anda, kerana rintangan adalah banyak, gandalah bekalan, kerana perjalanan adalah jauh, dan ikhlaslah di dalam amalan anda, kerana pengkritik sedang memerhatikan anda . 


Kelebihan Salman al-Farisi

Berita telah sampai kepada aku bahawa Salman-r.a-telah memasuki majlis Rasulullah s.a.w pada suatu hari, lalu mereka telah menghormatinya, dan mengutamakannya kerana haknya, usianya, dan keistimewaannya dengan Rasulullah s.a.w dan keluarganya, maka Umar telah datang, dan melihat kepadanya sambil berkata: Siapakah orang asing ini yang terserlah di hadapan Arab? Maka Rasulullah s.a.w menaiki mimbar dan bersabda: Sesungguhnya manusia semenjak Adam kepada hari kita ini seperti gigi sisir (asnan al-Musyti), tiada kelebihan di antara Arab dan bukan Arab, tiada kelebihan bagi yang merah di atas yang hitam melainkan dengan takwa, Salman adalah lautan yang tidak akan kering, simpanan yang tidak akan habis, Salman adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait, Salman dikurniakan hikmat, dan hujah.

Beliau berkata: Salman dan Ja'far al-Tayyar telah disebut di hadapan Ja'far al-Sadiq a.s ketika itu beliau sedang bertongkat. Sebahagian mereka telah melebihkan Ja'far al-Tayyar ke atas Salman, dan Abu Basir berada di sana, sebahagian mereka berkata: Salman dahulu adalah seorang beragama majusi, kemudian memeluk Islam, maka Abu Abdullah a.s terus duduk di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Abu Basir, sesungguhnya Allah telah menjadikannya seorang 'alawi selepas beliau pada lahirnya seorang majusi, dan Dia telah menjadikannya seorang Quraisy selepas beliau menjadi seorang farsi, maka selawat Allah ke atas Salman. Adapun Ja'far al-Tayyar baginya keadaan tertentu di sisi Allah, beliau berterbang bersama malaikat di syurga.

Abu Abdullah al-Barqi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ghaith al-Isfahani, dan beliau adalah di kalangan sahabat Dhirar, maka aku berkata kepadanya: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda? Beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata: Beliau tidak memahami masalah, maka aku telah mengulanginya selama tiga kali, dan setiap kali beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata kepadanya: Kenapa anda tidak faham? Beliau berkata kepadaku: Bagaimana begitu? Aku berkata: Aku telah bertanya kepada anda tentang hujah bagi orang yang menyalahi anda, aku berkata: Jika ijmak maka seorang pun tidak akan menyalahi anda, beliau berkata: Aku akan kembalikan kepada anda. Maka aku berkata: Tambah lagi, maka beliau berkata: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda? 

Maka aku berkata: Seorang lelaki amanah yang disucikan, seorang yang alim, tidak sesat dan menyesatkan, tidak bersalah, dan tidak jahil, orang ramai memerlukan kepadanya sedangkan beliau tidak memerlukan mereka kerana Allah telah menjadikan di sisinya ilmu, dan kelebihan. Beliau berkata: Ini tidak ada pada umat, maka aku berkata: Tidakkah jika beliau ada pada umat ini lebih baik? Beliau berkata: Ya, tetapi ia tidak ada pada umat ini. Aku berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berkata sedemikian bahawa ia tidak ada pada umat ini, atau Allah tidak menciptakan seumpamanya untuk kebaikan makhluk-Nya sedangkan anda tidak pernah memeriksa semua makhluk. Anda tidak pernah melintasi daratan, lautan, pantai, gunung, dan anda tidak mengetahui pilihan kebaikan daripada kejahatan, maka daripada manakah hujah anda sedangkan anda jahil dengan makhluk-Nya?

Beliau berkata: Abu al-Hasan al-Basri berkata: Kasihan manusia, tersembunyi ajalnya, menjadi tawanan kelaparan, menjadi gadaian kenyang, sesungguhnya orang yang boleh disakiti pepijat, dibusukkan oleh peluh, dan dibunuh oleh lubang, adalah lemah.

Beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s mengadu keadaannya, maka beliau berkata: Kasihan manusia, setiap hari menghadapi tiga musibat, jika dikira satu musibat sahaja, nescaya perkara dunia menjadi kecil, adapun musibat yang pertama: Pada setiap hari umurnya berkurangan, dan beliau berkata: Jika beliau mendapati hartanya berkurangan, maka beliau berdukacita tentangnya, dirham meninggalkannya dan umur pula ia tidak dapat mengembalikannya. Musibat kedua: Beliau menerima rezekinya, dan jika rezekinya halal, maka ia akan dihisab, dan jika ia haram, maka ia akan diseksa, beliau berkata: Musibat yang ke tiga adalah lebih besar lagi, ada orang bertanya: Apakah ia? Tiada satu hari yang berlalu melainkan ia mendekati akhirat, pengembaraan yang beliau tidak mengetahui sama ada ke syurga atau ke neraka.

Beliau berkata: Hari yang paling besar kepada manusia adalah hari beliau dilahirkan daripada ibunya.


Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah berkhutbah manakala beliau mahu keluar ke Tabuk dan bersabda: Selepas beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, wahai manusia sesungguhnya percakapan yang paling benar adalah kitab Allah, dan ikatan yang paling kuat adalah kalimah takwa, sebaik-baik agama adalah agama Ibrahim a.s, dan sebaik-baik sunnah adalah sunnah Muhammad. Dan percakapan yang paling mulia adalah menyebutkan Allah (dhikr Allah), dan sebaik-baik cerita adalah al-Qur'an, sebaik-baik perkara adalah yang asli (benar), dan sejahat-jahat perkara adalah yang bid'ah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk para nabi dan sebaik-baik pembunuhan adalah pembunuhan syahadah. 

Dan yang paling buta adalah kesesatan selepas petunjuk, sebaik-baik amalan adalah apa yang manfaatkannya, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti (dan diredai Allah). Dan sejahat-jahat buta adalah buta hati. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Apa yang sedikit dan mencukupi itu adalah lebih baik daripada perkara yang banyak, tetapi melalaikan. Sejahat-jahat keuzuran adalah ketika mati datang, sejahat-jahat penyesalan adalah pada hari Kiamat. Sebahagian manusia tidak datang Jumaat melainkan setelah diberi peringatan. Di kalangan mereka menyebut Allah sepintas lalu. Kesalahan yang paling besar adalah lidah pembohong. Sebaik kekayaan adalah kekayaan diri, sebaik-baik bekalan adalah takwa, punca hikmat adalah takutkan Allah, sebaik-baik apa yang dicampak ke hati adalah keyakinan, dan syak akan membawa kepada kekafiran.

Ratapan yang melampau adalah daripada amalan jahiliah. Khianat adalah daripada api neraka Jahanam atau kemabukan adalah daripada api neraka, syair adalah daripada Iblis, arak adalah pengumpul segala dosa, perempuan adalah daripada kesamaran Iblis, perasaan muda adalah cabang daripada kegilaan, sejahat-jahat pendapatan adalah pendapatan riba, sejahat-jahat makanan adalah memakan harta anak yatim, orang yang bahagia adalah orang yang menerima nasihat orang lain, orang yang celaka adalah orang yang celaka di dalam perut ibunya, sesungguhnya seorang daripada kamu akan sampai ke tempat empat hasta, dan urusan terakhirnya. 

Pemilik amalan adalah dikira akhirnya, pembohongan adalah riba yang paling meningkat, setiap yang datang adalah dekat, celaan mukmin adalah fasiq, pembunuhan mukmin adalah kafir, memakan dagingnya adalah maksiat, kehormatan hartanya adalah seperti kehormatan darahnya, sesiapa yang menentang Allah, akan membohonginya, sesiapa yang memaafinya, Allah akan memaafinya. Sesiapa yang memendamkan kemarahan, akan diberi ganjaran oleh Allah, sesiapa yang bersabar di atas bala, akan digantikan oleh Allah. Sesiapa yang mencari nama, akan "didengari" Allah. Sesiapa yang buta, maka Dia akan memperlihatkannya. Sesiapa yang menderhaka Allah, akan diseksa oleh Allah, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, dan aku memohon istighfar untuk aku dan kamu.


Kata-Kata al-Sadiq A.S: Janganlah Anda Berkata: Ama'a'aah

Ibn Mahbub daripada al-Fadhl bin Yunus al-Katib: Beliau berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja'far bin Muhammad a.s telah berkata kepadaku: Sampaikanlah kebaikan, katalah kebaikan, dan janganlah anda menjadi ama'a'aah, aku berkata : Apakah itu ama'a'aah? Beliau berkata: Anda berkata: Aku bersama orang ramai, dan aku adalah seperti seorang daripada orang ramai sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya di sana terdapat dua perkara: Perkara yang baik dan perkara yang jahat. Apakah gerangan perkara yang jahat kamu lebih mencintai daripada perkara yang baik?


Para Nabi Menyeru Kepada Wilayah Ali Bin Abu Talib

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah al-Khzzaz, daripada Abu Hafs al- 'Abdi, daripada Abu Harun al-'Abdi, daripada Abu Sa'id al-Khudri berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w, dan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Dia menyerunya kepada wilayah anda sama ada secara sukarela atau paksaan (ma ba'atha l-Lahu nabiyyan illa wa qad da'a-hu ila wilayati-ka ta'i'an au karihan).


Hadis Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani Bersama Abu Abdullah A.S

Daripadanya, daripada bapanya, dan al-'Abbas bin Ma'ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Abdullah bin Abd al-Rahman bin al-Assam telah memberitahuku, daripada Abdullah bin Bakr al-Arjani berkata: Aku telah menemani Abu Abdullah a.s di perjalanan Makkah ke Madinah, maka beliau telah bermalam di di satu tempat bernama 'Asfan, kemudian kami telah melalui di Jabl Aswad ke arah kanan yang menakutkan (wahsyun). 

Maka aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, alangkah bukit ini menakutkan! Aku tidak pernah melihat di dalam perjalanan aku sebuah bukit yang lebih menakutkan? Maka beliau berkata: Wahai Ibn Bakr, adakah anda mengetahui bukit manakah ini? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Bukit ini bernama al-Kamd iaitu terletak di atas salah satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam, di dalamnya pembunuh-pembunuh bapa aku al-Husain bin Ali a.s, berlari di bawahnya air neraka Jahanam yang panas, mereka tidak akan keluar daripada Jahanam, daripada tempatnya, daripada dosa-dosa, daripada tanah Khubal, daripada Ladha, daripada al-Hatamah, daripada Saqar, daripada Jahim, daripada al-Hawiyah, daripada Sa'ir. Aku tidak melalui bukit ini melainkan aku melihat mereka berdua sedang memohon pertolongan daripada aku, dan merendah diri kepada aku, dan sesungguhnya aku sedang melihat kepada pembunuh-pembunuh bapa aku, maka aku berkata kepada mereka berdua: Sesungguhnya mereka itu telah melakukan kepada kami apa yang mereka telah melakukannya.

Sementara kamu berdua telah meletakkan asas tersebut tanpa kasihan belas kepada kami (assastu-ma wa lam tarhamu-na) manakala kamu memerintahkan, kamu telah membunuh kami, menghalang kami, merampas hak kami, kamu telah mengguna kekerasan terhadap kami. Maka Allah tidak akan memberi rahmat-Nya kepada orang yang mengasihani kamu berdua apa yang kamu telah melakukannya. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, dan yang paling merendah diri kepada aku adalah yang kedua. Kemungkinan aku berdiri kerana ingin menyenangkan apa yang terlintas di hatiku, kemungkinan aku melipatkan bukit al-Kamd di mana mereka berdua berada di dalamnya aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apabila anda melipatkan bukit itu apakah yang anda akan mendengarnya? Beliau berkata: Aku mendengar suara mereka sedang menyeru: Datang kepada kami, kami akan berbicara dengan anda, kami sedang bertaubat, tiba-tiba aku mendengar laungan dari bukit berkata:Janganlah anda bercakap dengan mereka, dan berkatalah kepada mereka: Diamlah padanya, dan janganlah kamu bercakap.

Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, siapakah bersama mereka berdua? Beliau berkata: Setiap Fir'aun yang menentang Allah sebagaimana diceritakan oleh Allah. Setiap orang yang telah mengajari hamba-hamba-Nya kekufuran, aku berkata: Siapakah mereka? Beliau berkata: Seperti Qurus yang telah mengajar mereka Yahudi bahawa 'Uzair adalah anak lelaki Tuhan, seperti Nustur yang telah mengajar mereka Nasrani bahawa al-Masih adalah anak lelaki Tuhan, dan berkata kepada mereka: Mereka adalah tiga, seperti Fir'aun Musa yang berkata: Aku adalah Tuhan Yang Maha Tinggi. Seperti al-Nimrud yang berkata: Akulah yang telah memaksa penghuni bumi dan aku telah membunuh mereka yang di langit, pembunuh Amir al-Mukminin a.s, pembunuh Fatimah a.s, pembunuh al-Muhsin, pembunuh al-Hasan dan al-Husain a.s. 

Adapun Mu'awiyah dan 'Umru bin al 'As mereka berdua tidak tamak untuk dibebaskan. Dan bersama mereka adalah setiap orang yang melakukan permusuhan terhadap kami (kullu man nasaba la-na al-'Adawata), menentang kami dengan lidahnya, dan tangannya, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah penghabisan bukit ini? Beliau berkata Kepada bumi yang ke enam dan padanya Jahanam iaitu di atas satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam. Dan di atasnya para malaikat yang menjaganya di mana bilangannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit, titisan hujan, dan bilangan air laut. Allah telah mewakilkan setiap malaikat dengan tugasnya, lalu mereka menjaganya, tanpa mengabaikannya