BAHAGIAN KETIGA DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN AHLI SYURA

Pengenalan

Tujuan rencana ini adalah untuk mendedahkan secara langsung dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib dengan lima orang Ahli majlis Syura mengenai haknya menduduki jawatan khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah yang kedua `Umar b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat akademik semata-mata. Semoga ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan intelek muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi jurusan Pemikiran Islam di Nusantara.
Kebiasaannya, orang ramai menerima keputusan majlis syura tersebut kerana ia, menurut mereka, merupakan majlis permesyuaratan yang berasaskan keikhlasan dan muafakat. Walaubagaimanapun kajian mendalam mendapati ianya telah dirancang begitu rapi supaya jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh `Uthman. Justeru itu ia merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar menjadi perencana utama.
Ahli majlis Syura yang dilantik mengandungi `Uthman b. `Affan, al-Zubair b. `Awwam, Talhah b. `Ubaidillah, `Abd al-Rahman b. `Auf, Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi Talib A.S di mana pengerusinya ialah `Abd Allah b. `Umar . Mereka dikenali sebagai Ahl al-Hill wa al-'Aqd.