BAHAGIAN KETUJUH

Mashaf al-Zahra', mukjizat Amir al-Mukminin a.s, hikayat menakjubkan tentang Infak, kejadian roh-roh syi'ah, kemampuan para Imam a.s, himpunan kebaikan dunia dan akhirat dan lain-lain.


Mashaf al-Zahra' A.S

Muhammad bin Ma'qal telah memberitahu kami berkata: Bapa aku telah memberitahu kepada aku daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi di sisi kubur al-Husain a.s di al-Ha'ir pada tahun dua ratus sembilan puluh lapan hijrah berkata: al-Hasan bin Zarif bin Nasih telah memberitahu kami daripada Bakr bin Salih daripada Abd al-Rahman bin Salim daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya. Beliau berkata kepada Jabir: Beritahu kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s, dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau berkata: Ini adalah Lauh di mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w. 

Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya dan membuat salinannya, bapa aku a.s berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau berkata: Ya. Lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau melihat kepada suratnya,lalu bapa aku membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim


Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya,Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku, dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, pemusnah para penguasa, pembantu mereka yang dizalimi.

Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah,tiada tuhan melainkan Aku, sesiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Kulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi. Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi, dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki anda selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid, dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya, dan hujah aku yang kukuh di sisinya.

Dengan 'itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-'Abidin, dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu, dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku, dan akan binasa mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja'far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja'far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.

Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus, dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Sesiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku, dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku, dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku, dan pembantu-Ku. 

Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan hujah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya. 

Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta. 

Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala, dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran, dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka adalah mereka yang mendapat hidayat.

Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan kepada ahlinya .


Mukjizat Amir al-Mukminin A.S

Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ali bin Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Ibn Abu Umair daripada Abban Ahmar berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Wahai Abban, bagaimana orang ramai mengingkari kata-kata Amir al-Mukminin a.s manakala beliau berkata: Jika aku mahu, nescaya aku mengangkat kaki aku ini bagi memukul dada Mu'awiyah bin Abu Sufyan di Syam, justeru aku membalikkannya dari katilnya" tetapi mereka tidak mengingkari pengambilan Asif ; wasi Sulaiman, akan singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman sebelum berkelip matanya, tidakkah Nabi kita sebaik-baik para nabi dan wasi kita sebaik-baik wasi? Kenapakah mereka tidak menjadikannya (Ali a.s) seperti wasi Sulaiman? Allah telah menghukum di antara kita dan mereka yang mengingkari hak kami, dan mengingkari kelebihan kami .

Ahmad bin Abdullah daripada Abdullah bin Muhammad al-'Abasi berkata:Ahmad bin Salmah telah memberitahu aku daripada al-A'masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s .

Muhammad bin Ali berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada Sa'd bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa daripada Ismail bin Mihran daripada Ali bin Uthman daripada Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya para nabi, anak-anak para nabi, dan pengikut-pengikut para nabi dikhususkan dengan tiga sifat: Kesakitan di badan, takut kepada pemerintah, dan kefakiran. 


Sujud Matahari Kepada Allah

Muhammad bin Ahmad al-'Alawi berkata: Ahmad bin Ziad telah memberitahu kami daripada Ali bin Ibrahim daripada Muhammad ibn Isa bin Ubaid daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abu al-Sabah al-Kinani berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah tentang firman-Nya Surah al-Hajj (22):18 "Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah sujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia?

Beliau a.s berkata: Sesungguhnya bagi matahari tiga sujud setiap hari dan malam, beliau berkata: Sujud pertama apabila falak keluar dari bumi apabila anda melihat warna putih bersinar memanjang sebelum naik fajar, aku berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Itulah fajar al-Kadhib, kerana matahari keluar di dalam keadaan sujud berada berdekatan bumi, dan apabila ia naik dari sujudnya, fajar naik dan masuklah waktu solat. Adapun sujud kedua apabila ia berada berdekatan Arasy, ia menjadi tidak berfungsi (rakadat), kerana melakukan sujud. Apabila ia naik dari sujudnya, maka masuklah waktu gelincir. Adapun sujud ketiga apabila ia ghaib dari ufuknya di dalam keadaan sujud. Apabila ia naik dari sujudnya, maka datanglah malam .


Hikayat Menakjubkan Tentang Infak

Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Muhammad bin Abual-Qasim daripada Muhammad bin Ali al-Kufi daripada Muhammad bin Sinan daripada Ali bin Jamil al-Ghanawi daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Seorang lelaki daripada anak-anak para nabi yang mempunyai harta telah membelanjakan hartanya kepada mereka yang lemah, miskin dan berhajat. Kemudian tidak lama selepas itu, beliau mati, isterinya telah mengambil alih di dalam pengurusan hartanya sebagaimana dilakukan olehnya. Kemudian harta telah kehabisan. Seorang anak lelakinya semakin membesar. Beliau selalu berdoa untuk kebaikan bapanya. Pada suatu hari, beliau datang kepada ibunya dan berkata: Apakah keadaan bapa aku? Sesungguhnya aku tidak melalui seorang melainkan aku memintanya supaya beliau berdoa kepada bapa aku, ibunya berkata: Sesungguhnya bapa anda adalah seorang lelaki yang soleh.

Beliau telah mempunyai harta yang banyak, beliau telah membelanjakan hartanya kepada mereka yang lemah, miskin dan yang berhajat, apabila beliau mati, aku telah mengambil-alih pengurusan hartanya dan akhirnya hartanya telah kehabisan. Anak lelakinya berkata: Bapa aku akan diberi pahala apa yang beliau belanjakan sedangkan anda adalah seorang yang berdosa, ibunya berkata: Kenapakah begitu wahai anak lelakiku? Beliau berkata: Bapa aku telah membelanjakan hartanya sementara anda membelanjakan harta orang lain. Beliau berkata: Anda memang benar wahai anak lelakiku, dan aku tidak terfikir anda menyusahkan aku. Beliau berkata: Anda di dalam lapangan yang luas. Adakah anda mempunyai sesuatu di mana kita boleh mendapatkan pahala di sisi-Nya? Lantas ibunya memberikan kepadanya seratus dirham, lalu beliau mengambilnya, kemudian beliau keluar bagi mendapatkan pahala di sisi Allah.

Beliau telah melalui seorang mayat lelaki di tengah jalan di dalam keadaan baik dan berkata: Aku tidak mahu perniagaan selepas ini, aku mengambilnya, memandikannya, mengapannya dan mengerjakan solat ke atasnya, serta meletaknya di dalam kubur, maka beliau telah melakukannya dan membelanjakan sebanyak lapan puluh dirham, dan masih berada di sisinya sebanyak dua puluh dirham. Maka beliau keluar untuk mendapat pahala dengan wang tersebut tiba-tiba seorang lelaki berhadapan dengannya dan berkata: Ke manakah tujuan anda wahai Abdullah? Beliau berkata: Aku mahu mencari pahala, beliau berkata:Apakah perkara yang anda miliki bagi mencari pahala? 

Beliau berkata: Bersama aku ada dua puluh dirham, beliau berkata: Apa yang anda dapat lakukan dengan dua puluh dirham itu? Beliau berkata: Apabila Allah mahu memberi keberkatan di dalam sesuatu perkara, maka Dia memberkatinya, beliau berkata: Anda memanglah benar, beliau berkata: Aku akan menunjukkan caranya dan adakah anda akan bersepakat dengan aku? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Penghuni rumah ini menghendaki anda menjadi tetamunya selam tiga hari, maka terimalah kehendaknya.

Dan setiap kali khadamnya datang kepada anda, beliau akan membawa bersama-samanya seekor kucing jantan berwarna hitam, maka anda katakan kepadanya: Anda juallah kucing ini dengan bersungguh-sungguh, maka anda seolah-olah memaksanya dan beliau akan berkata: Aku menjualnya kepada anda dengan dua puluh dirham, dan apabila beliau menjualnya kepada anda, maka berilah kepadanya dua puluh dirham, anda ambillah, dan sembelihlah, kemudian ambil kepalanya, dan bakarnya, kemudian ambillah otaknya (dimagh), dan pergilah ke bandar berjumpa dengan seorang raja, kerana raja mereka adalah seorang yang buta, anda beritahu mereka bahawa anda akan mengubatinya (tu'aliju-hu), dan janganlah anda terasa takut apabila anda melihat mereka yang telah dibunuh dan ditahan olehnya kerana kegagalan mereka mengubatinya. 

Sebaliknya beritahu kepadanya bahawa anda akan mengubatinya dan mengenakan syarat rawatannya. Jangan merawatnya lebih daripada satu kali, kerana beliau akan berkata kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku. Justeru janganlah anda melakukannya. Kemudian ubatilah beliau pada keesokannya, anda akan melihat apa yang anda suka, maka beliau akan berkata kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku, maka anda jangan melakukannya. Apabila datang hari ke tiga, maka anda akan melihat perkara yang anda sukai, beliau akan berkata lagi kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku, maka janganlah anda melakukannya. Apabila beliau telah melakukan apa yang disuruhnya, maka raja itu sembuh, dapat melihat, dan berkata: Anda telah mengembalikan penglihatan aku dan aku akan mengahwini anda dengan anak perempuan aku.

Beliau berkata: Aku masih mempunyai ibu, beliau berkata: Tinggallah bersama aku, dan apabila anda mahu keluar, maka keluarlah. Beliau telah tinggal di dalam pemerintahannya selama setahun melaksanakan pentadbirannya dengan baik. Apabila genap setahun, beliau berkata kepadanya: Aku mahu pulang ke kampungku, lalu disediakan kepadanya baju besi, unta betina, kambing, dan bermacam-macam peralatan. Kemudian beliau keluar sehingga sampai di tempat lelaki yang telah dijumpainya dahulu. Tiba-tiba lelaki tersebut masih di dalam keadaan seperti dahulu lagi, lalu beliau berkata: Adakah anda telah menyempurnakannya?

Lelaki itu berkata: Jadilah aku di dalam penyelesaian dahulu (tanpa penyelesaian). Beliau berkata: Kemudian beliau telah mengumpulkan beberapa perkara, dan membahagikannya kepada dua bahagian. Kemudian beliau berkata: Pilihlah, maka beliau telah diberi pilihan satu bahagian daripadanya, kemudian beliau berkata: Adakah anda telah menyempurnakannya? Beliau berkata: Tidak. Beliau berkata: Kenapa? Perempuan yang aku telah mendapatinya. Beliau berkata: Anda memang benar. 

Ambillah apa yang ada di tangan aku untuk anda sebagai mengganti tempat perempuan itu, beliau berkata: Tidak, aku tidak akan mengambil apa yang tidak menjadi hak aku, dan aku tidak mahu menjadi kaya dengannya, beliau berkata: Beliau telah meletakkan gergaji di atas kepala perempuan itu, kemudian beliau berkata: potonglah, maka beliau berkata: Anda telah menyempurnakannya, Dan setiap apa yang ada bersama anda adalah untuk anda. Sesungguhnya aku diutus oleh Allah bagi memberi ganjaran kepada anda tentang mayat di atas jalan yang anda telah menyempurnakannya tempoh hari dan inilah sebagai ganjaran perbuatan anda ke atasnya .


Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi'ah

Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kepada aku berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Abu Ahmad al-Azadi daripada Abdullah bin al-Fadhl al-Hasyimi berkata: Aku telah berada di sisi Ja'far al-Sadiq a.s, tiba-tiba al-Mufadhdhal bin 'Umar datang, apabila beliau melihat kepadanya,beliau ketawa kepadanya, lalu berkata: Datang kepada aku wahai Mufadhdhal.

Demi Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar mencintai anda dan aku mencintai mereka yang mencintai anda, wahai Mufadhdhal, jika semua para sahabat aku mengetahui apa yang anda mengetahui, nescaya dua orang tidak akan berselisih faham, al-Mufadhdhal berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, sesungguhnya aku kira ramai yang telah mendapat kedudukan yang lebih daripada kedudukanku. 

Beliau berkata: Malah, Allah telah mengurniakan kedudukan (al-Manzila) kepada anda, beliau berkata: Apakah kedudukan Jabir bin Yazid daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan Salman daripada Rasulullah s.a.w, apakah kedudukan Daud bin Kathir daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan al-Miqdad daripada Rasulullah s.a.w.

Beliau berkata: Kemudian beliau datang kepada aku sambil berkata: Wahai Abdullah bin al-Fadhl, sesungguhnya Allah a.w telah menciptakan kami daripada cahaya kebesaran-Nya, menjadikan kami dengan rahmat-Nya, dan Dia telah menjadikan roh-roh kamu daripada kami, lantaran itu, kami terasa kasih kepada kamu, dan kamu terasa kasih kepada kami, demi Tuhan, sekiranya penghuni timur dan barat bekerja keras untuk menambah pada syi'ah kami seorang lelaki atau mengurangkan seorang lelaki daripada mereka, nescaya mereka tidak mampu melakukannya, kerana mereka tertulis di sisi kami dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, kabilah mereka dan keturunan mereka, wahai Abdullah bin al-Fadhl, jika anda mahu, nescaya aku memperlihatkan anda nama anda pada mashaf kami.

Beliau berkata: Kemudian beliau telah menyeru supaya dibawa mashaf kepadanya, lalu dibukakannya, maka aku telah mendapatinya putih, tanpa kesan tulisan, aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak melihat kesan tulisan, beliau berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya ke atasnya, maka aku telah mendapatinya tertulis di bawahnya nama aku, lantas aku terus sujud kepada Allah kesyukuran .


Kemampuan Para Imam A.S

Ali bin Ismail bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada Hamzah ibn Abdullah al-Ja'fi berkata: Aku telah memasuki rumah Abu al-Hasan 

al-Ridha a.s bersama mashaf atau surat daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya dunia pada seorang imam bagaikan pecahan buah pala (inna al-Dunya tamathathala li-sahib hadha al-Amri fi mithli filqati al-Jauz) Beliau berkata: Wahai Hamzah, ini demi Tuhan, adalah benar, pindahlah ia ke dalam bekas kulit .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Musa bin Sa'dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami daripada Sama'ah bin Mihran berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia bagi seorang imam bagaikan pecahan buah pala, tiada yang pelik baginya, beliau boleh mengambilnya dari berbagai-bagai sudut sebagaimana seorang daripada kamu boleh mengambil di atas hidangannya apa yang ia mahu.

Daripadanya, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Hamzah bin Abdullah al-Ja'fari berkata: Aku telah menulis di belakang kertas bahawa dunia bagi seorang imam bagaikan sebiji buah pala yang dipecahkan. Maka aku telah mengutusnya kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, aku berkata kepadanya: Sesungguhnya para sahabat kita telah meriwayatkan sebuah hadis di mana aku tidak mengingkarinya, tetapi aku suka mendengarnya daripada anda. Beliau berkata: Beliau a.s telah melihat kepada kertasnya, kemudian melipatkannya sehingga aku menyangka ia telah terkoyak, kemudian beliau berkata: Ia adalah benar, lalu beliau memindahkannya ke dalam bekas kulit, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 


Himpunan Kebaikan Dunia Dan Akhirat

Amir al-Mukminin a.s berkata: Himpunan kebaikan dunia dan akhirat adalah di dalam penyembunyian rahsia, dan persahabatan dengan mereka yang terpilih.
Himpunan kejahatan adalah di dalam pendedahan rahsia, dan persahabatan dengan mereka yang jahat . 


Dua Jenis Kesabaran

Beliau a.s berkata: Kesabaran ada dua: Kesabaran ketika musibah adalah kesabaran yang baik, dan yang lebih besar daripada itu adalah mengingati Allah ketika berdepan dengan apa yang telah diharamkan Allah, maka ia akan menjadi pendinding . 


Celaan Tidur Keterlaluan

Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah kamu dari tidur yang keterlaluan, kerana keterlaluan tidur akan menjadikan seorang itu fakir pada hari Kiamat .


Hadis Tentang Waktu-Waktu Makruh Jimak

Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Muhammad bin Aslam al-Jili daripada Abd al-Rahman bin Salim al-Asyall daripada bapanya daripada Abu Ja'far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Adakah waktu tertentu yang menjadikan jimak makruh sekalipun ia adalah halal? Beliau berkata: Ya, di antara naik fajar sehingga naik matahari, daripada lenyapnya matahari kepada lenyapnya syafak, pada hari gerhana matahari, pada malam gerhana bulan, di siang dan malam ketika wujudnya angin hitam atau angin merah atau angin kuning.

Di hari dan malam yang berlakunya gegaran bumi, Rasulullah s.a.w telah bermalam bersama salah seorang isterinya di malam berlakunya gerhana bulan tanpa melakukan jimak sehingga pagi, isterinya berkata: Wahai Rasulullah, kemarahan berlaku pada anda pada malam ini? Beliau bersabda: Tidak, tetapi gerhana bulan telah terserlah pada malam ini, maka aku tidak suka persetubuhan pada malam ini, sesungguhnya Allah telah menghina beberapa kaum terdahulu, Dia berfirman di dalam Surah al-Tur(52):44 " Jika mereka melihat sebahagian dari langit gugur, mereka akan mengatakan:Itu adalah awan yang bertindih-tindih. Maka biarlah mereka sehingga mereka menemui hari mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan"

Kemudian Abu Ja'far a.s berkata: Demi Tuhan, seorang tidak akan menjimak isterinya pada waktu-waktu tersebut sehingga beliau dikurniakan anak yang dicintainya . 


Doa Dapat Menolak Apa Yang Ditetapkan

Daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran daripada Hisyam bin Salim daripada 'Umar bin Yazid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Doa dapat menolak apa yang telah ditetapkan, dan apa yang belum ditetapkan(al-Du'a yaruddu ma quddira wa ma lam yuqaddar). Beliau berkata: Adapun apa yang telah ditetapkan anda telah mengetahuinya, bagaimana dengan apa yang belum ditetapkan? Beliau berkata: Sehingga ia tidak akan terjadi .


Mulailah Sedekah Dengan Mereka Dibawah Tanggungan Anda

Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim daripada Hasan bin Ali al-Jalal berkata: Datuk aku telah memberitahu kepada aku berkata: Aku telah mendengar al-Husain bin Ali a.s berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mulailah sedekah dengan mereka di bawah tanggungan anda (ibda' bi-man ta'ul); ibu mu, bapa mu, saudara perempuannya, dan saudara lelaki mu, kemudian mereka yang lebih rendah dan seterusnya, dan beliau s.a.w bersabda lagi: Tidak ada sedekah selama kerabat terdekat masih berhajat (La sadaqata wa dhu rahimi muhtajun) 


Mukjizat Amir al-Mukminin A.S

Safwan, daripada Abu al-Sabah al-Kinani telah menyangka bahawa beliau seorang penjalin rambut telah memberitahunya bahawa beliau telah berjalan bersama-sama Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s menuju Karbala' dan telah mengalami dahaga yang amat sangat. Sesungguhnya Ali a.s telah berhenti di suatu tempat, lalu menggali tanah dengan tangannya sehingga terserlah batu berwarna putih, lantas beliau membawanya, dan meletakkannya di suatu sudut, tiba-tiba di bawahnya terpancar mata air berwarna putih, maka beliau meminumnya, dan kami pun ikut meminumnya, kemudian kami memberi minum binatang-binatang ternakan kami, kemudian beliau meratakan tanahnya. Beliau telah meneruskan perjalanannya beberapa ketika kemudian beliau berdiri sambil berkata: Aku berazam ke atas kamu apabila kamu pulang nanti, kamu mencarinya (batu putih).Orang ramai telah mencarinya sehingga mereka menjadi jemu, tetapi mereka tidak mampu mendapatinya, lantas mereka kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, dan berkata: Kami tidak mampu mendapatinya . 


Sekutu Syaitan

Abu Ja'far daripada bapanya daripada al-Husain bin Muhammad bin 'Amir daripada bapa saudaranya Abdullah bin 'Amir daripada Muhammad bin Ziad daripada Saif bin 'Umairah berkata: Ja'far bin Muhammad a.s berkata: Sesiapa yang tidak peduli apa yang beliau katakan dan apa yang dikatakan kepadanya, maka beliau adalah sekutu syaitan dan sesiapa cintakan perkara haram dan syahwat zina, maka beliau adalah sekutu syaitan .


Alamat-Alamat Anak Zina

Kemudian beliau a.s berkata: Alamat-alamat anak zina. Pertama: Membenci kami Ahlu l-Bait. Kedua: Cinta kepada perkara yang haram di mana beliau dijadikan daripadanya. Ketiga: Meringan-ringankan agama. Keempat: Buruk pada pandangan orang ramai, tetapi tidak buruk pada saudara-saudaranya melainkan mereka yang dilahirkan bukan daripada hamparan bapanya atau mereka yang telah dikandungkan oleh ibunya di dalam haidnya .


Empat Puluh Perisai Ke Atas Hamba Mukmin

Dengan sanad-sanad ini beliau berkata: al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t ke atas hamba-Nya yang mukmin empat puluh perisai, apabila beliau melakukan dosa besar, maka diangkatkan daripadanya satu perisai, apabila beliau mengumpat terhadap saudaranya mukmin dengan suatu perkara yang beliau mengetahuinya daripadanya, maka terbukalah perisai-perisai tersebut daripadanya, dan terdedah penghormatannya di langit di lidah para malaikat, dan di bumi di lidah manusia, apabila beliau melakukan dosa, mereka menyebutnya, dan para malaikat akan berkata: Wahai Tuhanku, hamba Engkau masih melanggar batas sedangkan Engkau telah memerintahkan kami menjaganya, Allah akan berfirman: Wahai malaikat-Ku, jika aku mahu hamba ini kebaikan, nescaya Aku tidak mendedahkan keburukannya. Justeru angkatlah sayap-sayap kamu daripadanya, maka dengan kemuliaan-Ku, dia tidak akan melakukan selepasnya kebaikan selama-lamanya.