LAMPIRAN (C) KONSEP PELAMPAU DI DALAM AL-QUR'AN

Pengenalan Dan Definisi

Perkataan "pelampau" bererti orang yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, orang yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm.701).Di dalam bahasa Arab di panggil al-Ghali, kata jamaknya al-Ghulat bererti " orang yang melampaui had" (Muhammad bin Abu Bakr bin Abdu l-Qadir ar-Razi, Mukhtar as-Sihhah, Mesir 1950, hlm.505). Di dalam bahasa Inggeris bererti "extremist" .J. Milton Cowan, A Dictionary Of Modern Written Arabic, London, 1971, hlm.683). Di dalam al-Qur'an ia disebut sebanyak dua kali dengan perkataan "taghlu".

Terjemahan ayat-ayat al-Qur'an yang berkaitan:

Pertama. Firman-Nya "Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan di dalam agamamu (La taghlu fi dini-kum) dan janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan kebenaran) (wa la taqulu 'ala Llahi illa l-Haqqa). Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya (Inan-ma l-Masihu 'Isa bna Maryam Rasulullah wa kalimatu-hu). Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya (alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu).Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya (fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi). Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga (wa la taqulu thalathah). Berhentilah kamu,itu adalah lebih baik bagimu (Intahu khairun la-kum).Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa (Inna-ma Llahu ilahun wahidun).Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak (Subhanah an yakunu la-hu waladun). Bagi-Nya apa yang di langit dan apa di bumi (la-hu ma fi s-Samawati wa l-Ardh). Cukuplah Allah menjadi wakil (wa kafa bi Llahi wakila).(al-Nisa'(4):171).
Kedua. Firman-Nya "Katakanlah: Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran (La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi) dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu (wa la tattabi'u ahwa qaumin qad Dhallu min qablu)dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus (wa adhallu kathiran wa Dhallu 'an sawa as-sabili)"(al-An'am(5):77).




Perkataan yang penting di dalam ayat pertama

1. La taghlu fi dini-kum (Janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama kamu.
2. Wa la taqulu 'ala Llahi illa l-Haqqa (Janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan kebenaran).
3. Inna-ma l-Masihu 'Isa bna Maryam Rasulu Llahi wa kalimatu-hu. (Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya).
4. Alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu.( Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat itu) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya)
5. Fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi (Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya).
6. Wa la taqulu thalathah (Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga)
7. Intahu khairun la-kum (Berhentilah kamu,itu adalah lebih baik bagimu).
8. Inna-ma Llahu ilahun wahidun (Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa).
9. (Subhanah an yakunu la-hu waladun ( Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak).

Perkataan yang penting di Dalam ayat kedua

1. La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi (janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran)
2. wa la tattabi'u ahwa qaumin qad dhallu min qablu (dan anganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu)
3. wa adhallu kathiran wa dhallu 'an sawa as-sabili (dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus)

Ayat-ayat tersebut memberi implikasi:

1. Kebenaran (al-Haqq) adalah menepati hukum Allah.
2. Kebenaran adalah menepati Sunnah Rasul-Nya.
3. Kebenaran tidak boleh diubah oleh sesiapapun. Mereka tidak boleh mengubah atau mengangkat status al-Masih, dan ibunya Maryam kepada status Tuhan.
4. Memertabatkan Rasul-Nya setaraf dengan Allah, apatah lagi menjadikan tarafnya lebih tinggi daripada Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
5. Melebih-lebihkan para sahabat Rasulullah (Saw.) daripada Rasulullah, apatah lagi menjadikan taraf mereka lebih tinggi daripada Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
6. Melebih-lebihkan sunnah sahabat sama ada sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman atau sesiapa sahaja dari hukum Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
7. Melebih-lebihkan sunnah sahabat sama ada sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
8. Menolak sebahagian daripada hukum Allah adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
9. Menolak sebahagian daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golngan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
10. Membatal atau menggantikan hukum Allah dengan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
11. Membatal atau menggantikan Sunnah Rasul-Nya dengan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
12. Pelampau agama (Religious exterimist) adalah sesat dan meyesatkan dari jalan yang lurus.


Kesimpulan

Tidak ada seorangpun yang setaraf dengan Allah dari semua segi. Dia Yang Maha Esa dan Perkasa. Hukum-Nya adalah wajib ditaati oleh para Rasul-Nya dan pengikut-pengikut mereka. Hukum-Nya mengatasi hukum makhluk-Nya. Barang siapa yang melebih-lebihkan (yaghlun) hukum makhluk dari hukum-Nya dengan alasan Ijtihad, Masalih Mursalah, Maqasidu sy-Syari'ah, Ijmak, Qiyas, dan lain-lain adalah termasuk golongan pelampau agama. Sepatutmya istilah-istilah tersebut digunakan untuk melaksanakan hukum-Nya, dan bukan untuk membatal atau menangguh atau menyalahinya. Akibatnya mereka menjadi sesat dan meyesatkan sebagaimana terserlah di dalam ayat-ayat tersebut.