Terjemahan Teks

Diriwayatkan daripada al-Sya`bi, Abi Mikhnaf dan Yazid b. Habib al-Misri sesungguhnya mereka berkata: Tidak terdapat pertengkaran di dalam Islam pada suatu hari di mana orang ramai berkumpul di satu majlis yang lebih menggemparkan dari majlis yang dihadiri oleh Mu`awiyah b. Abi Sufyan, `Amru b. `Uthman b. `Affan, `Amru b. al-`As, `Atbah b. Abi Sufyan, al-Walid b. `Uqbah b. Abi Mu`it, al-Mughirah b. Syu`bah, semua mempunyai nada yang sama.
`Amru b. al-`As berkata kepada Mu`awiyah: Kenapa anda tidak mengutus kepada Hasan b. `Ali supaya tampil ke mari, kerana beliau telah menghidupkan sunnah bapanya. Sepatu digerakkan di belakangnya, jika diperintahkan maka ia akan dipatuhi. Dia berkata: Percayalah, dua perkara ini akan membawa kepada perkara yang lebih besar daripada itu. Sekiranya anda mengutus kepadanya, nescaya kami boleh menghinanya dan bapanya. Kami akan mencacinya dan bapanya. Kami akan memperkecil-kecilkannya dan bapanya. Kami boleh terus melakukannya sehingga beliau membenarkan anda mengenainya.
Mu`awiyah berkata kepada mereka: Aku khuatir kalian akan dibelenggu kehinaan sehingga kalian memasuki kubur. Demi Tuhan, aku melihatnya dengan penuh kebencian. Lantaran itu aku akan memalukannya.Sesungguhnya jika aku mengutuskan kepadanya hanyalah semata-mata bagi mengajarnya di hadapan kalian. 
Amru b. al-`As berkata: Adakah anda khuatir kebatilannya mengatasi kebenaran kita, kesakitannya mengatasi kesihatan kita? Dia menjawab: Tidak. Dia berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka jemputlah beliau kemari.
Utbah berkata: Aku kurang pasti dengan pendapat ini. Demi Tuhan, kalian tidak akan mampu untuk menghadapinya tetapi beliau mampu untuk menghadapi kalian kerana beliau Ahl al-Bait yang handal berdebat.Lalu mereka mengutus seorang lelaki kepada Hasan.
Apabila utusan itu sampai kepadanya, lantas dia berkata kepada Hasan:Mu`awiyah menjemput anda. Hasan bertanya: Siapa bersamanya? Utusan itu menjawab: Di sisinya si polan dan si polan. Dia menyebut nama-nama mereka semua.
Hasan berkata: Malang untuk mereka dan azab akan mendatangi mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya. Kemudian beliau berkata: Wahai jariah (hamba perempuan) hulurkan kain kepadaku. Kemudian beliau berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya dengan Engkau aku menolak ancaman mereka, aku pohon perlindungan dengan Engkau daripada kejahatan mereka, aku pohon pertolongan dengan Engkau ke atas mereka.Lantaran itu pertahankan aku daripada mereka menurut kehendak Engkau, bilamana Engkau kehendaki dengan segala kekuatan Engkau ya arhama al-Rahimin.
Beliau berkata kepada utusan itu: Ini adalah doa bagi memohon kejayaan.Manakala mendatangi Mu`awiyah, beliau dialu-alukan oleh Mu`awiyah dan beliau berjabat tangan dengan Mu`awiyah.
Hasan A.S berkata: Sesungguhnya orang yang anda mengalu-alukan kedatangannya adalah satu keselamatan untuknya dan "berjabat tangan" merupakan satu perdamaian. Mu`awiyah berkata: Ya! Mereka mengutus anda ke mari supaya anda memperakui bahawa sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara kejam dan sesungguhnya bapa andalah yang membunuhnya. Oleh itu dengarlah kata-kata mereka kemudian berilah jawapannya kepada mereka sebagaimana mereka berkata kepada anda. Walau bagaimanapun kedudukanku tidak menghalang anda dari memberi jawapan kepada mereka.
Hasan berkata: Subhanallah, rumah adalah rumah anda dan keizinan adalah terserah kepada anda! Demi Allah jika aku memberi jawapan kepada mereka menurut apa yang mereka kehendaki sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk menerangkan kejahatan anda. Dan jika mereka mengalahkan anda menurut apa yang anda kehendaki, sesungguhnya aku terasa malu kepada anda untuk menerangkan kelemahan anda. Justeru itu yang mana satu anda memperakuinya dan yang mana satu anda memohon maaf. Sesungguhnya jika aku mengetahui kedudukan dan pertemuan mereka, nescaya aku datang bersama Bani Hasyim seramai bilangan mereka. Disebabkan aku berkeseorangan, mereka akan lebih bertindak liar terhadapku. Sesungguhnya Allah `Azza Wajalla waliku pada hari ini dan selepasnya. Lantaran itu perintahlah mereka dan biarlah mereka bercakap sesuatu, aku akan mendengarnya. Tidak ada kekuatan melainkan dengan Allah S.W.T.
`Amru b. `Uthman b. `Affan berkata: Kalau boleh aku tidak ingin mendengar seperti hari ini seorang pun daripada Bani `Abdu l-Muttalib selepas pembunuhan `Uthman. Sedangkan dia adalah sepupu mereka, mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam terutamanya di sisi Rasulullah (s.`a.w). Justeru itu sejahat-jahat penghormatan Allah terhadap mereka kerana mereka telah mengalirkan darahnya secara permusuhan dan menabur fitnah, kerana hasad dengki mereka bagi menuntut apa yang bukan menjadi milik mereka. Apatah lagi dia di kalangan orang-orang yang terdahulu memeluk Islam dan kedudukannya yang tinggi di sisi Allah dan Rasul-Nya.Alangkah hinanya jika Hasan dan seluruh Bani `Abdu l-Muttalib menjadi pembunuh `Uthman! Mereka masih hidup berjalan ke mana mana sedangkan `Uthman mati berlumuran darahnya. Di samping itu kami mempunyai hak bagi menuntut bela di atas sembilan belas darah Bani Umaiyyah yang dibunuh di Badr.
Kemudian `Amru b. al-`As berkata: Dia memuji Allah kemudian berkata: Di mana satu anak lelaki Abu Turab yang kami utus kepada anda bagi kami meminta pengakuan dari anda bahawa sesungguhnya bapa andalah yang telah meracuni Abu Bakr al-Siddiq, bersubahat di dalam pembunuhan `Umar al-Faruq dan pembunuhan `Uthman dhi al-Nuraini secara zalim. Beliau menuntut (khalifah) bukan daripada haknya. Dan menabur fitnah mengenainya.
Kemudian dia berkata: Sesungguhnya kalian wahai Bani Abdu l-Muttalib, Allah tidak mengurniakan al-Mulk (pemerintahan) kepada kalian.Lantas kalian menguasai apa yang tidak halal bagi kalian. Anda wahai Hasan, anda mengatakan bahawa anda adalah Amir al-Mukminin, sedangkan anda tidak mempunyai daya fikir mengenai-nya. Justeru itu tidak hairanlah jika aku meninggalkan si bodoh berada di kalangan Quraisy. Ini disebabkan perbuatan bapa anda yang jahat. Sesungguhnya kami menjemput anda adalah semata-mata untuk mencaci anda dan bapa anda. Justeru itu anda tidak mampu mencela kami apatah lagi membohongi kami mengenainya, tetapi sekiranya anda dapati kami membohongi kalian di dalam sesuatu perkara atau kami mengatakan sesuatu tentang anda dan sesuatu terhadap anda menyalahi kebenaran, maka cakaplah jika tidak, ketahuilah bahawa sesungguhnya anda dan bapa anda adalah sejahat-jahat makhluk Allah. Adapun mengenai bapa anda memadailah Allah telah membunuhnya dan mengasingkannya. Adapun anda berada di dalam kekuasaan kami, kami boleh membuat pilihan. Demi Allah sekiranya kami membunuh kalian tidaklah (kami) berdosa di sisi Allah dan tidak mendatangkan keaiban di sisi orang ramai.
Kemudian `Atbah bin Abu Sufyan berkata: Wahai Hasan, sesungguhnya bapa anda adalah sejahat-jahat Quraisy bagi Quraisy. Dia telah memutuskan silat al-Rahim di kalangan Quraisy dan mengalirkan darahnya.Sesungguhnya anda adalah di kalangan pembunuh-pembunuh `Uthman.Justeru itu kami berhak membunuh anda kerananya. Sesungguhnya anda wajib membayar ganti rugi sebagaimana disebutkan di dalam kitab Allah Azza Wajalla dan kamilah orang yang memerangi anda mengenainya. Adapun bapa anda, Allah telah membunuhnya dan ia sudah selesai. Adapun harapan anda bagi mendapatkan khilafah, maka anda bukanlah orang yang layak mengenainya di dalam semua segi.
Kemudian al-Walid bin `Uqbah bin Abi Mu`it bercakap lebih kurang kepada para sahabatnya dan dia berkata: Wahai Bani Hasyim! Kalianlah orang pertama yang telah mendedahkan keaiban `Uthman dan mengumpulkan orang ramai bagi menentangnya. Sehingga kalian membunuhnya kerana inginkan al-Mulk (pemerintahan), memutuskan Silat al-Rahim, membinasakan umat, mengalirkan darah mereka kerana mengejar pemerintahan, mengejar dunia yang buruk dan mencintainya, sedangkan `Uthman adalah bapa saudara kalian. Dia adalah ipar kalian dan sebaik-baik ipar. Sesungguhnya kalianlah orang pertama yang hasad kepadanya dan mencacinya. Kemudian kalian merencanakan pembunuhannya. Bagaimana pula kalian fikir tentang azab Allah terhadap kalian.
Kemudian Mughirah bin Syu`bah pula berkata: Wahai Hasan! Sesungguhnya `Uthman telah dibunuh secara zalim. Justeru itu bapa anda tidak dapat mengelakkan dirinya dari pembunuhan tersebut. Tetapi kami mengatakan bahawa bapa anda telah melindungi pembunuh-pembunuh `Uthman dengan berbagai cara. Sesungguhnya dia meredhai pembunuhan itu. Demi Allah dia mempunyai pedang dan lidah yang panjang. Dia membunuh orang yang hidup dan mencela orang yang mati.
Bani Umayyah lebih baik daripada Bani Hasyim daripada Bani Hasyim terhadap Umayyah. Mu`awiyah adalah lebih baik untuk anda wahai Hasan daripada anda untuk Mu`awiyah.Bapa anda telah menentang (nasaba) Rasulullah s.`a.w. pada masa hidupnya dan telah menutupinya sebelum kewafatannya dan ingin membunuhnya. Perkara tersebut diketahui oleh Rasulullah s.`a.w.kemudian dia benci memberi bai`ah kepada Abu Bakr sehingga dia bertindak balas, kemudian meracuninya sehingga mati. Selepas itu dia menentang `Umar sehingga dia berhasrat memotong tengkoknya. Kemudian dia menyokong pembunuhannya. Selepas itu dia mencaci `Uthman sehingga dia membunuhnya pula. Lantaran itu dia terlibat di dalam pembunuhan mereka. Manakah kedudukannya di sisi Allah wahai Hasan!
Sesungguhnya Allah telah menjadikan sultan (pemerintah) sebagai wali kepada orang yang dibunuh di dalam kitab-Nya. Justeru itu Mu`awiyah adalah wali orang yang dibunuh tanpa hak. Justeru itu adalah wajar jika kami membunuh anda dan saudara lelaki anda. Demi Allah darah `Ali tidaklah lebih berbahaya dari darah `Uthman. Lantaran itu Allah tidak akan menghimpunkan pada kalian dua perkara wahai Bani `Abdu l-Muttalib, pemerintahan (al-Mulk) dan kenabian (al-Nubuwwah). Kemudian dia berdiam diri.
Lalu Hasan bin `Ali berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayat kepada orang yang awal kalian dengan orang yang awal kami dan orang yang akhir kalian dengan orang yang akhir kami. Selawat dan salam ke atas datukku Muhammad nabi dan keluarganya. Kalian dengarlah jawapanku dan kalian fahamilah baik-baik. Dengan andalah aku mulai wahai Mu`awiyah. Demi Tuhan,wahai Azraq (Mu`awiyah) tidak seorangpun mencaciku selain daripada anda. Mereka itu tidak mencaciku, tidak mencelaku selain daripada anda dan mereka itu tidak mencelaku tetapi anda telah mencela dan mencaciku. Itu adalah petanda kejahatan anda dan pendapat anda kerana memusuhi kami dan hasad dengki anda kepada kami serta permusuhan anda terhadap Muhammad s.`a.w. dahulu dan sekarang.
Demi Allah sekiranya aku dan mereka itu wahai Azraq bermesyuarat di Masjid Rasulullah s.`a.w. dan sekitar kami orang-orang Muhajirin dan Ansar, nescaya mereka tidak mampu bercakap sedemikian rupa dan mereka tidak mengalu-alukan kedatanganku sebegini. Justeru itu dengarlah daripadaku wahai kumpulan yang menentangku. Janganlah kalian menyembunyikan kebenaran yang kalian mengetahuinya. Dan janganlah kalian membenarkan kebatilan sekiranya aku berkata mengenainya. Aku akan mulai percakapanku dengan anda wahai Mu`awiyah dan aku tidak akan berkata sesuatu pun melainkan ia bertepatan dengan anda.
1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa lelaki yang kalian telah mencacinya itu adalah orang yang telah mengerjakan solat di hadapan dua kiblat, sementara anda masih menyembah al-Lata dan al-`Uzza? Dia juga telah melakukan dua bai`ah, bai`ah al-Ridwan dan bai`ah al-Fath sedangkan anda wahai Mu`awiyah, di bai`ah pertama kafir sementara di bai`ah kedua anda menarik balik bai`ah anda (nakithin). 
2. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah mengepung Bani Quraidah dan Bani Nadhir kemudian beliau (s.`a.w.) mengutus `Umar b. al-Khattab bersama bendera Muhajirin dan Sa`d b. Mu`adh bersama bendera Ansar. Adapun Sa`d b. Mu`adh pergi ke medan perang dan tercedera. Adapun `Umar telah lari dari medan peperangan. Dia mengatakan bahawa para sahabatnya pengecut tetapi para sahabatnya pula mengatakan dia adalah seorang yang pengecut. 
Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Besok aku akan memberi bendera kepada seorang lelaki di mana dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, Allah dan RasulNya mencintainya terus mara tanpa lari kemudian terus berjuang sehingga Allah memberi kemenangan melaluinya". 
Abu Bakr, `Umar serta orang-orang Muhajirin dan Ansar kurang senang mengenainya. `Ali pada masa itu mengidap penyakit mata. Rasul (s.`a.w.) menjemputnya lalu meniupkan di matanya lalu dia pun sembuh. Kemudian beliau memberikan kepadanya satu bendera. Dia pun pergi berjuang sehingga mendapat kemenangan dengan pertolongan Allah S.W.T sedangkan anda pada masa itu di Makkah adalah seorang musuh Allah dan Rasul-Nya. Adakah sama di antara lelaki yang mencintai sesuatu kerana Allah dan Rasul-Nya dengan lelaki yang memusuhi Allah dan RasulNya? Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa hati anda tidak pernah menerima Islam, tetapi lidah anda takut. Oleh itu anda bercakap apa yang tidak ada di hati anda. Lihat umpamanya hadis Nabi s.`a.w. kepada `Ali A.S: " Tidak akan mencintai anda melainkan dia seorang mukmin, dan tidak membencikan anda melainkan dia seorang munafik". 
3. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah(s.`a.w.) telah melantiknya (`Ali) di Madinah sebelum peperangan Tabuk tanpa memarahi dan membencinya. Lalu orang-orang munafik bercakap mengenainya. Maka beliau (`Ali) berkata: Janganlah anda meninggalkan aku wahai Rasulullah kerana aku tidak pernah meninggalkan anda di dalam mana-mana peperangan.Lantas Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Anda adalah wasiku, khalifahku pada keluargaku samalah kedudukan Harun di sisi Musa". Kemudian beliau memegang tangan `Ali A.S seraya bersabda: "Wahai manusia! Siapa yang menjadikan aku wali, maka sesungguhnya dia telah menjadikan Allah wali. Dan siapa yang telah menjadikan `Ali wali maka dia telah menjadikan aku wali.Siapa yang telah mentaati aku,maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan siapa yang mentaati `Ali maka dia mentaati aku. Dan siapa yang mencintaiku, maka dia mencintai Allah. Dan siapa yang mencintai `Ali, maka dia telah mencintaiku". 
4. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda pada Haji Wida`: " Wahai manusia sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kalian dan kalian tidak akan sesat selepasnya; Kitab Allah dan itrah Ahl l-Baitku. Justeru itu halalkanlah halalnya dan haramkanlah haramnya. Beramallah menurut muhkamnya dan berimanlah menurut mutasyabihahnya.
Dan katakanlah: Kami percaya apa yang telah diturunkan Allah (al-Kitab), cintailah Ahl l-Baitku dan itrahku. Hormatilah orang-orang yang mewalikan mereka.Tolonglah mereka bagi menentang musuh-musuh mereka. Sesungguhnya kedua-duanya akan sentiasa berada pada kalian sehinggalah dikembalikan ke atasku di Haud pada hari kiamat. 
Kemudian beliau menjemput `Ali ketika beliau berdiri di atas mimbar lalu menarik tangannya seraya bersabda: "Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya, musuhilah orang yang menentangnya. Wahai Tuhanku, jangan jadikan di bumi ini tempat duduk penentang-penentang `Ali, dan di langit tidak ada tempat naik serta jadikanlah mereka di neraka yang terkebawah". 
5. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Andalah orang yang boleh mencebok haudku di hari kiamat. Anda akan membekalkan air daripadanya sebagaimana seorang daripada kamu membekalkan " wanita asing " di tengah untanya". 
6. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa `Ali telah berjumpanya (s.`a.w.) ketika sakit yang membawa kepada kewafatannya, maka Rasulullah (s.`a.w.) menangis. Lalu `Ali berkata: Apakah yang membuat anda menangis wahai Rasulullah? Beliau bersabda: "Apa yang membuatkan aku menangis adalah kerana keilmuanku bahawa hasad dengki masih membara di hati umat ini, tetapi mereka tidak berani melahirkannya sehingga aku wafat". 
7. Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah kalian mengetahui bahawa Rasulullah (s.`a.w.) ketika hampir wafat, Ahl al-Baitnya berkumpul dan beliau bersabda: "Sesungguhnya Ahl al-Baitku pada kalian sepertilah bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang meninggalkannya tenggelam". 
8. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa para sahabat Rasulullah (s.`a.w.) telah menerima wilayah `Ali pada masa hidup Rasulullah ? 
9. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya `Ali adalah orang yang pertama mengharamkan segala keinginan duniawi ke atas dirinya, lantas Allah `Azza Wajalla menurunkan ayat Surah al-Maidah 5: 88-89 "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu kalian mengharamkan apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya".
Di sisinya segala jenis ilmu; ilmu mengenai hukum, kefasihan bercakap, keilmuan yang utuh dan sebab-sebab turunnya al-Qur'an. Beliau adalah di kalangan kumpulan di mana kami tidak mengetahui mereka melengkapi sepuluh orang yang telah diberitahukan Allah bahawa mereka adalah Mukminin. Sedangkan kalian di kalangan kumpulan yang hampir bilangan mereka dilaknati Allah di atas lidah Rasulullah (s.`a.w.). Lantaran itu aku menjadi saksi untuk kalian dan menjadi saksi bagi menentang kalian; sesungguhnya kalian adalah orang-orang yang dilaknati Allah di atas lidah nabi-Nya. 
10. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) mengutus kepada anda supaya anda menulis bagi pihaknya kepada Bani Khuzaimah ketika Khalid b. Walid melakukan angkara terhadap mereka, maka utusan itu berpaling kepadanya (Mu`awiyah) lalu berkata: Dia sedang makan. Maka utusan berpaling kepada anda sebanyak tiga kali. Dan setiap kali dia berpaling kepada anda dia berkata: Dia sedang makan.Maka Rasululullah (s.`a.w.) bersabda: " Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membuat perutnya terasa kenyang." Justeru itu sabda itu adalah untuk anda dan makanan anda sehingga hari kiamat.
11. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui: Sesungguhnya apa yang aku perkatakan itu benar. Sesungguhnya wahai Mu`awiyah anda menarik dengan bapa anda di atas seekor unta merah diterajui oleh saudara anda yang duduk.Ini berlaku di hari al-Ahzab. Maka Rasulullah (s.`a.w.) melaknati pemandu, penunggang dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, anda penarik dan saudara anda yang duduk adalah pemandu. 
12. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) telah melaknati Abu Sufyan:
Pertama: Ketika beliau (s.`a.w.) keluar dari Makkah ke Madinah dan Abu Sufyan datang dari Syam.Lantas Abu Sufyan marah lalu mencacinya dan mengancamnya dan berhasrat untuk melakukan kekasaran terhadapnya tetapi Allah memalingkannya dari melaksanakan niat jahatnya.
Kedua: Hari al-`Air (keldai) di mana Abu Sufyan mengusirnya supaya ia tidak menjadi benteng kepada Rasulullah (s.`a.w.).
Ketiga: Hari Uhud di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Allah adalah maula kami sedangkan anda tidak mempunyai maula." Abu Sufyan berkata: Kami ada al-`Uzza sedangkan kalian tidak mempunyainya. Lantaran itu Allah, para Malaikat-Nya, para Rasul-Nya dan Mukminun melaknatinya.
Keempat: Hari Hunain di mana Abu Sufyan mulai mengumpulkan Quraisy dan Hawazin sementara `Uyainah mengumpulkan Ghatafan dan Yahudi. Lalu Allah menentang mereka dengan kemarahan mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mencapai kemenangan.
Ini adalah firman Allah `Azza Wajalla diturunkan di dalam dua surah kedua-duanya mengenai Abu Sufyan dan para sahabatnya sebagai kafir dan anda wahai Mu`awiyah di hari itu seorang musyrik menurut pendapat bapa anda di Makkah. Sedangkan `Ali di hari itu bersama Rasulullah (s.`a.w.) mematuhi agamanya.Kelima: Firman-Nya Surah al-Fath 48:25"Dan merekalah orang-orang kafir yang menghalang kamu dari Masjid Haram" 
Anda, bapa anda dan musyrikin Quraisy menghalang Rasulullah (s.`a.w.). Justeru itu Allah melaknatinya dengan laknat yang meliputinya dan zuriatnya sehingga hari kiamat. 
Keenam: Hari al-Ahzab di mana Abu Sufyan mengumpulkan Quraisy sementara `Uyainah b. Hasin b. Badr mengumpulkan Ghatafan. Lantas Rasulullah (s.`a.w.) melaknati pemandu, pengikut dan penarik.
Ditanya Rasulullah: Adakah di kalangan penunggang itu mukmin? Beliau bersabda: Laknat tidak akan mengenakan mukmin dari kalangan penunggang (al-Atba`). Tetapi di kalangan pemandu tidak ada seorang pun daripada mereka mukmin, tidak ada seorang pun yang menyahuti seruan dan tidak seorang pun berjaya.
Ketujuh: Hari Thaniyyah, di mana Rasulullah (s.`a.w.) hampir dibunuh oleh dua belas orang lelaki. Tujuh daripada mereka dari Bani Umayyah, lima daripada semua kabilah Quraisy. Justeru itu Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang memasuki al-Thaniyyah selain daripada Nabi (s.`a.w.). 
13. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui sesungguhnya Abu Sufyan telah berjumpa dengan `Uthman ketika dia dibai`ah di Masjid Rasulullah (s.`a.w.), dia berkata: Wahai anak saudaraku! Adakah pengintip ke atas kita sekarang? Dia menjawab: Tidak ada. Maka Abu Sufyan berkata: Pusingkanlah jawatan khalifah wahai pemuda-pemuda Bani Umayyah. Demi orang yang di mana diri Abu Sufyan di tangan-Nya, tidak ada syurga dan neraka? 
14. Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui bahawa sesungguhnya Abu Sufyan memegang tangan Husain ketika `Uthman dibai`ah dan berkata: Wahai anak saudaraku, marilah keluar bersama-samaku ke kubur Baqi`.Lalu beliaupun keluar bersamanya sehinggalah sampai di pertengahan kubur, dia menendang kubur itu dan melaung dengan sekuat-kuatnya: Wahai penghuni kubur! Perkara di mana kalian memerangi kami kerananya sekarang ia berada di tangan kami sedangkan kalian telah menjadi reput. Lantas Husain b. `Ali A.S berkata: Allah menjadikan uban anda sehodoh-hodohnya dan Dia menjadikan muka anda sehodoh-hodohnya. Kemudian beliau melepaskan tangannya lalu meninggalkannya keseorangan. Sekiranya al-Nu`man b. Basyir tidak memimpin tangannya (Abu Sufyan) dan mengembalikannya ke Madinah, nescaya dia mati di situ.
Ini adalah untuk anda wahai Mu`awiyah. Adakah anda mampu menolak hujah kami dan hujah orang yang anda telah melaknatinya bahawa sesungguhnya bapa anda Abu Sufyan berhasrat untuk menjadi Muslim, tetapi anda telah mengutus kepadanya sebuah bait syair yang menonjolkan kelebihan Quraisy dan lain-lain. Justeru itu anda telah menghalangnya dari menerima Islam dan anda telah menghalangnya. 
Di antaranya `Umar b. al-Khattab telah melantik anda menjadi wali (gabenor) di Syam, tetapi anda mengkhianatinya. Kemudian `Uthman melantik anda menjadi wali, tetapi anda hanya menunggu saat kehancurannya.Kemudian lebih daripada itu anda beramai-ramai menentang Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya anda telah memerangi `Ali A.S sedangkan anda telah mengenalinya sebagai orang yang pertama memeluk Islam, kelebihannya, keilmuannya di dalam segala urusan. 
Malah beliau lebih layak daripada anda dan selain daripada anda di sisi Allah dan Rasul-Nya. Anda telah menegahnya dan membuat orang ramai di dalam kesamaran.Anda telah mengalirkan darah makhluk Allah dengan tipudaya dan kelicikan anda. Perbuatan orang yang tidak beriman dengan hari akhirat dan tidak takutkan pembalasan. Malah apabila sampai ajal, anda akan berpindah ke tempat yang paling celaka sedangkan `Ali ke tempat yang paling baik. Dan Allah pasti menunggu anda. Ini adalah khusus untuk anda wahai Mu`awiyah. Adapun keaiban-keaiban anda yang lain aku tidak mahu menyebutkannya kerana aku tidak mahu memanjangkan perkara ini.
Adapun anda wahai `Amru b. `Uthman, jawapanku terhadap anda tidak akan mencapai maksudnya disebabkan kebodohan anda. Sekiranya anda mengikuti perkara-perkara tersebut, anda akan mengetahui bahawa anda sepertilah nyamuk manakala ia berkata kepada lebah: Berpeganglah sekuat-kuatnya kerana aku ingin turun di atas anda. Lalu lebah menjawab: Aku tidak pun menyedari kejatuhan anda di atasku. Bagaimana turunnya anda ke atasku akan menyulitkanku? Demi Allah sesungguhnya aku tidak merasai bahawa anda secara terang memusuhiku sehingga ia menyulitkanku. Dan aku akan memberi jawapan kepada kata-kata anda: Adakah cacian anda terhadap `Ali A.S. akan mengurangkan kemuliaannya atau menjauhkannya daripada Rasulullah (s.`a.w.)? Atau ujiannya itu mencacatkan Islam, atau tidak ada keadilan di dalam hukum? Atau cintakan dunia? Sekiranya anda menjawab salah satu daripada soalan-soalan tersebut, maka sesungguhnya anda telah berbohong.
Adapun kata-kata anda: Sesungguhnya bagi kalian pada kami sembilan belas hutang darah musyrikin Bani Umayyah di dalam peperangan Badr, jawapanku bahawa Allah dan Rasul-Nya telah membunuh mereka semua.
Mudah-mudahan kamu akan membunuh di kalangan Bani Hasyim sembilan belas, dan tiga selepas sembilan belas kemudian dibunuh di kalangan Bani Umayyah sembilan belas. Sembilan belas sekaligus selain apa yang telah dibunuh di kalangan Bani Umayyah di mana bilangan mereka sebenar tidak diketahui melainkan Allah. Sesungguhnya Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Apabila sampai Bani Umayyah tiga puluh orang lelaki, mereka membahagi-bahagikan harta Allah di kalangan mereka. Mengambil hamba-hamba-Nya sebagai milik, kitab-Nya sebagai lambing semata-mata.Apabila mereka meningkat tiga ratus sepuluh orang, mereka berhak dilaknati.Dan apabila mereka meningkat kepada empat ratus tujuh puluh lima, kebinasaan mereka lebih cepat daripada mengunyah sebiji kurma". Begitu juga Hakam b. Abi al-`As termasuk di dalam firman dan hadis itu juga. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Rendahlah suara kalian kerana Bani Umayyah sedang mendengar.
Hal demikian itu berlaku manakala Rasulullah (s.`a.w.) melhat mereka di dalam mimpinya, begitu juga orang-orang yang memiliki urusan khalifah selepasnya. Ia meresahkan Rasulullah (s.`a.w.).Lalu Allah `Azza Wajalla berfirman maksudnya "Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an" (Surah al-Isra' 17: 60) iaitu Bani Umayyah. Allah juga berfirman "Malam al-Qadar (kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan" (Surah al-Qadar 97: 3). Aku menjadi saksi untuk kalian dan ke atas kalian bahawa kekuasaan kalian selepas pembunuhan `Ali hanya seribu bulan yang telah ditetapkan oleh Allah `Azza Wajalla di dalam kitab-Nya.
Adapun anda wahai `Amru b. al-`As yang dilaknati Allah, sesungguhnya anda adalah anjing (ganas). Ibu anda adalah perempuan jahat.Anda dilahirkan di atas "hamparan" yang dikongsikan oleh beberapa lelaki Quraisy seperti Abu Sufyan b. al-Harb, al-Walid b. Mughirah, `Uthman b. al-Harth, al-Nadar b. Kaldah dan al-`As b. Wa'il. Setiap mereka menyangka bahawa anda adalah anak lelakinya. Kemudian seorang yang paling jahat daripada mereka mendapat kemenangan di atas anda. 
Kemudian anda berkhutbah di dalam keadaan berdiri: Aku membenci Muhammad. Al-`As b. Wa'il berkata: Sesungguhnya Muhammad adalah seorang lelaki yang terputus keturunannya. Sekiranya beliau mati nescaya terputuslah keturunannya. Lantas Allah S.W.T. menurunkan ayat Surah al-Kauthar 108: 3 "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".
Ibu anda pernah datang menawarkan dirinya kepada Bani `Abd Qais supaya menidurinya (bughyah), dia mendatangi mereka menurut giliran mereka sama ada di dalam perjalanan ataupun di wadi-wadi mereka.Kemudian anda pada setiap tempat dipersaksikan oleh Rasulullah (s.`a.w.) sebagai musuh yang paling kuat menentangnya dan yang paling pembohong. Kemudian anda adalah di antara penumpang-penumpang bahtera; orang-orang yang mendatangi Raja Najjasyi bagi membunuh Ja`far b. Abu Talib dan orang-orang Muhajirin lain memohon perlindungan Raja Najjasyi. Tetapi tipudaya tersebut terserlah dan membuat datuk anda berada di bawah (gagal) dan menghancurkan niat jahatnya serta usaha anda yang sia-sia. Dia telah menjadikan kalimah orang-orang kafir di bawah dan kalimah Allah di atas. 
Adapun kata-kata anda tentang `Uthman, maka anda yang tidak mempunyai sifat malu dan keagamaan, anda telah menyalakan api ke atasnya. Kemudian anda telah melarikan diri ke Palestin semata-mata kerana menunggu giliran. Manakala berita pembunuhannya sampai, anda telah menawarkan diri anda kepada Mu`awiyah. Lantas anda menjual agama anda kepadanya dengan dunia orang lain wahai si jahat. Kami tidak mencela anda kerana memarahi kami dan kami tidak juga mengkritik anda kerana cintakan kami. Anda adalah musuh Bani Hasyim pada masa Jahiliyah dan Islam.
Sesungguhnya anda telah menghina Rasulullah (s.`a.w.) di dalam tujuh puluh bait syair. Justeru itu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku tidak pandai bersyair, lantaran itu aku tidak patut menjawabnya oleh itu wahai Tuhanku laknatilah `Amru b. al-`As pada setiap bait syair seribu laknat". 
Kemudian anda wahai `Amru, anda lebih mencintai dunia anda daripada agama anda. Anda telah mengadap Raja Najjasyi dan memberi hadiah kepadanya semasa lawatan anda pada kali pertama dan kedua. Tetapi kesemuanya menemui jalan buntu. Hasrat anda adalah supaya Ja`far dan para sahabatnya dibunuh. Manakala Raja Najjasyi menyalahkan anda mengenainya, lantas anda menghalalkan darah sahabat anda `Ammarah b. al-Walid. 
Adapun anda wahai Walid b. `Uqbah, demi Allah, aku tidak mencela anda memarahi `Ali kerana beliau telah menyebat anda lapan puluh kali sebat. 
Dan beliau telah membunuh bapa anda tanpa bertarung di hari Badr. Atau bagaimana anda mencacinya sedangkan Allah telah menamakannya mukmin di dalam sepuluh ayat al-Qur'an. Dan Dia telah menamakan anda fasiq sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Sajdah 32: 18 "Maka apakah orang yang beriman seperti orang yang fasiq? Mereka tidak sama". Dan firman-Nya dalam Surah al-Hujurat 49: 6 "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".
Adapun anda dan sebutan anda sebagai Quraisy pada hakikatnya anda bukanlah Quraisy, malah anda adalah anak lelaki kepada seorang yang tidak mengetahui budi bahasa dari keluarga Safuriyah bernama Zakwan.
Adapun sangkaan anda bahawa kami telah membunuh `Uthman, demi Allah, Talhah, Zubair dan `Aisyah sendiri tidak mampu untuk mengaitkannya dengan `Ali b. Abu Talib. 
Bagaimana anda sanggup berkata sedemikian rupa? Sekiranya anda bertanya ibu anda siapakah bapa anda ketika dia meninggalkan Zakwan, lalu dia mengaitkan anda dengan `Uqbah b. Abu Mu`it, nescaya dia merasa angkuh dan bermegah dengan apa yang dia lakukan. Sedangkan Allah telah menyediakan bagi anda, bapa anda dan ibu anda kehinaan dan menanggung malu di dunia dan di akhirat. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya. 
Kemudian anda wahai Walid! Allah lebih besar dari orang yang anda kaitkan namanya. Bagaimana anda mencaci `Ali kerana sekiranya anda bekerja keras nescaya anda dapat mempastikan nasab anda kepada bapa anda yang sebenar dan bukan kepada orang yang dikaitkan namanya dengan anda.Kerana ibu anda sendiri telah mengatakan: Wahai anakku, bapa anda adalah lebih celaka dan jahat daripada `Uqbah.
Adapun anda `Utbah b. Abu Sufyan; Demi Allah anda bukanlah cekap sehingga aku memberi jawapan kepada anda, tidak pula berakal sehingga aku mendera anda, kerana tidak ada di sisi anda kebaikan yang diharapkan sekiranya anda mencaci `Ali, tidak ada keaiban baginya terhadap anda, kerana anda di sisiku tidaklah setanding dengan seorang hamba `Ali b. Abu Talib sehingga aku memberi jawapan kepada anda dan mencela anda, tetapi Allah `Azza Wajalla sedang menunggu anda, bapa anda, ibu anda dan saudara anda. Anda adalah dari zuriat datuk-datuk anda yang disebutkan di dalam al-Qur'an, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Ghasyiah 88: 3-5 "Bekerja keras lagi kepayahan (nasibah), memasuki api yang sangat panas, diberi minum (dengan air) dari sumber yang sangat panas".
Adapun ancaman anda untuk membunuhku, kenapa anda tidak membunuh orang yang anda mendapatinya di atas hamparan anda bersama isteri anda.Dia telah mengalahkan anda bagi menguasai kemaluannya (farajnya) dan dia berkongsi dengan anda pula bagi mendapatkan anaknya sehingga dia mengaitkan anak lelaki tersebut dengan anda sedangkan ia bukanlah anak lelaki anda. Celakalah anda! Jikalaulah anda bekerja keras bagi membalas dendam terhadapnya adalah lebih wajar kerana ia merupakan suatu kebebasan, kerana anda mengancam untuk membunuhku, tetapi aku tidak mencela anda mencaci `Ali kerana beliau telah membunuh saudara anda secara bertarung. Beliau dan Hamzah b. `Abdu l-Muttalib telah berkongsi di dalam pembunuhan datuk anda, sehingga Allah membakar mereka berdua dengan api neraka dan merasakan mereka berdua dengan azab yang pedih. Dan beliaulah yang mengusir bapa saudara anda sebelah ibu dengan perintah Rasulullah (s.`a.w.).
Adapun harapanku untuk menjadi khalifah, demi Allah sekira-nya aku mengharapkannya adalah kerana aku berhak menuntutnya. Sedangkan anda tidak setanding dengan saudara anda dan tingkah laku bapa anda. Kerana saudara anda lebih kuat menentang Allah S.W.T. dan paling kuat tuntutannya bagi mengalirkan darah Muslimin. Dia juga menuntut apa yang dia tidak layak untuknya dengan menipu orang ramai. Justeru itu Allah memusnahkan tipu dayanya, dan Allah sebaik-baik orang yang mendedahkan tipu daya mereka.
Adapun kata-kata anda: Sesungguhnya `Ali adalah sejahat jahat Quraisy untuk Quraisy. Demi Allah, beliau tidak hina sehingga memerlukan kasihan belas, dan beliau tidak dibunuh secara zalim.
Adapun anda wahai Mughirah b. Syu`bah! Sesungguhnya anda adalah musuh Allah, meninggalkan kitab-Nya, pembohong terhadap nabi-Nya. 
Anda adalah penzina dan wajib dilaksanakan hukum rejam ke atas anda, kerana orang-orang yang adil dan baik menjadi saksi terhadap anda. Tetapi rejam anda ditangguhkan lantas kebenaran ditolak dengan kebatilan dan kebenaran dengan kekerasan. 
Justeru itu Allah menyediakan untuk anda azab yang pedih. Kehinaan di dalam kehidupan dunia dan azab di akhirat adalah lebih hina. Andalah orang yang telah memukul Fatimah binti Rasulullah (s.`a.w.) sehingga terkeluar darahnya dan "tergugur" kandungannya kerana anda menghina Rasulullah (s.`a.w.) dan menyalahi perintahnya "mencabuli" kemuliaan anak perempuannya kerana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Fatimah! Andalah penghulu wanita syurga". 
Dan Allah akan memasukkan anda ke neraka dan anda akan menerima akibat dari kata-kata anda sendiri. Mana satukah di kalangan tiga perkara anda telah mencaci `Ali, adakah kekurangannya pada keturunannya? Atau jauhnya daripada Rasulullah (s.`a.w.)? Atau ia membawa bencana pada Islam atau kezaliman di dalam hukuman, atau cinta kerana dunia? Sekiranya anda berpendapat sedemikian maka sesungguhnya anda berbohong dan orang ramai akan membohongi anda pula.
Adakah anda menyangka bahawa `Ali A.S. telah membunuh `Uthman secara zalim?! `Ali, demi Allah orang yang paling bertakwa dan orang yang paling bersih daripada orang yang mencelanya mengenai perkara tersebut. Sekiranya `Ali telah membunuh `Uthman secara zalim, demi Allah anda bukanlah ada kaitan dengannya. Di masa hidupnya anda tidak pernah membantunya dan pada masa matinya anda tidak menerima pusaka daripadanya. Anda masih mengelilingi rumah anda mengejar wanita-wanita jahat, anda menghidupkan amalan jahiliyah, anda mematikan Islam sepertilah di masa lalu.
Adapun penentangan anda terhadap Bani Hasyim dan Bani Umayyah adalah dakyah anda untuk Mu`awiyah. Adapun pendapat anda mengenai pemerintahan dan pendapat para sahabat anda tentang kerajaan (al-Mulk) yang anda miliki, ia adalah seperti Fir`aun yang telah memerintah Mesir selama empat ratus tahun sedangkan Musa dan Harun adalah nabi yang diutus menghadapi penderitaan. Ia adalah milik Allah. Dia memberikannya kepada orang yang baik dan jahat. Allah berfirman dalam Surah al-Anbiya' 21: 111 "Dan aku tidak mengetahui boleh jadi hal itu cubaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu sahaja". Dan firman-Nya dalam Surah al-Isra' 17: 16 "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".
Kemudian Hasan pun berdiri dan menyingkatkan kainnya sambil membaca Surah al-Nur 24: 26: " Wanita-wanita yang keji bagi lelaki yang keji dan lelaki yang keji bagi wanita-wanita yang keji." Mereka wahai Mu`awiyah, demi Allah, adalah anda para sahabat anda dan pengikut-pengikut anda (Syi`ah anda).
Dan lelaki yang baik adalah bagi wanita-wanita yang baik. Mereka itulah bersih daripada tuduhan yang dilemparkan ke atas mereka. Bagi mereka pengampunan dan rezeki yang mulia. Mereka adalah `Ali b. Abi Talib A.S, para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya (Syi`ahnya).
Kemudian beliau keluar sambil berkata kepada Mu`awiyah: Rasailah akibat apa yang telah dilakukan oleh tangan anda. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi anda dan mereka kehinaan di dalam kehidupan dunia dan azab yang pedih di akhirat.
Mu`awiyah berkata kepada para sahabatnya:Rasailah kalian akibat apa yang anda telah lakukannya. Al-Walid b. `Uqbah berkata:Demi Allah, kami tidak merasai melainkan sebagaimana anda merasainya dan kami tidak berani melainkan menentang anda.
Mu`awiyah berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kalian sesungguhnya kalian tidak akan dapat menghina lelaki itu (Hasan). Sekiranya kalian mentaatiku semenjak awal lagi, nescaya kalian beroleh kemenangan menentang lelaki ini apabila beliau mendedahkan keburukan kalian. Demi Allah, beliau tidak berdiri sehingga beliau menyeksaku seisi rumah. Dan aku bercita-cita untuk menyerangnya. Lantaran itu tidak ada kebaikan di hari ini dan selepasnya. 
Dia berkata: Marwan b. Hakam mendengar tentang perjumpaan Mu`awiyah dan para sahabatnya dengan Hasan b. `Ali A.S.Lalu dia datang berjumpa dengan mereka di sisi Mu`awiyah dan bertanya mereka. Apakah (benar) apa yang telah sampai kepadaku tentang Hasan dan kemarahannya?
Dia menjawab: Beliau (Hassan) memanglah begitu. Marwan berkata kepada mereka: Kenapa kalian tidak menjemputku bersama? Demi Allah, aku akan mencacinya, aku akan mencaci bapanya, Ahl al-Baitnya dengan cacian sehingga hamba-hamba lelaki dan perempuan aku berpesta dengan penuh kegembiraan.
Hasan berkata: Adapun anda wahai Marwan , bukan aku yang mencaci anda dan bapa anda, tetapi Allah `Azza mWajalla telah melaknati anda, bapa anda, keluarga anda, zuriat anda dan zuriat yang keluar dari keturunan bapa anda sehingga hari kiamat di atas lidah Nabi-Nya Muhammad. Demi Allah, wahai Marwan, anda tidak akan mengingkarinya, begitu juga orang yang datang di dalam majlis ini kerana laknat ini adalah daripada Rasulullah (s.`a.w.) untuk anda dan bapa anda sebelum anda. Allah tidak akan menambahkan kepada anda apa yang menakutkan anda melainkan kezaliman yang besar. Memang benar Allah dan rasul-Nya dan Dia berfirman dalam Surah al-Isra' 17: 60 "Dan pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an, dan Kami menakuti mereka tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besar kedurhakaan mereka".
Anda Wahai Marwan dan zuriat anda merupakan pohon yang dilaknati Allah di dalam al-Qur'an.Demikian itu adalah daripada Rasulullah (s.`a.w.) daripada Jibra`il daripada Allah `Azza Wajalla. 
Mu`awiyah melompat, lalu meletakkan tangannya di mulut Hasan seraya berkata:Wahai Abu Muhammad! Aku bukanlah jahat dan ganas. Lalu Hasan A.S membersihkan kainnya, kemudian beliau berdiri dan keluar. Mereka juga keluar dari majlis itu dengan kemarahan dan dukacita serta dengan muka hitam di dunia dan akhirat.
Sebenarnya tuntutan Hasan b. `Ali A.S terhadap Imamah atau Khilafah adalah berdasarkan nas daripada datuknya Rasulullah (s.`a.w.) Beliau begitu yakin bahawa hak Imamah atau Khilafah selepas Rasulullah (s.`a.w.) adalah hak `Ali dan kemudian haknya dan seterusnya. Apatah lagi Mu`awiyah b. Abu Sufyan telah menentang bapanya `Ali A.S sebagai imam atau khalifah di masa itu secara kekerasan.
Beberapa bulan selepas kewafatan bapanya, beliau telah mengambil alih jawatan khalifah, kemudian beliau pula terpaksa berdamai dengan Mu`awiyah. Perdamaian beliau dengan Mu`awiyah telah ditentang oleh kebanyakan Syi`ahnya sendiri.Namun begitu beliau terpaksa melakukannya demi menjaga dirinya, Ahl al-Baitnya dan Syi`ahnya. Beliau berkata: Demi Allah sekiranya perdamaianku dengan Mu`awiyah berlaku, nescaya aku dapat menjaga darahku dan menyelamatkan keluargaku, maka ia adalah lebih baik daripada mereka membunuhku. Lantaran itu keluargaku akan dibunuh. Demi Allah sekiranya aku memerangi Mu`awiyah, nescaya mereka memotong tengkukku dan membawanya kepada Mu`awiyah. Demi Allah sekiranya aku berdamai dengannya dalam keadaan aku mulia lebih baik dari dia membunuhku dalam keadaan aku menjadi tawanan. 
Kemudian Hasan terus mempertahankan tindakannya, beliau berkata: Demi Allah, aku tidak menyerahkan jawatan khalifah kepadanya melainkan selepas aku dapati tiada pembantu untukku. Sekiranya aku mendapati pembantu-pembantu,nescaya aku memeranginya malam dan siang sehingga Allah menghukum di antara aku dan dia, tetapi aku mengetahui sikap penduduk-penduduk Kufah dan ujian mereka. Orang yang fasiq tidak sesuai untukku kerana mereka tidak mempunyai kesetiaan, tidak ada tanggungjawab sama ada dari segi kata-kata dan perbuatan.Mereka berselisih di kalangan mereka dan berkata: Sesungguhnya hati kami bersama anda, tetapi pedang-pedang mereka ditujukan kepada kami.