Ulasan

Oleh itu perdamaian yang dilakukan oleh Hasan adalah kerana terpaksa, tanpa pembantu-pembantu. Walau bagaimanapun beliau tidak berpuas hati terhadap sikap penduduk Kufah yang pengecut untuk berjuang bersamanya menentang Mu`awiyah.
Walau bagaimanapun caci mencaci secara serius telah berlaku di antara Hasan dan Mu`awiyah serta rakan-rakannya tentang Imamah atau Khilafah. Mu`awiyah bukan sahaja mencaci Hasan malah dia mencaci `Ali b. Abi Talib dengan cacian yang melulu dan penuh dengan fitnah. Hasan menjawabnya dengan hujah yang mantap sehingga dapat menundukkan mereka semua, kerana jawapan Hasan kepada mereka bukanlah merupakan cacian atau cercaan kerana ia adalah suatu hakikat yang sukar ditolak di mana mereka sendiri mengakuinya. Lantaran itu ia patut dibezakan di antara mencaci, mencerca, mencela dan menerangkan hakikat sesuatu. Apatah lagi jika ia berdasarkan kepada nas.`Ali berkata: Jika seseorang itu memberitahu hal atau keadaan seseorang tertentu menyalahi nas al-Qur'an dan Sunnah Nabi (s.`a.w.) adalah lebih wajar dan tidak boleh dikatakan pencaci. 
Walau bagaimanapun Mu`awiyah dan pemerintah Bani Umayyah selepasnya terus mencaci `Ali di atas mimbar masjid selama 70 tahun. Hanya semasa pemerintahan `Umar b. `Abd al-`Aziz ia dihentikan. Kemudian ia diteruskan kembali oleh pemerintah Bani Umayyah yang lain.