Sambungan

Tentang Muhammad Bin Muslim

Beliau berasal daripada Taif, al-Thaqafi, menetap di Kufah berbangsa Arab, mati pada tahun seratus lima puluh hijrah.

Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin a-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Yasin al-Dharir al-Basri, daripada Huraiz daripada Muhammad bin Muslim berkata: Tidak bertelagah di hatiku oleh sesuatu pun melainkan aku telah bertanya Abu Ja'far a.s sehingga aku telah bertanya kepadanya tiga puluh ribu hadis, dan aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s enam belas ribu hadis .

Ja'far bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ali bin Hassan daripada Ali bin 'Atiyyah al-Zayyat yang digelar dengan al-Bawwab, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku tentang pembekuan matahari dari fungsinya (rukud)? Beliau berkata: Aduhai anda wahai Muhammad, alangkah kecilnya bangkai anda dan sukarnya masalah anda! Kemudian beliau telah diam selama tiga hari tanpa bercakap dengan aku. Apabila masuk hari keempat, beliau berkata kepada aku: Anda layak untuk menjawabnya.

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa'd bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-'Ala' bin Razin daripada Abdullah bin Abu Ya'fur berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya aku bukan setiap masa dapat bertemu anda, aku tidak dapat datang dan seorang lelaki di kalangan sahabat kami datang, lalu bertanya aku,tetapi beliau tidak ada di sisiku setiap kali beliau bertanya aku tentangnya, berkata: Apakah yang menghalang anda daripada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi kerana beliau telah mendengar daripada bapa aku, dan beliau di sisinya diredai dan dihormati .

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada Ahmad bin Hilal al- 'Abdi daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Zararah berkata: Abu Karibah al-Azadidan Muhammad bin Muslim telah menjadi saksi di sisi Syarik dengan satu penyaksian di mana beliau sebagai kadi, maka beliau telah melihat pada muka mereka berdua sejenak, kemudian berkata: Dua orang ja'fari dan fatimi, lantas mereka berdua menangis. 

Beliau berkata kepada mereka berdua: Apakah yang membuatkan kamu berdua menangis? Mereka berkata: Anda telah mengaitkan kami dengan kaum yang tidak meredai orang seperti kami untuk menjadi saudara-saudara mereka manakala mereka melihat kewarakan kami yang sedikit, dan anda telah mengaitkan kami kepada seorang lelaki yang tidak meredai orang seperti kami menjadi syi'ahnya, jika beliau menerima kami, kami menerima, maka baginya sebagai kurniaan ke atas kami, Syarik tersenyum, kemudian beliau berkata: Jika mahu menjadi lelaki, maka jadilah lelaki seperti kamu berdua, wahai Walid, lepaskan mereka berdua pada kali ini, dan jangan mereka berdua mengulanginya pada kali kedua, beliau berkata: Kami telah mengerjakan haji, maka kami telah memberitahu Abu Abdullah a.s tentang kisah tersebut, beliau berkata: Allah akan memakaikan Syarik pada hari Kiamat dua kasut dari api neraka .

Ahmad bin Harun dan Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Fadhdhal daripada Ali bin 'Aqabah daripada Abu Kahmasy berkata: Aku telah bertemu dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata kepada aku:Muhammad bin Muslim telah memberi penyaksian di sisi Ibn Abu Laila, tetapi beliau telah menolak penyaksiannya? Aku berkata: Ya, beliau berkata: Apabila anda pulang ke Kufah nanti, maka berjumpalah dengan Ibn Abu Laila, dan katakan kepadanya: Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku dengan menggunakan kias.

Dan janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, pertama: Tanyakan kepadanya tentang lelaki yang mengesyaki pada dua rakaat pertama daripada solat fardu. Kedua: Tentang lelaki yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya. Ketiga: Tentang lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, dan satu daripadanya terjatuh bagaimana beliau akan melakukannya? Apabila tidak ada di sisinya jawapan, maka katakan kepadanya: Ja'far bin Muhammad berkata kepada anda: Apakah yang telah membawa anda menolak penyaksian seorang lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah daripada anda, dan lebih alim tentang Sunnah Rasulullah s.a.w daripada anda? 

Abu Kahmasy berkata: Manakala aku sampai di Kufah, aku mendatangi Ibn Abu Laila sebelum aku sampai ke rumahku, aku berkata kepadanya:Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku mengenainya dengan menggunakan kias, dan janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Bertanyalah, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang mengesyaki dua rakaat pertama di dalam solat fardu? Beliau diam seketika, kemudian mengangkat kepalanya kepada ku, dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata kepadanya: Ini adalah syaratku kepada anda, janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata kepadanya: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya?

Beliau diam seketika, kemudian mengangkat kepalanya dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata:Ini adalah syarat aku ke atas anda. Beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya. Aku berkata: Lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, maka satu batu terjatuh daripadanya bagaimana beliau melakukannya? Beliau telah menggerakkan kepalanya kemudian mengangkatnya, dan berkata: Sahabat kami berkata, aku berkata:Ini adalah syarat ku ke atas anda, beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata: Ja'far bin Muhammad berkata kepada anda: Apakah yang membuatkan anda menolak penyaksian seorang lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w daripada anda? Beliau berkata: Siapakah dia? Aku berkata: Muhammad bin Muslim, maka beliau berkata: Ja'far bin Muhammad telah berkata kepada anda sedemikian? Aku berkata: Allah, Ja'far bin Muhammad telah berkata kepada aku sedemikian. Beliau berkata: Beliau telah mengutus kepada Muhammad bin Muslim, dan menyerunya, lalu beliau memberi penyaksian di sisinya, maka beliau telah menerima penyaksiannya .

Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ya'qub bin Yazid daripada Ibn Abu 'Umair daripada Hisyam bin Salim berkata: Muhammad bin Muslim telah tinggal di Madinah selama empat tahun. Beliau telah berjumpa dengan Abu Ja'far a.s bertanya tentang agama, kemudian beliau telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s selepasnya bertanya kepadanya tentang agama. Ibn Abu 'Umair berkata: Aku telah mendengar Abd al-Rahman bin al-Hajjaj dan Hammad bin 'Uthman berkata: Tiada seorang syi'ah yang lebih alim daripada Muhammad bin Muslim . 

Daripadanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Sesungguhnya aku pada suatu malam sedang tidur di tingkat atas,tiba-tiba seorang telah mengetuk pintu. Aku berkata: Siapakah itu? Beliau berkata: Lihatlah dulu -rahima-ka l-Lahu-, maka aku telah melihat seorang perempuan, beliau berkata: Aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru kahwin, mengalami kesakitan melahirkan anak. Beliau sentiasa di dalam kesakitannya sehingga beliau mati sedangkan anaknya sedang bergerak di dalam perutnya, maka apakah yang aku perlu melakukannya? Aku berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Muhammad al-Baqir a.s telah ditanya tentang perkara yang sama, maka beliau a.s berkata: Perut si mati hendaklah dipecahkan, dan anaknya dikeluarkan.

Wahai hamba Allah, lakukanlah perkara tersebut. Wahai hamba Allah, aku adalah seorang lelaki di dalam persembunyian, siapakah yang telah mengarahkan anda datang kepada aku? Beliau berkata kepadaku: Rahima-ka l-Lahu, aku telah datang kepada Abu Hanifah, maka beliau berkata kepada aku: Aku tidak ada jawapan di sisiku, tetapi anda hendaklah datang kepada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, kerana beliau akan memberitahu anda mengenainya, dan apa yang telah difatwakannya kepada anda, maka anda kembali kepada aku memberitahu aku mengenainya, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dengan selamat, pada keesokannya, aku telah keluar ke masjid, tiba-tiba Abu Hanifah sedang bertanya para sahabatnya tentang perempuan tersebut, lantas perempuan itu mengeluarkan suara perlinya, maka Abu Hanifah berkata: Wahai Tuhanku, sembunyilah aku, tinggalkan kami, kerana kami mahu hidup .


Abu Ja'far al-Ahwal Muhammad Bin al-Nu'man Mu'min al-Taq

Muhammad bin al-Nu'man bin Abu Tariqah Abu Ja'far al-Ahwal adalah hamba kepada Bajilah, beliau pernah bekerja sebagai pengurup wang, orang ramai telah memanggilnya syaitan al-Taq, kerana mereka telah mengesyaki pada dirham, lalu mereka membentangkannya kepadanya, beliau berkata kepada mereka: Dirham palsu bersalut perak, mereka berkata: Beliau adalah syaitan al-Taq,tetapi para sahabat kami memanggilnya mukmin al-Taq, beliau adalah di kalangan para mutakallimin syi'ah, Abu Abdullah a.s telah memujinya tentang perkara tersebut .


Jabir Bin Yazid al-Ja'fi Pengarang Tafsir

Ja'far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Ismail daripada Ali bin al-Hakam daripada Ziad bin Abu al-Halal berkata: Para sahabat kami telah berselisih faham tentang hadis-hadis Jabir al-Ja'fi, maka aku berkata: Aku akan bertanya Abu Abdullah a.s. Manakala aku memasuki rumahnya, beliau telah mula berkata kepadaku: Rahima l-Lahu Jabir al-Ja'fi, kerana beliau telah membenarkan kami. Allah melaknati al-Mughirah bin Sa'id, kerana beliau telah membohongi kami .

Ja'far bin al-Husan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad Ibn Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manusia telah menjadi murtad (irtadda al-Nasu) selepas al-Husain melainkan tiga orang: Abu Khalid al-Kabili, Yahya bin Ummu al-Tawil, dan Jubair bin Mut'im, kemudian orang ramai telah memasuki Islam kembali .

Daripadanya daripada Ahmad bin Syazan daripada al-Fadhl bin Syazan daripada Ibn Abu Umair daripada Hisyam bin Salim daripada Abu Abdullah a.s bahawa Jubair bin Sa'id telah menjadi pengikut kepada Ali bin al-Husain a.s. Ali bin al-Husain telah memujinya dan inilah sebab beliau dibunuh oleh al-Hajjaj, beliau adalah seorang yang cekal hati. Diriwayatkan bahawa apabila beliau dibawa di hadapan al-Hajjaj bin Yusuf, maka beliau berkata kepadanya: Anda adalah Syaqiyyun bin Kusair? Beliau berkata: Ibu aku adalah lebih arif dengan nama aku. Beliau telah menamakan aku dengan Sa'id bin Jubair.

Beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang Abu Bakr dan 'Umar adakah mereka berdua di syurga atau di neraka? Beliau berkata: Jika aku telah memasuki neraka dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya.Jika aku telah memasuki syurga, dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya, beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang khalifah-khalifah? Beliau berkata: Aku tidak menjadi wakil mereka, beliau berkata: Siapakah di kalangan mereka yang anda paling mencintainya? Beliau berkata: Orang paling diredai oleh Pencipta aku, siapakah di kalangan mereka yang paling diredai oleh Pencipta? Beliau berkata: Orang yang mengetahui rahsia mereka. Beliau berkata: Anda telah enggan membenarkan aku? Beliau berkata: Ya, aku tidak suka membohongi anda .


Hammad Bin Isa al-Jahani al-Basri

Beliau adalah berasal dari Kufah, telah tinggal di Basrah, hidup selama sembilan puluh tahun lebih, berkecimpung dengan Abu Abdullah a.s, dan mati di Wadi Qanat di Madinah iaitu wadi yang mengalir dari Syajarah ke Madinah. Beliau telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah. Ja'far bin al-Husain al-Mu'mi-rahima-hul-Lahu-telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid daripada Hammad bin Isa berkata: Kami telah memasuki rumah Abu al-Hasan yang pertama a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, doakan untuk aku supaya Allah memberi rezeki kepada aku sebuah rumah, isteri, anak, khadam, dan haji setiap tahun, maka beliau berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, kurniakan kepadanya sebuah rumah, seorang isteri, anak, khadam, dan haji selama lima puluh tahun.

Hammad berkata: Apabila beliau telah mensyaratkan lima puluh tahun, maka aku telah mengetahui bahawa aku tidak boleh mengerjakan haji lebih dari lima puluh tahun, Hammad berkata: Aku telah mengerjakan haji sebanyak empat puluh lapan kali, ini adalah rumahku. Ini ialah isteri aku di balik dinding sedang mendengar percakapanku. Ini adalah anak lelakiku. Ini adalah khadam aku. Maka beliau telah mengerjakan haji selepas percakapan ini dua kali haji, genap lima puluh kali haji, kemudian beliau telah keluar selepas lima puluh kali haji bertemankan Abu al-Abbas al-Naufali al-Qasir. Apabila beliau telah sampai di tempat ihram, beliau telah masuk mandi di wadi, lalu ditenggelami air-rahmatu l-Lahi 'alai-hi - beliau telah mendatanginya selepas beliau mengerjakan haji lebih daripada lima puluh kali. Beliau telah hidup sehingga di zaman al-Ridha a.s, dan telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah, beliau adalah dari Juhainah di bahagian Kufah .


Huraiz Bin Abdullah Dan Ibn Maskan

Daripadanya daripada Haidar bin Muhammad bin Nu'aim, Ja'far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja'far bin Muhammad bin Mas'ud, daripada Muhammad bin Mas'ud al-'Ayasyi, berkata: Ja'far bin Ahmad bin Ayyub telah memberitahu aku daripada al-'Umarki berkata: Ahmad bin Syaibah telah memberitahu aku daripada Yahya bin al-Muthanna daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat daripada Huraiz berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abu Hanifah di sisinya buku-buku yang hampir menghalang di antaranya dan aku, beliau berkata kepada aku: Buku-buku ini semuanya tentang talak dan sumpah (al-Yamin). Beliau mulai membalikkannya dengan dua tangannya, aku berkata: Kami membuat kesimpulan di dalam satu perkataan. Beliau berkata: Apakah dia? Aku berkata: Firman-Nya Surah al-Talaq (65):1 "Hai nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat iddahnyadan hitunglah waktu iddah itu "

Beliau berkata kepada aku: Anda tidak mengamalkan suatu perkara melainkan dengan riwayat? Aku berkata: Ya, beliau berkata kepada aku: Apa pendapat anda tentang hamba mukatib dengan harga seribu dirham, tetapi beliau telah membayar hanya sembilan ratus sembilan puluh sembilan dirham, kemudian beliau telah melakukan perkara yang besar iaitu zina bagaimana anda melakukan had ke atasnya? Aku berkata: Di sisiku mengenainya hadis yang telah diberitahu kepada aku oleh Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja'far a.s bahawa Ali a.s telah memukul dengan tongkat, satu pertiganya, separuhnya, dan setengahnya menurut kadar selayaknya, beliau berkata kepada aku: Sesungguhnya aku akan bertanya anda tentang unta betina yang telah dikeluarkan dari laut? Aku berkata: Jika ia mahu, ia boleh jadi unta betina, dan jika ia mahu, ia boleh menjadi lembu betina, dan jika ia mempunyai sisik, kami memakannya, dan jika tidak, kami tidak memakannya .

Abu al-Nadhar Muhammad bin Mas'ud telah menyebut bahawa Ibn Maskan tidak memasuki rumah Abu Abdullah a.s, kerana khuatir beliau tidak dapat memberi penghormatan sepenuhnya kepada Abu Abdullah a.s. Beliau hanya mendengar daripada para sahabatnya, dan enggan berjumpa dengannya, kerana menghormatinya, Yunus bin Abd al-Rahman telah menyebut bahawa Ibn Maskan seorang lelaki mukmin. Beliau telah menyambut para sahabatnya apabila mereka datang kepadanya, dan mengambil apa (ilmu) yang ada di sisi mereka .

Huraiz bin Abdullah telah berpindah ke Sajistan dan dibunuh di sana. Dan sebab pembunuhannya, kerana beliau mempunyai sahabat yang sependapat dengannya, kebanyakan penduduk di Sajistan adalah Khawarij. Para sahabat Huraiz telah mendengar daripada mereka cacian terhadap Amir al-Mukminin a.s, lalu mereka memberitahu Huraiz dan mereka meminta beliau membunuh mereka yang mencaci Amir al-Mukminin a.s, maka beliau telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukannya.

Justeru Khawarij mendapati pembunuhan selepas pembunuhan berlaku terhadap mereka. Walaupun begitu mereka tidak mengesyaki syi'ah melakukannya disebabkan sedikit bilangan mereka. Mereka mencari kaum Murjiah dan memerangi mereka. Keadaan sedemikian berterusan sehingga mereka dapat mengesan Huraiz, lalu mereka menentang syi'ah. Lantaran itu, para sahabat Huraiz telah berkumpul kepada Huraiz di masjid, dan mereka telah menipu khawarij di masjid, dan menukarkan buminya-rahima-humu l-Lahu- .


Pimpinan Imam Dua Belas A.S

Abu Ja'far Muhammad bin Ahmad al-'Alawi berkata: Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya Ibrahim bin Hasyim daripada Hammad bin Isa daripada bapanya daripada al-Sadiq a.s berkata: Salman al-Farisi-rahmatu l-Lahi 'alai-hi-berkata: Aku telah melihat al-Husain bin Ali a.s di bilik Nabi s.a.w di dalam keadaan beliau s.a.w sedang mengucup dua matanya, dan dua bibir mulutnya sambil bersabda: Anda adalah sayyid bin sayyid bapa kepada sayyid-sayyid, anda adalah Hujjah bin hujjah bapa kepada hujjah-hujjah, anda adalah imam bin imam, dan bapa kepada sembilan imam daripada keturunan anda, dan yang kesembilan mereka adalah qaim mereka (anta sayyid bin sayyid abu sadah, anta hujjah ibn hujjah abu hujajin, anta al-Imam ibn al-Imam abu al-Aimmah al-Tis'ah min salbi-ka, tasi 'u-hum qaimu-hum ) 

Beliau berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin Ma'qal al-Qarmisini telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin Abdullah al-Misri telah memberitahu kami, berkata: Ibrahim bin Mahzam telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang daripada keluarga aku adalah mereka yang telah dikurniakan Allah kefahamanku, dan ilmuku, mereka telah diciptakan daripada tanahku (tinat-i). Maka neraka wail bagi mereka yang mengingkari hak mereka selepasku, mereka yang memutuskan pada mereka perhubungan aku (silat-i), Allah tidak akan memberi mereka syafaat aku .

Abu al-Hasan Muhammad bin Ma'qal telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin 'Asim telah memberitahu kami, berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Marzuq daripada 'Amir al-Sarraj daripada Sufyan al-Thauri daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab berkata: Aku telah mendengar Huzaifah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika keluarnya al-Qaim seorang penyeru dari langit menyeru: Wahai manusia, diputuskan daripada kamu masa penguasa-penguasa zalim, dan urusan pemerintahan akan dipimpin oleh sebaik-baik umat Muhammad s.a.w. Justeru sertailah beliau di Makkah, kemudian al-Nujaba' (mereka cerdik) dari Mesir, dan al-Abdal (perkasa) dari Syamdan al- 'Asaib (cekal) dari Iraq.

Di waktu malam seperti rahib, dan di waktu siang seperti singa jantan. Hati mereka seperti besi. Maka mereka akan memberi baiah kepadanya di antara Rukn dan Maqam, Umar bin al-Hasin berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, beritahukan kami tentang lelaki ini? Beliau s.a.w bersabda: Beliau adalah seorang lelaki daripada anak al-Husain seolah-olah beliau di kalangan lelaki Syanwah di Yaman, memakai dua kain daripada kapas, namanya sepertilah nama aku, dan pada masa itu, burung-burung akan menetas di sangkar-sangkarnya, dan ikan-ikan paus di laut-lautnya, sungai-sungai akan mengalirkan air yang banyak, mengeluarkan mata air, bumi akan menjadi subur, pendapatan yang berganda, kemudian Jibrail akan berjalan di hadapannya, dan di belakangnya Israfil. Bumi akan dipenuhi keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman .

Beliau berkata: Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalasi daripada al-Mundhir bin Muhammad daripada al-Nasr bin al-Sanadi daripada Abu Daud Sulaiman bin Sufyan al-Mustariq daripada Tha'labah bin Maimun daripada Malik bin al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah. Sa'd bin Abdullah berkata: Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab al-Kufi telah memberitahu kami, berkata: Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami daripada Tha'labah bin Maimun daripada Malik al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapati beliau sedang mengetukkan tanah dengan kayu (yankutu). 

Aku berkata : Wahai Amir al-Mukminin, aku melihat anda sedang berfikir mengetukkan tanah, adakah kehendak anda sendiri melakukannya? Beliau berkata: Tidak, demi Tuhan, aku tidak menghendakinya, mahu pun dunia ini walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang maulud (anak kelahiran) daripada zuriat kesebelas daripada anak lelaki aku iaitu al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman, akan dipenuhi kehairanan dan ghaib, akan sesat sebahagian kaum dan akan mendapat hidayat sebahagian yang lain, aku berkata: Adakah ini akan terjadi? Beliau berkata: Ya, sebagaimana ia dijadikan. Maka di manakah kedudukan anda di dalam perkara ini wahai Asbagh? Mereka itu adalah pilihan umat ini bersama-sama pilihan terbaik keluarga ini, aku berkata: Apakah akan berlaku selepas itu? Beliau berkata: Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, kerana bagi Allah iradat, permulaan dan matlamat yang banyak .