Sambungan

Pohon Hajat Kepada Hati Yang Pemurah

Daripada al-Sadiq Ja'far bin Muhammad a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan rahmat pada hati makhluk-Nya yang pemurah (qulubu-ruhama'). Justeru pohonlah hajat daripada mereka dan janganlah memohon hajat daripada mereka yang keras hati (al-Qasiyatu qulubu-hum), kerana Allah telah memasukkan kemarahan-Nya pada mereka (ahalla ghadhaba-hu bi-him ).
Beliau a.s berkata: Sesiapa yang telah mengaibkan saudaranya dengan satu keaiban, maka beliau adalah daripada ahli neraka.


Mengenai Kebaikan

Daripadanya a.s berkata: Lakukanlah kebaikan (al-Ma'ruf) kepada ahlinya dan kepada yang bukan ahlinya, kerana jika ia bukan ahlinya, maka anda adalah ahlinya.

Rasulullah s.a w bersabda: Setiap kebaikan (ma'ruf )itu adalah sedekah, penunjuk kepada kebaikan itu adalah seperti pelakunya. Dan Allah suka menolong mereka di dalam kesusahan.

Al-Baqir a.s berkata: Membuat baik menolak kejadian buruk.

Al-Sadiq a.s berkata: Ahli kebaikan di dunia adalah ahli kebaikan di akhirat. Ada orang berkata kepada mereka: Dosa-dosa telah diampuni, maka berilah kebaikan kamu kepada siapa yang kamu kehendakidan kebaikan adalah wajib di atas setiap orang dengan hatinya, lidahnya, dan tangannya. Lantaran itu, siapa yang tidak mampu membuat kebaikan dengan tangannya, maka dengan hati dan lidahnya dan jika beliau tidak mampu dengan ladahnya , maka dengan hatinya.

Al-Sadiq a.s berkata: Allah melaknati orang yang memutus jalan kebaikan, iaitu seorang lelaki yang dilakukan kebaikan kepadanya, lalu beliau menutupinya, kemudian menegah sahabatnya melakukan kebaikan kepada orang lain .


Abu Talib Seperti Penghuni-Penghuni Gua

Al-Sadiq a.s berkata: Umpama Abu Talib seperti penghuni-penghuni gua (ashab al-Kahfi), mereka telah menyembunyikan keimanan dan melahirkan syirik, maka Allah memberi pahala kepada mereka dua kali . 


Mimpi Yang Benar

Beliau a.s berkata: Apabila seorang di dalam kemaksiatan kepada Allah s.w.t dan Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah memperlihatkan di dalam mimpinya perkara yang menakutkannya, lalu beliau meninggalkan maksiat itu dan sesungguhnya mimpi yang benar itu adalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian daripada kenabian .


Pelaksanaan Amanah

Al-Sadiq a.s berkata: Laksanakan amanah kepada yang baik dan yang jahat, jika pembunuh Ali a.s memberi amanah kepada aku, nescaya aku menunaikannya dan beliau berkata: Laksanakan amanah sekalipun kepada pembunuh al-Husain bin Ali a.s .


Ketaatan Kepada Ahlu l-Bait A.S

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kamu kecintaan dan kepatuhan(muwalati-na) kepada kami dan memfardukan ke atas kamu ketaatan kepada kami. Sesiapa yang daripada kami, maka hendaklah ia mengikuti kami. Sesungguhnya keadaan kami adalah warak, ijtihad, menunaikan amanah kepada yang baik dan jahat, silaturahim, menghormati tetamu, memaafi orang yang jahat kepadanya. Sesiapa yang tidak mengikuti kami, maka beliau bukanlah daripada kamidan beliau berkata: Janganlah kamu bertindak bodoh, kerana para imam kamu bukanlah mereka yang bodoh .


Hamba Allah Tercinta

Al-Husain bin Abu al-'Ala' berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Hamba yang paling dicintai Allah adalah hamba yang benar di dalam percakapannya, menjaga solatnya dan menunaikan amanah Allah ke atasnya, kemudian beliau berkata: Sesiapa yang telah diamanahkan kepadanya, kemudian beliau menunaikannya, maka beliau telah menyelesaikan seribu simpulan dari tengkuknya daripada simpulan-simpulan api neraka. Justeru bersegeralah kamu menunaikan amanah, kerana setiap orang yang menyimpan amanah, iblis akan mewakilkan seratus syaitan di kalangan pembantu-pembantunya bagi menyesatkannya dan membuatkannya menjadi waswas sehingga mereka membinasakannya melainkan mereka yang dipelihara Allah .


Ketakjuban Diri

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengetahui bahawa dosa itu adalah lebih baik bagi mukmin daripada ketakjuban diri. Jika ianya tidak sedemikian, Allah tidak akan menguji mukmin dengan dosa selama-lamanya . 


Pengabaian Hak

Ismail bin Jabir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Tiada seorang mukmin yang telah mengabaikan satu hak yang wajib ke atasnya, melainkan beliau akan diberikan kepadanya kebatilan dua kali ganda seumpamanya. Tiada seorang mukmin yang menegah dari menolong saudaranya muslim atau tidak berusaha untuk mendapatkan hajatnya yang terlaksana atau akan dilaksanakan, melainkan Allah mengujinya dengan menunaikan hajat orang yang menderhaka-Nya dan tidak akan diberi pahala kepadanya dan tiada seorang hamba yang bakhil membelanjakan hartanya pada keredaan Allah melainkan beliau diuji membelanjakannya berlipat ganda pada jalan kemurkaan Allah .

Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hikam daripada Hisyam bin Salim berkata: Aku telah berkata kepada al-Sadiq a.s: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah gerangan mukmin apabila beliau berdoa kadangkala dimakbulkan doanya dan kadangkala tidak dimakbulkan doanya sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Mukmin (40): 60 "Dan Tuhan kamu berfirman" Berdoalah kepadaku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu"


Sebab Kemustajaban Doa Dan Sebaliknya

Beliau a.s berkata: Sesungguhnya seorang hamba apabila beliau berdoa kepada Allah a.w dengan niat yang benar dan hati yang ikhlas, akan dimakbulkan baginya selepas kesetiaannya dengan janji Allah a.w, dan apabila beliau berdoa kepada Allah tanpa niat ikhlas, maka doanya tidak akan dimakbulkan untuknya, tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) :40 " dan penuhilah janjimu kepadaKu, nescaya Aku penuhi janjiKu". Lantaran itu siapa yang memenuhi janjinya, akan dipenuhi janjinya .

Al-Ridha a.s berkata: Sesiapa yang mencampakkan baju kemaluan, maka tiada umpatan baginya .

Beliau a.s berkata: Sesiapa yang mempertarungkan Allah dengan sumpah yang bohong, maka Allah terlepas daripadanya . 

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah melaksanakan hak orang yang tidak melaksanakan hak-Nya seolah-olah beliau telah menyembahnya selain daripada Allah .

Beliau a.s bersabda: Berkhidmatlah untuk saudara anda, jika beliau meminta anda berkhidmat kepadanya, jika tidak, tiada karamah bagi anda. Ada orang bertanya: Adakah aku memperkenalkan diri aku kepada orang yang tidak mengenali aku? Beliau berkata: Tiada karamah . 

Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik manusia adalah orang ramai dapat mengambil faedah daripadanya. Sejahat-jahat manusia adalah orang ramai terseksa dengannya dan yang lebih jahat daripada itu adalah orang yang dihormati oleh orang ramai kerana takutkan kejahatannya dan yang paling jahat daripada itu adalah orang yang telah menjual agamanya dengan dunia orang lain .

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang telah bertambah keilmuannya tentang Allah dan bertambah cinta kepada dunia, akan bertambah jauh daripada Allah dan Allah pula menambahkan kemarahan ke atasnya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Jika dunia ini di sisi Allah disamakan dengan sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak berpeluang meminum airnya.

Al-Sadiq a.s berkata: Bapa aku a.s berkata:Manakah suatu yang lebih buruk dari kemarahan (al-Ghadhab)! Sesungguhnya seorang lelaki apabila beliau marah, akan membunuh orang lain dan menuduh muhsanah.

Abu al-Hasan Musa bin Ja'far a.s berkata: Bukan daripada kami orang yang tidak menghisab dirinya pada setiap hari, jika beliau melakukan kebaikan, maka beliau memohon Allah menambahkan kebaikan kepadanya dan memuji-Nya. Jika beliau melakukan kejahatan, maka beliau memohon ampun kepada Allah dan bertaubat.

Daripada Abu Ja'far al-Baqir a.s: Tiada seorang hamba mukmin melainkan pada hatinya titik putih. Jika beliau melakukan dosa, maka warna hitam akan keluar dari titik itu. Jika beliau berterusan di dalam dosa, titik hitam akan meluas sehingga ia menutupi titik putihdan pelakunya tidak akan kembali kepada kebaikan selama-lamanya iaitu firman Allah di dalam Surah al-Mutaffifin (83):14 "Sekali-kali tidak (sedemikian),sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka".

Amir al-Mukminin a.s berkata: Tiada kebaikan pada perkataan melainkan dengan amal, tiada kebaikan pada pemandangan melainkan dengan kemampuan menggambarkannya. Tiada kebaikan pada harta melainkan bersama dermawan. Tiada kebaikan pada kebenaran melainkan bersama kesetiaan. Tiada kebaikan pada fahaman (al-Fiqh ) melainkan bersama warak. Tiada kebaikan pada sedekah melainkan bersama niat. Tiada kebaikan pada kehidupan melainkan bersama kesihatan. Tiada kebaikan pada negara melainkan bersama keamanan, dan kemudahan.


Sifat Akal Dan Kejahilan

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mencipta akal, Dia berfirman kepadanya: Datang ke sini, maka ia datang. Dia berfirman kepadanya: Undur ke belakang, maka ia berundur. Kemudian Dia berfirman: Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku tidak mencipta makhluk yang lebih mulia daripada kamu dan Aku menyokong orang yang Aku mencintainya dengan kamu" .

Beliau a.s berkata: Empat sifat yang membolehkan seorang itu menjadi ketua: Kehormatan diri ('iffah), adab, dermawan dan akal.

Beliau a.s berkata: Empat tabiat yang paling istimewa: Akal yang beribadat, percakapan yang paling dipercayai adalah ilmu, habuan yang paling mulia adalah hikmat dan simpanan yang paling baik adalah kebaikan.

Beliau a.s berkata: Akal menyelam di dalam percakapan, kemudian ia mengeluarkannya dari rahsia dada sebagaimana seorang penyelam menyelami lautan yang dalam bagi mendapatkan mutiara .


Kesempurnaan Akal Pada Tiga Perkara

Beliau a.s berkata: Kesempurnaan akal pada tiga perkara: Tawaduk kepada Allah, keyakinan yang bertepatan dan diam untuk kebaikan. 


Kejahilan Pada Tiga Perkara

Beliau a.s berkata: Kejahilan pada tiga perkara: Takbur, kemegahan dan kejahilan dengan Allah, maka mereka itu adalah mereka yang rugi .

Beliau a.s berkata: Allah telah mencipta akal dari empat perkara:Ilmu, kekuasaan, cahaya dan kehendak dengan perintah. Maka Allah telah menjadikannya sentiasa berdiri dengan ilmu di alam malakut.

Beliau a.s berkata: Akal seorang lelaki akan bertambah selepas empat puluh tahun kepada lima puluh dan enam puluh tahun. Kemudian akalnya akan berkurangan selepas itu.

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada Adam a.s tiga perkara supaya beliau memilih satu daripadanya: Akal, malu (al-Haya') dan kemurahan hati (al-Sakha'), lalu beliau memilih akal, maka Jibrail a.s berkata kepada malu dan kemurahan hati: Naiklah kamu berdua, lalu mereka berdua berkata: Kami diperintahkan supaya tidak berpisah dengan akal.

Al-Sadiq a.s berkata: Apabila anda ingin menguji akal seseorang lelaki di dalam satu majlis, maka bercakaplah kepadanya di celah-celah percakapan anda dengan perkara yang tidak akan berlaku, jika beliau mengingkarinya, maka beliau adalah seorang yang berakal. Jika beliau membenarkannya, maka beliau adalah seorang yang bodoh (ahmaq ) .

Beliau a.s berkata: Apabila Allah mahu menghilangkan daripada seorang hamba nikmat, maka perkara pertama yang Dia akan mengubahkannya adalah akalnya .

Al-Sadiq a.s berkata: Orang yang berakal tidak digigit dua kali pada satu tempat.

Amir al-Mukminin a.s berkata: Manusia adalah musuh kepada apa yang dia tidak tahu .

Al-Baqir a.s berkata: Roh adalah tiang agama ('imad al-Din), ilmu adalah tiang roh dan keterangan (al-Bayan)adalah tiang ilmu. 


Kelebihan Ilmu

Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang yang beribadat tanpa memahaminya adalah seperti keldai memusingkan kisaran angin. Dua rakaat daripada seorang yang alim adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat daripada seorang yang jahil, kerana orang yang alim didatangi fitnah, lalu beliau keluar dari fitnah dengan ilmunya. Sementara fitnah mendatangi orang yang jahil, lalu membinasakannya. Sedikit amalan bersama ilmu yang banyak adalah lebih baik dari banyak amalan bersama ilmu yang sedikit, syak dan syubhah.

Al-Baqir a.s berkata: Perbincangan ilmu (tadhakur)satu jam itu adalah lebih baik dari Qiyam al-Lail .

Beliau a.s berkata: Jika anda duduk di sisi seorang yang alim, maka hendaklah anda mendengar dengan lebih berhati-hati dan berkata: Belajarlah pendengaran yang baik sebagaimana anda mempelajari percakapan yang baik dan janganlah anda memotong percakapan seorang .

Al-Ridha a.s berkata: Janganlah anda menguji ulama, nescaya mereka akan menolak anda, janganlah anda menguji mereka yang jahil, kerana mereka tidak mengetahui anda.

Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang sabar ke atas apa yang mendatanginya, maka beliau adalah seorang yang lemah lembut, Luqman berkata: Musuh yang halim (lemah lembut) adalah lebih baik daripada sahabat yang bodoh.

Al-Sadiq a.s berkata: Tiada harta yang lebih berharga dari akal, tiada musibah yang lebih besar dari kejahilan, tiada demonstrasi yang lebih dipercayai dari mesyuarat, tiada warak yang lebih dari menahan diri, tiada ibadat seperti tafakur. Tiada pemimpin yang lebih baik dari taufik, tiada sahabat yang lebih baik dari akhlak yang mulia dan tiada warisan yang lebih baik dari adab .


Tiga Orang Tidak Dikenali

Luqman berkata: Tiga orang tidak dikenali melainkan pada tiga tempat: Seorang yang lemah lembut (al-Halim ) tidak dikenali melainkan ketika marah, tidak dikenali seorang yang berani melainkan di dalam peperangan dan anda tidak mengenali saudara anda melainkan ketika anda memerlukannya . 


Akulah Yang Telah Membatalkan Sihir

Abu Ja'far al-Mansur telah berkata kepada pengawalnya: Utuskan kepada Abu Abdullah, lalu beliau mengutus kepadanya. Beliau berdiri sehingga Abu Abdullah a.s masuk. Apabila beliau a.s melihat Abu Ja'far al-Mansur dan pengawal-pengawalnya telah bersedia untuknya, lantas beliau mengangkat tangannya ke langit, kemudian beliau telah bercakap dengan percakapan sebahagiannya nyaring dan sebahagiannya perlahan. Beliau berkata: Celaka kamu! Akulah yang telah membatalkan sihir bapa-bapa kamu pada masa Musa dan akulah yang membatalkan sihir kamu, kemudian beliau menyeru dengan suaranya yang nyaring: Qiswarah! Lantas beberapa ekor singa telah melompat ke arah Abu Ja'far al-Mansur dan mengepung tempatnya. Lantas beliau terjatuh dari singgahsananya sambil berkata: Maafkan aku, demi Allah, aku tidak akan mengulanginya lagi, beliau a.s berkata: Aku telah memaafkan anda.
Beliau berkata: Singa-singa itu telah kembali ke tempatnya. Beliau berkata: Jika tongkat Musa dikembalikan, maka singa-singa itu akan kembali lagi.


Riwayat Abd al-'Azim Tentang Abu al-Hasan al-Ridha A.S

Diriwayatkan daripada Abd al-'Azim daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Wahai Abd al-'Azim, sampaikan salam aku kepada para wali aku dan katakan kepada mereka: Janganlah mereka menjadikan jalan bagi syaitan menguasai mereka. Perintahkan mereka dengan kebenaran di dalam percakapan dan pelaksanaan amanah. Perintahkan mereka supaya diam dan meninggalkan pertengkaran yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan mereka adalah lebih dekat kepada aku. Jangan menyibukkan diri mereka untuk perpecahan. Aku bersumpah bahawa sesiapa yang melakukannya dan memarahi salah seorang wali aku, maka aku akan menyeru Allah supaya mengazabkannya di dunia dan di akhirat termasuk mereka yang rugi. Beritahukan mereka bahawa Allah telah mengampuni orang yang baik di kalangan mereka dan akan mengampuni yang jahat mereka melainkan orang yang syirik dengan-Nya atau menyakiti seorang daripada wakil-wakil aku atau menyembunyikan kejahatan terhadapnya. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuninya sehingga beliau bertaubat. Jika tidak, roh imannya akan dicabut dari hatinya, dan terkeluar dari wilayah aku, tiada baginya habuan di dalam wilayah kami dan aku berlindung dengan Allah dari demikian itu .


Pendapat Falsafah

Sa'd bin Abdullah daripada sebahagian sahabatnya berkata: Seorang falsafah telah mengikuti seorang falsafah yang lain sejauh tujuh ratus farsakh . Manakala beliau bertemu dengannya, berkata: Tiada yang lebih tinggi dari langit? Tiada yang lebih luas dari bumi? Tiada yang lebih kaya dari laut? Tiada yang lebih keras dari batu? Tiada yang lebih panas dari api? Tiada yang lebih sejuk dari Zamharir? Tiada yang lebih berat dari bukit? Beliau berkata: Kebenaran adalah lebih tinggi dari langit. Keadilan adalah lebih luas dari bumi, kekayaan jiwa adalah lebih kaya dari kekayaan laut, hati orang kafir adalah lebih keras dari batu. Orang yang tamak adalah lebih panas dari api, putus asa daripada orang yang terdekat itu adalah lebih sejuk dari Zamharir. Pembohongan ke atas orang yang bersih adalah lebih berat dari bukit . 


Kelebihan Malu, Amanah Dan Rahmat

Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Perkara yang pertama yang dicabut daripada seorang hamba adalah perasaan malu. Lantaran itu beliau akan menjadi pemarah, kemudian Allah mencabut daripadanya amanah. Lantaran itu beliau menjadi seorang pengkhianat, kemudian Allah mencabutkan daripadanya rahmat, lantaran itu beliau menjadi seorang yang kasar, kemudian Dia mencabut agama Islam dari tengkuknya. Lantaran itu, beliau menjadi syaitan yang dilaknati


Kelebihan Amir al-Mukminin A.S

Ali bin Abbas daripada Salih bin Hamzah daripada Hasan bin Abdullah daripada al-Sadiq a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkhutbah dan berkata: Wahai manusia, bertanyalah kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku, wahai manusia, akulah hati Allah yang sedar (al-Wa'i), lidah-Nya yang bercakap (lisanu-hu al-Natiq), penjaga amanah kepada rahsia-Nya, hujah-Nya ke atas makhluk-Nya, khalifah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya, mata-Nya yang melihat kepada makhluk-Nya, tangan-Nya yang terbuka dengan kasihan belasdan rahmat, agama-Nya di mana tidak akan membenarkan aku melainkan keimanan semata-mata dan tidak membohongi aku melainkan kekafiran semata-mata . 

Daripada al-Husain bin al-Hasan, daripada Bakr bin Salih daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Aku adalah penunjuk dan pemberi petunjuk, bapa anak-anak yatim, suami kepada ibu-ibu tunggal dan mereka miskin, aku adalah tempat berlindung setiap orang yang lemah, tempat keamanan bagi setiap yang takut, aku adalah pemimpin mukminin ke syurga. 

Aku adalah tali Allah yang kukuh. Akulah ikatan Allah yang kukuh, aku adalah mata Allah, lidah-Nya yang benar dan tangan-Nya, akulah junbu Allah di mana jiwa akan berkata: Alangkah dukacitanya aku di atas apa yang aku melakukannya pada junbu Allah, akulah tangan Allah yang terbuka ke atas hamba-Nya dengan rahmat dan keampunan

Akulah pintu taubat. Sesiapa yang telah mengenali aku dan mengetahui hak aku, maka sesungguhnya beliau telah mengenali Tuhannya, kerana aku adalah wasi nabi-Nya di bumi-Nya dan hujah-Nya ke atas hamba-Nya. Tiada seorang pun yang boleh mengingkarinya selain daripada orang yang menolak Allah dan Rasul-Nya .

Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan daripada kami orang yang menghina amanah-iaitu orang yang memakannya apabila beliau menyimpannya dan bukanlah daripada kami orang yang telah mengkhianati seorang muslim pada keluarganya dan hartanya .

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah mentaati Allah, maka sesungguhnya beliau telah mengingati Allah sekalipun solatnya, puasanya dan tilawah al-Qur'annya berkurangan. Sesiapa yang telah menderhaka kepada Allah, maka sesungguhnya beliau telah melupai Allah sekalipun solatnya, puasanya, tilawah al-Qur'annya bertambah banyak.

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah meninggalkan maksiat, kerana takutkan Allah, maka Allah meredainya pada hari Kiamat.

Beliau s.a.w bersabda: Sekiranya ramalan jahat pada sesuatu, maka ianya di lidah.

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah berusaha mencari harta tidak halal, maka tempat kembalikannya di neraka.

Beliau s.a.w bersabda:Allah berfirman: Sesiapa yang tidak pedulikan dari pintu manakah beliau mendapatkan dinar dan dirham, maka Aku tidak pedulikannya pada hari Kiamat nanti dari pintu manakah Aku akan memasukkannya ke neraka.