Sambungan

Sesiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Maka Beliau Telah Mati Sebagai Seorang Jahiliah

Daripada 'Umar bin Yazid, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesiapa yang telah mati tanpa imam, maka beliau telah mati sebagai seorang jahiliah; imam hidup yang beliau mengetahuinya. Maka aku berkata: Aku tidak mendengar bapa anda menyebutnya, iaitu imam yang hidup. Beliau berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah(man mata wa-laisa la-hu imam yasma'u la-hu wa yuti'u mata maitatan jahiliyyatan) .

Daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah . Beliau berkata: Aku berkata: Imam yang hidup, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau berkata: Imam yang hidup (imam hayyun).

Daripada Daud al-Raqiy daripada hamba yang soleh(Khidir a.s) berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri bagi Allah ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali .


Khazanah Bumi Dan Anak Kuncinya Untuk Para Imam

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada 'Umar bin Abd al-Aziz daripada seorang lelaki daripada al-Husain bin Ahmad al-Khaibari daripada Yunus bin Zabyan, Mufadhdhal bin 'Umar, Abu Salmah al-Sarraj, dan al-Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah mereka berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s berkata: Bagi kami khazanah bumi dan segala anak kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku akan menendang dengan salah satu kaki aku ke tanah supaya bumi mengeluarkan emas, kemudian beliau telah menendang dengan salah satu kakinya, maka beliau telah menggariskannya di tanah satu garisan (khattan), maka tanah itu terbuka. 

Kemudian beliau memukul dengan tangannya, lalu terkeluar jongkong emas, lalu beliau telah mengambilnya. Beliau berkata: Lihatlah padanya dengan baik sehingga kamu tidak mengesyakinya, kemudian beliau berkata: Lihatlah ke dalam tanah, tiba-tiba jongkong emas bertimbun-timbun banyaknya bersinar-sinar, sebahagian daripada kami berkata kepadanya: Kamu telah dikurniakan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu sedangkan syi'ah kamu masih berhajat? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan syi'ah kita dunia dan akhirat, dan akan memasukkan mereka syurga-syurga-Nya (wa yudkhilu-hum jannati al-Na'im), dan memasukkan musuh kita neraka Jahim (wa yudkhilu 'aduwwa-na nar al-Jahim ) .

Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-'Atar daripada bapanya daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi, berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu kami daripada Muni', daripada Mujasyi' daripada al-Mu'alla daripada Muhammad bin al-Faidh daripada Muhammad bin Ali as. Berkata: Tongkat Musa pada asalnya adalah milik Adam, kemudian telah jatuh kepada Syu'aib. Kemudian kepada Musa, dan sesungguhnya tongkat itu di sisi kami sekarang, ia berwarna hijau seperti dahulu ketika ia dicabut dari pohonnya, ia akan bercakap, jika diminta berbuat demikian. Ia disediakan untuk al-Qaim kita, beliau akan melakukannya sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia adalah menakutkan, dan akan menelan apa saja yang diperintahkan kepadanya, ia membuka dua bibir mulutnya; salah satunya di bumi, dan yang satu lagi ke atas dengan jarak empat puluh hasta, ia akan mematuk mangsanya dengan lidahnya .

Ahmad bin Muhammad, dan Fidhalah daripada Abu Basir, dan Zararah daripada Abu Ja'far a.s: Asif hanya melihat di belakang dan di hadapannya sekelip mata sahaja, kemudian beliau melihat kepada Sulaiman, kemudian beliau menghulurkan tangannya, maka beliau mendapatinya di hadapannya.

Ali bin Mihziyar menyebutnya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Hammad bin 'Uthman daripada Zararah, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sahabat Sulaiman tidak lebih dari menggerakkan anak jari tangannya begini, maka beliau dapat membawa singgahsana ratu Saba'. Hamraan berkata kepadanya: Bagaimana ini -aslaha-ka l-Lahu- Beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku berkata: Sesungguhnya bumi ini dilipatkan untuknya apabila beliau mahu melipatkannya (Inna al-Ardh tuwiyat lahu idha aradha tawa-ha).


Mukjizat Ali Bin Musa al-Ridha A.S

Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim berkata: Ibrahim bin Musa telah memberitahu kepada aku, berkata: Aku telah berkali-kali meminta sesuatu daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau menjanjikannya kepada aku. Pada suatu hari beliau telah keluar menyambut gabenor Madinah, dan aku telah berada bersama-samanya.

Lalu beliau datang berdekatan kota polan, dan turun di bawah pohon-pohon, dan aku telah turun bersama-samanya serta tiada orang yang ketiga bersama-sama kami. Aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda di dalam perayaan ini yang telah merahmati kita, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lantas beliau memecahkan tanah dengan tongkatnya dengan kuat, kemudian beliau memukulnya dengan tangannya, kemudian beliau telah mengambil darinya satu jongkong emas sambil berkata: Gunalah untuk faedah anda, dan sembunyikan apa yang anda telah melihatnya (Fa-tanawala-ha sabikata dhahabin fa-qala:Istanfi' bi-ha wa- ktum ma ra'ai-ta) 


Mukjizat Amir al-Mukminin A.S

'Umru bin Ali bin 'Umar bin Yazid daripada Ali bin Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di Masjid Kufah, maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan mereka itu, dan tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir kami mahu dunia, tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau memegang segenggam anak batu, maka tiba-tiba ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini? Aku berkata: Ini adalah permata yang bermutu. Beliau berkata: Jika kami menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak menghendakinya. Kemudian beliau melontarnya, maka ia kembali menjadi anak batu .

Ali bin Ibrahim al-Ja'fari telah memberitahu kepada aku berkata:Abu al-Abbas telah memberitahu kepada aku daripada Muhammad bin Sulaiman al-Hadha' al-Basri daripada seorang lelaki daripada al-Hasan bin Abu al-Hasan al-Basri berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada kami dan aku pada masa itu adalah seorang kanak-kanak yang sudah baligh, maka beliau telah memasuki rumahnya-Hadis adalah panjang-Kemudian beliau keluar dan diikuti oleh orang ramai, apabila sampai di al-Jabanah, beliau telah turun lalu dikelilingi oleh orang ramai, kemudian beliau telah menggaris dengan tongkatnya satu garisan, maka beliau telah mengeluarkan satu dinar.

Kemudian beliau telah menggariskan satu garisan yang lain, lalu beliau mengeluarkan satu dinar sehingga beliau telah mengeluarkan tiga dinar, kemudian beliau telah membalikkannya dengan tangannya sehingga orang ramai telah melihatnya. Kemudian beliau mengembalikannya, dan menanamnya semula dengan ibu jarinya, dan beliau berkata: Ia akan menguji orang yang baik dan jahat selepas aku. Kemudian beliau telah menaiki baghal betina Rasulullah s.a.w, dan kembali ke rumahnya, lalu kami telah mengambil alamat dan kami kembali ke tempat tadi, kami telah menggalinya sehingga kami sampai ke tempat yang keras, tetapi kami tidak mendapatinya, ada orang berkata kepada al-Hasan: Wahai Abu Sa'id, apakah anda melihat sedemikian daripada Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Adapun aku, maka aku tidak mengetahuinya bahawa perbendaharaan bumi tersembunyi melainkan kepada orang sepertinya.


Al-Kumait Dan Abu Ja'far A.S

Daripadanya berkata: Al-Husain bin Ahmad bin Muslimah al-Lu'-lu' telah memberitahu kami daripada Muhammad al-Muthanna daripada bapanya daripada Uthman bin Yazid daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s: Aku telah datang kepadanya, lalu aku telah mengadu kepadanya hajat aku, beliau berkata: Wahai Jabir, kami tidak memiliki walaupun satu dirham.

Beliau berkata: Aku tidak menunggu lama sehingga al-Kumait datang kepadanya, dan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku mengemukakan qasidah untuk anda? Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, maka beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham, dan bayarkan kepada al-Kumait, kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan ku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang lain pula? 

Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan kepadanya qasidah yang lain pula. Beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, lalu budak itu telah membayarnya kepada al-Kumait. Kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang ketiga? Beliau berkata kepadanya: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, beliau a.s berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, maka al-Kumait berkata kepadanya: Demi Allah, aku bukanlah memuji kamu kerana dunia yang aku menuntut daripada kamu. Aku tidak kehendaki demikian itu selain mahukan perhubungan dengan Rasulullah s.a.w, dan apa yang Allah telah mewajibkannya bagi kamu ke atasku tentang kebenaran.

Beliau berkata: Abu Ja'far a.s telah menyerunya dan berkata: Wahai budak, kembalikannya kepada tempatnya. Jabir berkata: Aku telah mendapati sesuatu pada diri aku, dan aku berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku tidak memiliki walaupun satu dirham sedangkan beliau telah memerintahkan untuk al-Kumait tiga puluh ribu dirham? Beliau berkata: Wahai Jabir, berdirilah, maka masuklah rumah itu.

Beliau berkata: Aku pun berdiri dan memasuki rumah itu, maka aku tidak mendapati di dalamnya sesuatu, lalu aku keluar kepadanya, maka beliau berkata kepada aku: Kami tidak menyembunyikan sesuatu daripada kamu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, lalu beliau memasukkan aku di dalam rumah itu, kemudian beliau telah menendang dengan kakinya, tiba-tiba emas seperti tengkuk unta telah keluar, maka beliau berkata kepada aku: Wahai Jabir, lihatlah kepada ini, dan janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun melainkan kepada orang yang anda percaya di kalangan saudara-saudara anda. Sesungguhnya Allah telah memberikan kami kemampuan untuk melakukan apa yang kami kehendaki (Inna l-Laha qad aqdara-na 'ala ma nuridu). Jika kami kehendaki, nescaya kami menerajui bumi keseluruhannya .


Dialog Amir al-Mukminin A.S Dengan Abu Bakr

Sa'd berkata: 'Ubbad bin Sulaiman telah memberitahu kepada kami daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman daripada 'Uthaim bin Aslam daripada Mu'awiyah bin 'Ammar al-Duhni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Bakr telah mendatangi Ali a.s, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah memberitahu kepada kami tentang urusan anda selepas hari wilayah, aku naik saksi bahawa anda adalah maulaku mengakui wilayah anda.

Aku telah memberi salam kepada anda pada masa Rasulullah sebagai pemimpin mukminin (bi-imrati l-Mu'minin), dan Rasulullah s.a.w telah memberitahu kami sesungguhnya anda adalah wasinya, pewarisnya dan khalifahnya pada ahlinya dan perempuan-perempuannya (akhbara-na rasulullah anna-ka wasiyyu-hu wa warisu-hu wa khalifatu-hu fi-ahli-hi wa nisa'i-hi), tetapi beliau tidak memberitahu kami bahwa anda khalifahnya selepasnya (wa lam yukhbir-na bi-anna-ka khalifatu-hu min ba'di-hi). 

Justeru tiada apa-apa di antara kami dan anda, dan tiada dosa di antara kami dan Allah a.w (la dhanba baina-na wa baina l-Lahi a.w), maka Ali a.s berkata kepadanya: Jika aku memperlihatkan Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu anda bahawa aku adalah lebih berhak (aula) dengan jawatan khalifah (araiatu-ka rasulallah hatta yukhbira-ka bi-anni aula) dan anda jika tidak menjauhinya, nescaya anda kafir (wa anna-ka in lam tanahha 'an-hu kafar-ta) apakah pendapat anda? Beliau berkata : Jika aku melihat Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu sebahagian daripadanya, maka aku memadai dengannya (in raaitu rasulallah hatta yukhbira-ni bi-ba'dhin hadha aktafai-tu bi-hi).

Beliau berkata: Beliau telah berjanji dengan aku selepas aku menunaikan solat maghrib, beliau berkata: Beliau telah kembali selepas solat maghrib, lalu beliau memegang tangannya, dan mengeluarkannya ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang duduk ke arah kiblat, lantas beliau bersabda: Wahai 'Atiq , anda telah merampas hak Ali, dan anda telah menduduki majlis kenabian (wathab-ta 'ala 'Ali wa jalas-ta majlisa al-Nubuwwati). Aku telah memberitahu kepada anda perkara ini, justeru itu cabutlah pakaian yang anda memakainya, berilah ia kepada Ali, jika tidak, maka janji anda adalah neraka (fa-khalli-hi li- 'Ali wa illa fa-mau'idu-ka al-Nar)

Beliau berkata: Kemudian beliau telah memegang tangannya, dan mengeluarkannya, kemudian Nabi s.a.w berdiri meninggalkan mereka berdua, Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Salman dan berkata kepadanya: Wahai Salman, tidakkah anda telah mengetahui bahawa perkara itu telah berlaku sedemikian? Salman berkata: Beliau akan mengisytiharkannya dan akan mendedahkannya kepada sahabatnya, serta akan memberitahu kepadanya tentang berita itu, lalu Amir al-Mukminin a.s tersenyum dan berkata: Sama ada beliau akan memberitahu sahabatnya, maka ia akan melakukannya, kemudian beliau berkata: Tidak, mereka berdua tidak akan menyebutnya sehingga hari Kiamat, mereka berdua lebih melihat kepada diri mereka berdua tentang perkara itu.

Maka Abu Bakr telah berjumpa dengan 'Umar, beliau berkata: Sesungguhnya Ali telah mendatangkan perkara sedemikian, telah melakukan sedemikian dan berkata kepada Rasulullah sedemikian, maka 'Umar berkata kepadanya: Celaka anda, alangkah ceteknya akal anda, demi Tuhan, anda berada di sana pada masa itu adalah sebahagian sihir Ibn Abu Kabsyah (Waila-ka ma aqalla 'aqla-ka fa wa-l-Lahi ma anta fi-hi al-Sa'at illa min ba'dhi sihri ibni Abu kabsyah) Anda telah melupai sihir Bani Hasyim, dan di mana boleh Muhammad kembali (qad nasai-ta sihra Bani Hasyim wa min aina yarji'u Muhammad wa la yarji'u man mata), kerana orang yang telah mati tidak akan kembali lagi. Sesungguhnya anda padanya adalah sebesar-besar sihir Bani Hasyim (inna ma anta fi-hi a'zamu min sihri Bani Hasyim), maka pakailah pakaian ini dan teruskanlah .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Abu Sa'id al-Makari daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr dan berkata kepadanya: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, jika beliau telah memerintahkan aku, nescaya aku telah melakukannya, beliau berkata: Datanglah dengan kami kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau datang ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang solat, manakala beliau selesai solat, maka Ali a.s berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berkata kepada Abu Bakr: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah memerintahkan anda, maka taatlah kepadanya (qad amartu-ka fa-ati'-hu).

Beliau berkata: Abu Bakr keluar dan bertemu dengan 'Umar di dalam keadaan ketakutan (dha'run), lalu 'Umar berdiri seraya berkata kepadanya: Apakah gerangan anda? Beliau berkata kepadanya: Rasulullah bersabda sedemikian, 'Umar berkata kepadanya: Celakalah umat yang telah melantik anda untuk urusan mereka! Tidakkah anda mengetahui sihir Bani Hasyim? 

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada khalid bin Madi al-Qalanisi daripada Muhammad bin Hammad daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalisi daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Setelah Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, 'Umar datang kepada Ali a.s dan berkata kepadanya: Tidakkah anda mengetahui bahawa Abu Bakr telah dilantik khalifah? Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah yang telah menjadikannya khalifah? 'Umar berkata: Muslimun telah meredai dengan perkara tersebut.

Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, alangkah cepatnya mereka menyalahi Rasulullah s.a.w, dan membatalkan janjinya, dan mereka telah menamakannya bukan dengan namanya. Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak melantiknya. 'Umar berkata kepadanya: Anda sentiasa berbohong ke atas Rasulullah pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Lantas Ali a.s berkata kepadanya: Datang bersama kami, wahai Umar bagi mengetahui siapakah di kalangan kita pembohong ke atas Rasulullah s.a.w pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Umar telah datang bersama-samanya ke kubur, tiba-tiba tertulis padanya "Adakah anda telah mengingkari (kafar-ta), wahai 'Umar, dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian Dia telah menjadikan anda seorang lelaki". Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, Allah telah mendedahkan keburukan anda pada masa hidup rasul dan selepas kematiannya .

Daripadanya, daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa'al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s. berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba', tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba', dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin.

Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu 'Umar bertemu dengannya (Abu Bakr) dan memberitahu kepadanya perkara tersebut. Maka 'Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib? 

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Rabi' bin Muhammad al-Musalli daripada Abdullah bin Sulaiman daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Ali a.s dikeluarkan di dalam keadaan dua tangannya terikat, beliau telah berhenti di kubur Nabi s.a.w, dan berkata: Wahai Ibn Umm, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan hampir mereka membunuh aku.

Beliau berkata: Satu tangan telah keluar dari kubur Rasulullah s.a.w, mereka mengetahui bahawa itulah tangan Rasulullah s.a.w, dan suaranya terhadap Abu Bakr: Wahai ini Adakah anda telah kafir dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian menjadikan anda seorang lelaki" 


Imlak Jibrail Ke Atas Amir al-Mukminin A.S.

Ali bin Ismail bin Isa daripada Safwan bin Yahya daripada Rifa'ah bin Musa daripada Abu Abdullah a.s sesungguhnya Rasulullah s.a w telah mengimlakkan mashaf ke atas Ali a.s. Setelah sampai separuhnya, Rasulullah s.a.w telah meletakkan kepalanya di pangkuan Ali, kemudian Ali a.s telah menulis sehingga memenuhi mashaf (imtala'at). Apabila Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya, beliau bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkannya ke atas anda wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah, beliau bersabda: Malah Jibrail telah mengimlakkannya ke atas anda .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s, dan menyeru dengan daftar, lalu beliau mengimlakkan ke atasnya di bahagian dalamnya, kemudian beliau tertidur, lantas Jibrail mengimlakkan pada bahagian luarnya, kemudian Rasulullah s.a.w terjaga, dan bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkan ini wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah s.a.w, maka beliau berkata: Aku telah mengimlakkannya ke atas anda bahagian dalamnya sementara Jibrail telah mengimlakkan ke atas anda bahagian luarnya .
Keadaan Mu'awiyah di Barzakh

Ayyub bin Nuh dan al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah daripada al-Abbas bin 'Amir al-Qasbani daripada Abban bin Uthman daripada Basyir bin al-Nabal daripada Abu Ja'far a.s: Aku telah berada di belakang bapa aku a.s di atas baghalnya, tiba-tiba aku telah melihat seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan seorang lelaki sedang mengikutinya, maka beliau berkata: Wahai Ali bin al-Husain, berilah aku air, maka lelaki yang mengikutinya berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, beliau adalah Mu'wiyah la'ana-hu l-Lahu.

Ali bin Muhammad al-Hijjal daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu' daripada Muhammad bin Sinan daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi daripada saudaranya Idris bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Manakala aku dan bapa aku sedang menuju ke Makkah, bapa aku telah mendahului aku pada satu tempat bernama Dhajanan, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai yang ditariknya, datang kepada aku dan berkata: Berilah aku air, berilah aku air (isqini) lalu bapa aku telah melaung kepada aku: Janganlah anda memberi air kepadanya, tidak, Allah tidak akan memberi air kepadanya.

Beliau berkata: Di dalam keadaan mencari air, seorang lelaki mengikutinya, menarik rantainya dengan tarikan yang kuat, lalu menolaknya ke neraka .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Abban bin Uthman daripada Basyir al-Nabbal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama bapa aku di 'Asfan atau di Dhajanan, lantas baghalnya telah melarikan diri, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan sebahagiannya di tangannya menariknya, maka beliau berkata: Berikan aku air, seorang lelaki berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberi air kepadanya (la saqahul-Lahu). Aku telah berkata kepada bapa aku: Siapakah ini? Beliau berkata: Ini adalah Mu'awiyah.

Daripadanya daripada al-Husain bin Sa'id daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad daripada Ali bin al-Mughirah berkata: Abu Ja'far telah berada di Dhajanan, maka beliau telah berkata sebanyak tiga kali: Allah tidak akan mengampuni anda, apabila beliau berkata: Adakah kamu tahu kepada siapakah kamu berkata? Atau sebahagian daripada para sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Mu'awiyah bin Abu Sufyan telah melalui di hadapan aku di dalam keadaan menarik rantai besinya sehingga lidahnya terkeluar meminta aku supaya aku memohon ampun untuknya, kemudian beliau berkata: Ia adalah satu lembah dari lembah-lembah Jahanam.

Daripadanya, daripada Ali bin al-Hakam daripada Malik bin 'Atiyyah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah menjadi tawanan bersama-sama bapa aku di dalam perjalanan ke Makkah dan kami telah menaiki dua unta, manakala kami sampai di lembah Dhajanan, seorang lelaki telah keluar di tengkuknya rantai besi yang sedang ditariknya, maka beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, berilah aku air, maka Allah akan memberi air kepada kamu, lantas seorang lelaki lain mengikutinya, lalu beliau menarik rantai besi, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, maka bapa aku telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ja'far, adakah anda telah mengenalinya? Ini adalah Mu'awiyah la'ana-hu l-Lahu. 


Dua Orang Fasiq DiKeluarkan Secara Segar, Lalu Disula

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya' daripada Abu Saghar Ahmad bin Abd al-Rahim daripada al-Hasan bin Ali; seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut zakat khalifah Makmun berkata: Aku dan seorang lelaki daripada sahabat kami telah bertemu dengan Abu Tahir bin Isa bin Abdullah al-'Alawi, Abu Sakhar berkata: Aku telah menyangkanya daripada anak lelaki 'Umar bin Ali. Beliau telah tinggal di Dar al-Saidiyyin. Kami telah bertemu dengannya pada waktu Asar di tangannya bekas air yang beliau menyapu dengannya, kami telah memberi salam kepadanya, maka beliau menjawab salam kami.

Kemudian beliau telah memulakan percakapan dengan kami, dan berkata: Adakah orang lain bersama-sama kamu berdua? Kami berkata: Tidak. Kemudian beliau telah berpaling ke kiri dan ke kanan adakah beliau sedang melihat kepada seseorang? Kemudian beliau berkata: Abu Jundi telah memberitahu aku sesungguhnya beliau telah berada bersama-sama Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s di Mina sedang melontar jamrat dan Abu Ja'far a.s telah melontar beberapa batu kecil (al-Jamrat), lalu beliau telah menyempurnakannya. Dan masih tertinggal di tangannya beberapa batu kecil, maka beliau telah menghitungnya lima batu kecil. Kemudian beliau telah melontar dua biji batu kecil ke satu sudut dan tiga biji batu kecil ke satu sudut yang lain.

Maka aku berkata kepadanya: Beritahu aku, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apakah ini, aku telah melihat anda telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh seorang pun sebelum ini (sana'ta syai'an ma sana'a-hu ahadun qat). Sesungguhnya anda telah melontar dengan lima batu kecil selepas itu, tiga di satu sudut dan dua di satu sudut yang lain (thintaini fi nahiyatin wa thalathata fi nahiyatin)? Beliau berkata: Ya, sesungguhnya pada setiap musim haji dua orang yang fasiq dikeluarkan (idha kana kullu mausimin ukhrija al-Fasiqani) secara segar, lalu disula di sini (fa-sulibaa ha-huna). Tidak dapat melihat kepada mereka berdua melainkan oleh imam yang adil (la yara-huma illa imam 'adil). Justeru aku telah melontar kepada yang pertama dua batu kecil dan yang akhir dengan tiga batu kecil kerana yang akhir itu lebih jahat daripada yang pertama (li-anna al-Akhara akhbathu min al-Awwali) .