Sambungan

Hadis Qasidah Al-Farazdaq Untuk Ali Bin al-Husain A.S

Ja'far bin al-Husain al-Mu'min - rahimahu llahu- telah memberitahu kami daripada Haidar bin Muhammad bin Nu'aim yang dikenali dengan Abu Ahmad al-Samarqandi, murid Abu al-Nadhar Muhammad bin Mas'ud daripada Muhammad bin Mas'ud berkata: Muhammad bin Ja'far telah memberitahu kami berkata: Abu al-Fadhl Muhammad bin Ahmad bin Mujahid telah memberitahu kami, berkata: Al-'Alaa' bin Muhammad bin Zakaria di Basrah telah memberitahu kami berkata: 'Ubaidillah bin Muhammad bin 'Aisyah telah memberitahu kami, lalu berkata: Bapa aku telah memberitahu aku bahawa Hisyam bin Abd al-Malik telah menunaikan fardu haji pada masa pemerintahan Abd al-Malik dan al-Walid, beliau telah melakukan tawaf di Ka'bah, dan mahu mengucup Hajr al-Aswad, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kesesakan, maka disediakan untuknya mimbar, lalu beliau duduk di atasnya.

Penduduk Syam telah melakukan tawaf bersama-samanya, tiba-tiba Ali bin al-Husain datang memakai pakaian ihram, mempunyai muka yang bersih, memakai bauan, dan di antara dua matanya kesan sujud, beliau mulai melakukan tawaf di Ka'bah. Apabila beliau sampai di Hajr al-Aswad, orang ramai memberi ruang kepadanya sehingga beliau mengucup Hajr al-Aswad, kerana kehebatan, dan kemuliaannya, maka Hisyam telah menjadi marah, seorang lelaki daripada Syam berkata kepada Hisyam: Siapakah lelaki yang dihormati oleh orang ramai sebegitu rupa sehingga mereka mengosongkan ruang untuknya bagi mengucup Hajr al-Aswad? Hisyam berkata: Aku tidak mengenalinya,aku harap mereka Syam tidak mencintainya, maka al-Farazdaq berkata bahawa beliau telah hadir bersama, dan mengenalinya. Lelaki Syam berkata: Siapakah dia wahai Abu Faris? Beliau menjawab:

Inilah orang yang dikenali jejaknya oleh ahlinya
Baitullah mengenalinya dan syiarnya-syiarnya
Ini adalah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah seorang bertakwa, bersih, suci ilmunya
Ini adalah Ali Rasulullah s.a.w bapanya

Cahaya petunjuknya menerangi kegelapan
Apabila Quraisy melihatnya dan berkata:
Kepada kemuliaan lelaki ini berakhirnya kemuliaan
Meningkat kemuncak kemuliaan yang tidak

Dicapai oleh Arab Islam dan A'jam
Hampir dipegang oleh Hajr apabila beliau 
mengucupnya

Diam kerana malu diam kerana kehebatannya
Ia tidak bercakap melainkan ketika ia senyum
Berpecah cahaya kegelapan daripada cahaya 
sinarannya

Seperti matahari yang memecahkan cahaya 
kegelapan
Di tapak tangannya bauan harum telah melekat
Bauannya dari tapak tangan sehingga ke hidungnya
Bertanggung jawab terhadap kaumnya di dalam 
kesusahan

Lemah lembut dan mempunyai daya tarik 
menggembirakan
Inilah anak lelaki Fatimah jika anda tidak 
mengenalinya

Dengan datuknya segala para nabi berakhir
Inilah anak lelaki Fatimah yang dinisbahkan
Di syurga yang kekal namanya ditulis dengan Qalam
Allah telah memuliakannya dan menghormatinya pada awal 
lagi 

Telah berlaku sedemikian untuknya pada awal Lauh
Daripada datuknya kelebihan para nabi terserlah 
kerananya
Dan kelebihan umat terdahulu terserlah kerana 
umatnya
memecahkan

Segala kefakiran dan kezaliman
Dua tangannya sebagai pembantu untuk manfaat 
umum
Dua tapak tangannya adalah sama dan tidak pernah 
menolak 
Tingkah lakunya amat menyenangkan tidak takut 
dengan cabaran
Dihiaskan dengan dua perkara: Akhlak yang baik dan 
mulia 

Melaksanakan ihsan dengan saksama, dan 
Tidak mungkir janji, baik jagaannya
Lapang dada menghadapi kesusahan dengan cekal 
hati
Mencintai mereka adalah perintah agamadan 
membenci mereka

Kekafirandan mendekati mereka adalah kejayaan 
dan pegangan 
Menolak kejahatan dan bala dengan mencintai 
mereka
Bertambah ihsan dengannya dan nikmat

Diutamakan selepas menyebut Allah adalah 
menyebutkan mereka
Pada permulaan kalam dan selepasnya
Jika dikira ahli takwa kesemuanya merekalah para 
imam mereka 

Ditanya sebaik-baik penduduk bumi?Jawapannya 
adalah mereka 
Tidak mampu menandingi mereka dengan 
kemurahan mereka
Merekalah bagaikan hujan memberi rahmat
Bagaikan singa yang mengawas dan api yang 
Membakar

Celaan enggan memasuki halaman mereka
Akhlak mulia diikuti sifat mulia yang berterusan
Kesusahan hidup tidak mengurangkan 
perkhidmatan mereka
Apatah lagi jika mereka kaya atau tidak mempunyai 
sesuatu

Mana-mana makhluk tidak di dalam jagaan mereka
Tidak memiliki keistimewaannya, kerana ia adalah 
nikmat
Siapa yang mengenali Allah akan mengenali 
Keistimewaan ini 
Agama dari keluarga rumah inilah dianuti oleh umat

Beliau berkata: Hisyam telah pergi dan memerintahkan supaya Farazdaq ditahan, lalu beliau ditahan di 'Asfan di antara Makkah dan Madinah. Berita penahanannya telah sampai kepada Ali bin al-Husain a.s, maka beliau mengutus kepadanya dua belas ribu dirham, dan berkata: Kami memohon izin wahai Abu Firas, jika kami mempunyai lebih banyak daripada ini, nescaya kami akan memberikannya kepada anda, tetapi beliau telah menolaknya, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda tidak berkata melainkan kemarahan untuk Allah dan Rasul-Nya s.a.w, dan aku tidak bergantung kepadanya sedikitpun, lalu beliau menolaknya kepadanya dan akhirnya beliau telah menerimanya, al-Farazdaq telah menghina Hisyam ketika di dalam tahanan, antaranya:

Adakah anda menahanku di antara Madinah
Di mana hati manusia cenderung kepadanya
Menukar kepala bukan kepala sayyid
Mata juling telah hilang keaibannya

Ali bin al-Hasan bin Yusuf telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja'far al-'Alawi daripada al-Husain bin Muhammad bin Jumhur al-'Ammi berkata: Far'an, perawi al-Farazdaq, telah memberitahuku, berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abd al-Malik bin Marwan, maka beliau telah melihat kepada Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s, lalu menghinanya dengan berkata: Siapakah lelaki ini? Al-Farazdaq berkata: 

Inilah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah yang takwa, bersih, suci ilmunya

Sehingga beliau menyempurnakan qasidahnya, beliau berkata: Abd al-Malik memberi kepadanya seribu dinar setiap tahun, tetapi beliau tidak memberinya pada tahun itu, lalu al-Farazdaq mengadu kepada Ali bin al-Husain a.s dan memintanya supaya menghubunginya, maka beliau a.s berkata: Aku akan memberi kepada anda harta aku sebagaimana Abd al-Malik telah memberinya kepada anda, beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak mahu membebankan anda sedikit pun, aku mahu pahala daripada Allah pada masa akan datang daripada pahala dunia yang cepat, lantaran itu, beliau telah menghubungi Mu'awiyah bin Abdullah bin Ja'far al-Tayyar salah seorang pemuka Bani Hasyim, beliau berkata : Wahai Abu Firas, berapa tahun lagi anda menganggar umur anda? Beliau berkata: Dua puluh tahun, beliau berkata: Ini dua puluh ribu dinar aku memberi kepada anda daripada harta aku, dan maafkan wahai Abu Muhammad, semoga Allah memuliakan anda di dalam urusan anda tanpa sebarang masalah, beliau berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Muhammad. Beliau telah membelanjakan hartanya kepada aku, aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku telah mengakhirkan pahalanya di dunia kepada pahala akhirat .


Abdullah Bin Abu Ya'fur

Beberapa orang syeikh kami, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ibn Abu Najran daripada Muhammad bin Abu Yahya daripada Hammad bin 'Uthman berkata: Aku mahu keluar ke Makkah, maka aku telah mendatangi Ibn Abu Ya'fur, mengucap selamat tinggal kepadanya, aku berkata: Adakah anda mempunyai hajat kepada sesuatu? Beliau berkata: Ya, anda sampaikan salam aku kepada Abu Abdullah a.s.

Beliau berkata: Apabila aku telah sampai ke Madinah, maka aku telah masuk berjumpa dengan Abu Abdullah a.s. Beliau bertanya kepada aku, kemudian berkata: Apakah Ibn Ya'fur buat sekarang? Aku berkata: Beliau berada di dalam keadaan baik, aku telah datang mengucap selamat tinggal kepadanya, lalu beliau telah meminta aku menyampaikan salamnya kepada anda. Beliau berkata: wa 'alai-hi s-Salam, dan sampaikan salam aku kembali dan katakan kepadanya: Peganglah apa yang aku telah janjikan kepada anda .

Ja'far bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu 'Umair berkata: Salman al-Farra' telah memberitahuku daripada Abdullah bin Abu Ya'fur berkata: Para sahabat kami telah membayar zakat kepadanya,maka beliau membahagi-bahagikannya di kalangan para sahabatnya di dalam keadaan menangis, Salman berkata: Apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau berkata: Aku khuatir mereka melihat pembayaran zakat dari pihak aku .


Isa Bin Abdullah al-Qummi

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahuku daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairi daripada Muhammad bin al-Walid al-Khazzaz daripada Yunus bin Ya'qub berkata: Isa bin Abdullah al-Qummi telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s.Apabila beliau ingin pulang, Abu Abdullah a.s berkata kepada khadamnya: Panggil beliau supaya datang, lalu beliau datang kembali, lantas beliau berwasiat kepadanya beberapa perkara, kemudian beliau berkata: Wahai Isa bin Abdullah, sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Taha (20):132 " Dan perintahlah kepada keluarga mendirikan solat ", dan sesungguhnya anda adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait. Apabila matahari dari sini jaraknya dan dari sini pada waktu asar, maka kerjalah solat enam rakaat.

Beliau berkata: Kemudian beliau mengucap selamat tinggal kepada Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s mengucup di antara dua mata Isa dan pulang, Yunus bin Ya'qub berkata: Aku tidak pernah meninggalkan solat enam rakaat semenjak aku mendengar Abu Abdullah a.s memberitahu kepada Isa bin Abdullah.

Dan para sahabat Abu Abdullah dan Abu Ja'far a.s yang masih tidak dapat dikesan adalah Muhammad bin Maskan, Yusuf al-Tatari 'Umar al-Kardi-diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal-Hisyam bin al-Muthanna al-Razi . 


Hamraan bin A'yan

Daripada Ibn Abu 'Umair daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Hajr bin Zaidah daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku berkata kepada Abu Ja'far a.s: Aku telah berjanji dengan Allah bahawa aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga anda memberitahu aku apa yang aku akan bertanya kepada anda tentangnya, beliau berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada aku: Tanyalah. Beliau berkata: Aku berkata: Adakah aku daripada syi'ah anda? Beliau berkata: Ya, di dunia dan di akhirat . 

Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada Sa'd bin Abdullah daripada Ya'qub bin Yazid daripada Marwak bin Ubaid daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sebaik-baik orang yang memberi syafaat adalah aku, dan bapa aku untuk Hamraan bin A'yan pada hari Kiamat, kami mengambil tangannya sehingga kami memasuki syurga, Muhammad bin Isa bin 'Ubaid telah meriwayatkan daripada Ziad bin Marwan al-Qandi daripada Abu Abdullah a.s: Beliau a.s berkata tentang Hamraan: Sesungguhnya beliau adalah lelaki di kalangan ahli syurga . 


Kelebihan Amir al-Mukminin A.S

Tamim bin Abdullah bin Tamim al-Qurasyi-radhia l-Lahu- telah memberitahu kami berkata: Bapaku telah memberitahuku daripada Ali bin Ahmad bin Ali al-Ansari berkata: Ali bin Mitham telah memberitahuku daripada bapanya berkata: Manakala dibelikan untuk Hamidah ibu Musa bin Ja'far a.s akan ibu al-Ridha Najmah, Hamidah telah menyebut bahawa beliau telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya bersabda kepadanya: Wahai Hamidah, berikan Najmah kepada anak lelaki anda Musa, kerana beliau akan melahirkan daripadanya sebaik-baik anak di bumi, lantaran itu, beliau telah memberinya kepada Musa a.s.


Najmah Ibu al-Ridha A.S

Manakala beliau melahirkan al-Ridha a.s, beliau dinamakan al-Tahirah, di samping itu beliau mempunyai beberapa nama, antaranya: Najmah, Arwa, Sakan, Samanah, dan Tukattum iaitu namanya yang terakhir, Mitham berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata: Najmah adalah seorang yang masih dara ketika Hamidah membelinya.

Bapaku telah memberitahu kepada kami, berkata: Sa'd bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Ya'qub bin Ishaq daripada Abu Zakaria al-Wasiti daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Adakah anda telah mengetahui bahawa seorang ahli al-Maghrib telah datang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Ya, datanglah bersama-sama kami, kami telah datang bersama-samanya sehingga kami berjumpa dengan seorang lelaki dari al-Maghrib bersama-samanya hamba-hamba, beliau berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, maka beliau pun membentangkan kepada kami sembilan hamba perempuan.

Abu al-Hasan a.s berkata: Kami tidak perlu kepada mereka semua, kemudian beliau berkata : Bentangkan lagi kepada kami. Beliau berkata: Tidak ada hamba perempuan lagi, beliau berkata: Bentangkan kepada kami. Beliau berkata: Demi Allah, kami tidak mempunyai hamba perempuan lagi selain daripada seorang hamba perempuan yang sedang sakit. Beliau berkata: Kenapa anda tidak mahu membentangkannya kepada kami? Lelaki itu enggan melakukannya, kemudian beliau a.s pulang, pada keesokannya, beliau telah mengutus aku kepadanya dan berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga terakhir anda mengenainya, dan apabila beliau berkata: Sekian dan sekian, maka katakan: Aku telah mengambilnya.

Akupun mendatanginya dan berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya, aku berkata: Aku telah mengambilnya dan ia adalah untuk anda, beliau berkata: Ia adalah untuk anda, tetapi siapakah lelaki bersama-sama anda kelmarin? Aku berkata: Seorang lelaki Bani Hasyim, beliau berkata: Bani Hasyim yang mana satu? Aku berkata: Daripada ketua-ketua mereka, beliau berkata: Aku mahu lebih daripada itu, aku berkata: Aku tidak ada lebih daripada itu, beliau berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini, aku telah membelinya di pedalaman al-Maghrib.

Tiba-tiba seorang perempuan ahlu l-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Apakah hamba perempuan ini berada bersama-sama anda? Aku berkata: Aku sendiri yang telah membelinya, beliau berkata: Tidak patut hamba perempuan ini berada di sisi anda, sepatutnya ia berada di sisi sebaik-baik orang di bumi, kemudian Najmah telah melahirkan seorang hamba di mana timur dan barat terhutang budi kepadanya, beliau berkata: Aku telah mendatangi Abu al-Hasan Musa a.s dengan Najmah, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan Ali al-Ridha a.s.


Empat Perkara Tabi'i

Abu Ahmad Hani' bin Muhammad bin Mahmud al-'Abdi telah memberitahu kami-radhia l-lahu-berkata: Bapa aku telah memberitahu aku dengan sanad-sanadnya secara marfu' bahawa Musa bin Ja'far a.s telah berjumpa dengan al-Rasyid, dan al-Rasyid berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w: Beritahu kepada aku tentang empat perkara tabi'i, Musa a.s berkata: Adapun angin, maka malaikat yang memusingkannya. Adapun darah, maka ia adalah hamba; kadangkala menyerang tuannya, adapun kahak, maka ia tidak dapat dirawatnya dengan mudah. Jika ia disekat ia akan meledak. Adapun hempedu, maka ia sepertilah bumi jika ia bergegar, maka akan bergegarlah organ-organ di atasnya, Harun berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda telah membelanjakan barang simpanan Allah dan Rasul-Nya kepada orang ramai .


Perkara Di Antara Dua Perkara

Seorang lelaki berkata: Disebut di sisi al-Ridha a.s tentang al-Jabr dan al-Tafwidh, maka beliau berkata: Aku akan memberi kepada kamu asas perkara ini, kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya, kami bertanya: Apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia tidak mengabaikan hamba-hamba-Nya di dalam kerajaan-Nya, Dialah Pemilik manakala Dia memberi mereka hak milik.

Dan Dialah Penguasa manakala Dia memberi kepada mereka kuasa ke atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-Nya mahu melakukan ketaatan, maka Allah tidak menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan maksiatdan jika Allah mahu menghalang mereka, maka Dia boleh melakukannya, dan jika Dia tidak mahu (syaa), dan mereka melakukannya, maka Dia bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya, kemudian beliau berkata: Sesiapa yang memahami garis sempadan percakapan ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya .


Manaqib Amir al-Mukminin A.S

Daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Sinan, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Abd al-Rahim bin al-Qasir berkata: Abu Ja'far a.s telah memulakan percakapannya dengan aku, dan berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilihan dua awan (al-sahabatain). Maka beliau telah memilih awan yang bernama Dhdhalul, dan menyimpan kepada sahabat kamu awan yang bernama al-Sa'ab, aku bertanya kepadanya apakah itu al-Sa'ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak .

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id daripada Uthman bin 'Uthman, daripada Sima'ah bin Mihran daripada Abu Basir daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, kemudian dibentangkan kepadanya dua awan; al-Sa'bah dan al-Dhdhalul. Adapun al-Sa'bah adalah pemilikan apa yang terdapat di bawah bumi dan al-Dhdhalul adalah pemilikan di atas bumi,lalu beliau telah memilih al Sa'bah di atas al-Dhadhalul, maka ia telah berpusing dengan Ali a.s sebanyak tujuh bumi, beliau mendapati tiga bumi telah rosak dan empat masih membangun.

Daripadanya, daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Khalid al-Qamat, dan Abu Salam al-Hanat daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Ja'far a.s berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilih dua awan, maka beliau telah memilih al-Dhdhalul, dan telah menyimpan al-Sa'ab kepada sahabat kamu, aku berkata: Apakah itu al-Sa'ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak .

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Husain bin Sa'id daripada Safwan bin Yahya daripada Mu'awiyah Ibn 'Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Di dalam peperangan Taif beliau telah menyeru Ali a.s, maka Ali a.s bermunajat dengannya, Abu Bakr dan 'Umar serta orang ramai berkata: Beliau telah bermunajat dengan Ali a.s, tidak dengan kami, Nabi s.a.w berdiri di hadapan orang ramai memberi khutbah, memuji Allah kemudian bersabda: Wahai manusia, kamu berkata: Aku telah bermunajat dengan Ali a.s, sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak bermunajat dengannya, tetapi Allah telah bermunajat dengannya. Mu'awiyah berkata: Aku telah membentangkannya kepada Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Itulah apa yang dikatakannya.

Ali bin Muhammad bin Sa'd, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku daripada Mani' daripada Yunus daripada Ali bin A'yan daripada bapanya daripada datuknya daripada Abu Rafi' berkata: Manakala Rasulullah s.a.w mengutus Surah al-Bara'ah kepada Abu Bakr, maka Allah telah menurunkan ke atasnya supaya mengambil Surah al-Bara'ah daripada Abu Bakr, lalu Abu Bakr memberinya kepada Ali a.s.,Ali a.s berkata kepada Rasulullah s.a.w: Berilah wasiat kepada aku, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Allah akan memberi wasiat kepada anda dan bermunajat dengan anda. Justeru Dia telah bermunajat dengan Ali a.s di hari al-Bara'ah sebelum solat pertama sehingga solat Asar.

Dan diriwayatkan dengan sanad-sanad ini daripada Abu Rafi' sesungguhnya Allah telah bermunajat dengan Ali a.s pada hari Rasulullah s.a.w dikapankan.

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid daripada al-Qasim bin 'Urwah daripada 'Asim bin Hamid daripada Mu'awiyah bin 'Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah, berkata: Pada hari Taif Rasulullah s.a.w telah bermunajat dengan Ali a.s. Abu Bakr dan 'Umar berkata: Anda telah bermunajat dengannya, tanpa kami, beliau bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah telah bermunajat dengannya.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Ja'far bin al-Basyir, dan al-Hasan Ibn Ali bin Fadhdhal daripada al-Muthanna Ibn al-Walid al-Hannat daripada al-Mansur bin Hazim daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bermunajat dengan Ali a.s pada hari Taif, maka para sahabatnya berkata: Wahai Rasulullah, anda telah bermunajat dengan Ali a.s sedangkan beliau yang termuda di kalangan kami, beliau bersabda:Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah bermunajat dengannya.

Daripadanya, dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada ahli Taif: Wahai ahli Taif! Aku akan mengutus kepada kamu seorang lelaki seperti diri aku sendiri (rajulan ka-nafsi) Allah akan membuka dengannya kebaikan pedangnya dan cemetinya, lantaran itu orang ramai akan menghormatinya. Apabila tiba waktu pagi, beliau telah menyeru Ali a.s, dan bersabda: Pergilah anda ke Taif, kemudian Allah telah memerintahkan Nabi-Nya s.a.w supaya datang kepadanya selepas kedatangan Ali a.s. Apabila beliau s.a.w tiba, Ali a.s telah sampai di kemuncak bukit, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Cekalkan pendirian anda, maka Ali menjadi cekal, kami telah mendengar suara seperti suara guruh . Maka beliau bertanya: Apakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah a.w sedang bermunajat dengan Ali a.s .