Sambungan

Mentaati Para Wasi Adalah Difardukan

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada al-Qasim bin al-Jauhari daripada al-Husain bin Abual-'Ala' berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s : Adakah mentaati para wasi difardukan? Beliau berkata: Mereka itulah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Nisa' (4):59 "Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah, Rasul-Nya, dan Uli l-Amri di kalangan kamu"

Dan merekalah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Ma'idah (4):55 "sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan mereka yang mendirikan solat, dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk"

Daripadanya, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki farsi telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka beliau berkata: Mentaati kamu satu fardu (ta'atu-kum muftaradhah)? Beliau berkata: Ya, maka beliau berkata: Seperti mentaati Ali bin Abu Talib a.s? Beliau berkata: Ya .

Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Umru bin Maimun, daripada 'Ammar bin Marwan, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya kami pasti mengetahui lelaki apabila kami telah melihatnya dengan hakikat iman dan hakikat nifak (Inna la-na'rifu al-Rajula bi-haqiqati al-Iman wa bi-haqiqati al-Nifaq) 

Muhammaad bin Hammad al-Kufi, daripada saudaranya Ahmad bin Hammad, daripada Nasr bin Muzahim, daripada Umru bin Syamr daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) syi'ah kita dari salbi Adam, lantaran itu, kami mengetahui cinta pencinta (hubba al-Muhibb) sekalipun beliau melahirkan sebaliknya dengan lidahnya. Kami mengetahui kemarahan pemarah (bughdha al-Mubghidh) sekalipun beliau melahirkan kecintaan kepada kami Ahlu l-Bait .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan daripada 'Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal bin Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Nur (24) : 35 "Allah adalah cahaya langit dan bumi umpama cahaya-Nya" adalah Muhammad s.a.w " di dalamnya ada pelita besar" adalah ilmu " pelita itu di dalam kaca". Kaca adalah Amir al-Mukminin a.s dan ilmu Nabi Allah adalah di sisinya .

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa'id daripada Fadhalah bin Ayyub daripada 'Umar bin Abban al-Kalbi daripada Adam bin al-Hasan, daripada Hamraan bin A'yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Telah sampai berita kepada aku bahawa Allah a.w telah bercakap secara rahsia dengan Ali a.s (naja)? Maka beliau a.s berkata: Ya, munajat telah berlaku di antara Allah a.w dan Ali a.s di Taif, Jibrail telah turun dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Rasul-Nya haram, halal, dan takwil, maka Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali semuanya .

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Bakir al-Hajari, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad s.a.w, beliau telah mewarisi ilmu para wasi, dan ilmu para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w .

Muhammad bin Abd al-Hamid al-'Attar daripada Mansur bin Yunus, daripada 'Umar bin Udhinah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima (rummanataini) dari syurga, lantas Ali a.s bertemu dengannya, maka beliau berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Beliau berkata: Adapun ini adalah untuk kenabian (al-Nubuwwah) di mana anda tidak ada bahagian dan ini adalah ilmu, kemudian Rasulullah s.a.w telah membelahnya, lalu memberi separuhnya kepada Ali a.s, dan Rasulullah s.a.w telah mengambil separuhnya, kemudian beliau bersabda: Anda adalah bersyarikat dengan aku (anta syariki) dan aku adalah bersyarikat dengan anda (wa ana syariku-ka fi-hi). Tiada satu huruf yang telah diajar oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melainkan beliau s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s (illa 'allama-hu 'aliyyan). Kemudian ilmu itu telah berakhir kepada kami (thumma intaha al-'ilmu ilai-na), dan beliau telah meletakkan tangannya di atas dadanya .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Muhammad bin 'Adhafir, daripada Abu Ya'qub al-Ahwal berkata: Kami beberapa orang telah keluar bersama-sama Abu Basir, lalu kami datang ke rumah Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ilmu Ali bin Abu Talib a.s adalah daripada ilmu Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengajarnya kepada kami, oleh itu sembahlah Allah, kerana dengan-Nyalah kejayaan .

Ahmad dan Abdullah kedua-duanya adalah anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada Mu'ammar bin Khallad, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait akan mewarisi yang kecil kami (yatawarathu asaghiru-na)daripada yang besar kami perkara yang sama.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada 'Anbasah bin Bijad al-'Abid, daripada al-Mughirah al-Hawari maula Abd al-Mu'min al-Ansari, daripada Sa'd bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata di atas mimbar: Kamu bertanyalah kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku (saluni qabla an tufqiduni). Demi Allah, tiada bumi yang subur dan yang gersang, dan tiada kumpulan yang menyesatkan seratus atau kumpulan yang memberi hidayat kepada seratus melainkan aku telah mengetahui pemimpinnya dan penariknya. Aku telah memberitahunya kepada seorang lelaki daripada keluargaku di mana yang besar mereka akan memberitahunya kepada yang kecil mereka sehingga hari Kiamat.

Ahmad dan Abdullah, kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin al-Khattab daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Suwaid bin Ghuflah berkata: Aku telah berada di sisi Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah mendatanginya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah datang dari Wadi al-Qura, dan Khalid bin 'Urfatah telah mati, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya beliau belum mati, lalu lelaki itu telah mengulanginya. Maka beliau a.s berkata: Beliau belum mati, beliau telah menentang dengan mukanya, lelaki itu telah mengulanginya pada kali yang ketiga, maka beliau berkata: Subhanallah! Aku telah memberitahu kepada anda bahawa sesungguhnya beliau telah mati dan anda masih berkata bahawa beliau belum mati? Ali a.s berkata: Demi Yang diri aku di tangan-Nya bahawa beliau tidak akan mati sehingga beliau mengetuai tentera yang sesat di mana pembawa benderanya adalah Habib bin Jammaz .

Beliau berkata: Habib bin Jammaz telah mendengar kata-kata tersebut, lalu beliau telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s, dan berkata kepadanya: Aku menyeru anda dengan nama Allah tentang diri aku bahawa aku adalah syi'ah anda. Anda telah menyebut aku dengan satu perkara, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya tentang diri aku, Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah Habib bin Jammaz. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Jika anda adalah Habib bin Jammaz, maka andalah yang akan membawa benderanya, lantas Habib meninggalkannya. Abu Hamzah berkata:Demi Allah, Khalid bin 'Urfatah tidak mati sehingga 'Umar bin Sa'id mengutus kepada al-Husain bin Ali a.s, dan menjadikan Khalid bin 'Urfatah di hadapannya dan Habib bin Jammaz pembawa benderanya (sahib rayati-hi) 

Hamzah bin Ya'la, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada 'Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Jabir, Sesungguhnya kami jika kami memberitahu kepada kamu dengan pendapat kami dan hawa nafsu kami (lau kunna nuhaddithu-kum bi-ra'yi-na wa hawana), nescaya kami daripada mereka yang binasa, tetapi kami memberitahu kepada kamu hadis-hadis yang kami menyimpannya daripada Rasulullah s.a.w (nuhaddithu-kum bi ahadith naknidhu-ha 'an rasulillah) sebagaimana mereka itu menyimpan emas mereka dan wang mereka (kama yaknidhu haula' dhahaba-hum wa waraqa-hum).

Ahmad bin Muhammadd bin Isa, daripada al-Husain bin sa'id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Jamil bin Darraj daripada Fudhail bin Yasar, daripada Abu Ja'far a.s bahawa beliau berkata: Sesungguhnya kami adalah di atas keterangan Tuhan kami (inna 'ala bayyinatin min rabbi-na). Dia telah menerangkannya kepada Nabi-Nya. Maka Nabi-Nya telah menerangkannya kepada kami, jika tidak, nescaya kami sama seperti mereka saja (laula dhalika la-kunna ka-ha'ula' al-Nas) .


Semua Perkara Dalam Kitab Allah Dan Sunnah-Nya

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin khalid al-Barqi, daripada Ismail bin Mihran, daripada Yusuf bin 'Umairah, daripada Abu al-Maghra Hamid bin al-Muthanna al-'Ajali, daripada Sama'ah bin Mihran, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s, berkata: Aku telah berkata: Adakah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya atau apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Malah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya (bal kullu syai'in fi kitab Allah wa sunnati-hi) .

Daripadanya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Safwan bin Yahya daripada Sa'id bin Abdullah al-A'raj berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Terdapat di sisi kami bahawa mereka yang memahami agama berkata: Perkara yang kami tidak mengetahuinya apabila dibentangkan kepada kami, lalu kami berkata dengan pendapat kami (bi-ra'yi-na), maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, semua perkara ada di dalam al-Kitab, dan al-Sunnah. Daripadanya, daripada al-Hasan bin Fadhdhal, daripada Abu al-Maghra, daripada Sama'ah, daripada al-'Abd al-Salih berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabat kita telah bertemu dengan bapa anda dan datuk anda, dan mereka telah mendengar hadis daripada mereka berdua. Kemungkinan ada perkara yang menguji mereka di mana mereka tidak mendapati sesuatu yang membolehkan mereka memberi fatwa atau mereka mempunyai perkara yang hampir sama, adakah boleh mereka mengamalkan kias? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya telah binasa mereka sebelum kamu dengan kias, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapa kias tidak diterima? Beliau berkata: Kerana tiada perkara melainkan ada di dalam Kitab dan Sunnah.

Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kami telah mempelajari agama daripada kamu dan kami telah meriwayatkan hadis daripada kamu, kemungkinan seorang lelaki datang kepada kami dan beliau diuji dengan perkara kecil di mana kami tidak mengetahui untuk memberi fatwa tentangnya, tetapi kami mempunyai perkara seumpamanya atau menyerupainya. Adakah boleh kami menggunakan kias akan perkara yang menyerupainya? Beliau berkata: Tidak, kenapa kamu menggunakan kias? Dengan kiaslah telah binasa mereka sebelum kamu, aku berkata: Adakah Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu? Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu pada masa hidupnya dan mereka akan memadai dengannya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Adakah sesuatu telah hilang daripadanya (fa-dha'a min-hu syai'un)? Beliau berkata: Tidak, ia berada di sisi ahlinya (huwa 'inda ahli-hi ) .


Rasulullah S.A.W Telah Mengajar Ali A.S Seribu Bab

Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu'Umair, daripada Murazim bin Hakim al-Azadi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap satu bab akan membuka seribu bab('allma rasulullah s.a.w 'aliyyan alfa bab yaftahu kullu bab alfa bab) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada sebahagian daripada para sahabatnya, daripada Ahmad bin 'Umar al-Halabi, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya syi'ah bercakap-cakap bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang dapat membuka seribu bab. Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain, aku telah berkata kepadanya: Adakah ini ilmu? Beliau berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu .

Daripadanyadan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Abdullah bin Hilal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab yang lain, setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula.

Daripadanya, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab, dan setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula .

Ya'qub bin Yazid, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Abu 'Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja'far a.s berkata: Ali telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab, setiap bab akan membuka seribu bab yang lain.

Muhammad bin Isa, dan Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin al-Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab daripada halal dan haram daripada apa yang telah berlaku, dan akan berlaku sehingga hari Kiamat. Setiap bab daripadanya akan membuka seribu bab yang lain. Lantaran itu, ia telah menjadi seratus ribu bab sehingga aku telah diajar ilmu al-Munaya, al-Balaya dan Fasl al-Khitab (kefasihan bercakap).

Ahmad dan Abdullah kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada bapanya, daripada Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ishaq al-Sabi'i berkata: Aku telah mendengar sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya di dalam dadaku ini ilmu yang banyak di mana Rasulullah s.a.w telah mengajarnya kepadaku (inna fi sadri hadha la- 'ilman jamman 'allamani-hi rasulullah s.a.w lau ijidu la-hu hafazah yar'auna-hu haqqa ri'ayati-hi wa yarwauna-hu 'anni ka-ma yasma'una-hu 'anni idhan la-auda'tu-hum ba'dha-hu). Jika aku mendapati untuknya para penghafaz yang menjaganya dengan baik dan meriwayatkannya kepada aku sebagaimana mereka mendengarnya daripadaku, nescaya aku telah menyimpan sebahagiannya kepada mereka. Lantaran itu, banyak ilmu yang diketahuinya, sesungguhnya ilmu adalah pembuka kepada setiap bab dan setiap bab akan membuka seribu bab.


'Umru Bin Huraith Dan Keburukannya

Al-Mu'alla bin Muhammad al-Basri, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Hasan al-'Abdi, daripada Sa'd bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memerintahkan kami berjalan ke al-Mada'in dari Kufah. Lalu kami telah berjalan pada hari Ahad, dan 'Umru bin Huraith serta tujuh orang yang lain tertinggal ke belakang. Lalu mereka telah keluar ke satu tempat di al-Hirah dinamakan al-Khauranaq, mereka berkata: Kita berkelah, dan apabila tiba hari Rabu, kita keluar dan akan bersama Ali a.s sebelum beliau berhimpun, manakala mereka berehat, tiba-tiba seekor biawak (dhabb)keluar kepada mereka, lantas mereka memburunya, dan ditangkap oleh 'Umru bin Huraith sambil berkata: Kamu Baiahlah kepada biawak ini, kerana ia adalah Amir al-Mukminin (bayi'u hadha Amir al-Mu'minin), lalu tujuh orang sahabatnya, dan 'Umru bin Huraih adalah orang yang kelapan mereka, telah memberi baiah kepadanya.

Mereka telah berjalan pada malam Rabu, dan mereka telah sampai di al-Mada'in pada hari Jumaat di mana Amir al-Mukminin a.s sedang berkhutbah, mereka berlapan tidak berpisah di antara mereka sehingga mereka turun di pintu masjid, manakala memasukinya, Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepada mereka, dan berkata:Wahai manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah merahsiakan kepada aku seribu hadis pada setiap hadis seribu bab, dan setiap bab seribu anak kunci dan aku telah mendengar Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra' (17) 71 "Hari kami menyeru setiap manusia dengan imam mereka", sesungguhnya aku bersumpah dengan Allah untuk kamu bahawa Dia akan membangkitkan pada hari Kiamat lapan orang dengan imam mereka iaitu biawak dan jika aku mahu menamakan mereka, nescaya aku boleh melakukannya. 


Kitab-Kitab Di Sisi Para Imam A.S

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada Ali bin Hamzah, daripada Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a.s telah memberitahu aku bahawa sesungguhnya di hulu pedang Ali a.s terdapat mashaf di mana Ali a.s telah menyeru al-Hasan kepadanya, lalu beliau telah mengangkatnya kepadanya, dan memberi pisau kepadanya, kemudian berkata kepadanya: Bukalah, maka al-Hasan tidak mampu membukanya, lalu Ali a.s telah membukakannya untuknya.

Kemudian beliau berkata kepadanya: Bacalah, lalu al-Hasan a.s membaca al-Alif, al-Ba', al-Sin, al-Lam, dan seterusnya, kemudian beliau telah melipatkannya, lalu memberikannya kepada saudaranya al-Husain, maka beliau tidak mampu membukanya, lalu beliau membukakannya untuknya, kemudian beliau berkata kepadanya: Bacalah, lalu beliau membacanya sebagaimana telah dibaca oleh al-Hasan, kemudian beliau telah melipatkannya, dan memberikannya kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah, tetapi beliau tidak mampu membukakannya, maka Ali a.s telah membukakannya untuknya dan berkata kepadanya: Bacalah, maka beliau tidak dapat mengeluarkan sesuatu daripadanya, lalu beliau telah mengambilnya dan melipatkannya. Kemudian beliau telah menggantungkannya di hulu pedangnya, maka Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah perkara yang terdapat di dalam mashaf itu? Beliau berkata: Iaitu huruf-huruf yang dapat membuka setiap huruf seribu huruf yang lain, Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Dua huruf pun tidak akan keluar kepada orang ramai sehingga hari Kiamat .


Rasulullah S.A.W Mengajar Ali A.S Seribu Kalimah

Daripadanya, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu huruf yang dapat membuka seratus ribu huruf dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf.

Daripadanya, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu huruf yang dapat membuka seribu huruf, dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf (yaftahu alfa harfin) 

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu kalimah yang dapat membuka seratus ribu kalimah dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah.

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu'i daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir, dan Abd al-Karim bin Abu Dailam, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s dengan seribu kalimah(ausa Rasulullah s.a.w ila Ali bi-alfi kalimatin), dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah (yaftahu kullu kilimatin alfa kalimatin).

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada maulanya Hamzah bin Rafi', daripada Ummu Salmah; isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika sakit yang telah membawa kepada kematiannya: Serukan kepadaku khalilku. Maka 'Aisyah menghantar utusan untuk menjemput bapanya. Apabila Abu Bakr datang maka Rasulullah s.a.w. menutup mukanya. Maka Abu Bakr pulang. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Panggilkan kepadaku khalilku. Hafsah menghantar utusan kepada bapanya. Justeru 'Umar datang. Rasulullah s.a.w terus menutup mukanya (ghatta rasulullah s.a.w wajha-hu) dan bersabda: Serukan khalilku. Maka Umarpun kembali. Setelah itu, Fatimah memanggil Ali a.s. Apabila Ali a.s datang, maka Rasulullah s.a.w berdiri, lalu beliau a.s. masuk. Kemudian beliau s.a.w. memuliakan Ali a.s dengan kainnya. Fatimah a.s berkata: Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis sehingga aku telah berpeluh dan Rasulullah s.a.w turut berpeluh (fa-haddathani bi-alfi hadith hatta 'araqtu wa 'araqa rasulullah s.a.w). Peluhnya telah mengalir ke atasku, dan peluhku telah mengalir ke atasnya (fa-sala 'alayya 'araqu-hu wa sala 'alai-hi 'araqi ) .


Keilmuan Para Imam A.S

Ahamad al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada 'Umru bin Sa'id al-Mada'ini, daripada Musaddiq bin Sadaqah al-Mada'ini, daripada 'Ammar bin Musa al-Sabiti, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s tentang imam adakah beliau mengetahui perkara ghaib (ya'lamu al-Ghaib)? Beliau berkata: Tidak, tetapi apabila beliau mahu mengetahui sesuatu, maka Allah akan memberitahu kepadanya perkara tersebut (idha arada an ya'lama al-Sya' a'lama-hu l-Lahu dhalika) .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Ali bin Yaqtin berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Ilmu alim kamu secara pendengaran atau ilham? Beliau berkata: Kadang-kala secara pendengaran dan kadang-kala secara ilham atau kedua-duanya sekali (qad yakunu samma'an wa yakunu ilhaman wa yakunani ma'an).

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah ilmu alim kamu (ma 'ilmu 'alimu-kum), adakah sebahagiannya dicampak dihatinya (a jumlatun yuqdhafu fi qalbi-hi) atau diperdengarkan di telinganya (au yunkatu fi udhuni-hu)? Beliau berkata: Seperti wahyu ibu Isa.

Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Muhammad bin Hamraan daripada Sufyan bin al-Samt, daripada Abdullah bin al-Najjasyi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Di kalangan kami, demi Allah, ada yang dibisikkan di telinganya (fi-na, wa l-Lahi, man yunqaru fi udhuni-hi ) dan ada yang diberitahu di hatinya (yunkatu fi qalbi-hi), dan ada yang telah berjabat tangan dengan malaikat (tusafihu-hu al-Malaikatu). Aku berkata: Di masa yang lalu, atau hari ini? Beliau berkata: Malah hari ini (bal al-Yaum), wahai Ibn al-Najjasyi- Beliau telah berkata sedemikian sehingga tiga kali.

Al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah, daripada 'Abis bin Hisyam al-Asadi, daripada Kiram bin 'Umru al-Khusy'ami, daripada Abdullah bin Abu Ya'fur, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami berkata: Sesungguhnya Ali a.s dibisikkan di telinganya (kana yunkatu fi udhuni-hi) dan diberitahu di dadanya (wa yuqaru fi sadri-hi), maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang Muhaddathan (boleh bercakap dengan malaikat). Manakala beliau telah melihat aku bahawa kata-katanya telah menjadi berat ke atasku, maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s pada hari Bani Quraizah, dan al-Nadhir telah diapit oleh Jibrail di kanannya, dan Mikail di kirinya, mereka berdua sedang bercakap-cakap dengannya (yuhaddithana-hu) .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar al-Qalanisi, daripada al-Harith bin al-Mughirah bin al-Nadhari, daripada Hamraan berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Ali a.s adalah Muhaddathan, maka aku pun telah datang kepada para sahabatku, lalu aku berkata: Aku datang kepada kamu dengan berita yang pelik, mereka berkata: Apakah ia? Aku berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Ali adalah seorang Muhaddathan, mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya.

Lalu aku kembali kepadanya dan aku berkata: Sesungguhnya aku telah memberitahu para sahabatku tentang perkara yang anda telah memberitahu aku, maka mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya, maka beliau berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya (yuhaddithu-hu malakun), aku berkata: Anda berkata bahawa beliau seorang nabi? Lantas beliau menggerakkan tangannya begini, beliau berkata: Atau seperti sahabat Sulaiman atau seperti sahabat Musa atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah telah sampai berita kepada kamu bahawa beliau berkata: Di kalangan kamu ada orang seumpamanya (wa fi-kum mithlu-hu) .

Musa bin Ja'far bin Wahab al-Baghdadi, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku dan al-Mughirah bin Sa'id sedang duduk di Masjid, lalu al-Hakam bin 'Utbah datang kepada kami, dan berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Abu Ja'far a.s satu hadis di mana aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini, maka kami telah bertanya kepadanya tentangnya, tetapi beliau telah enggan memberitahu kami mengenainya, beliau berkata: Ya, kami telah mendapati ilmu Ali a.s di dalam satu ayat pada kitab Allah a.w; Surah al-Hajj (22):52 "Dan kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, dan tidak pula seorang nabi, (dan tidak pula seorang muhaddathin), melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu"

Maka kami berkata: Ayatnya bukan begitu, maka beliau berkata: Ayat itu terdapat di dalam kitab Ali, aku berkata: Bagaimana muhaddath terjadi? Beliau berkata: Dibisikkan di telinganya (yunkatu fi udhuni-hi), lalu beliau mendengar deringan atau gema (tanin ) seperti deringan atau gema sesuatu terjatuh di dalam mangkuk (ka-tanin al-Tist) atau diketuk di hatinya (yuqra'u 'ala qalbi-hi), lalu beliau mendengar ketukan seperti ketukan rantai besi yang terjatuh di dalam mangkuk (fa-yasma'u waq'an ka waq'i al-silsilati yaqa'u fi al-Tist). Aku berkata: Beliau seorang nabi? Beliau berkata: Tidak, seperti Khidir dan Dhu al-Qarnain .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada 'Abd al-Ghaffar al-Jazi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku bercakap tujuh puluh cara (wajhan) untukku; semuanya ada jalan keluar .

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi', daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-A'la bin A'yan berkata: Aku dan Ali bin Hanzalah telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka Ali bin Hanzalah telah bertanya kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah menjawabnya, Ali berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawabnya dengan jawapan yang lain pula, beliau berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawab dengan jawapan yang lain pula sehingga beliau telah menjawab dengan empat jawapan.

Ali bin Hanzalah telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya kami telah menguasainya (ahkamna-ha), lantas Abu Abdullah a.s telah menegahnya dan berkata: Janganlah anda berkata sedemikian wahai Abu al-Hasan, kerana anda adalah seorang lelaki yang warak, sesungguhnya di antara perkara-perkara itu ada perkara-perkara yang sempit waktunya (dhayyiqah), maka ia tidak berlaku melainkan di atas satu cara, di antaranya Jumaat yang hanya mempunyai satu waktu ketika tergelincirnya matahari. Dan di antara perkara-perkara itu terdapat perkara-perkara yang luas waktunya (muwassa'ah) yang berlaku di atas beberapa cara dan ini adalah di antaranya, demi Allah, di sisiku tujuh puluh cara .

Muhammad bin Isa bin 'Ubaid dan Ya'qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara untuk aku semuanya ada jalan keluar.

Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu'man al-Ahwal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kamu adalah orang yang paling alim selama kamu memahami pengertian percakapan kami. Sesungguhnya percakapan kami bertukar kepada tujuh puluh cara (yansarifu ila sab'in wajhan) .

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Abd al-Karim bin 'Umru, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara, jika aku kehendaki, aku akan melakukannya menurut caranya yang tersendiri.

Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin al-Husain al-Khattab dan Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin Sinan dan Ali bin al-Nu'man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w tidak akan meninggalkan bumi melainkan padanya seorang alim yang mengetahui pertambahan dan kekurangan (fi-ha 'alim ya'lamu al-Ziyadah wa al-Nuqsan) di bumi. Apabila mereka mukmin telah menambahkan sesuatu, maka Dia kembalikannya kepada mereka dan apabila mereka mengurangkan sesuatu, maka Dia menyempurnakannya untuk mereka, maka beliau berkata: Kamu ambillah ia dengan sempurna (khudhu-hu kamilan). Jika tidak, nescaya urusan mereka akan menjadi kesamaran kepada mereka mukmin, lantaran itu, mereka tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.

Al-Hasan bin Ali bin al-Nu'man, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Bumi tidak akan sunyi melainkan padanya seorang lelaki daripada kami mengetahui kebenaran (lan takhlu al-Ardhu illa wa fi-ha rajulun minna ya'rifu al-Haqqa). Apabila orang ramai telah menambahkan sesuatu padanya, beliau berkata: Sesungguhnya mereka telah menambahkannya dan apabila mereka menguranginya, beliau berkata: Mereka telah menguranginya dan apabila mereka mengakui kekurangannya, maka beliau membenarkan mereka, jika tidak, kebenaran tidak akan dikenali daripada kebatilan.