Terjemahan Teks

Di sini akan dikemukakan dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan teks al-`Allamah al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj , Riwayat ini telah diambil daripada Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin. seorang ulama Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah. Untuk mengukuhkan kesahihan hadis-hadis di dalam munasyadah tersebut, penulis membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah kita yang muktabar untuk kajian bersama.Dengan ini perasaan iri hati dan prejudis dapat dikurangkan, Insya' Allah.
"Manakala Amir al-Mukminin `Ali A.S melihat keghairahan "mereka" untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus berdiri di hadapan mereka bagi memberi hujah-hujah penentangan beliau terhadap mereka. Beliau berkata: Dengarlah ucapanku, jikalaulah apa yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan jikalau ia adalah batil, maka kalian ingkarilah. Kemudian beliau berkata:
1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran kalian jika kalian orang yang benar. Dan Dia mengetahui pembohongan kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripadaku?
Mereka (berlima) menjawab: Tidak. 
2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah; Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana saudaranya dihiasi dengan dua sayap di syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
4. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian bapa saudaranya (di sebelah bapa) menjadi penghulu para syahid selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
5. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu wanita alam sejagat selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya adalah anak-anak Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu pemuda syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
7. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengetahui nasikh dan mansukh selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
8. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah menghilangkan kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
9. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melihat Jibra'il di dalam bentuk seorang lelaki yang tempang selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
10. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
11. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menyapu kedua-dua matanya dan memberikan bendera di hari peperangan Khaibar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
12. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dilantik oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah S.W.T. dan berkata: "Siapa yang aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
13. Beliau berkata: aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang menjadi saudara Rasulullah di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
14. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah bertarung dengan `Amru bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
15. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
16. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dinamakan mukmin di dalam sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
17. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya ke atas muka orang-orang kafir, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
18. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana para malaikat berdiri bersamanya di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
19. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menjelaskan hutang Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
20. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menyaksikan kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
21. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah memandikan jenazah Rasulullah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
22. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
23. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menjadikan talaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
24. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menanggungnya di atas belakangnya sehingga dia memecahkan berhala di pintu Ka`bah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
25. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di langit di hari peperangan Badr: "Tidak ada pedang melainkan Dhu al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
26. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan bersama Rasulullah (s.`a.w.) seekor burung panggang yang dihadiahkan kepadanya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
27. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.): "Andalah pemilik benderaku di dunia dan akhirat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
28. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengadakan perbincangan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
29. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki kasut Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
30. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah saudara anda dan anda adalah saudaraku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
31. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik makhluk kepadaku dan orang yang paling benar percakapannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
32. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati Rasulullah (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah (s.`a.w.) memberikannya makan, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
33. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
34. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menutup mata Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
35. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
36. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan orang yang terakhir keluar dari sisinya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
37. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah berjalan-jalan bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini. Maka beliau bersabda: " Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini". Sehingga dia melalui tiga taman pada setiap taman Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
38. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah orang pertama yang beriman denganku, membenarkanku dan orang pertama akan dikembalikan Haud kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
39. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Orang pertama yang datang kepada kalian dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin dan orang yang paling utama di kalangan manusia".Lalu Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari kalangan Ansar. Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
40. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diturunkan mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, memberi zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
41. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang baik akan minum daripada gelas di mana campurannya mengandungi kafur" (Surah al-Insan 76: 5) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
42. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan ayat mengenai "Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi Allah" (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
43. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diajar oleh Rasulullah (s.`a.w.) seribu kalimah dan setiap kalimah berpecah kepada seribu kalimah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
44. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajat oleh Rasulullah (s.`a.w.) 
di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar berkata: Wahai Rasulullah! Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan bukan kepada kami. Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermunajat untuknya tetapi Allah telah memerintahkan aku supaya melakukannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
45. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
46. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah makhluk yang paling akrab kepadaku di hari kiamat akan memasuki syurga dengan syafa`at anda, lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
47. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Ali! Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dikenakan pakaian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
48. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda dan Syi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
49. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: " Berbohonglah orang yang mengatakan bahawa dia mencintaiku sedangkan dia membenci `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
50. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati) ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa yang mencintaiku, maka sesungguhnya
dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka? Beliau (s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain dan Fatimah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
51. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
52. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran
dan kebatilan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
53. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
54. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua anak lelakinya kemudian beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan Ahlu l-Baitku kepada anda dan bukan kepada neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
55. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku daripada keluargaku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
56. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang paling awal memeluk Islam, paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
57. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah membunuh seorang panglima perang Yahudi secara berdepan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
58. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.) membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku. Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Ini adalah satu amanah di sisi anda". Maka dia menjawab: Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain" daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
59. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah mengangkat pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh seratus hasta kemudian empat puluh lelaki cuba mengangkatnya tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
60. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan kepadanya " Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-Mujadalah 50: 12). Maka akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
61. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia mencaciku dan siapa yang mencaciku maka sesungguhnya dia mencaci Allah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
62. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Rumahku menghadapi rumah anda di syurga" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
63. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Allah memerangi orang yang memerangi anda dan Allah memusuhi orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
64. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berjalan ke Madinah dan mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
65. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang utama dalam umatku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
66. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan Allah akan memakaikan anda dua helai kain; satu berwarna biru dan satu berwarna merah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
67. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah mengerjakan solat sebelum orang ramai tujuh tahun dan beberapa bulan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
68. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa) kurniaan Tuhanku daripada cahaya sedangkan anda akan mengambil hajzahku dan keluargaku akan mengambil hajzah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
69. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
70. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepadaku dan Dia memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
71. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali) pembantu dan penolongku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
72. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Harta adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
73. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
74. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memberi kepadanya sebiji buah delima dan bersabda: "Ini adalah buah delima daripada syurga. Hanya seorang nabi atau wasinya sahaja yang memakannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
75. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku tidak memohon sesuatu dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesuatu daripada Tuhanku melainkan aku memohon untuk anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
76. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang paling cekal di kalangan mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling setia di kalangan mereka bagi menunaikan janji Allah, paling arif di kalangan mereka tentang segala permasalahan, orang yang paling adil di dalam pembahagian hak dan orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T." selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
77. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan matahari ke atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan ke atas bintang-bintang" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
78. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
79. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Manusia dari pokok yang bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
80. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghulu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
81. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah meridainya di dalam dua ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
82. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah anda di Haud; apabila semua umat merasa takut dan neraca-neraca mula menjalankan tugasnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
83. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku mencintainya maka cintailah beliau. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan selamat tinggal kepada Engkau untuknya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
84. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah yang berhujah dengan orang ramai supaya mereka mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan hudud dan membahagikan hak yang sama" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
85. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memegang tangannya di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda: "Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirku. Oleh itu jadikanlah beliau wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau adalah wali kalian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
86. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini turun mengenainya: "Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
87. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada para tetamunya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
88. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuanku dan satu bahagian untuk anda " selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
89. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: " Di mana apabila dia berdepan dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya"selaindaripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
90. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah melepaskannya dengan Surah al-Bara'ah kepada Musyrikin Makkah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
91. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila para nabi bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak 
92. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya sehinggalah ketiadaanku. Dan apabila mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
93. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Apabila Allah melaksanakan amanah anda, Allah akan menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
94. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah pembahagi neraka, andalah yang mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di dalamnya setiap kafir" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
95. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah membuka benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
96. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda dan Syi`ah anda berseri muka-muka mereka. Dan dibentang ke atasku musuh anda dalam keadaan dahaga dan terbelenggu dalam keadaan muka mereka kehitaman" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. 
Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata kepada mereka: Adapun apabila kalian telah memperakui kebenarannya, dan telah jelas sabda-sabda Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa kepada Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang aku melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah Nabi kalian, kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya, maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah. Oleh itu kembalikanlah hak itu kepada ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.
Beliau berkata: Mereka pun mengelipkan mata di kalangan mereka dan bermesyuarat kemudian berkata: "Sesungguhnya kami telah mengetahui kelebihannya, dan kami telah mengetahui sesungguhnya beliau adalah orang yang paling berhak dengannya, tetapi beliau adalah seorang yang tidak melebihkan seorang ke atas seorang. Oleh itu sekiranya kalian melantiknya untuk jawatan Khalifah, nescaya beliau akan menjadikan kalian dan orang ramai dari segi hak sama sahaja. Tetapi sekiranya kalian melantik `Uthman beliau akan menurut apa yang kalian hajati". Lantaran itu mereka melantik Uthman sebagai Khalifah.