Catatan Kaki

1. Setiap mukallaf yang tidak sampai tahaf mujtahid atau muhtat wajib bertaklid kepada seorang marja‘ (taklid) di dalam ilmu fiqh yang tidak ada hukumnya di dalam al-Qur’an dan Hadis, tetapi dia tidak boleh bertaklid di dalam ilmu akidah. Ini bererti dia mesti mempelajari tentang ketuhanan, kenabian-imamah dan ma‘ad (Akhirat).

2. Syeikh al-Saduq, Amali al-Saduq, hlm. 509-520.

3. Rasulullah s.a.w telah memuji Ali a.s dan Syiahnya apabila turun Surah al-Bayyinah 98:7 “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk” Beliau s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Mereka itu adalah anda dan Syiah anda” Ibn Hajar al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, 128.

4. Asas-asas akidah Islam adalah tiga perkara: Tauhid, kenabian dan Ma‘ad (hari Akhirat). Mana-mana mazhab yang mengakui tiga perkara ini termasuk di dalam mazhab Islam.

5. Dua belas Imam a.s.

6. Manusia maksum menurut mazhab Syiah Imam Dua Belas adalah empat belas orang. Rasulullah s.a.w, Fatimah al-Zahra’ a.s dan dua belas para imam a.s. Oleh itu, bilangan Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w adalah tiga belas orang. 

Sementara para sahabat tidak termasuk di dalam Ahlu l-Bait Rasulullah s.a.w. Mereka wajib berselawat ke atas Muhammad s.a.w dan kelurganya sebagaimana dituntut oleh al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 

Para sahabat ada yang menyokong Ahlul Bait Rasulullah s.a.w dan ada yang memusuhi mereka terutamanya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Justeru sahabat ada yang adil dan ada yang zalim. Adapun sahabat yang zalim mereka tidak boleh menjadi pemimpin (imam) sebagaimana janji Allah s.w.t di dalam Surah al-Baqarah (2):124: “Janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim”. 

Apatah lagi Abu Bakr dan Umar cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra’ a.s sekalipun Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka a.s tidak memberi baiah kepada Abu Bakr yang merampas jawatan khalifah daripada Imam Ali.a.s. 

Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Ummal, vii, hlm.219, al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 153. Fatimah a.s tidak bercakap dengan Abu Bakr dan Umar sehingga beliau a.s wafat dan berwasiat kepada suaminya supaya tidak membenarkan Abu Bakr dan Umar melakukan sembahyang jenazah ke atasnya kerana beliau menyifatkan mereka berdua sebagai musuh Allah, Rasul-Nya dan Ahlu l-Baitnya, lihat umpamanya, al-Tabari, Tarikh, iii, hlm.159-62, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm 14-16, Abu al-Fida, Tarikh, I, hlm. 159. 

Umar juga mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w “sedang meracau” ketika beliau s.a.w meminta dibawa kepadanya pensil dan kertas supaya beliau menulis perkara-perkara yang tidak akan menyesatkan umat selama-lamanya. Muslim, Sahih, iii, hlm.69, al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36. 

Lantaran itu, tidak hairanlah jika Umar telah mengesyaki Nabi s.a.w dan kaum muslimin sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan sepanjang hayatnya. Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14. 

Sikap Umar terhadap sunnah Rasulullah s.a.w amat menyedihkan sekali, dia berkata: “Cukuplah kitab Allah sahaja” (hasbu-na kitabu llah) Al-Bukhari, Sahih, I, hlm.36. 

Sementara Abu Bakr melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan sunnah Nabi s.a.w. Abu Bakar berkata: “Janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun (syai’an) daripada Rasulullah”. 

Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I, hlm.3. Uthman pula berkata: “Sesiapapun tidak boleh menulis hadis yang tidak ditulis pada masa Abu Bakr dan Umar”, al-Darimi, al-Sunan, I, hlm.132, Ibn Sa‘d, Tabaqat, ii, hlm. 354.

Pengikut-pengikut mereka bertiga dikenali dengan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah dan sekarang pula dikenali dengan Wahabi atau Salafiah yang merupakan Khawarij di zaman ini. Mereka mengutamakan kekerasan daripada hikmah. 

Oleh itu, mereka bukanlah Ahlu Sunnah Nabi s.a.w, malah mereka adalah Ahlu Sunnah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang memerangi atau memusuhi Imam Ali dan kelurganya a.s serta pengikut-pengikut mereka. 

Imam Ja‘far al-Sadiq berkata:“Malah perang terhadap Ali a.s adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w. (bal harbu Ali a.s syarrun min harbi Rasulullah s.a.w) sesungguhnya perang terhadap Rasulullah (s.a.w) dilakukan oleh mereka yang tidak mengakui Islam (inna harb rasulillah s.a.w lam yuqirru bi al-Islam) dan sesungguhnya perang terhadap Ali a.s dilakukan oleh mereka yang telah mengakui Islam, kemudian mereka mengingkarinya” (inna harb ‘Ali a.s aqarruu bi al-Islam thumma jahaduu-hu), al-Kulaini, Raudhat al-Kafi, viii, hlm. 209 (hadis no.353).

7. Jawatan Imamah adalah kesinambungan jawatan Nubuwwah (kenabian). Di dalam erti kata yang lain, Imamah adalah batin Nubuwwah. Nabi s.a.w telah melantik Ali a.s di beberapa tempat, antaranya dan yang terakhir adalah di Ghadir al-Khum selepas Haji Wida’. 

Beliau s.a.w bersabda: Sesiapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya, cintailah orang yang mencintainya, tolonglah orang yang menolongnya, bencilah orang yang membencinya, tinggallah orang yang meninggalkannya dan penuhilah kebenaran bersamanya di mana saja dia berada”. 

Kemudian sebelas imam daripada zuriatnya. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 126, dihadiri oleh lebih 100 ribu para sahabat. Ia diriwayatkan oleh 110 sahabat di dalam buku-buku Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah, lihat umpamanya, al-Amini, Al-Ghadir, I, hlm.14-156. Ia adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikannya. 

Kerana penafian wasiat perlantikan Rasulullah s.a.w akan penggantinya memberi implikasi pemerintahan selepasnya adalah pemerintahan sekular kerana tidak wujud kesinambungannya daripada Rasulullah s.a.w. 

Dalam erti kata yang lain, Nabi s.a.w tidak berwasiat atau melantik penggantinya sebagaimana didakwa oleh musuh-musuh Ahlu Bait Rasulullah s.a.w. 

Sedangkankan ia adalah perintah Allah s.w.t yang telah dilakukan oleh para nabi sebelum beliau s.a.w. Justeru setiap nabi a.s ada wasi atau penggantinya, maka wasi bagi Rasulullah s.a.w adalah Ali a.s kemudian sebelas imam daripada zuriatnya (Rasulullah s.a.w). 

Jawatan Imamah pada umumnya adalah lebih tinggi daripada jawatan Nubywwah (kenabian) selain daripada jawatan kenabian Muhammad s.a.w. Kerana beliau s.a.w adalah lebih mulia daripada semua para nabi dan para rasul a.s. 

Para imam dua belas adalah wasi-wasi atau pengganti-pengganti kepada Rasulullah s.a.w. Justeru mereka adalah lebih mulia daripada semua nabi dan rasul selain daripada Nabi Muhammad s.a.w. 

Di dalam erti kata yang lain bahawa Timbalan perdana Menteri itu adalah lebih tinggi kedudukannya daripada para menteri dan lebih rendah daripada Perdana Menteri. 

Lantaran itu, Imam Ja‘far al-Sadiq a.s ketika menjelaskan kedudukan imam di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Sesungguhnya Aku Allah akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia” Ibrahim berkata:” (Dan aku mohon juga) dari keturunanku” Allah berfirman: “Janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim” Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba, sebelum Dia mengambilnya sebagai nabi. 

Sesungguhnya Dia mengambilnya menjadi nabi sebelum Dia mengambilnya menjadi rasul. Dia mengambilnya menjadi rasul sebelum dia menjadi khalil dan beliau menjadi khalil sebelum beliau menjadi imam. 

Manakala Allah menghimpunkan semua perkara tersebut, iaitu kenabian, kerasulan dan kekhalilan, Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam kepada seluruh manusia. 

Ibrahim berkata: Dari keturunanku” Allah berfirman: Janji-Ku tidak mengenai orang yang zalim” Di riwayatkan bahawa nabi Isa a.s akan menjadi makmum kepada Imam al-Mahdi a.s di akhir zaman Lihat umpamanya al-Qunduzi al-Hanfi, Yanabi‘ al-Mawaddah, 445.Ini bererti Imam Muhammad al-Mahdi, iaitu imam kedua belas a.s itu adalah lebih mulia daripada nabi Isa. a.s. sedangkan nabi Isa a.s di kalangan rasul yang bertaraf “Uli al-‘Azam”. Uli al-Amri yang diperintahkan supaya ditaati itu, mestilah mereka yang maksum seperti Nabi s.a.w, tetapi kedudukan mereka adalah lebih rendah daripada kedudukannya s.a.w.

8. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 444.

9. Ayat al-Wilayah atau ayat 55 daripada Surah al-Maidah (5) ‘‘Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang dan memberi zakat dalam keadaan rukuk” telah diturunkan kepada Amir al-Mukminin Ali a.s ketika beliau a.s memberi sedekah cincinnya kepada si miskin di dalam keadaan beliau a.s sedang mengerjakan sembahyang (rukuk) di Masjid Rasulullah s.a.w. Lihat al-Suyuti, Al-Durr al-Manthur, ii, hlm.293.

10. Muslim, Sahih, ii, hlm. 79 daripada Nabi s.a.w bersabda: Agama sentiasa teguh sehingga hari Kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy”. Al-Bukhari, Sahih, iv, hlm.120 (Kitab al-Ahkam) meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah bahawa Nabi s.a.w bersabda: Selepasku adalah dua belas amir, semuanya daripada Quraisy”.

11. Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 444 (bab 7).

12. Ibid.

13. Ibid

14. Mereka terdiri daripada keturunan Ahlu l-Bait a.s yang tidak menentang ajaran Imam Dua Belas a.s.

15. Mengucap dua kalimah syahadat adalah petanda seorang itu muslim.

16. Penerimaan sembahyang adalah bergantung kepada pengakuan wilayah Imam Dua Belas. Kerana Rasulullah s.a.w bersabda:: Agama sentiasa teguh sehingga hari Kiamat dan dua belas khalifah memimpin mereka, semuanya daripada Quraisy”. Muslim, Sahih, ii, hlm. 79, al-Bukhari, Sahih, iv, hlm.120
(Kitab al-Ahkam). Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa mati dan dia tidak mengetahui imam pada zamannya, dia mati sebagai seorang Jahiliyah” (Man maata wa lam ya‘raf imaama zamaani-hi maata maitatan jaahiliyyatan).

17. Sembahyang mayat adalah fardu kifayah. Ia mengandungi lima takbir. Niat sembahyang ke atas mayat qurbatan ila Allah, kemudian mulakan takbir yang pertama. Kemudian membaca syahadataini, kemudian takbir yang kedua. 

Kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya, kemudian takbir kali yang ketiga. Kemudian berdoa kepada mukminin (Allahumma ighfir lil-Mukminin wa l-Mukminat), kemudian takbir yang keempat (Allahumma ighfir lihadha al-Mayyit). Kemudian takbir kali yang ke lima dan menamatkannya. Umar apabila dia menjadi khalifah, dia mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dengan mengurangkan takbir sembahyang mayat daripada lima kepada empat takbir, lihat umpamanya, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm. 137, Ibn Hanbal, al-Musnad, 111, hlm. 370.

18. Sembahyang dua Hari Raya puasa dan haji adalah dua rakaat sunnat pada zaman ghaibah Imam al-Mahdi a.s. Dibaca pada rakaat pertama Surah al-Fatihah dan satu surah selepasnya dengan lima takbir dan lima qunut. Dan pada rakaat kedua adalah empat takbir dan empat qunut.. Tetapi khalifah Umar tidak mengetahui apakah bacaan Rasulullah s.a.w di dalam sembahyang hari raya, Muslim, Sahih, 1, hlm.242, Malik, al-Muwatta’, I, hlm.147, Ibn Majah, Sunan, I, hlm. 388. Sepatutnya dia mengetahui surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w.

19. Perkataan “Hayya ‘ala khairi l-‘Amal” selepas “Hayya ‘ala l-Falah”. Beginilah azan dan iqamat Rasulullah s.a.w, tetapi Umar, apabila dia menjadi khalifah, membuangnya, al-Halabi, al-Sirah, ii, 110. inilah perbezaan antara sunnah Umar dan sunnah Rasulullah s.a.w. Di dalam erti kata yang lain perbezaan antara Ahlu Sunnah Umar dan Ahlu Sunnah Rasulullah s.a.w.

20. Rukun sembahyang adalah lima: Niat, takbirau l-Ihram, berdiri (al-Qiyam), rukuk, dan sujud.

21. Waktu Zuhur dan Asar adalah bersyarikat (musytarak), iaitu dari gelincirnya matahari sehingga jatuhnya matahari. Waktu Maghrib dan Isyak adalah bersyarikat, iaitu apabila jatuhnya matahari (hilangnya warna merah di langit iaitu sepuluh minit selepas masuk waktu Maghrib mengikut mazhab Syafi‘i dan inilah waktu berbuka puasa) sehingga terbitnya fajar al-Sadiq. 

Sementara waktu Subuh adalah bersendirian; apabila terbitnya fajar al-Sadiq sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Isra’ (17): 78 “Dirikanlah sembahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula sembahyang ) subuh dan sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”

22. Doa adalah otak kepada ibadat (al-Du ‘a’ mukh al- ‘ibadah)

23. Surah al-Baqarah (2):238 “Berdirilah untuk Allah (dalam sembahyangmu) di dalam keadaan berqunut”

24. Bacaan Surah al-Fatihah dan surah selepasnya wajib dinyaringkan di dalam sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh. Sementara di dalam sembahyang Zuhur dan Asar wajib diperlahankannya. Imam hanya membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan nyaring di dalam sembahyang Zuhur dan Isyak pada permulaan Surah.

25. Makmun tidak membaca apa-apa pada rakaat yang pertama dan kedua. Kerana imam sembahyang yang menanggung bacaannya.

26. Wajib dilakukan sujud apabila surah-surah ini dibaca.

27. Hanya mashaf Uthman yang memisahkannya. Lantaran itu, tidak hairanlah jika al-Bukhari di dalam Sahihnya, vi, hlm 210 menyatakan bahawa Surah al-Lai 92:3 telah ditambah perkataan “Ma khalaqa”. 

Oleh itu, ayat asalnya ialah “Wa al-Zakari wa al-Untha” tanpa “Ma khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Darda’, kemudian ia dicatat oleh Muslim, di dalam Sahih, 1, hlm.565, al-Turmudhi, di dalam Sahih, v, hlm.191. Sementara al-Suyuti, di dalam al-Itqan, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama al-Khal‘ dan al-Hafd telah ditulis di dalam mashaf Ubayy bin Ka‘ab dan Mashaf Ibn Abbas.

Sesungguhnya Ali a.s telah mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi. Umar dan Abu Musa al-Asy‘ari juga telah membacanya. Al-Suyuti, di dalam al-Itqan, iii, hlm.82 juga meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab 33: 56 pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “wa ‘ala al-Lazina yusalluna al-Sufuf al-Uwal” selepas “ Inna llaha wa mala’ikata-hu yusalluna ‘ala al-Nabi ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf. 

Al-Suyut, di dalam al-Itqan, iii, hlm.41 mencatatkan riwayat daripada Abdullah bin Umar daripada bapanya Umar bin al-Khattab, dia berkata: Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur’an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur’an itu? Sesungguhynya sebahagian al-Qur’an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur’an mana yang ada” Ini bererti sebahagian al-Qur’an telah hilang.

28. Sembahyang Jumaat.

29. Musalli diberi pilihan untuk membaca Surah al-Fatihah atau tasbih, tahmid tahlil dan takbir (Subhanallah wa l-Hamdulillah wa la-ilaha illa –llah wa llahu akbar}, kemudian selawat ke atas Muhammad s.a.w dan keluarganya (Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ali Muhammad) pada rakaat ketiga dan keempat.

30. Tidak ada pergerakan mana-mana jari tangan ketika tasyahhud.

31. Selain daripada pengikut Syiah Imam Dua Belas.

32. Dinamakan tasbih Fatimah a.s kerana bapanya Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepadanya.

33. Orang yang selain daripada Syiah Imam Dua Belas.